Wednesday, January 28, 2015

Kisah seorang Badwi masuk Islam
Kuliah Subuh -Masjid Jamek Pengadang Baru

Rasulullah SAW berjalan bersama sahabat. Datang seorang Arab Badwi dari Bani Israel, bawa seekor dho’ untuk dibakar dan dimakan.. Bila dia lihat orang ramai, dia pergi. Orang beritahu orang yang dikelilingi itu adalah Nabi Muhammad. Lalu dia pergi dekat Nabi SAW lalu berkata, ` Demi Lata dan Uza, dalam alam ini yang aku benci sekali adalah mu”

Bila Saidina Umar dengar, dia marah dan minta izin dari Nabi untuk kerat lehernya. Nabi  tak benar. Nabi :    (Tanya)  kenapa mu kata begitu depan orang ramai
Badwi:  Demi Lata dan Uza aku tak beriman kepada mu selagi dho’ ini tak beriman kepada mu. Lalu              dia mengeluarkan dho’
Nabi SAW berkata kepada dho’- cuba mu bercakap. Tiba-tiba dho itu bercakap.
Nabi :    Mu beriman kepada siapa
Dho’:     Aku beriman kepada Tuhan yang tuan sembah
Nabi:     Siapa aku
Dho’:     Tuan adalah utusan Allah. Beruntung orang yang mengikut Tuan
Badwi;   senyap, lalu berkata ‘ mulai hari ini engkau adalah orang yang paling aku kasihi, lalu                            mengucap dua kalimah syahadat. Ajarlah ayat-ayat Allah.
Nabi :    Ajar Surah al Ikhlas
Badwi:  Saya tak pernah dengan ayat yang sehebat ini
Nabi:     Ini kata-kata Allah. Bila mu baca satu kali suah ini umpama baca 1/3 quran. Kalau baca 3                     kali umpama baca sebuqh Quran.
Nabi :    Mu ada harta benda
Badwi:  Tak ada,saya orang paling miskin
Nabi:     suruh beri bantuan. Lalu sahabat beri bantuan.Abd Rahman bangun lalau berkata yang dia ada unta yang mengandung, lalu diberi kepada saudara baru itu..Nabi menceritakan yang Allah akan anugerahkan unta yang dibuat dari permata hijau untuk tunggangan mu di sidrathal mustaqin

Badwi itu keluar. Datang orang Israel dengan senjata, untuk berperang. Arab Badwi itu larang dan mengatakan yang dia sudah beriman dan menceritakan kisah dho’ itu. Semua masuk Islam


Rumusan : Hidayah Tuhan diberi kepada orang yang dikehendaki. Orang yang paling kasih kepada Nabi, Abu Talib, tidak masuk Islam. Orang yang paling benci kepada Nabi SAW  masuk Islam.. Tanggung jawab kita kena ikhtiar. Tak boleh diam, kena berdakwah. Orang nak terima atau tidak, itu adalah ketentuan Allah, semoga kita termasuk dalam golongan orang yang mengajak ke arah kebaikan dan cegah mungkar.
  Rahsia Sujud Di Dalam Solat

Dalam sehari semalam, kita sembahyang sekurang-kurangnya  5 KALI sehari iaitu 17 RAKAAT telah berlaku 34 kali SUJUD. Di dalamnya terdapat 1001 hikmah yang terkandung. Antaranya:-

SUJUD
1. SUJUD PERTAMA tanda TAAT (PERINTAH ALLAH)
2. SUJUD KEDUA tanda SYUKUR (HAMBA KEPADA ALLAH) 

Dalam khutbah Ramadhan Nabi s.a.w bersabda:, Punggung-punggung kalian sudah berat menanggung dosa-dosa kalian. Ringankan lah beban kalian dengan memperbanyakkan sujud. “Hendaklah kamu bersujud kepada Allah kerana sungguh tiada sekali engkau bersujud melainkan dengannya Allah mengangkat satu darjat dan menghapuskan satu dosa (kesalahan) darimu” ,(HR Muslim)

Firman Allah SWT yang bermaksud:- ” Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar” (Surah Al-Ankabut ayat:45)

Dari Sudut Tasawuf: Sujud adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan Penciptanya. Pergerakan sujud itu secara lahirnya telah menunjukkan “rasa menghina dirinya” seseorang hamba itu di depan Tuhannya di dalam keadaan menyerah diri, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa“Ya Allah hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya pada-Mu sahajalah tempat berserah dan memohon pertolongan”.

Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Huzaifah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:-“Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh Allah daripada Dia melihat hamba-Nya itu di dalam keadaan bersujud, dengan meletakkan mukanya di tanah ( sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada Allah)”. (Hadis Riwayat Imam Tabrani).

Firman Allah SWT yang bermaksud:- ” Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri” (Surah As-Sajadah ayat 15).

Sujud bererti seseorang itu telah meletakkan wajahnya ditempat yang paling rendah di atas tanah ini bermakna:

   Dia telah meletakkan seluruh dirinya di atas tanah, mengingatkan dirinya terhadap punca asal kejadian manusia itu dari tanah dan mengembalikan dirinya kepada tanah. 

   Apabila dia telah sanggup menghantar dahinya dan juga dirinya ke tempat yang hina maka tidak mungkin dia akan bersikap sombong lagi terhadap Allah yang menciptakan dirinya dari tanah itu.

   Maka setiap kali sujud sewajarnya seseorang itu sentiasa ia mengingati akan mati, apabila ia ingat akan mati maka terasa seolah-olah bahawa solatnya itu sebagai solat penghabisan kerana ia akan menghantarkan dirinya ke tanah. Ia merasakan bahawa setiap kali ia sujud seolah-olah ia tidak akan bangun lagi. Sedangkan kematian itu merupakan pintu bagi seseorang memasuki gerbang akhirat. Dalam keadaan demikian maka hati akan merasa gerun dan merasai kebesaran Allah dan ketika itulah ia membaharui lagi di dalam hatinya untuk mensucikan Zat Allah Yang Maha Tinggi disamping lidah tidak bertulang mengucapkan, “Subhana Rabbial- A’la wa-Bihamdih”. 

Islam itu  indah. solat itu sempurna dan beri kebaikan kepada Hambanya zahir dan batin. Bila kita sempurnakan hak Allah (solat) , Dia akan menyempurnakan hak kita sebagai hamba (hikmah dan kebaikan ) Konsep GIVE AND TAKE…







KULIAH   OLEH USTAZ UBAIDILLAH
TEMPAT : SURAU AL IMAN LOSONG PENGLIMA PERANG KUALA TERENGGANU
23/1/14

Sesiapa yang pagi-pagi pergi ke masjid untuk mengajar atau mendengar hal-hal agama, seperti membuat haji yang sempurna.

Oleh itu belajarlah sebelum kita sakit, sebelum kembali menemui  Allah. Belajar dan amal, Allah akan beri petunjuk.

Perkara yang mengangkat darjat
1                     Baca dan jaga  Quran ( faham, hayati, ikut, patuh) 
            Dalam syurga tidak perlu sembahyang , puasa dan lain-lain ibadat. Tetapi baca Quran . Nabi Daud memperdengar bacaan Quran dengan suara yang sedap didengar. Tiap-tiap orang akan membaca Quran, sebanyak yang dibaca di dunia, sehingga ke ayat yang terakhir yang telah dibaca di dunia. Setiap patah yang dibaca, akan menaikkan martabatnya, sehingga sampai kepada ayat terakhir.

Kelebihan ayat-ayat / surah Quraan
1         Baca surah Al Ikhlas 10 kali, Allah bina mahligai di dalam syurga.
2         Sebelum tidur baca 2 ayat akhir surah al Baqarah. ( Aamanarrasu….
3         Baca Yasin setiap pagi- diselesaikan segala hajat
4        Baca Surah al Mulk- dapat syafaat, baca sebelum tidur
5         Baca Surah Al Kafirun sebelum tidur- jauh dari syirik
6         Baca surah al hakumuttakar, menayamai baca 1000 ayat
7         Baca surah Al Kahfi pada hari jumaat, Allah bei cahaya antara 2 jumaat
8         Sebaik-baik ubat adalah Quran.

KULIAH   OLEH USTAZ UBAIDILLAH
TEMPAT : SURAU AL IMAN LOSONG PENGLIMA PERANG KUALA TERENGGANU
MASA:   ISNIN MALAM DAN SUBUH HARI KHAMIS

                      Amalan harian untuk selamat daripada neraka
1                     Doa minta syurga dan jauh dari neraka 3 kali
2                     Zikir pagi 4 kali dan petang 4 kali
3                     Doa selepas sembahyang subuh dan maghrib `allahuma ajirni minannar’
4                     Sembahyang sunat 4 rakaat sebelum dan selepas zohor
5                     Menangis takut kepada Allah..

 Amalan yang mengangkat darjat seseorang:
1                     Berpayah-payah ambil wudhu’ walaupun waktu susah. Misalnya masa yang sangat sejuk ambil juga wudhu’
2                     Simpan uban. Sesungguhnya uban itu cahaya bagi orang Islam
3                     Baca doa masuk pasar.
4                     Banyak sujud kepada Allah
5                     Amalan sayang kepada Nabi dan sahabat Nabi SAW
Barang siapa cinta atau sayang kepada masjid, Allah sayang kepadanya, kerana masjid itu rumah Allah. Dengan duduk dalam masjid kita boleh berkawan dengan orang soleh, dapat belajar ilmu. Belajar satu ayat lebih baik dari sembahyang sunat 1000 rakaat

                      Amalan sayang kepada Nabi SAW dan sahabat Nabi SAW
Sahabat Tanya Nabi SAW
Sahabat:              Bila berlaku kiamat
Nabi:                   Apa yang kamu sedia untuk hai itu
Sahabat:              Cinta kepada Allah dan Rasul
Nabi:                  Sesungguhnya kamu akan bersama dengan orang kamu cinta.,                     
Nabi:                  Talhah (yang baru masuk Islam) adakah kamu sayang kepada aku ?
Talhah:              Ya
Nabi:                  Pergi bunuh ayah mu ( ayahnya masih belum Islam)
Talhah                terus bangun untuk pergi bunuh ayahnya
Nabi:                 ( Nabi panggil Talhah). Mari sini. Aku diutus untuk menyambung silaturahim bukan untuk memutus silaturahim. Aku Cuma nak uji kamu, adakah kamu ragu-ragu atau tidak. Sekarang jelas kamu tidak ragu-ragu.

Adakah kita sayang Nabi SAW.
 Kita wajib sayang kepada Nabi dengan mengikut Nabi SAW. Sayang tanpa ikut seperti Abu Talib yang sayang kepada Nabi Muhammad Saw  tapi tidak ikuit Nabi, tempatnya dalam neraka.
Ikut Nabi tapi tidak sayang kepada Nabi sama seperti sifat orang munafik.
Untuk sayang kepada Nabi SAW kita mesti berusaha:
1                     belajar sunnah
2                     amal sunnah. Jangan ingat sunnah itu kecil
3                     ajak orang lain beramal dengan sunnah
4                     doa
Sunnah yang paling besar adalah tauhid kepada Allah.

Baca surah Al kahfi ayat 1 – 10 jauh dari dajjal
Sesiapa yang membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat, Allah akan memberi cahaya antara satu jumaat dengan satu jumaat.

Ayat-ayat Quran yang Nabi Muhammad SAW baca untuk mengubat gila atau dirasut syaitan



Kelebihan menurut Islam
Allah memberi kelebihan tertentu kepada ciptaan Nya. Misalnya Allah memberi kelebihan kepada Hari Jumaat, kelebihan bulan Ramadhan. Kelebihan itu mungkin kelebihan duniawi atau kelebihan akhirat.

Sesiapa yang menjawab azan dengan khusyu’, nescaya dia masuk syurga.
Sesiapa membaca doa selepas azan, ` nescaya dia berhak mendapat syufaat.

Ayat yang Nabi Muhammad SAW baca untuk mengubat penyakit  gila atau dirasut syaitan
                  1.   Surah Al Fatihah

            2.     Al Baqarah ayat 1-4 (Mengikut kiraah Harf 1-5)     

      3.   Al Baqarah ayat 163

      4-    Ayat Kursi

            5-     Al Baqarah ayat  283 – 286

                  6    `Araf 54 ( Juga ayat selusuh . tulis di pinggan, bubuh air dan beri minum)

             7-    Al Mu’minun ayat  117

              8-    Al Jin ayat 3

                    9  -  Al Soffat ayat 1-10

                   10    Al Hasy 22- 24

    11  - 3 Qul


   



 dari Kuliah Maghrib di Surau Al Iman Losong
 oleh Ustaz Tarmizi 2.6.14