Haid dan Istihadhah
Usia minima dan maksima
datang haid.
Haid adalah darah normal yang
keluar dari kamaluan perempuan dalam keadaan sihat. Usia datang haid yang minima adalah 9 tahun, jika
keluar sebelum daripada 9 tahun , ia adalah darah istihadhah. Tidak ada batas
maksima usia datang haid.
Batas minima dan maksima
hari haid .
Masa minima datang haid adalah
24 jam dan maksima 15 hari. Jika kurang dari minima atau lebih dari hari
maksima , ia adalah istihadhah. Masa biasa adalah 7 hari
Masa suci antara haid: minima
13 hari, biasaanya 23/ 24 hari
Darah yang keluar semasa
hamil : apa yang keluar semasa
hamil, berupa darah biasa atau yang berwarna coklat,atau lendir kuning, adalah
istihadhah.
Bila suci dari haid: Kita boleh tahu suci dari haid dengan 2 cara:
1.
Bila terdapat lendir putih.
Cairan ini suci tetapi membatalkan wudhu’
2.
Tidak terdapat lagi darah
yang coklat atau kuning.
Cecair yang berwarna
kekuningan: Cecair yang berwarna
kekuningan yang keluar semasa bersambung dengan haid, sebelum atau selepas,
maka ia adalah darah haid. Tetapi jika terpisah, bukan darah haid tetapi
istihadhah
Bagi yang mempunyai jumlah
hari haid yang tetap: Jika tanda habis haid sudah jelas, walaupun belum cukup
bilangan hari yang biasa, ianya sudah suci. Begitu juga jika lama lebih dari
biasa selagi kurang dari 15 hari, atau datang awal, jika cukup tanda darah haid
( minima 24 jam), ini adalah haid.
Haram bagi orang yang
dalam haid atau nifas
1. Sembahyang
2. Tawaf
3. Menyentuh Quran
4. Menanggung Quran
5. Membaca Quran
walaupun sehuruf jika dikasad pada Quran
6. Masuki ke dalam masjid jika takut menitik darah
7. Berhenti dalam
masjid
8. Puasa
9. Bersetubuh
10. Bergurau dengan
suami bagi anggota antara pusat dan lutut
11. Niat mengangkat hadath besar
No comments:
Post a Comment