Monday, February 23, 2015
Untuk menjadi orang yang taqwa .
Ingat 2 perkara dan lupa 2 perkara
2 perkara yang perlu diingat
1- Ingat kebaikan orang kepada kita supaya lahir sifar syukur. Orang yang tidak bersyukur kepada manusia, tidak bersyukur kepada Allah. Kita hendaklah bersyukur kepada semua nikmat Allah. Nikmat yang paling besar ialah Islam dan Iman
2- Ingat kesalahan kita kepada orang, akan lahirlah sifat takut dan bertaubat. Kita mestilah sentiasa berasa bersalah kepada Allah. Ini mendorong kita untuk bertaubat setiap hari.
2 perkara yang kita perlu lupa
1- Lupa kebaikan kita pada orang, akan lahir sifat ikhlas dan buat kerana Allah. Kita tidak akan mengungkit apa yang kita buat kepada orang kerana kita buat kerana Allah, bukan kerana orang.
2- Lupa kesalahan orang kepada kita, melahirkan sifat redha pada apa yang berlaku , redha pada ujian Allah.
1- Wahai manusia adakah di sisi kamu ada jaminan/ tiket kelepasan untuk mati.
2- Wahai manusia adakah kamu ada jaminan yang kamu jauh dari neraka.
3- Wahai manusia adakah kamu ada jaminan untuk masuk syurga.
4- Wahai manusia adakah kamu ada jaminan sudah ada kasih sayang dengan Allah. Bila sebut nama Allah apa perasaan kita.
5-Wahai manusia adakah kamu ada jaminan yang kamu telah bersyukur terhadap segala nikmat yang Allah berikan kepada kamu.
Kalau kita tak jamin, buatlah persiapan selagi masa masih ada dan carilah taqwa.
Perkara yang perlu dikenali
Perkara yang perlu kita kenal
Setiap orang mukalaf mesti kenal 6 perkara
1
Mengenal Allah dan taat
perintahNya
2
Mengenal syaitan sebagai
musuh dan menjauhinya
3
Mengenal akirat sebagai
tempat yang akan dituju
4
Mengenal dunia yang akan
kita tinggal dan akan hancur
5
Mengenal yang hak
6
Mengenal yang bathil
1
Mengenali Allah dan taat
perintahNya.
Mengenali Allah merupakan kewajipan setiap manusia. Allah yang menjadikan
makhluk, yang memberi rezeki kepada hamba Nya, yang menghidup dan yang
mematikan. Kita sebagai hamba mesti mentaatiNya. Ikut segala perintahnya dengan
istiqamah, semoga kita teguh di jalan yang betul.
2
Mengenali syaitan sebagai
musuh dan menjauhinya.
Syaitan adalah musuh manusia yang
selalu menghasut anak Adam supaya mengikutinya, kecuali orang yang sentiasa
mengingati Allah dan dekat dengan Nya.
3
Mengenali akirat sebagai
tempat yang akan dituju.
Tempat tujuan kita adalah alam akhirat. Oleh itu kita hendaklah mencari
bekal .Hari akhirat adalah hari kta terima keputusan dan balasan apa yang telah
kita lakukan di dunia. Orang yang yakin dengan adanya hari pembalasan ( hari
akhirat) akan sentiasa berusaha dengan istiqamah di dunia, untuk mencari bekalan di hari yang pasti akan
berlaku.
4
Mengenali dunia yang akan hancur.
Dunia akan kita tinggalkan bila-bila masa. Dunia akan hancur . Kiamat kecil akan berlaku (kematian) kepada diri kta dan
kita akan masuk ke alam barzakh / alam kubur. Dunia Cuma tempat persinggahan
yang sekejap untuk kita. Di sinilah tempat kita berusaha, beribadat untuk
kegunaan di alam akhirat. Setiap apa yang kita lakukan walau sebesar zarah akan
dikira. Amalan yang baik dan yang jahat akan dibalas. Distinasi kita sama ada
syurga atau neraka.Kita akan masuk syurga dengan rahmat Allah. Oleh itu cari
rahmat Allah dengan melakukan amalan
yang diredhai Allah . Janji Allah adalah benar
5
Mengenali yang hak.
Kita mesti tahu hukum Allah , tahu yang mana halal dan yang mana haram .
Dari celek mata di waktu pagi hingga pejam semula mata di waktu malam, buatlah
perkara-perkara yang halal, yang wajib dan sunat kita buat dan tinggal lah yang
haram , semoga kita termasuk dalam golongan orang yang Berjaya di dunia dan di
akhirat.
6
Mengenali kabathilan.
Kita mesti kenal bukan sahaja yang hak tapi mesti kenal yang bathil atau
yang tak benar supaya kita dapat hindar daripadanya. Untuk mengenali
kedua-duanya kita mesti kenal quran dan hadith. Kita mesti memahami dan
mengikuti apa yang terdapat di dalamnya dan mengikutinya dengan penuh yakin,
semoga kita sentiasa berada di jalan yang lurus , jalan orang yang diberi
nikmat dan bukan jalan orang dimurkai Allah.
Semoga kita termasuk dalam golongan orang yang diberi nikmat dan mendapat
rahmat Allah, distinasi kita insy Allah syurga.
·
Sembahyang sunat 2 rakaat
sebelum subuh lebih Nabi SAW cintai dari dunia dan isi kandungannya.
·
Sembahyang Isya’ berjemaah
seolah-olah beramal ½ malam dan sesiapa sembahyang berjemaah subuh, seolah-olah
beribadat sepanjang malam.
Kuliah
Subuh Oleh Ustaz Baharudin di Masjid Jamek Pengadang Baru Kuala Twrengganu pada
21 Februari 2015
Wednesday, January 28, 2015
Kisah seorang Badwi masuk Islam
Kuliah Subuh -Masjid Jamek Pengadang Baru
Rasulullah SAW berjalan bersama sahabat. Datang seorang Arab
Badwi dari Bani Israel, bawa seekor dho’ untuk dibakar dan dimakan.. Bila dia
lihat orang ramai, dia pergi. Orang beritahu orang yang dikelilingi itu adalah
Nabi Muhammad. Lalu dia pergi dekat Nabi SAW lalu berkata, ` Demi Lata dan Uza,
dalam alam ini yang aku benci sekali adalah mu”
Bila Saidina Umar dengar, dia marah dan minta izin dari Nabi
untuk kerat lehernya. Nabi tak benar.
Nabi : (Tanya) kenapa mu kata begitu depan orang ramai
Badwi: Demi Lata dan
Uza aku tak beriman kepada mu selagi dho’ ini tak beriman kepada mu. Lalu dia
mengeluarkan dho’
Nabi SAW berkata kepada dho’- cuba mu bercakap. Tiba-tiba
dho itu bercakap.
Nabi : Mu beriman
kepada siapa
Dho’: Aku beriman
kepada Tuhan yang tuan sembah
Nabi: Siapa aku
Dho’: Tuan adalah
utusan Allah. Beruntung orang yang mengikut Tuan
Badwi; senyap, lalu berkata ‘ mulai hari ini engkau adalah
orang yang paling aku kasihi, lalu mengucap dua kalimah syahadat. Ajarlah
ayat-ayat Allah.
Nabi : Ajar Surah al
Ikhlas
Badwi: Saya tak pernah
dengan ayat yang sehebat ini
Nabi: Ini kata-kata
Allah. Bila mu baca satu kali suah ini umpama baca 1/3 quran. Kalau baca 3 kali
umpama baca sebuqh Quran.
Nabi : Mu ada harta
benda
Badwi: Tak ada,saya
orang paling miskin
Nabi: suruh beri
bantuan. Lalu sahabat beri bantuan.Abd Rahman bangun lalau berkata yang dia ada
unta yang mengandung, lalu diberi kepada saudara baru itu..Nabi menceritakan
yang Allah akan anugerahkan unta yang dibuat dari permata hijau untuk
tunggangan mu di sidrathal mustaqin
Badwi itu keluar. Datang orang Israel dengan senjata, untuk
berperang. Arab Badwi itu larang dan mengatakan yang dia sudah beriman dan
menceritakan kisah dho’ itu. Semua masuk Islam
Rumusan : Hidayah Tuhan diberi kepada orang yang
dikehendaki. Orang yang paling kasih kepada Nabi, Abu Talib, tidak masuk Islam.
Orang yang paling benci kepada Nabi SAW
masuk Islam.. Tanggung jawab kita kena ikhtiar. Tak boleh diam, kena
berdakwah. Orang nak terima atau tidak, itu adalah ketentuan Allah, semoga kita
termasuk dalam golongan orang yang mengajak ke arah kebaikan dan cegah mungkar.
Rahsia Sujud Di Dalam Solat
Dalam sehari semalam, kita sembahyang sekurang-kurangnya 5 KALI
sehari iaitu 17 RAKAAT telah berlaku 34 kali SUJUD. Di dalamnya terdapat 1001
hikmah yang terkandung. Antaranya:-
SUJUD
1.
SUJUD PERTAMA tanda TAAT (PERINTAH ALLAH)
2.
SUJUD KEDUA tanda SYUKUR (HAMBA KEPADA ALLAH)
Dalam khutbah Ramadhan Nabi s.a.w
bersabda:, Punggung-punggung kalian sudah berat menanggung dosa-dosa kalian.
Ringankan lah beban kalian dengan memperbanyakkan sujud. “Hendaklah kamu
bersujud kepada Allah kerana sungguh tiada sekali engkau bersujud melainkan
dengannya Allah mengangkat satu darjat dan menghapuskan satu dosa (kesalahan)
darimu” ,(HR Muslim)
Firman
Allah SWT yang bermaksud:- ” Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari
perbuatan keji dan mungkar” (Surah Al-Ankabut ayat:45)
Dari
Sudut Tasawuf: Sujud adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan
Penciptanya. Pergerakan sujud itu secara lahirnya telah menunjukkan “rasa
menghina dirinya” seseorang hamba itu di depan Tuhannya di dalam keadaan
menyerah diri, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa“Ya Allah hanya Engkaulah
Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya pada-Mu sahajalah
tempat berserah dan memohon pertolongan”.
Seorang
sahabat Nabi SAW iaitu Huzaifah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah
bersabda:-“Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh Allah
daripada Dia melihat hamba-Nya itu di dalam keadaan bersujud, dengan meletakkan
mukanya di tanah ( sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba
kepada Allah)”. (Hadis Riwayat Imam Tabrani).
Firman
Allah SWT yang bermaksud:- ” Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat
Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka
menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak
menyombongkan diri” (Surah As-Sajadah ayat 15).
Sujud
bererti seseorang itu telah meletakkan wajahnya ditempat yang paling rendah di
atas tanah ini bermakna:
Dia telah meletakkan seluruh dirinya di atas tanah, mengingatkan
dirinya terhadap punca asal kejadian manusia itu dari tanah dan mengembalikan
dirinya kepada tanah.
Apabila dia telah sanggup menghantar dahinya dan juga
dirinya ke tempat yang hina maka tidak mungkin dia akan bersikap sombong lagi
terhadap Allah yang menciptakan dirinya dari tanah itu.
Maka setiap kali sujud
sewajarnya seseorang itu sentiasa ia mengingati akan mati, apabila ia ingat
akan mati maka terasa seolah-olah bahawa solatnya itu sebagai solat penghabisan
kerana ia akan menghantarkan dirinya ke tanah. Ia merasakan bahawa setiap kali
ia sujud seolah-olah ia tidak akan bangun lagi. Sedangkan kematian itu
merupakan pintu bagi seseorang memasuki gerbang akhirat. Dalam keadaan demikian
maka hati akan merasa gerun dan merasai kebesaran Allah dan ketika itulah ia
membaharui lagi di dalam hatinya untuk mensucikan Zat Allah Yang Maha Tinggi
disamping lidah tidak bertulang mengucapkan, “Subhana Rabbial- A’la
wa-Bihamdih”.
Islam itu indah. solat itu sempurna dan beri kebaikan kepada Hambanya zahir dan batin. Bila kita sempurnakan hak Allah
(solat) , Dia akan menyempurnakan hak kita sebagai hamba (hikmah dan kebaikan )
Konsep GIVE AND TAKE…
KULIAH OLEH USTAZ UBAIDILLAH
TEMPAT : SURAU AL IMAN LOSONG PENGLIMA PERANG KUALA TERENGGANU
23/1/14
Sesiapa yang pagi-pagi pergi ke masjid untuk mengajar atau
mendengar hal-hal agama, seperti membuat haji yang sempurna.
Oleh itu belajarlah sebelum kita sakit, sebelum kembali
menemui Allah. Belajar dan amal, Allah
akan beri petunjuk.
Perkara yang mengangkat darjat
1
Baca dan jaga Quran ( faham, hayati,
ikut, patuh)
Dalam syurga tidak perlu sembahyang , puasa dan lain-lain ibadat. Tetapi baca
Quran . Nabi Daud memperdengar bacaan Quran dengan suara yang sedap didengar.
Tiap-tiap orang akan membaca Quran, sebanyak yang dibaca di dunia, sehingga ke
ayat yang terakhir yang telah dibaca di dunia. Setiap patah yang dibaca, akan menaikkan
martabatnya, sehingga sampai kepada ayat terakhir.
Kelebihan ayat-ayat / surah Quraan
1
Baca surah Al Ikhlas 10
kali, Allah bina mahligai di dalam syurga.
2
Sebelum tidur baca 2 ayat
akhir surah al Baqarah. ( Aamanarrasu….
3
Baca Yasin setiap pagi-
diselesaikan segala hajat
4 Baca Surah al Mulk- dapat syafaat, baca
sebelum tidur
5
Baca Surah Al Kafirun
sebelum tidur- jauh dari syirik
6
Baca surah al hakumuttakar,
menayamai baca 1000 ayat
7
Baca surah Al Kahfi pada
hari jumaat, Allah bei cahaya antara 2 jumaat
8
Sebaik-baik ubat adalah
Quran.
KULIAH OLEH USTAZ UBAIDILLAH
TEMPAT : SURAU AL IMAN LOSONG PENGLIMA PERANG KUALA TERENGGANU
MASA: ISNIN MALAM
DAN SUBUH HARI KHAMIS
Amalan harian untuk
selamat daripada neraka
1
Doa minta syurga dan jauh
dari neraka 3 kali
2
Zikir pagi 4 kali dan
petang 4 kali
3
Doa selepas sembahyang
subuh dan maghrib `allahuma ajirni minannar’
4
Sembahyang sunat 4 rakaat
sebelum dan selepas zohor
5
Menangis takut kepada
Allah..
Amalan yang mengangkat darjat seseorang:
1
Berpayah-payah ambil wudhu’
walaupun waktu susah. Misalnya masa yang sangat sejuk ambil juga wudhu’
2
Simpan uban. Sesungguhnya
uban itu cahaya bagi orang Islam
3
Baca doa masuk pasar.
4
Banyak sujud kepada Allah
5
Amalan sayang kepada Nabi
dan sahabat Nabi SAW
Barang siapa cinta atau sayang kepada masjid, Allah sayang
kepadanya, kerana masjid itu rumah Allah. Dengan duduk dalam masjid kita boleh
berkawan dengan orang soleh, dapat belajar ilmu. Belajar satu ayat lebih baik
dari sembahyang sunat 1000 rakaat
Amalan sayang kepada Nabi SAW dan sahabat Nabi SAW
Sahabat Tanya Nabi SAW
Sahabat: Bila
berlaku kiamat
Nabi: Apa
yang kamu sedia untuk hai itu
Sahabat: Cinta
kepada Allah dan Rasul
Nabi: Sesungguhnya kamu akan
bersama dengan orang kamu cinta.,
Nabi: Talhah
(yang baru masuk Islam) adakah kamu sayang kepada aku ?
Talhah: Ya
Nabi: Pergi
bunuh ayah mu ( ayahnya masih belum Islam)
Talhah terus
bangun untuk pergi bunuh ayahnya
Nabi: ( Nabi
panggil Talhah). Mari sini. Aku diutus untuk menyambung silaturahim bukan untuk
memutus silaturahim. Aku Cuma nak uji kamu, adakah kamu ragu-ragu atau tidak.
Sekarang jelas kamu tidak ragu-ragu.
Adakah kita sayang Nabi SAW.
Kita wajib sayang kepada Nabi
dengan mengikut Nabi SAW. Sayang tanpa ikut seperti Abu Talib yang sayang
kepada Nabi Muhammad Saw tapi tidak
ikuit Nabi, tempatnya dalam neraka.
Ikut Nabi tapi tidak sayang kepada Nabi sama seperti sifat
orang munafik.
Untuk sayang kepada Nabi SAW kita mesti berusaha:
1
belajar sunnah
2
amal sunnah. Jangan ingat
sunnah itu kecil
3
ajak orang lain beramal
dengan sunnah
4
doa
Sunnah yang paling besar adalah tauhid kepada Allah.
Baca surah Al kahfi ayat 1 – 10 jauh dari dajjal
Sesiapa yang membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat, Allah
akan memberi cahaya antara satu jumaat dengan satu jumaat.
Ayat-ayat Quran yang Nabi Muhammad SAW baca untuk mengubat gila atau dirasut syaitan
Kelebihan menurut Islam
Allah memberi kelebihan tertentu kepada ciptaan Nya.
Misalnya Allah memberi kelebihan kepada Hari Jumaat, kelebihan bulan Ramadhan.
Kelebihan itu mungkin kelebihan duniawi atau kelebihan akhirat.
Sesiapa yang menjawab azan dengan khusyu’, nescaya dia
masuk syurga.
Sesiapa membaca doa selepas azan, ` nescaya dia berhak
mendapat syufaat.
Ayat yang Nabi Muhammad SAW baca untuk
mengubat penyakit gila atau dirasut
syaitan
1.
Surah Al Fatihah
2. Al Baqarah ayat 1-4 (Mengikut kiraah Harf 1-5)
3. Al Baqarah
ayat 163
4- Ayat Kursi
5- Al
Baqarah ayat 283 – 286
6 `Araf 54 ( Juga ayat
selusuh . tulis di pinggan, bubuh air dan beri minum)
8- Al Jin ayat 3
9 - Al Soffat ayat 1-10
10 Al Hasy 22- 24
11 - 3 Qul
Subscribe to:
Posts (Atom)