Wednesday, January 28, 2015

  Rahsia Sujud Di Dalam Solat

Dalam sehari semalam, kita sembahyang sekurang-kurangnya  5 KALI sehari iaitu 17 RAKAAT telah berlaku 34 kali SUJUD. Di dalamnya terdapat 1001 hikmah yang terkandung. Antaranya:-

SUJUD
1. SUJUD PERTAMA tanda TAAT (PERINTAH ALLAH)
2. SUJUD KEDUA tanda SYUKUR (HAMBA KEPADA ALLAH) 

Dalam khutbah Ramadhan Nabi s.a.w bersabda:, Punggung-punggung kalian sudah berat menanggung dosa-dosa kalian. Ringankan lah beban kalian dengan memperbanyakkan sujud. “Hendaklah kamu bersujud kepada Allah kerana sungguh tiada sekali engkau bersujud melainkan dengannya Allah mengangkat satu darjat dan menghapuskan satu dosa (kesalahan) darimu” ,(HR Muslim)

Firman Allah SWT yang bermaksud:- ” Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar” (Surah Al-Ankabut ayat:45)

Dari Sudut Tasawuf: Sujud adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan Penciptanya. Pergerakan sujud itu secara lahirnya telah menunjukkan “rasa menghina dirinya” seseorang hamba itu di depan Tuhannya di dalam keadaan menyerah diri, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa“Ya Allah hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya pada-Mu sahajalah tempat berserah dan memohon pertolongan”.

Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Huzaifah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:-“Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh Allah daripada Dia melihat hamba-Nya itu di dalam keadaan bersujud, dengan meletakkan mukanya di tanah ( sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada Allah)”. (Hadis Riwayat Imam Tabrani).

Firman Allah SWT yang bermaksud:- ” Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri” (Surah As-Sajadah ayat 15).

Sujud bererti seseorang itu telah meletakkan wajahnya ditempat yang paling rendah di atas tanah ini bermakna:

   Dia telah meletakkan seluruh dirinya di atas tanah, mengingatkan dirinya terhadap punca asal kejadian manusia itu dari tanah dan mengembalikan dirinya kepada tanah. 

   Apabila dia telah sanggup menghantar dahinya dan juga dirinya ke tempat yang hina maka tidak mungkin dia akan bersikap sombong lagi terhadap Allah yang menciptakan dirinya dari tanah itu.

   Maka setiap kali sujud sewajarnya seseorang itu sentiasa ia mengingati akan mati, apabila ia ingat akan mati maka terasa seolah-olah bahawa solatnya itu sebagai solat penghabisan kerana ia akan menghantarkan dirinya ke tanah. Ia merasakan bahawa setiap kali ia sujud seolah-olah ia tidak akan bangun lagi. Sedangkan kematian itu merupakan pintu bagi seseorang memasuki gerbang akhirat. Dalam keadaan demikian maka hati akan merasa gerun dan merasai kebesaran Allah dan ketika itulah ia membaharui lagi di dalam hatinya untuk mensucikan Zat Allah Yang Maha Tinggi disamping lidah tidak bertulang mengucapkan, “Subhana Rabbial- A’la wa-Bihamdih”. 

Islam itu  indah. solat itu sempurna dan beri kebaikan kepada Hambanya zahir dan batin. Bila kita sempurnakan hak Allah (solat) , Dia akan menyempurnakan hak kita sebagai hamba (hikmah dan kebaikan ) Konsep GIVE AND TAKE…







KULIAH   OLEH USTAZ UBAIDILLAH
TEMPAT : SURAU AL IMAN LOSONG PENGLIMA PERANG KUALA TERENGGANU
23/1/14

Sesiapa yang pagi-pagi pergi ke masjid untuk mengajar atau mendengar hal-hal agama, seperti membuat haji yang sempurna.

Oleh itu belajarlah sebelum kita sakit, sebelum kembali menemui  Allah. Belajar dan amal, Allah akan beri petunjuk.

Perkara yang mengangkat darjat
1                     Baca dan jaga  Quran ( faham, hayati, ikut, patuh) 
            Dalam syurga tidak perlu sembahyang , puasa dan lain-lain ibadat. Tetapi baca Quran . Nabi Daud memperdengar bacaan Quran dengan suara yang sedap didengar. Tiap-tiap orang akan membaca Quran, sebanyak yang dibaca di dunia, sehingga ke ayat yang terakhir yang telah dibaca di dunia. Setiap patah yang dibaca, akan menaikkan martabatnya, sehingga sampai kepada ayat terakhir.

Kelebihan ayat-ayat / surah Quraan
1         Baca surah Al Ikhlas 10 kali, Allah bina mahligai di dalam syurga.
2         Sebelum tidur baca 2 ayat akhir surah al Baqarah. ( Aamanarrasu….
3         Baca Yasin setiap pagi- diselesaikan segala hajat
4        Baca Surah al Mulk- dapat syafaat, baca sebelum tidur
5         Baca Surah Al Kafirun sebelum tidur- jauh dari syirik
6         Baca surah al hakumuttakar, menayamai baca 1000 ayat
7         Baca surah Al Kahfi pada hari jumaat, Allah bei cahaya antara 2 jumaat
8         Sebaik-baik ubat adalah Quran.

KULIAH   OLEH USTAZ UBAIDILLAH
TEMPAT : SURAU AL IMAN LOSONG PENGLIMA PERANG KUALA TERENGGANU
MASA:   ISNIN MALAM DAN SUBUH HARI KHAMIS

                      Amalan harian untuk selamat daripada neraka
1                     Doa minta syurga dan jauh dari neraka 3 kali
2                     Zikir pagi 4 kali dan petang 4 kali
3                     Doa selepas sembahyang subuh dan maghrib `allahuma ajirni minannar’
4                     Sembahyang sunat 4 rakaat sebelum dan selepas zohor
5                     Menangis takut kepada Allah..

 Amalan yang mengangkat darjat seseorang:
1                     Berpayah-payah ambil wudhu’ walaupun waktu susah. Misalnya masa yang sangat sejuk ambil juga wudhu’
2                     Simpan uban. Sesungguhnya uban itu cahaya bagi orang Islam
3                     Baca doa masuk pasar.
4                     Banyak sujud kepada Allah
5                     Amalan sayang kepada Nabi dan sahabat Nabi SAW
Barang siapa cinta atau sayang kepada masjid, Allah sayang kepadanya, kerana masjid itu rumah Allah. Dengan duduk dalam masjid kita boleh berkawan dengan orang soleh, dapat belajar ilmu. Belajar satu ayat lebih baik dari sembahyang sunat 1000 rakaat

                      Amalan sayang kepada Nabi SAW dan sahabat Nabi SAW
Sahabat Tanya Nabi SAW
Sahabat:              Bila berlaku kiamat
Nabi:                   Apa yang kamu sedia untuk hai itu
Sahabat:              Cinta kepada Allah dan Rasul
Nabi:                  Sesungguhnya kamu akan bersama dengan orang kamu cinta.,                     
Nabi:                  Talhah (yang baru masuk Islam) adakah kamu sayang kepada aku ?
Talhah:              Ya
Nabi:                  Pergi bunuh ayah mu ( ayahnya masih belum Islam)
Talhah                terus bangun untuk pergi bunuh ayahnya
Nabi:                 ( Nabi panggil Talhah). Mari sini. Aku diutus untuk menyambung silaturahim bukan untuk memutus silaturahim. Aku Cuma nak uji kamu, adakah kamu ragu-ragu atau tidak. Sekarang jelas kamu tidak ragu-ragu.

Adakah kita sayang Nabi SAW.
 Kita wajib sayang kepada Nabi dengan mengikut Nabi SAW. Sayang tanpa ikut seperti Abu Talib yang sayang kepada Nabi Muhammad Saw  tapi tidak ikuit Nabi, tempatnya dalam neraka.
Ikut Nabi tapi tidak sayang kepada Nabi sama seperti sifat orang munafik.
Untuk sayang kepada Nabi SAW kita mesti berusaha:
1                     belajar sunnah
2                     amal sunnah. Jangan ingat sunnah itu kecil
3                     ajak orang lain beramal dengan sunnah
4                     doa
Sunnah yang paling besar adalah tauhid kepada Allah.

Baca surah Al kahfi ayat 1 – 10 jauh dari dajjal
Sesiapa yang membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat, Allah akan memberi cahaya antara satu jumaat dengan satu jumaat.

Ayat-ayat Quran yang Nabi Muhammad SAW baca untuk mengubat gila atau dirasut syaitan



Kelebihan menurut Islam
Allah memberi kelebihan tertentu kepada ciptaan Nya. Misalnya Allah memberi kelebihan kepada Hari Jumaat, kelebihan bulan Ramadhan. Kelebihan itu mungkin kelebihan duniawi atau kelebihan akhirat.

Sesiapa yang menjawab azan dengan khusyu’, nescaya dia masuk syurga.
Sesiapa membaca doa selepas azan, ` nescaya dia berhak mendapat syufaat.

Ayat yang Nabi Muhammad SAW baca untuk mengubat penyakit  gila atau dirasut syaitan
                  1.   Surah Al Fatihah

            2.     Al Baqarah ayat 1-4 (Mengikut kiraah Harf 1-5)     

      3.   Al Baqarah ayat 163

      4-    Ayat Kursi

            5-     Al Baqarah ayat  283 – 286

                  6    `Araf 54 ( Juga ayat selusuh . tulis di pinggan, bubuh air dan beri minum)

             7-    Al Mu’minun ayat  117

              8-    Al Jin ayat 3

                    9  -  Al Soffat ayat 1-10

                   10    Al Hasy 22- 24

    11  - 3 Qul


   



 dari Kuliah Maghrib di Surau Al Iman Losong
 oleh Ustaz Tarmizi 2.6.14


Saturday, August 23, 2014

لااله الا الله محمد رسول الله DUA KALIMAH SYAHADAH

1              Mengucap dua kalimah syahadat
 Ù„االه الا الله محمد رسول الله

لااله الا الله mengandungi dua rukun
1            Ù„االه  iaitu penafian segala sesuatu yang disembah dengan sebenarnya selain daripada Allah
2              Ø§Ù„ا الله - penetapan bahawa Allah lah yang berhak untuk disembah dengan sebenar-benarnya. Firman Allah: (Az Zukhruf 26-27)

‘sesungguhnya aku tidak bertanggung jawab terhadap apa yang kamu sembah, tetapi aku menyembah Tuhan yang menjadikan aku, kerana sesungguhnya Dia akan memberi hidayat ku           

لااله الا الله itu adalah kunci syurga. Tetapi setiap kunci ada geriginya. Gerigi yang sesuai sahaja dapat membuka kunci. Begitulah kunci syurga ada geriginya iaitu ucap Ù„االه الا الله dengan ikhlas, dengan hati yang yakin, dan benar-benar mengucap dari lubuk hati.

Syarat-syarat untuk mendapat gerigi yang sesuai ialah:

I           Ilmu pengetahuan,
            Setiap kalimah memiliki makna, maka kita wajib mengetahui makna dengan menafikan sifat ketuhanan selain daripada Allah, lalu menetapkan hanya  untuk Allah sahaja yang berhak disembah. Firman Allah
Maksudnya: Kecuali orang yang mengakui yang hak (tauhid)  dan mereka yang mengetahuinya.

Sabda Rasulullah: maksudnya

Sesiapa saja meninggal dunia, semasa dia mengetahui bahawa tiada tuhan yang haq melainkan Allah, pasti masuk syurga. ( H.R.Muslim)

2          Yakin iaitu benar-benar yakin akan maksudnya . Allah berfirman menyebut sifat-sifat orang beriman iaitu’ Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah  orang-orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya  kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang yang benar ‘ ( Al Hujarat 15). 
Sabda Rasulullah  
Ertinya : Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan aku adalah utusan  Allah, tidak seorang hamba pun bertemu dengan Allah dengan membawa dua kalimat syahadat ini tanpa ada keraguan di dalamnya, kecuali dia masuk syurga. ( H.R.Muslim)

3          Menerima  setelah mengetahui dan meyakini, kita hendaklah menerima semua apa yang dituntut oleh kalimah ini dengan hati dan lidah. Sesiapa yang menolak panggilan tauhid, dan tidak menerimanya kerana sombong, keras kepala atau kedengkian, maka kafirlah dia.

4          Tunduk dan patuh kepada semua yang di syariatkan oleh Allah dan meninggalkan apa yang dilarang

5          Kejujuran dalam mengucapkan ,Kejujuran yang menghapuskan kedustaan., sesiapa yang mengatakan dengan lidahnya saja sedangkan hatinya  mendustai kalimah ini maka dia adalah munafik

6          Kecintaan. Orang mukmin mencintai kalimat ini, senang mengamalkan sesuai   tuntutannya, juga cinta kepada orang yang mengamalnya

7   Ikhlas. Mengucap kalimat ini semata-mata kerana Allah.

Kesaksian Bahawa Muhammad adalah utusan Allah
  Ù…حمد رسول الله
Orang mati akan ditanya dengan soalan-soalan . Jika dapat menjawabnya maka selamatlah. Antaranya Siapa Nabimu. Cuma orang yang diberi taufiq oleh Allah sahaja ,  dapat menjawabnya. Ianya berdasarkan amalannya di dunia . Allah akan memberi ketetapan hati dan ilham di dalam kubur. Syarat-syaratnya ialah :

1      Mentaati Nabi SAW dalam setiap perkara yang diperintah. Sesiapa yang mentaati Rasul, sesungguhnya dia mentaati Allah.
2      Mempercayaai apa yang disampaikan oleh Rasul
3      Menjauhi apa yang dilarang
4      Beribadat kepada Allah sesuai dengan apa yang Allah syariatkan, yang disampaikan oleh  Nabi Nya.

Tanda-tanda orang cintakan Nabi

1              Banyak menyebut dan selawat kepada Nabi
2              Rindu untuk bertemu dengan Nabi
3              Mengagung dan memuliakan baginda SAW
4              Membenci  dan memusuhi apa yang dibenci oleh Nabi SAW.
5              Mencintai orang-orang yang dicintai oleh Nabi SAW.
6              Mentauladani akhlak Rasulullah.



Friday, August 22, 2014

HADATH KECIL DAN HADATH BESAR


 Sebab Hadath kecil ( yang membatalkan air sembahyang)
1              keluar sesuatu daripada dua jalan qubul atau dubur yang lain daripada mani
2              bersentuh  2 kulit lelaki dan perempuan yang harus berkahwin yang sampai umur
3              Menyentuh  zakar atau faraj atau halaqah dubur anak adam dengann tapak tangan dengan tidak berlapik.
4              Hilang akal dengan sebab gila atau mabuk atau pitam atau tidur yang tidak tetap pada tempat kedudukannya.

Untuk menyucikan hadath kecil ialah dengan mengambil wudhu’


Sebab-sebab yang mewajibkan mandi

1              mati
2              keluar mani
3              jima’ walaupun tak keluar mani
4              suci daripada haid
5              suci daripada nifas
6              wiladah iaitu beranak

Haid
            Darah yang beradat oleh perempuan yang sampai umur Sembilan tahun, sekurang-kurang masanya sehari semalam ( 24 jam) dan sebanyak-banyaknya 15 hari dengan malamnya. Biasanya ialah 15 hari 5 atau 6 atau 7 hari dengan malamnya. Masa suci antara dua haid.
Nifas
            Darah yang keluar selepas beranak, sekurang-kurang satu lahzah iaitu masa yang amat sedikit. Sebanyak-banyaknya enam pulu hari termasuk malam. Biasanya 30 hari atau 40 hari

            Darah yang keluar kurang dari masa darah haid ( 1 hari  1 malam) atau lebih ( lebih dari 15 hari) atau lebih dari 60 hari bagi nifas dipanggil darah istihadhah

            Darah yang putus-putus keluar dalam masa had masa nifas (60 hari selepas bersalin), jika tidak sampai had masa putus antara dua haid ( 15 hari), maka darah itu adalah darah nifas. Jika  masa terputus itu 15 hari atau lebih, maka darah yang keluar itu darah haid bukan nifas lagi.
            Jika selepas 60 hari,  darah keluar  semula selepas terputus walaupun kurang 15 hari, darah itu adalah darah haid.

Fardhu mandi wajib 2 perkara
1              Niat mengangkat hadath disertakan dengan membasuh satu suku daripada badan. Niatnya   seperti
 sahaja aku mengangkat hadath janabah atau haid atau nifas atau 
sahaja aku mandi daripada janabah atau daripada haid atau nifas atau
sahaja aku  mengangkat hadath yang besar atau
sahaja aku mandi wajib

2              Meratakan air pada sekalian zahir badannya. Yang zahir bagi perempuan bagi dubur dan farajnya ialah pada ketika duduk
Bab rukun-rukun sembahyang

Syarat  wudhu’ dan mandi wajib ada 12 perkara
1              Islam
2              Mumayyiz
3              Mengetahui kaifiat keduanya
4              Dengan air yang mutlak
5              Mengetahui keadaan air itu mutlak
6              Ketiadaan sesuatu yang menegah air dari sampai ke anggota
7              Hendaklah mengalir air atas anggota yang dibasuh
8              Ketiadaan sesuatu yang menepi  akan wudhu’ atau mandi seperti haid dan nifas
9              Tidak memalingkan niat yang lain dari keduanya (wudhu’ / mandi wajib)
10           melebih basuh daripada qadar yang wajib kerana hendak meratakan basuhannya
11           Tahqiq ia akan sesuatu yang menghendaki ia bagi wudhu’ atau mandi
12           membasuh anggota yang bertambah yang menyerupai yang asal

Syarat bagi wudhu’ orang yang mempunyai dharurah
1              memdahulu akan istinja’ dan tahfidz atas wudhu’
2              wajib mewalat antara istinja’ dan tahfidz dan antara tahfidz   dan wudhu’ dan antara wudhu’ dan sembahyang
3              dilakukan semuanya selepas masuk waktu sembahyang.

Air mutlak : contoh air mutlak    airyang turun dari langit serti air hujan, air embun atau air yang keluar dari bumi seperti air laut, air sungai atau air telaga. Air tebu, air gula dan air sabun tidak air mtlak.
Air mutlak akan menjadi bukan air mutlak bila:
1              mencampuri dengan benda lain, walaupun suci seperti sabun, air mawar, garam bukit, ubat yang banyak sehingga hilang nama asal menjadi air sabu, air mawar,  atau air garam
2              digunakan untuk basuh fardhu bagi wudhu’ atau mandi wajib yang tidak sampai 2 kolah ( kedua-dua air ini suci dirinya tapi tidak menyucikan yang lain)
3              jatuh di dalamnya najis, sekurang-kurang ada kelihatan pada mata, bagi air yang kurang 2 kolah.  Bagi air yang lebih 2 kolah, sehingga najis itu mengubah sifat air itu.

Jika tiada air atau berpenyakit yang tidak boleh kena air pada satu anggota wudhu’ atau mandi wajib hendaklah bertayamun dengan debu tanah yang suci lagi menyucikan. Sapu pada  muka dan dua tangan


Haram bagi orang berhadath kecil 4 perkara:

1              sembahyang fardhu atau sunat dan perbuatan yang pada makna sembahyang seperti sujud tilawah, sujud syukur  dan membaca khutbah jumaat
2              Tawaf fardhu atau sunat
3              Menyentuh Quran
4              Menanggung Quran

Haram bagi orang berjunub 6 perkara:

1                Tawaf
2                Menyentuh Quran
3                Menanggung Quran
4                Membaca Quran walaupun sehuruf jika dikasad pada Quran
5                Sembahyang
6                Berhenti dalam masjid

Haram bagi orang yang dalam haid atau nifas

1.    Sembahyang
2.    Tawaf
3.    Menyentuh Quran
4.    Menanggung Quran
5.    Membaca Quran walaupun sehuruf jika dikasad pada Quran
6.    Masuki  ke dalam masjid jika takut menitik darah
7.    Berhenti dalam masjid
8.    Puasa
9.    Bersetubuh
10.  Bergurau dengan suami bagi anggota antara pusat dan lutut
11.  Niat mengangkat hadath besar

Istinja’

Istinja’ertinya menghilangkan ain najis kencing dan tahi daripada tempat keluarnya dengan air atau  dengan tiga batu atau seumpamanya. Bahan-bahan itu hendaklah suci, keras, kesat dan bukan daripada makanan termasuk makanan jin seperti tulang. Dan bukan yang dihormati oleh syara’ seperti seperti kayu dan rumput.

Di antara air dan batu atau seumpamanya, air lebih afdal kerana air dapat  menghilangkan ain najis dan bekasnya, tetapi batu dapat menghilangkan  ain najis.

Yang terleih afdal, beristinja’ dengan batu atau seumpamanya terlebih dahulu, kemudian diikuti oleh air.

Syarat sah beristinja’ dengan batu

1.    dengan 3 batu
2.    batu itu suci
3.    tiada kering najis yang keluar itu
4.    tidak berpindah najis itu daripada tempatnya
5.    tiada mendatangi atasnya oleh najis yang lain
6.    tidak melampaui najis itu akan safhah dubur hasyfah zakar
7.    tidak terkena air
8.    dapat disuci dengan batu

 Semua  binatang yang  hidup, suci kecuali anjing dan babi

Perkara yang najis

1.    Bangkai kecuali  bangkai manusia, ikan dan belalang.
2.    Juzu’ yang bercerai daripada binatang yang hidup  kecualibulu  binatang  halal dimakan
3.    Cecair yang yang memabukkan seperti arak
4.    Darah kecuali hati dan jantung
5.    Nanah
6.    Tahi
7.    Mazi
8.    Air luka yang berubah baunya
9.    Danur
10.  Air melimpah yang busuk,
11.  air liur basi
12.  susu binatang yang  haram dimakan dagingnya
13.  asap yang terjadi dari najis yang tgerbakar

Najis terbahagi kepada tiga

1.    Najis mughalazah iaitu anjing dan babi
2.    Najis mekhafafah iaitu air kencing  kanak-kanak laki-laki yang belum saampai umur 2 tahun yang  tridak makan selain dari susu  atas jalan mengenyangkan.
3.    Najis metawasitah itu yang lain dari dua jenis di atas.

Najis-najis ini terbahagi pula kepada 2

1.    Najis aini itu najis yang nampat dilihat zatnya atau sifatnya seprti bau atau warna
2.    Najis hukmi itu najis tak nampat perkara-perkara di atas.

Cara membersih

Najis aini, bersih dahulu ainnya kemudian baru basuh. Jika najis mukhafafah, renjis sahaja air sehingga rata, jika najis mutawasitah, cucur air dengan sekali cucur pun memadai dan jika menghalazah, di basur dengan 7 kali dan salah satu daripadanya daripada air tanah

Bagi najis hukmi, jika najis mukhfafah dipercik air di atasnya sehingga rata, jika najis mutawasitah suci dengan sekali lalu air dan jika mughalazah dengan 7 kali dan satu daripadanya air tanah