Rahsia Sujud Di Dalam Solat
Dalam sehari semalam, kita sembahyang sekurang-kurangnya 5 KALI
sehari iaitu 17 RAKAAT telah berlaku 34 kali SUJUD. Di dalamnya terdapat 1001
hikmah yang terkandung. Antaranya:-
SUJUD
1.
SUJUD PERTAMA tanda TAAT (PERINTAH ALLAH)
2.
SUJUD KEDUA tanda SYUKUR (HAMBA KEPADA ALLAH)
Dalam khutbah Ramadhan Nabi s.a.w
bersabda:, Punggung-punggung kalian sudah berat menanggung dosa-dosa kalian.
Ringankan lah beban kalian dengan memperbanyakkan sujud. “Hendaklah kamu
bersujud kepada Allah kerana sungguh tiada sekali engkau bersujud melainkan
dengannya Allah mengangkat satu darjat dan menghapuskan satu dosa (kesalahan)
darimu” ,(HR Muslim)
Firman
Allah SWT yang bermaksud:- ” Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari
perbuatan keji dan mungkar” (Surah Al-Ankabut ayat:45)
Dari
Sudut Tasawuf: Sujud adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan
Penciptanya. Pergerakan sujud itu secara lahirnya telah menunjukkan “rasa
menghina dirinya” seseorang hamba itu di depan Tuhannya di dalam keadaan
menyerah diri, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa“Ya Allah hanya Engkaulah
Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya pada-Mu sahajalah
tempat berserah dan memohon pertolongan”.
Seorang
sahabat Nabi SAW iaitu Huzaifah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah
bersabda:-“Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh Allah
daripada Dia melihat hamba-Nya itu di dalam keadaan bersujud, dengan meletakkan
mukanya di tanah ( sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba
kepada Allah)”. (Hadis Riwayat Imam Tabrani).
Firman
Allah SWT yang bermaksud:- ” Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat
Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka
menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak
menyombongkan diri” (Surah As-Sajadah ayat 15).
Sujud
bererti seseorang itu telah meletakkan wajahnya ditempat yang paling rendah di
atas tanah ini bermakna:
Dia telah meletakkan seluruh dirinya di atas tanah, mengingatkan
dirinya terhadap punca asal kejadian manusia itu dari tanah dan mengembalikan
dirinya kepada tanah.
Apabila dia telah sanggup menghantar dahinya dan juga
dirinya ke tempat yang hina maka tidak mungkin dia akan bersikap sombong lagi
terhadap Allah yang menciptakan dirinya dari tanah itu.
Maka setiap kali sujud
sewajarnya seseorang itu sentiasa ia mengingati akan mati, apabila ia ingat
akan mati maka terasa seolah-olah bahawa solatnya itu sebagai solat penghabisan
kerana ia akan menghantarkan dirinya ke tanah. Ia merasakan bahawa setiap kali
ia sujud seolah-olah ia tidak akan bangun lagi. Sedangkan kematian itu
merupakan pintu bagi seseorang memasuki gerbang akhirat. Dalam keadaan demikian
maka hati akan merasa gerun dan merasai kebesaran Allah dan ketika itulah ia
membaharui lagi di dalam hatinya untuk mensucikan Zat Allah Yang Maha Tinggi
disamping lidah tidak bertulang mengucapkan, “Subhana Rabbial- A’la
wa-Bihamdih”.
Islam itu indah. solat itu sempurna dan beri kebaikan kepada Hambanya zahir dan batin. Bila kita sempurnakan hak Allah
(solat) , Dia akan menyempurnakan hak kita sebagai hamba (hikmah dan kebaikan )
Konsep GIVE AND TAKE…
No comments:
Post a Comment