Monday, February 23, 2015
Untuk menjadi orang yang taqwa .
Ingat 2 perkara dan lupa 2 perkara
2 perkara yang perlu diingat
1- Ingat kebaikan orang kepada kita supaya lahir sifar syukur. Orang yang tidak bersyukur kepada manusia, tidak bersyukur kepada Allah. Kita hendaklah bersyukur kepada semua nikmat Allah. Nikmat yang paling besar ialah Islam dan Iman
2- Ingat kesalahan kita kepada orang, akan lahirlah sifat takut dan bertaubat. Kita mestilah sentiasa berasa bersalah kepada Allah. Ini mendorong kita untuk bertaubat setiap hari.
2 perkara yang kita perlu lupa
1- Lupa kebaikan kita pada orang, akan lahir sifat ikhlas dan buat kerana Allah. Kita tidak akan mengungkit apa yang kita buat kepada orang kerana kita buat kerana Allah, bukan kerana orang.
2- Lupa kesalahan orang kepada kita, melahirkan sifat redha pada apa yang berlaku , redha pada ujian Allah.
1- Wahai manusia adakah di sisi kamu ada jaminan/ tiket kelepasan untuk mati.
2- Wahai manusia adakah kamu ada jaminan yang kamu jauh dari neraka.
3- Wahai manusia adakah kamu ada jaminan untuk masuk syurga.
4- Wahai manusia adakah kamu ada jaminan sudah ada kasih sayang dengan Allah. Bila sebut nama Allah apa perasaan kita.
5-Wahai manusia adakah kamu ada jaminan yang kamu telah bersyukur terhadap segala nikmat yang Allah berikan kepada kamu.
Kalau kita tak jamin, buatlah persiapan selagi masa masih ada dan carilah taqwa.
Perkara yang perlu dikenali
Perkara yang perlu kita kenal
Setiap orang mukalaf mesti kenal 6 perkara
1
Mengenal Allah dan taat
perintahNya
2
Mengenal syaitan sebagai
musuh dan menjauhinya
3
Mengenal akirat sebagai
tempat yang akan dituju
4
Mengenal dunia yang akan
kita tinggal dan akan hancur
5
Mengenal yang hak
6
Mengenal yang bathil
1
Mengenali Allah dan taat
perintahNya.
Mengenali Allah merupakan kewajipan setiap manusia. Allah yang menjadikan
makhluk, yang memberi rezeki kepada hamba Nya, yang menghidup dan yang
mematikan. Kita sebagai hamba mesti mentaatiNya. Ikut segala perintahnya dengan
istiqamah, semoga kita teguh di jalan yang betul.
2
Mengenali syaitan sebagai
musuh dan menjauhinya.
Syaitan adalah musuh manusia yang
selalu menghasut anak Adam supaya mengikutinya, kecuali orang yang sentiasa
mengingati Allah dan dekat dengan Nya.
3
Mengenali akirat sebagai
tempat yang akan dituju.
Tempat tujuan kita adalah alam akhirat. Oleh itu kita hendaklah mencari
bekal .Hari akhirat adalah hari kta terima keputusan dan balasan apa yang telah
kita lakukan di dunia. Orang yang yakin dengan adanya hari pembalasan ( hari
akhirat) akan sentiasa berusaha dengan istiqamah di dunia, untuk mencari bekalan di hari yang pasti akan
berlaku.
4
Mengenali dunia yang akan hancur.
Dunia akan kita tinggalkan bila-bila masa. Dunia akan hancur . Kiamat kecil akan berlaku (kematian) kepada diri kta dan
kita akan masuk ke alam barzakh / alam kubur. Dunia Cuma tempat persinggahan
yang sekejap untuk kita. Di sinilah tempat kita berusaha, beribadat untuk
kegunaan di alam akhirat. Setiap apa yang kita lakukan walau sebesar zarah akan
dikira. Amalan yang baik dan yang jahat akan dibalas. Distinasi kita sama ada
syurga atau neraka.Kita akan masuk syurga dengan rahmat Allah. Oleh itu cari
rahmat Allah dengan melakukan amalan
yang diredhai Allah . Janji Allah adalah benar
5
Mengenali yang hak.
Kita mesti tahu hukum Allah , tahu yang mana halal dan yang mana haram .
Dari celek mata di waktu pagi hingga pejam semula mata di waktu malam, buatlah
perkara-perkara yang halal, yang wajib dan sunat kita buat dan tinggal lah yang
haram , semoga kita termasuk dalam golongan orang yang Berjaya di dunia dan di
akhirat.
6
Mengenali kabathilan.
Kita mesti kenal bukan sahaja yang hak tapi mesti kenal yang bathil atau
yang tak benar supaya kita dapat hindar daripadanya. Untuk mengenali
kedua-duanya kita mesti kenal quran dan hadith. Kita mesti memahami dan
mengikuti apa yang terdapat di dalamnya dan mengikutinya dengan penuh yakin,
semoga kita sentiasa berada di jalan yang lurus , jalan orang yang diberi
nikmat dan bukan jalan orang dimurkai Allah.
Semoga kita termasuk dalam golongan orang yang diberi nikmat dan mendapat
rahmat Allah, distinasi kita insy Allah syurga.
·
Sembahyang sunat 2 rakaat
sebelum subuh lebih Nabi SAW cintai dari dunia dan isi kandungannya.
·
Sembahyang Isya’ berjemaah
seolah-olah beramal ½ malam dan sesiapa sembahyang berjemaah subuh, seolah-olah
beribadat sepanjang malam.
Kuliah
Subuh Oleh Ustaz Baharudin di Masjid Jamek Pengadang Baru Kuala Twrengganu pada
21 Februari 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)