Thursday, June 23, 2016

Kuliah Subuh di Surau Al Iman

Kuliah subuh oleh Ust Shafei 20 jun 2016

Peringatan Rasulullah

Jangan tidur sebelum

1                     Khatam Q uran- Baca surah al ikhlas 3 kali
2                     Mendapat syafaat Rasulullah – selawat
3                     Mendapat keredhaan dari semua – minta ampun untuk semua muslimin dan muslimat
4                     Buat haji dan umrah-

سبحان ألله والحمد لله ولا إله إلا الله ولله اكبر

Kuliah subuh oleh Ust Ismail al Patani -22 jun 2016

1                      Untuk senang keluar roh, solat sunat malam jumaat
Niat  : Sahaja aku solat sunat 2 rakaat kerana Allah
Rakaat 1 dan 2 baca Fatihah dan Izaazul zilati  15 kali

إذا زلزلت الأرض زلزالها 

2                      Doa yang Rasulullah ajar kepada Fatimah

يَا حَيُّ يا قَيُّومُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ وَأَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ ولَا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ أَبَدًا
Wahai Allah Yang Maha Hidup, Wahai Allah Yang berdiri sendiri tidak perlu segala sesuatu, dengan rahmat MU, aku minta pertolongan, perbaikilah segala urusanku dan jangan diserahkan kepadaku sekalipun sekejap mata tanpa mendapat pertolongsn dari  Mu

3                      Doa Rasulullah kepada Saidina Ali baca pagi dan petang- untuk mendapat ketenangan

بسم أ لله الرحمن ألرحيم
ولاحول ولا قوة الا با لله       99 كالي


Tuesday, April 7, 2015

bacaan sebelum baca surah at taubah




Baca sebelum mula surah A Taubah
 أعوذ بالله من النار، ومن شر الكفار، ومن غضب الجبار، العزة لله ولرسوله وللمؤمنين،




Tuesday, March 3, 2015

tajuk thesis

University of Malaya Theses and Dissertations
17,120 entries (14,371 Disertations and 2,749 Theses)

  0 Google +0  0
Thesis (Ph.D) -- Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2011.
Thesis (Ph.D) -- Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2007.
Thesis (Ph.D) -- Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2007.
Thesis (Ph.D.) -- Jabatan Fiqh dan Usul, Bahagian Pengajian Syariah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2006.
Thesis (Ph.D) -- Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Bahagian Pengajian Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2003.
Thesis (Ph.D.) -- Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2014.
Thesis (Ph.D) -- Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2012.
Thesis (Ph.D) -- Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2009.
Thesis (Ph.D) -- Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2010.
Thesis (Ph.D) -- Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Bahagian Pengajian Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2006.
Thesis (Ph.D) -- Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2011.
Thesis Ph.D Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya 2014.
Thesis (Ph.D) -- Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2008.
Thesis (Ph.D) -- Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2013.
Thesis (Ph.D) -- Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2011.
Thesis (Ph.D) -- Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2011.
Thesis (Ph.D) -- Program Pengajian Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2011.
Thesis (Ph.D) -- Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2012.
Thesis (Ph.D) -- Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2010.
Thesis (Ph.D) -- Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2010.
Thesis (Ph.D) -- Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2001.
Thesis (Ph.D) -- Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2006.
Thesis (Ph.D) -- Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2012.
Thesis (Ph.D) -- Jabatan Al-Quran Dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2011.
Thesis (Ph.D) -- Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2010.



- See more at: http://www.diglib.um.edu.my/umtheses/browse.asp?level=T&faculty=I&year=all#sthash.7uwMgAyV.dpuf

thesis um

1 INSTITUT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI MALAYA IPS195/2009 Guidelines For PhD Thesis In The Format Of Published Papers 1. Introduction (1) The University of Malaya permits the presentation of thesis for the degree of Doctor of Philosophy in the format of published and/or submitted papers, where such papers have been published or accepted by high impact journals (e.g.: ISI journals) during the period of candidature. (2) Papers submitted as a PhD thesis must be based on a particular theme or focus and form a cohesive research write up. (3) The quality of a thesis by published papers should be in accordance with PhD-level research. 2. Format Of Theses (1) The theses may comprise published papers and/or manuscripts accepted for publication by high impact journals (e.g. ISI journals). The papers should be published or accepted for publication during the period of candidature. (2) The minimum number of papers and/or manuscripts is normally three. However, in some disciplines a larger number of papers is required to meet the expectations of scope and quality in accordance with PhD-level research. (3) Where the papers have more than one writer, the candidate must be the main writer of at least two out of three papers. (4) Normally, the theses shall include the following in addition to the components required of a standard thesis: (a) list of publications and/or manuscripts; (b) acknowledgments of joint writers and evidence of permissions; and (c) published papers and accepted manuscripts. Each published paper or submitted manuscript must begin with a clear statement of the contribution made by each writer of any jointly written paper. 2 (5) The thesis shall be prefaced by a synopsis which summarises the most important findings presented in each published paper or submitted manuscript. It should indicate how the included works are thematically linked or tied to a particular research framework and how, when considered together, they contribute significantly to knowledge in the discipline. (6) The “Introduction” chapter should contain: (a) description of research problem investigated; (b) objectives of the study; and (c) account of research progress linking the research papers. The account of research progress must link together the various papers submitted as part of the thesis so that the reader can understand the logic behind the progression of the research programme. (7) The “Literature Review” chapter must contain, in accordance with discipline norms, a critical review of relevant literature, identify the knowledge gaps and the relationship of the literature to the programme of research. (8) The “Conclusion” chapter establishes the cumulative effect of the papers, the significance of the findings and the knowledge claim in the thesis. (9) Published or accepted papers must be presented coherently in the thesis according to the requirement of the University of Malaya (Degree of Doctor of Philosophy) Regulations 2007 including any accompanying declarations. 3. Examination (1) The examination process for theses in the format of published papers is similar to that for conventional theses by research. (2) Theses which have not achieved sufficient academic merit may be referred for further work within a period of between 6 – 18 months and be submitted for re-examination. In such cases, the candidate may chose to submit the thesis for re-examination in the same format or in the conventional PhD thesis format. LO/ra ips1952009PhDtheses

Monday, February 23, 2015


Untuk menjadi orang yang taqwa .

Ingat 2 perkara dan lupa 2 perkara

2 perkara yang perlu diingat

1- Ingat kebaikan orang kepada kita supaya lahir sifar syukur. Orang yang tidak bersyukur kepada manusia, tidak bersyukur kepada Allah. Kita hendaklah bersyukur kepada semua nikmat Allah. Nikmat yang paling besar ialah Islam dan Iman

2- Ingat kesalahan kita kepada orang, akan lahirlah sifat takut dan bertaubat. Kita mestilah sentiasa berasa bersalah kepada Allah. Ini mendorong kita untuk bertaubat setiap hari.

2 perkara yang kita perlu lupa

1- Lupa kebaikan kita pada orang, akan lahir sifat ikhlas dan buat kerana Allah. Kita tidak akan mengungkit apa yang kita buat kepada orang kerana kita buat kerana Allah, bukan kerana orang.

2- Lupa kesalahan orang kepada kita, melahirkan sifat redha pada apa yang berlaku , redha pada ujian Allah.



1- Wahai manusia adakah di sisi kamu ada jaminan/ tiket kelepasan untuk mati.
2- Wahai manusia adakah kamu ada jaminan yang kamu jauh dari neraka.
3- Wahai manusia adakah kamu ada jaminan untuk masuk syurga.
4- Wahai manusia adakah kamu ada jaminan sudah ada kasih sayang dengan Allah. Bila sebut nama Allah apa perasaan kita.
5-Wahai manusia adakah kamu ada jaminan yang kamu telah bersyukur terhadap segala nikmat yang Allah berikan kepada kamu.

Kalau kita tak jamin, buatlah persiapan selagi masa masih ada  dan carilah taqwa.

Perkara yang perlu dikenali


Perkara yang perlu kita kenal

Setiap orang mukalaf mesti kenal 6 perkara
1                     Mengenal Allah dan taat perintahNya
2                     Mengenal syaitan sebagai musuh dan menjauhinya
3                     Mengenal akirat sebagai tempat yang akan dituju
4                     Mengenal dunia yang akan kita tinggal dan akan hancur
5                     Mengenal yang hak
6                     Mengenal yang bathil

1                     Mengenali Allah dan taat perintahNya.
Mengenali Allah merupakan kewajipan setiap manusia. Allah yang menjadikan makhluk, yang memberi rezeki kepada hamba Nya, yang menghidup dan yang mematikan. Kita sebagai hamba mesti mentaatiNya. Ikut segala perintahnya dengan istiqamah, semoga kita teguh di jalan yang betul.

2                     Mengenali syaitan sebagai musuh dan menjauhinya.
 Syaitan adalah musuh manusia yang selalu menghasut anak Adam supaya mengikutinya, kecuali orang yang sentiasa mengingati Allah dan dekat dengan Nya.

3                     Mengenali akirat sebagai tempat yang akan dituju.
Tempat tujuan kita adalah alam akhirat. Oleh itu kita hendaklah mencari bekal .Hari akhirat adalah hari kta terima keputusan dan balasan apa yang telah kita lakukan di dunia. Orang yang yakin dengan adanya hari pembalasan ( hari akhirat) akan sentiasa berusaha dengan istiqamah di dunia,  untuk mencari bekalan di hari yang pasti akan berlaku.

4                     Mengenali dunia yang  akan hancur.
Dunia akan kita tinggalkan bila-bila masa. Dunia akan hancur . Kiamat  kecil  akan berlaku (kematian) kepada diri kta dan kita akan masuk ke alam barzakh / alam kubur. Dunia Cuma tempat persinggahan yang sekejap untuk kita. Di sinilah tempat kita berusaha, beribadat untuk kegunaan di alam akhirat. Setiap apa yang kita lakukan walau sebesar zarah akan dikira. Amalan yang baik dan yang jahat akan dibalas. Distinasi kita sama ada syurga atau neraka.Kita akan masuk syurga dengan rahmat Allah. Oleh itu cari rahmat Allah dengan melakukan  amalan yang diredhai Allah . Janji Allah adalah benar

5                     Mengenali yang hak.
Kita mesti tahu hukum Allah , tahu yang mana halal dan yang mana haram . Dari celek mata di waktu pagi hingga pejam semula mata di waktu malam, buatlah perkara-perkara yang halal, yang wajib dan sunat kita buat dan tinggal lah yang haram , semoga kita termasuk dalam golongan orang yang Berjaya di dunia dan di akhirat.

6                     Mengenali kabathilan.
Kita mesti kenal bukan sahaja yang hak tapi mesti kenal yang bathil atau yang tak benar supaya kita dapat hindar daripadanya. Untuk mengenali kedua-duanya kita mesti kenal quran dan hadith. Kita mesti memahami dan mengikuti apa yang terdapat di dalamnya dan mengikutinya dengan penuh yakin, semoga kita sentiasa berada di jalan yang lurus , jalan orang yang diberi nikmat dan bukan jalan orang dimurkai Allah.

Semoga kita termasuk dalam golongan orang yang diberi nikmat dan mendapat rahmat Allah, distinasi kita insy Allah syurga.

·         Sembahyang sunat 2 rakaat sebelum subuh lebih Nabi SAW cintai dari dunia dan isi kandungannya.
·         Sembahyang Isya’ berjemaah seolah-olah beramal ½ malam dan sesiapa sembahyang berjemaah subuh, seolah-olah beribadat sepanjang malam.

Kuliah Subuh Oleh Ustaz Baharudin di Masjid Jamek Pengadang Baru Kuala Twrengganu pada 21 Februari 2015




Wednesday, January 28, 2015

Kisah seorang Badwi masuk Islam
Kuliah Subuh -Masjid Jamek Pengadang Baru

Rasulullah SAW berjalan bersama sahabat. Datang seorang Arab Badwi dari Bani Israel, bawa seekor dho’ untuk dibakar dan dimakan.. Bila dia lihat orang ramai, dia pergi. Orang beritahu orang yang dikelilingi itu adalah Nabi Muhammad. Lalu dia pergi dekat Nabi SAW lalu berkata, ` Demi Lata dan Uza, dalam alam ini yang aku benci sekali adalah mu”

Bila Saidina Umar dengar, dia marah dan minta izin dari Nabi untuk kerat lehernya. Nabi  tak benar. Nabi :    (Tanya)  kenapa mu kata begitu depan orang ramai
Badwi:  Demi Lata dan Uza aku tak beriman kepada mu selagi dho’ ini tak beriman kepada mu. Lalu              dia mengeluarkan dho’
Nabi SAW berkata kepada dho’- cuba mu bercakap. Tiba-tiba dho itu bercakap.
Nabi :    Mu beriman kepada siapa
Dho’:     Aku beriman kepada Tuhan yang tuan sembah
Nabi:     Siapa aku
Dho’:     Tuan adalah utusan Allah. Beruntung orang yang mengikut Tuan
Badwi;   senyap, lalu berkata ‘ mulai hari ini engkau adalah orang yang paling aku kasihi, lalu                            mengucap dua kalimah syahadat. Ajarlah ayat-ayat Allah.
Nabi :    Ajar Surah al Ikhlas
Badwi:  Saya tak pernah dengan ayat yang sehebat ini
Nabi:     Ini kata-kata Allah. Bila mu baca satu kali suah ini umpama baca 1/3 quran. Kalau baca 3                     kali umpama baca sebuqh Quran.
Nabi :    Mu ada harta benda
Badwi:  Tak ada,saya orang paling miskin
Nabi:     suruh beri bantuan. Lalu sahabat beri bantuan.Abd Rahman bangun lalau berkata yang dia ada unta yang mengandung, lalu diberi kepada saudara baru itu..Nabi menceritakan yang Allah akan anugerahkan unta yang dibuat dari permata hijau untuk tunggangan mu di sidrathal mustaqin

Badwi itu keluar. Datang orang Israel dengan senjata, untuk berperang. Arab Badwi itu larang dan mengatakan yang dia sudah beriman dan menceritakan kisah dho’ itu. Semua masuk Islam


Rumusan : Hidayah Tuhan diberi kepada orang yang dikehendaki. Orang yang paling kasih kepada Nabi, Abu Talib, tidak masuk Islam. Orang yang paling benci kepada Nabi SAW  masuk Islam.. Tanggung jawab kita kena ikhtiar. Tak boleh diam, kena berdakwah. Orang nak terima atau tidak, itu adalah ketentuan Allah, semoga kita termasuk dalam golongan orang yang mengajak ke arah kebaikan dan cegah mungkar.