Bab sembahyang
Hukum
Sembahayang
Sembahyang pada syara’ bereti
beberapa perkataan dan beberapa perbuatan yang dimulakan dengan takbiratul ihram dan
disudahi dengan salam, dengan memenuhi syarat-syarat yang tertentu.
Syarat wajib sembahyang
1
Islam
2
Berakal
3
Baligh
4
Suci dari haid dan nifas
5
Masuk waktu
Syarat
sah sembahyang
1
Islam
2
‘akal
3
Suci dari hadath kecil dan besar
4 Suci badan dan pakaian dan tempat sembahyang daripada
najis yang tidak dimaafkan
5
Masuk waktu
6
Menutup aurat
7
Mengadap ain qiblat
8
Mengetahui akan kaifiat sembahyang
9
Menjauhi daripada barang yang membatalkan sembahyang.
Mengetahui masuk
waktu sembahyang
Ada 3 martabat
1. mengetahu masuk
waktu dengan sendirinya atau dengan mendengar khabar dari orang yanag boleh
dipercayai dengan melihat matahari atau jam
2. Ijtihad seperti
baca quran atau bunyi burung atau yang lain
3. Dengan taklid
orang yang mujtahid
Jika sembahyang dengan tidak yakin
dengan masuk waktu melalui 3 cara di atas, sembahyangnya tidak sah, walaupun
sudah masuk waktu
Mengadap
kiblat
martabat
1 mengetahui kiblat
dengan yakin itu melihat sendiri kaabah
2 dengar daripada
orang yang boleh dipercayai
3 ijtihad
4 Mengikut orang
yang mujtihad
Jika ijtihad, kemudian yakin salah
maka hendaklah sembahyang semula
Menutup aurat
Menutup
aurat denagn sesuatu yang suci yang menegak dari kelihatan warna kulit dari pandangan atas dan keliling.
Aurat
terbahagi kepada 3
1
Aurat laki-laki merdeka atau hamba adalah antara pusat
dan lutut untuk masa sembahyang, sesame lelaki dan perempuan yang muhrim.
2
Aurat perempuan hamba. Ketika sembahyang atau dalam
khalwat atau berhadapan dengan muhrimnya, antara pusat dan lutut. Jika
berhadapan dengan lelaki lain, seluruh badannya. Jikaa berhadapan dengan
perempuan kafir ialah barang yang zahir pada waktu bekerja
3
Aurat perempuan yang merdeka, sekalian badan kecuali muka
dan tapak tangan
Kaifiat sembahyang,menegtahui segala
rukun, sayarat dan suantnya. Tempat sembahyang adalah ialah tempat yang
bersentuh dengannya ketika berdiri , ruku’, duduk dan sujud atau bersentuh
dengan pakaiannya.
Perkara yang membatalkan sembahyang
ada 21 perkara
1. Berkata-kata
dengan 2 huruf atau 1 hurus yang member faham,
atau satu huruf yang bermad dengan sengaja lagi diketahui haramnya. Jika
berkata dengan lupa dan sedikit perkataan iaitu 6 kalimah atau kurang dengan
jahil akan haramnya kerana baru masuk Islam, tidak batal.
2. Perbuatan yang
banyak
3. Kedatangan hadath
kecil atau besar
4. Kedatangan najis
yang tidak dimaafkan
5. Syak pada niat
atau takbiratul ihram
6. Berkekalan Syak
pada satu syarat sah sembahyang seperti bersuci atau seumpamanya.
7.
Syak pada niat sembahyang sama ada zohor atau asar
8. Niat hendak
memutuskan sembahyang
9. Digantung hendak
memutus sembahyang dengan sesuatu misalnya niat kalau ada orang panggil nak
berhenti sembahyang.
10. Memaling
sembahyang yang dilakukan kepada sembahyang yang lain
11. Mengerjakan rukun
fiili pada bukan tempatnya dengan sengaja seperti sujud dulu daru ruku’
12. ..berpaling
dadanya dari kiblat dengan sengaja atau lupa dan lama masa berpalingnya
daripada raka’nya
13. Memberi salam
dengan sengaja pada tempat bukan salam
14. Terbuka aurat
disebabkan oleh yang lain dari angin.Jika terbuka oleh angin dan ditutup dengan
segera dengan tidakmelibatkan banyak pergerakan
semasa menutupnya dan tidak berulang untuk kali kedua, tidak batal sembahyang.
15. Mengerjakan
sesuatu yang membatalkan puasa
16. Melebih rukun
fiili dengan sengaja..
17. Berdehem atau
menangis atau hembus dengan mulut dengan hidung jika zohir dua huruf.
18. Memanjang rukun
yang pendek dengan sengaja.
19. Terkemudian atau terdahulu makmun daripada imam
dengan 2 rukun fiili tampa uzur
20. Iktikad yang
fardhu itu sunat..
21. Murtad
Sembahayang 5 waktu
1. Zohor. Waktunya
daripada gelincir matahari hingga baying-bayang sama panjang dengan objeknya
2. Asar mula
daripada habis waktu zohor hingga jatuh matahari
3. Maghrib daripada
habis waktu asar hingga hilang cahaya (syufu’) merah sebelah matahari jatuh
4. Isya’ daripada
habis maghrib hingga naik fajar sidik
5. Subuh, daripada
habis isya hingga naik matahari
Perkara yang disunatkan sebelum
sembahyang
1. bang
2. qamat
Bagi
lelaki sunat kedua-duanya dan bagi perempuan qamat sahaja.
Syarat bagi orang bang dan qamat
1. Islam
2. Mumayyiz
3. Laki-laki
Syarat lafaz bang
1. tertib antara
sekalian kalimah keduanya
2. berturut-turut
antara sekalian kalimah
3. nyaring jika
untuk jemaah
4. masuk waktu
sembahyang fardhu, kecuali bang subuh
5. ketiadaan
dihubung akan dia atas bang orang lain
6. Tambahan Untuk
qamat : ketiadaan penceraian yang panjang
dengan sembahyang
Sunat
orang yang bang dan qamat mempunyai suara yang elok dan kuat dan suci daripada
dua hadath, dan najis, bang dan qamat dalam kaadaan berdiri, mengadap kiblat
dan di atas tempat yang tinggi. Sunat berpaling muka ke kanan semasa ‘Hayya‘alassalah dan dan ke kiri semasa
‘Hayya’alal falah, letak telunjuk di dalam dua lubang telinga.
Sunat
orang yang mendengar bang dan qamat itu menjawab seperti yang diucap oleh
tukang bang dan qamat kecuali pada lafaz hayya’ala salah dan hayyalal
falah.Jawapan untuk keduanya Laahaulawalaa quwwata illa billahil aliyul
‘zim dan pada Assalatukhairun minana um di jawab dengan sodakta wabarirta. Pada
lafaz qadqa matissalah dijawab dengan aqaamaha waadaamaha maa daamatissamawatu
wal ard wajaalani mina salihin ahliha.
Selesai
menjawab bang dan qamat baca doa. Allahumma rabbahazihi da’watittammah…….
Hingga akhir.
(Catatan
: Bila masuk masjid orang sedang bang , ada pendapat yang mengatakan tunggu
jangan sembahyang sunat. Ada pendapat mengatakan boleh sembahyang, sudah
sembahyang jawab bang sekali gus.
1. Rukun
Sembahayang.
2. Niat dengan hati
3. Takbiratul ihram
4. Berdiri betul
5. Membaca Fatihah
6. Raku’
7. I’tidal
8. Sujud
9. Duduk antara dua
sujud
10. Membaca tahyat
akhir
11. Selawat kepada
Nabi pada Tahyat akhir
12. Duduk bagi
keduanya
13. Memberi
salam
14. Tertib pada
kebanyan rukun
1 Niat
sembahyang iaitu 4 maratabat
1
Sembahyang yang memadai pada dengan qasad jua ertinya meniatkan zat
sembahyang seperti nawaitu Usalli
ertinya sengaja aku sembahyang. Iaitu tiap-tiap sembahyang yang tidak mempunyai
waktu dan sebab iaitu sunat mutlak,
tahiyatul masjid, minta hujan, sembahyang hajat,sembahyang istikharah,
sunat wudhu’, tahajud.
2
Sembahayang yang memadai dengan qasad dan ta;yin itu
meniat zat sembahyang dan meniat akan waktu atau sebabnya. Iaitu untuk
tiap-tiap sembahyang yang mempunyai waktu atau mempunyai sebab seperti sunat
rawatib, sunat gerhana, Contoh niat: sehaja aku sembahyang sunat zohor dahulu
daripadanya atau kemuadiannya, atau sahaja aku sembahyang sunat gerhana
matahari/ bulan.
3
Sembahyang yang memadai pada niatnya dengan qasad, ta’rud
dan ta’yin iaitu sembahyang fardhu yang
5 . Contoh niat: sahaja aku sembahyang fardhu zohor.
Qasad – Aku sembahyang
Taarud- Fardhu
Ta’yin-Zohor/Asar/Maghrib
4
Sembahyang yang memadai pada niatnya dengan qasad, ta’rud
dan ta’yin dan ta’yin nafsah iaitu menetukan dirinya imam atau makmun iaitu
untuk sembahyang jumaat dan seumpama sembahyang qasar. Contoh niat: sahaja aku
sembahyang fardhu jumaat aku imam/aku makmun. Atau sahaja aku sembahyang fardhu zohor diqasarkan atau 2 rakaat
Sunat pada sekaliaanya
itu sebut rakaat dan kerana Allah
2 Takbiratul Ihram
Syarat sah Takbiratul
ihram
1. Dengan bahasa
Arab bagi orang yang kuasa dan jika tidak diterjemah akan dia dengan apa bahasa
2. Dengan lafaz
Allah dan Akbar
3. Tertib antara
kedua
4. Berdiri pada sembahyang fardhu
5. Kertiadaan madkan
hamzah pada Allah
6. Tidak
menggugurkan hamzah akbar
7. Ketiadaan mad
akan ba’ akbar
8. Ketiadaan tasydid
9. Ketiadaan
menanbah wau yang sukun (mati) atau berbaris antara 2 kalimat
10. Ketiadaan wau
dahulu daripada lafaz Allah
11. Ketiadaan menukar
hamzah dengan wau
12. Ketiadaan menukar
kaf akbar itu dengan hamzah
13. ketiadaan
memanjang akan alif antara lam dan hamzah lebih dari 14 harakat
14. Ketiadaan diam
yang panjang antara 2 kalimahnya ia itu diam yang lebih dari bernafas dan penat
atau diam yang pendek yang diqasad dengan dia memutus akan takbirnya
15. Memperdengarkan
akan dirinya dengan segala huruf
16. Masuk waktu
17. Mengadap kiblat
18. Takbir ratul
ihram kemudian dari takbiratul ihram iman
19. Ketiadaan
memaling takbiratul ihram kepada takbir yang lain
20. Wajib disertakan
dengan niat sembahyang
Sunat semasa dan selepas takbiratul
ihram:
1. mengangkat dua tangan semasa takbiratul ihram.Permulaan
angkatnya bersamaan dengan permulaan takbiratul ihram pada hal berbetulan
segala anak jarinya yang lain daripada ibu tangannya dengan cuping telinganya
yang sebelah atas.
2. Selepas
takbiratul ihram disunatkan meletakkan tangan di bawah dadanya, condong sedikit
kepada pihak kirinya
3. Membaca doa
iftitah kemudia daripadanya pada sembahyang yang lain daripada sembahyang
jenazah
3 Berdiri betul
Syarat Berdiri betul ( qiam) bagi
sembahyang fardhu
Membetulkann tulang belakangnya
dan jikalau dengan bersandar ia kepada sesuatu atau dengan berpegang ia atasnya
atau dengan dipegang orang akan dia sekalipun memadalah dan jika tidak kuasa
berdiri betul maka wajib ia berdiri
qadar sehabis-habis kuasa.
Jika tidak kuasa berdiri
sekali-kali, kerana musyakah yang akan menghilang khusu’ atau takut jatuh ke
dalam laut atau karam atau pening kepalanya atau takut terkeluar kencing atau
buasir, hendaklah sembahyang duduk.
Jika lemah ia daripada duduk, maka hendaklah
ia berguling atas lambungnya dan dihadapkan muka dan badannya kepada kiblat dan
hendaklah ia bangun bagi ruku;nya sekadar dapat.
Jika lemah juga maka dengan kelopak
mata, jika lemah lagi hendaklah sembahyang dengan hati.
Maka tidak gugur wajib sembahyang
selagi ada akal.
Bagi sembahyang sunat,
harus(boleh) duduk walaupun masih boleh berdiri, dan bolehberbaring walaupun
masih mampu duduk
1
Membaca Fatihah
10 syarat membaca fatihah
1. Baca dalam bahasa
Arab
2. Dengan tertib
antara segala kalimahnya
3. Dengan mualat
(berturut-turut)
4. Memelihara segala
hurufnya daripada makhrajnya iaitu 141 jika tidak di alifkan pada ‘maliki’ (
jika baca maaliki jadi 142 huruf)
5. Memelihara segala
tasydidnya yang 14 tempat.Jika ditinggal tasydid dengan sengaja lagi diketahui akan haramnya
dan mengubah ia akan ma’na, maka batallah
sembahyangnya. Dan jika tinggal kerana lupa atau jahil ia akan haramnya atau
tidak mengubah maknannya , maka tidak batal sembahyang, tapi batal bacaan,
hendaklah diulang bacaannya baru ruku’ . jika tidak (buat begitu) maka batallah
sembahyangnya.
6. Ketiadaan diam
yang panjang dengan tiada uzur iaitu diam yang lebih daripada kadar bernafas
dan penat, atau diam yang sedikit yang diqasad memutus akan bacaan.Jika berlaku
seperti diatas wajib memulakan dari awal
7. Dengan ketiadaan
lahan yang mencederakan maknanya
8. Membaca semasa
berdiri atau gantiannya ketika uzur
9. Memperdengar
kepada dirinya
10. Tiada menyelangi
antara segala kalimahnya itu oleh zikir yang ajnabi yang tidak ta’lik dengan
sembahyang.
Sunat :
1
Baca Auzubillah sebelumnya
2
Membaca amin kemudian daripadanya
3
Nyaringkan pada keduanya jika nyaring fatihahnya
4 Saktah ( diam sebentar), kadar subhanallah antara fatihah
dan amin dan antara amin dengan surah dan antara surah dengan ruku’
5 Raku’
4 Syarat ruku’
1
ruku’ kemudian dari tamam ( selesai/sempurna) fatihah bagi orang lain dari masbuk. ( kalau kita
ruku’, kita syak tak baca Ghairil maghdhu, kita kena bangun semula,
baca Ghairil maghdu hingga habis baru ruku’
2 tunduk kehadepan sekira-kira sampai tapak tangannya
memegang dua lututnya pada orang yang sederhana kejadiannya pegang lutut sunat)
3
jangan qasad yang lain daripada ruku’(niat yang lain dari
ruku’ )
4
tamaninah ( berhenti segala anggota)
Sunat baca` subhana rabbial azimiwabihamdih '( Maha suci Tuhanku (Allah) Dialah yang Maha Besar(agung) dengan kepujian (siapa yang tidak baca dengan
sengaja, hukumnya makruh)
Baca sekurang-kurang 1 kali,akmalnya 3
kali, 5 kali, 7 kali, 9 kali atau 11 kali
·
imam hendaklah baca 3 kali, jangan lebih.
6 I’tidal
4 syarat sah I’tidal
1
I’tidal selepas sempurna ruku’
2
Kembali dari ruku’ kepada qiam .
3
Jangan qasad yang lain dari I’tidal
4
Tamaninah.
5
*tangan boleh letak di dada atau lepas. Ada pendapat
mengatakan oleh kerana I’tidal adalah kembali dari ruku’ kepada qiam, maka
tangan hendaklah letak di dada seperti masa qiam). Tangan jangan bergayut/
berayun banyak kali. Berayun sikt tak apa
Sunat:
1
Baca sami`Allahulimanhamidah. (Telah
mendengar Allah orang memujinya)
Mengikut
Imam Shafie,imam dan makmun sunat membacanya . Pendapat Imam Hambali tak payah
baca)
2
dan bila berdiri betul baca rabbana lakalhamd. mil ussamawati wamil ardi wamil amabainahuma wamil ama syi'tamin syaiin ba'd
(Hai
tuhanku bagi Engkau kepujian,bagi Engkau yang memenuhi langit dan memenuhi bumi
dan memenuhi barang yang Engkau kehendaki
daripada suatu kemudian daripada keduanya)
3
Angkat dua tangan seperti angkat semasa takbiratul
ihram,
semasa ruku’, I’tidal dan bangun dari tahyat awal
(
lain dari 4 tempat ini tidak disunatkan angkat dua tangan)
4
Baca qunut pada I’tidal
yang akhir bagi sembahyang
subuh, sembahyang witir selepas separuh ( 15
akhir) bulan Ramadhan dan pada sembahyang 5 waktu pada ketika turun bala. (bala
yang besar sahaja)
Allahum mahdini fiiman hadait........ hingga akhir. maksudnya
Ya Allah berilah kami petunjuk sebagaimana mereka yang
telah engkau beri petunjuk.Dan berilah kami kesihatan* sebagaimana orang yang engkau telah beri kesihatan. Dan berilah kami
kekuasan sebagaimana orang yang engkau
telah beri kekuasaan Dan berilah kami keberkatan sebagaimana orang yang engkau telah beri keberkatan. Dan
peliharakanlah daku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Dan
sesungguhnya Engkaulah yang menghukum bukan Engkau yang dihukum.Dan
sesungguhnya tiada hina mereka yang telah Engkau pimpin. Dan tiada beroleh kemuliaan mereka
yang Engkau musuhi. Maha berkat Engkau wahai Tuhan kami dan maha berkat.
KepadaMu sahajalah kepujian atas apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku
memohon keampunan serta bertaubat kepadaMu. Dan semoga dirahmati Allah ke atas
Junjungan Nabi Muhammad dan keluarganya serta sahabat-sahabatnya.
Peringatan: jangan baca dalam bahasa Malaysia - baca dalam bahasa Arab sahaja.
*Sihat
dari fizikal dan rohani. Yang lebih penting sembuh dari penyakit hati misalnya hasad dengki. ( tidak boleh tengok orang Islam senang. Hasad
dengki memakan amalan/ibadat seperti api memakan kayu yang kering). Penyakit
fizikal tidak membawa ke neraka tetapi penyakit hati membawa ke neraka. Oleh itu bila terima berita gembira bagi orang
Islam, ucaplah Alhamdulillah.
5
Semasa membaca qunut, sunat angkat dua tapak
tangan menadah ke langit berbetulan dengan bahu pada
tiap-tiap doa, harus melampaui dripadanya ketika sangat-sangat berhajat dan
disapu kepada muka pada akhir doa yang lain dari qunut
( catatan : Doa adalah
permintaan. Doa sunat, dalam sunat ada
sunat. Semasa Nabi SAW sembahyang minta hujan –Istisqa’, Nabi SAW pusing tapak
tangan. Kita boleh pusing tapak tangan, tetapi kena tahu bacaan iman. Nabi SAW
pusing tapak tangan kerana tolak bala kemarau-
Selepas berwudhu’ Nabi
SAW berdoa cepat dan tadah tangan)
.
6
Sunat bagi imam membaca dengan lafaz yang umum
Tidak
harus memanjangkan I’tidal lebih dari masa membaca fatihah dengan bacaan
pertengahan.
7 Sujud
Syarat sujud 8 perkara
1. sujud selepas sempurna I’tidal ( selepas sempurna I’tidal-
belakang mesti betul, bagi yang mampu, kalau tidak betul tak sah)
2. menghantar ia akan 7 anggota kepada tempat sujud iartu dua perut
anak jari dua kakinya, dua lutut dan dua tapak tangan dan dahi. (lipat jari kaki, memadai 1 sahaja. Kalu ke
lima-lima lebih afdhal, mesti kedua-dua belah kaki)
3.
Terbuka dahinya
4. Ditekan akan kepalanya kepada tempat sujud ( jangan letak tak letak sahaja)
5.
Jangan qasad yang lain dari
sujud
6. Tidak sujud di atas sesuatu yang ia tanggung yang bergerak
dengan geraknya (sujud di atas kain
sembahyang kita sendiri, tak sah. Kalu kain orang lain tak apa. Jangan berlapik
kecualli orang sakit, seperti orang yang terpaksa plater dahi kerana luka)
7.
Meninggikan punggung
daripada tengkuknya
8.
Tomaninah
Sunat ketika sujud:
baca Subhanarabbial a`la wabihamdih
(Maha suci Tuhanku yang maha
tinggi dan kepujiannya)
satu kali, akmalnya 3,5,7,9
atau 11 (kalau tak baca hukumnya makruh)
Bagi lelaki sunat
merenggangkan dua lengannya daripada dua lambungnya dan sunat mengangkat
perutnya daripada pahanya pada ruku dan sujud
Duduk antara dua sujud
4 syarat
1.
kemudian daripada sempurna
sujud yang pertama
2.
jangan qasad angkat
kepalanya itu yang lain daripada
duduknya
3.
membetulkan duduknya qadar
kuasanya
4.
tomaninah
Sunat:
Baca Rabbighfirli....... hingga akhir
(Tuhanku ampunilah aku dan
rahmatilah aku dan angkatkanlah aku smepunakan kekuranganku dan rezekiku .
Tunjukkanlah kepadaku jalan dan afiatkan ku dan ampunilah daku)
Tidak harus memanjangkan duduk
antara dua sujud ini lebih daripada qadar masa tahayat dengan sengaja
Apabila dapat 2 rakaat pada
sembahyang fardhu selain dari sembahyang subuh, maka sunat duduk bagi membaca
tahiyat awal
Sunat ab’at ( Sunat yang
berat)
1 membaca tahyat awal (Jika kita terlupa baca, kalau kita
sembahyang seorang, jika berdiri belum betul brtdiri, boleh duduk semula.Kalau
dah berdiri tegak, tak boleh duduk semula.Jika ikut imam, kita terbangun, kena
duduk semula ikut imam. walaupun sudah berdiri tegak. Kalau orang baru belajar,
tersalah sedikit tak apa. inilah kelebihan orang belajar. )
2 selawat atas nabi kemudian daripadanya
3 selawat ke atas keluarganya kemudian dari tahiyat akhir
4 duduk bagi sekalian yang tersebut itu
5 membaca qunut (kalau imam tidak baca, kita tak payah
baca, ikut imam)
6 selawat atas nabi dan atas keluarganya dan sahabat
kemudian daripada qunut
7 salam atas nabi dan atas keluarganya dan sahabat
kemudian daripada qunut
8 Berdiri
bagi sekalian yang tersebut itu
Jika tertinggal satu daripada
yang lapan ini maka sunat sujud sahwi
(Makmun kena ikut imam, selagi imam buat
perkara yang tidak bertentangan dengan suruhan agama. Jika bertentangan dengan
suruhan agama, misalnya sembahyang maghrib 4 rakaat, makmun yakin rakaat yang ke 4, jangan ikut. Kalau ikut,
batal)
Membaca tahiyyat akhir
( Segala kerahmatan yang berkat,
segala sembahyang yang baik tertentu bagi Allah . Selamat sejahtera
rahmat Allah dan berkatNya ke atas mu wahai Nabi Muhamad. Selamat sejahtera ke atas kami dan k
e atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku bahawa tiada Tuhan yang
disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa Nabi
Muhammad itu pesuruh (utusan) Allah.Ya
Tuhanku rahmatkan ke atas
yang mulia junjungan kami Nabi Muhammad.
(-Kita boleh baca seperti Quran, dengung pada nun tanwin atau tidak dengung, kerana ini
doa.
-Kalau lupa baca, sudah beri salam,kita ingat tak baca tahayat akhir,
kena masuk sembahyang semula-niat nak masuk sembahyang semula, kemudian baca
tahayat akhir dan salam)
Sunat ditambah
( dan ke atas keluarga yang mulia Nabi Muhammad)
Syarat sah
1.
Dalam bahasa Arab bagi yang
berkuasa
2.
Memelihara segala huruf dan
segala kalimahnya dan segala tasydid
3.
Mualat antara segala
kalimah
4.
Memperdengarkan kepada
dirinya
5.
Ketiadaan mempaling akan
dia bagi lainnya
6.
Dibaca dengan duduk kecuali
uzur
7.
Tertib
(Kalau tidak sah sembahyang,
amalan lain tidak diterima,jika molek sembahyang, moleklah amalan lain. Wajib
belajar baca quran supaya dapat baca 4 syarat qauli dengan betul-takbiratul
ihram,Fatihah, tahayyat akhir dan salam- bagi orang lelaki, dapat baca dengan
betul 4 perkara ini baru boleh bang,jadi imam dan takbir hari raya-barulah
menjadi lelaki yang sempurna.)
Lebih akmal selepas baca
tahiyat akhir baca selawat Ibrahimiah
( Seperti yang telah Engkau
rahmatkan ke atas Saidina Ibrahim dan ke atas keluarga Ibrahim. Dan berilah
keberkatan ke atas yang mulia junjungan
kami Nabi Muhammad. Seperti yang telah Engkau rahmatkan ke atas
Saidina Ibrahim. Di seluruh alam bahawa Engkaulah yang terpuji serta
mulia.)
Catatan :(Sebut Nabi Ibrahim kerana
Nabi Ibrahim adalah bapa Nabi-Nabi Nabi
Ibrahim +Siti Hajar → Nabi Ismail. Nabi
Ibrahim+Siti Sarah→Nabi Ishak→Nabi Yaakub→Nabi Yusof )
Sunat
Duduk Tawarruk
Letak dua tangan atas dua
paha,hujung anak jarinya bersama-sama dengan kepala lutut, disunat menggenggam anak
jari tangan kanan selain dari telunjuk dan letak ibu jari di sisinya (mazhab Shafie. Mazhab lain jari diluruskan,
gemgam jari lain dan tunjuk dengan telunjuk semasa baca Illa LLah sahaja)
Angkat telunjuk bila baca Illa
llah dengan niat wahdaniah Allah taala.
(Meenggerak-gerakkan telunjuk
– batal sembahyang)
10 Selawat kepada
Nabi pada Tahyat akhir
11 Duduk bagi
keduanya
12 Memberi salam
Ucapan salam,
sunat tambah warah
. Berpaling
muka Ke kanan dengan niat member salam
kepada orang, malaikat dan jin yang ada di kanan. Memberi salam yang kedua ( ke kiri) adalah sunat. Sunat bagi
makmun memberi salam setelah imam
selesai meberi dua salam. Sunat selepas
mberi salam, melatakan tapak tangan kanan ke atas ubun-ubun
Tertib pada kebanyan rukun
Syarat-syarat kebatinan dari
gerak laku hati ( Dari Imam Ghazali-Bimbingan Mukmin)
Syarat –syarat keistimewaan
sembahyang, antaranya:
1.
Kehadiran hati dalam
sembahyang
2.
Mengerti bacaan sembahyang
3.
Membesarkan Allah dalam
sembahyang
4.
Merasakan kehebatan Allah
dalam sembahyang
5.
Penuh harapan
6.
Perasaan malu
Kehadiran hati dalam sembahyang
Semoga kita dapat mengosongkan
hati dari segala yang boleh mengganggu sembahyang atau yang tak ada sangkut
paut dengan sembahyang. Kita sembahyang dengan penuh azam
Mengerti bacaan sembahyang
Mengerti atau memahami maksud
bacaan kita di dalam sembahyang. Hati mesti memahami apa yang diucapkan oleh
lidah
Membesarkan Allah dalam sembahyang
Merasakan kehebatan Allah
dalam sembahyang
Penuh harapan
Perasaan malu
Perkara yang harus
diperhatikan ketika mengerjakan sembahyang
Bila dengar azan: hendaklah
digambarkan betapa hebatnya sruan yang akan berlaku di Hari Kiamat. Oleh itu
kita merasakan lahir dan batin hendak cepat menyahut seruan itu, kerana orang
yang segera menyahut seruan azan itu, ialah orang yang akan diseru
Dengan lemah lembut di Hari
Kiamat.
Jika tempat sembahyang, dan
pakaian kita jaga dari segi kesuciaanya, begitu juga hati. Oleh itu kita
hendaklah sentiasa bertaubat dan berazam bersungguh-sungguh untuk meninggalkan
segala keterlanjuran.. Kebatinan kitalah yang perlu dijaga, kerana dialah
tempat yang menjadi pandangan Allah.
Menutup aurat, menutup segala
keburukan badan kita dari dipandang orang. Begitu juga hati. Allah Maha
mengetahui. Oleh itu kita tutup keburukan hati kita dengan menyesali
diri,merasa malu dan menampakkan rasa takut kepada Allah. Pada masa ini kita
berdiri di depan Allah sebagai hamba yang rasa berdosa, malu dan takut.
Mengadap kiblat. Wajah tidak
dapat mengadap kiblat, kecuali dengan memesongkan dari arah yang lain ( tidak
pandang kearah lain) . Begitu uga hati, tidak dapat menuju kepada Allah, tanpa
memesong dari yang lain atau mengosongkan ingatanselain dari ingatan kepada
AllahI’tidal, tubuh berdiri tegak, begitulah hati berhadapan dengan Allah
taala, dan mengingatkan sifat rendah diri, hina dan jauh dari takabbur. Ia juga
mengingatkan pada hari berdiri di hadapan Allah Taala ketika dibawa ke
pengadilan. Ingatlah kita sedang berdiri di hadapan Allah Taala, Dia sedang
melihat kita dan mengetahui semua rahsia kita.
Niat merupakan keazaman kita
untuk menyahut seruan dan perintah Allah Taala, iaitu untuk menunaikan
sembahyang yang difardhukan, dengan penuh harapan agar mendapat balasan
pahala..
Takbir,
( Allah Maha Besar),
bila kita sebut dengan lidah, jangan kita dustakan dengan hati.. Andaikata di
dalam hati kita ada sesuatu yang dipandang lebih besar, atau nafsu kita lebih
menguasai diri kita semasa kita beribadat kepada Allah, jadilah takbir kita itu
di bibir mulut sahaja, tidak disertai dengan hati.
Dalam sembahyang banyak kita
berjanji dan membuat pengakuan kepada Allah. Antaranya:
Doa iftitah
Aku menghadapkan wajahku kepada
yang menjadikan petala langit dan bumi
Wajah di sini bukan sahaja
muka tetapi wajah hati. Oleh itu hati
kita mesti tertumpu kepada Allah yang menjadikan petala langit dan bumi (
jangan berangan-angan atau ingat ke lain tempat).Awas, jangan sampai kita
berdusta, dengan memaling hati kepada benda-benda lain. Oleh itu kita hendaklah
berusaha bersungguh-sungguh untuk memusatkan tujuan kita kepada Allah. Kiranya
tidak mampu melakukan terus-menerus, hendaklah berkata dalam hati, aku akan
cuba lagi
Kemudian kita membaca
(Dalam keadaan
cenderong dan berserah. Maksudnya
kita menghadap wajah kita dalam keadaan cenderong dan berserah kepada Allah,Tuhan
yang menjadikan petala langit dan bumi
Semasa membaca
(Dan tiadalah aku dari golongan orang
musyrikin.) kita hendaklah faham kita bukan golongan musyrikin, yang
menpunyai syirik yang tersembunyi. Umpamanya kita niat beribadat kepada Allah, tetapi pada masa itu
kita memuja manusia. Oleh itu jauhlah dari perbuatan ini.
ita juga berjanji
(Hidupku dan matiku
kerana Allah Taala). Oleh itu berilah tumpuan kepada pencipta atau tuan kita
iaitu Allah
Bila kita menyebut
( Aku berlindung diri kepada
Allah dari bencana syaitan yang terkutuk), maka kita hendaklah sentiasa ingat
syaitan itu musuh kita .Ia sentiasa dengki dan hasad terhadap munajat yang kita
lakukan,Ia akan sentiasa berusaha untuk memesongkan sembahyang kita dari
mengingati Allah atau menanam waswas dalam diri kita.Oleh itu kita hendaklah
meninggal apa yang disukai oleh syaitan
Bila baca
kita ingat sesuatu pekerjaan
kita akan berkat bila dimula dengan basmalah. Kemudian kita sebut
(segala puji bagi Allah), kita ingat kesyukuran itu dituju hanya
kepada Allah yang memberi nikmat kepada kita ( termasuk memberi kemudahan untuk
kita menunaikan sembahyang) Bila kita baca
(Yang Maha Pengasih lagi penyayang), kita ingat kasihnya dan
sayangnya Allah kepada kita sepatutnya
terpancarlah perasaan membesarkan dan takut kepada Allah kerana Allah adalah
raja pada hari Kiamat
Kita hendaklah takut kepada pembalasan yang adil.
Kemudian kita perbaharukan keikhlasan kita dengan membaca
(Hanya kepada Mu kami sembah), kira rasa kelemahan kita, kemudian
kita zahirkan pengharapan kita dengan membaca
( Dan hanya kepadaMU kami meminta pertolongan) dan pohon tunjuk jalan
yang lurus
dan kita mohon agar
permohonan kita dikabulkan .
(
)
Semasa sembahyang kita
hendaklah melihat di tempat sujud, tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan sesuai
dengan Hadith Nabi
Semasa ruku’ hendaklah kita
mengingat kebesaran Allah ( Maha suci Tuhan yang Maha Besar) dan bila berdiri,
dengan penuh harapan kitan menyebut
( Allah mendengar orang yang
memujiNya), kemudian kita menggandakan pujian kita dengan
Wahai Tuhan kami, BagiMu
segala kepujian, pujian yang meliputi segala petala langit dan bumi’
Kemudian kita memperbaharui ingatan kita
kepada kebesaran Allah dengan membaca
Kemudian kita pohon hajat kita agar Allah mengampunkan dosa dan
belaskasihanilah dengan bacaan
Kemudian kita ingat kepada keperidaan Rasulullah. Dengan membaca
Demikianlah keterangan
mengenai sembahyang orang yang khusyu’ sesuai dengan firman Allah
Rujukan
1
Hidayatul Sobian
2
Kuliah Ustaz Azhar Idrus di Masjid Pengadang Baru
3
Tafsir Al-‘Usyr Al-Akhir dari al Quran al karim juz
28,29,30 serta hukum-hukum penting bagi seorang muslim
4
Bimbingan mukmin