KULIAH OLEH USTAZ UBAIDILLAH
TEMPAT : SURAU AL IMAN LOSONG PENGLIMA PERANG KUALA TERENGGANU
MASA: ISNIN MALAM
DAN SUBUH HARI KHAMIS
Amalan harian untuk
selamat daripada neraka
1
Doa minta syurga dan jauh
dari neraka 3 kali
2
Zikir pagi 4 kali dan
petang 4 kali
3
Doa selepas sembahyang
subuh dan maghrib `allahuma ajirni minannar’
4
Sembahyang sunat 4 rakaat
sebelum dan selepas zohor
5
Menangis takut kepada
Allah..
Amalan yang mengangkat darjat seseorang:
1
Berpayah-payah ambil wudhu’
walaupun waktu susah. Misalnya masa yang sangat sejuk ambil juga wudhu’
2
Simpan uban. Sesungguhnya
uban itu cahaya bagi orang Islam
3
Baca doa masuk pasar.
4
Banyak sujud kepada Allah
5
Amalan sayang kepada Nabi
dan sahabat Nabi SAW
Barang siapa cinta atau sayang kepada masjid, Allah sayang
kepadanya, kerana masjid itu rumah Allah. Dengan duduk dalam masjid kita boleh
berkawan dengan orang soleh, dapat belajar ilmu. Belajar satu ayat lebih baik
dari sembahyang sunat 1000 rakaat
Amalan sayang kepada Nabi SAW dan sahabat Nabi SAW
Sahabat Tanya Nabi SAW
Sahabat: Bila
berlaku kiamat
Nabi: Apa
yang kamu sedia untuk hai itu
Sahabat: Cinta
kepada Allah dan Rasul
Nabi: Sesungguhnya kamu akan
bersama dengan orang kamu cinta.,
Nabi: Talhah
(yang baru masuk Islam) adakah kamu sayang kepada aku ?
Talhah: Ya
Nabi: Pergi
bunuh ayah mu ( ayahnya masih belum Islam)
Talhah terus
bangun untuk pergi bunuh ayahnya
Nabi: ( Nabi
panggil Talhah). Mari sini. Aku diutus untuk menyambung silaturahim bukan untuk
memutus silaturahim. Aku Cuma nak uji kamu, adakah kamu ragu-ragu atau tidak.
Sekarang jelas kamu tidak ragu-ragu.
Adakah kita sayang Nabi SAW.
Kita wajib sayang kepada Nabi
dengan mengikut Nabi SAW. Sayang tanpa ikut seperti Abu Talib yang sayang
kepada Nabi Muhammad Saw tapi tidak
ikuit Nabi, tempatnya dalam neraka.
Ikut Nabi tapi tidak sayang kepada Nabi sama seperti sifat
orang munafik.
Untuk sayang kepada Nabi SAW kita mesti berusaha:
1
belajar sunnah
2
amal sunnah. Jangan ingat
sunnah itu kecil
3
ajak orang lain beramal
dengan sunnah
4
doa
Sunnah yang paling besar adalah tauhid kepada Allah.
Baca surah Al kahfi ayat 1 – 10 jauh dari dajjal
Sesiapa yang membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat, Allah
akan memberi cahaya antara satu jumaat dengan satu jumaat.
No comments:
Post a Comment