Monday, February 23, 2015

Perkara yang perlu dikenali


Perkara yang perlu kita kenal

Setiap orang mukalaf mesti kenal 6 perkara
1                     Mengenal Allah dan taat perintahNya
2                     Mengenal syaitan sebagai musuh dan menjauhinya
3                     Mengenal akirat sebagai tempat yang akan dituju
4                     Mengenal dunia yang akan kita tinggal dan akan hancur
5                     Mengenal yang hak
6                     Mengenal yang bathil

1                     Mengenali Allah dan taat perintahNya.
Mengenali Allah merupakan kewajipan setiap manusia. Allah yang menjadikan makhluk, yang memberi rezeki kepada hamba Nya, yang menghidup dan yang mematikan. Kita sebagai hamba mesti mentaatiNya. Ikut segala perintahnya dengan istiqamah, semoga kita teguh di jalan yang betul.

2                     Mengenali syaitan sebagai musuh dan menjauhinya.
 Syaitan adalah musuh manusia yang selalu menghasut anak Adam supaya mengikutinya, kecuali orang yang sentiasa mengingati Allah dan dekat dengan Nya.

3                     Mengenali akirat sebagai tempat yang akan dituju.
Tempat tujuan kita adalah alam akhirat. Oleh itu kita hendaklah mencari bekal .Hari akhirat adalah hari kta terima keputusan dan balasan apa yang telah kita lakukan di dunia. Orang yang yakin dengan adanya hari pembalasan ( hari akhirat) akan sentiasa berusaha dengan istiqamah di dunia,  untuk mencari bekalan di hari yang pasti akan berlaku.

4                     Mengenali dunia yang  akan hancur.
Dunia akan kita tinggalkan bila-bila masa. Dunia akan hancur . Kiamat  kecil  akan berlaku (kematian) kepada diri kta dan kita akan masuk ke alam barzakh / alam kubur. Dunia Cuma tempat persinggahan yang sekejap untuk kita. Di sinilah tempat kita berusaha, beribadat untuk kegunaan di alam akhirat. Setiap apa yang kita lakukan walau sebesar zarah akan dikira. Amalan yang baik dan yang jahat akan dibalas. Distinasi kita sama ada syurga atau neraka.Kita akan masuk syurga dengan rahmat Allah. Oleh itu cari rahmat Allah dengan melakukan  amalan yang diredhai Allah . Janji Allah adalah benar

5                     Mengenali yang hak.
Kita mesti tahu hukum Allah , tahu yang mana halal dan yang mana haram . Dari celek mata di waktu pagi hingga pejam semula mata di waktu malam, buatlah perkara-perkara yang halal, yang wajib dan sunat kita buat dan tinggal lah yang haram , semoga kita termasuk dalam golongan orang yang Berjaya di dunia dan di akhirat.

6                     Mengenali kabathilan.
Kita mesti kenal bukan sahaja yang hak tapi mesti kenal yang bathil atau yang tak benar supaya kita dapat hindar daripadanya. Untuk mengenali kedua-duanya kita mesti kenal quran dan hadith. Kita mesti memahami dan mengikuti apa yang terdapat di dalamnya dan mengikutinya dengan penuh yakin, semoga kita sentiasa berada di jalan yang lurus , jalan orang yang diberi nikmat dan bukan jalan orang dimurkai Allah.

Semoga kita termasuk dalam golongan orang yang diberi nikmat dan mendapat rahmat Allah, distinasi kita insy Allah syurga.

·         Sembahyang sunat 2 rakaat sebelum subuh lebih Nabi SAW cintai dari dunia dan isi kandungannya.
·         Sembahyang Isya’ berjemaah seolah-olah beramal ½ malam dan sesiapa sembahyang berjemaah subuh, seolah-olah beribadat sepanjang malam.

Kuliah Subuh Oleh Ustaz Baharudin di Masjid Jamek Pengadang Baru Kuala Twrengganu pada 21 Februari 2015




No comments:

Post a Comment