Sebab Hadath kecil ( yang membatalkan air
sembahyang)
1
keluar sesuatu daripada dua jalan qubul atau dubur yang
lain daripada mani
2
bersentuh 2 kulit
lelaki dan perempuan yang harus berkahwin yang sampai umur
3
Menyentuh zakar
atau faraj atau halaqah dubur anak adam dengann tapak tangan dengan tidak
berlapik.
4
Hilang akal dengan sebab gila atau mabuk atau pitam atau
tidur yang tidak tetap pada tempat kedudukannya.
Untuk
menyucikan hadath kecil ialah dengan mengambil wudhu’
Sebab-sebab
yang mewajibkan mandi
1
mati
2
keluar mani
3
jima’ walaupun tak keluar mani
4
suci daripada haid
5
suci daripada nifas
6
wiladah iaitu beranak
Haid
Darah yang beradat oleh perempuan yang
sampai umur Sembilan tahun, sekurang-kurang masanya sehari semalam ( 24 jam)
dan sebanyak-banyaknya 15 hari dengan malamnya. Biasanya ialah 15 hari 5 atau 6
atau 7 hari dengan malamnya. Masa suci antara dua haid.
Nifas
Darah yang keluar selepas beranak, sekurang-kurang satu
lahzah iaitu masa yang amat sedikit. Sebanyak-banyaknya enam pulu hari termasuk
malam. Biasanya 30 hari atau 40 hari
Darah yang keluar kurang dari masa darah haid ( 1
hari 1 malam) atau lebih ( lebih dari 15
hari) atau lebih dari 60 hari bagi nifas dipanggil darah istihadhah
Darah yang putus-putus keluar dalam masa had masa nifas
(60 hari selepas bersalin), jika tidak sampai had masa putus antara dua haid (
15 hari), maka darah itu adalah darah nifas. Jika masa terputus itu 15 hari atau lebih, maka
darah yang keluar itu darah haid bukan nifas lagi.
Jika selepas 60 hari,
darah keluar semula selepas
terputus walaupun kurang 15 hari, darah itu adalah darah haid.
Fardhu
mandi wajib 2 perkara
1
Niat mengangkat hadath disertakan dengan membasuh satu
suku daripada badan. Niatnya seperti
sahaja aku mengangkat hadath janabah atau haid
atau nifas atau
sahaja aku mandi daripada janabah atau
daripada haid atau nifas atau
sahaja aku mengangkat hadath yang besar atau
sahaja aku mandi wajib
2
Meratakan air pada sekalian zahir badannya. Yang zahir
bagi perempuan bagi dubur dan farajnya ialah pada ketika duduk
Bab rukun-rukun sembahyang
Syarat wudhu’ dan mandi wajib ada 12 perkara
1
Islam
2
Mumayyiz
3
Mengetahui kaifiat keduanya
4
Dengan air yang mutlak
5
Mengetahui keadaan air itu mutlak
6
Ketiadaan sesuatu yang menegah air dari sampai ke anggota
7
Hendaklah mengalir air atas anggota yang dibasuh
8
Ketiadaan sesuatu yang menepi akan wudhu’ atau mandi seperti haid dan nifas
9
Tidak memalingkan niat yang lain dari keduanya (wudhu’ /
mandi wajib)
10
melebih basuh daripada qadar yang wajib kerana hendak
meratakan basuhannya
11
Tahqiq ia akan sesuatu yang menghendaki ia bagi wudhu’
atau mandi
12
membasuh anggota yang bertambah yang menyerupai yang asal
Syarat bagi wudhu’ orang yang
mempunyai dharurah
1
memdahulu akan istinja’ dan tahfidz atas wudhu’
2
wajib mewalat antara istinja’ dan tahfidz dan antara
tahfidz dan wudhu’ dan antara wudhu’
dan sembahyang
3
dilakukan semuanya selepas masuk waktu sembahyang.
Air mutlak : contoh air mutlak airyang turun dari langit serti air hujan,
air embun atau air yang keluar dari bumi seperti air laut, air sungai atau air
telaga. Air tebu, air gula dan air sabun tidak air mtlak.
Air mutlak akan menjadi bukan air
mutlak bila:
1
mencampuri dengan benda lain, walaupun suci seperti
sabun, air mawar, garam bukit, ubat yang banyak sehingga hilang nama asal
menjadi air sabu, air mawar, atau air
garam
2
digunakan untuk basuh fardhu bagi wudhu’ atau mandi wajib
yang tidak sampai 2 kolah ( kedua-dua air ini suci dirinya tapi tidak
menyucikan yang lain)
3
jatuh di dalamnya najis, sekurang-kurang ada kelihatan
pada mata, bagi air yang kurang 2 kolah.
Bagi air yang lebih 2 kolah, sehingga najis itu mengubah sifat air itu.
Jika tiada air atau berpenyakit yang
tidak boleh kena air pada satu anggota wudhu’ atau mandi wajib hendaklah
bertayamun dengan debu tanah yang suci lagi menyucikan. Sapu pada muka dan dua tangan
Haram bagi orang berhadath kecil 4
perkara:
1
sembahyang fardhu atau sunat dan perbuatan yang pada
makna sembahyang seperti sujud tilawah, sujud syukur dan membaca khutbah jumaat
2
Tawaf fardhu atau sunat
3
Menyentuh Quran
4
Menanggung Quran
Haram bagi orang berjunub
6 perkara:
1
Tawaf
2
Menyentuh Quran
3
Menanggung Quran
4
Membaca Quran walaupun sehuruf jika dikasad pada Quran
5
Sembahyang
6
Berhenti dalam masjid
Haram bagi orang yang
dalam haid atau nifas
1. Sembahyang
2. Tawaf
3. Menyentuh Quran
4. Menanggung Quran
5. Membaca Quran
walaupun sehuruf jika dikasad pada Quran
6. Masuki ke dalam masjid jika takut menitik darah
7. Berhenti dalam
masjid
8. Puasa
9. Bersetubuh
10. Bergurau dengan
suami bagi anggota antara pusat dan lutut
11. Niat mengangkat hadath besar
Istinja’
Istinja’ertinya menghilangkan ain
najis kencing dan tahi daripada tempat keluarnya dengan air atau dengan tiga batu atau seumpamanya.
Bahan-bahan itu hendaklah suci, keras, kesat dan bukan daripada makanan
termasuk makanan jin seperti tulang. Dan bukan yang dihormati oleh syara’ seperti
seperti kayu dan rumput.
Di antara air dan batu atau
seumpamanya, air lebih afdal kerana air dapat
menghilangkan ain najis dan bekasnya, tetapi batu dapat
menghilangkan ain najis.
Yang terleih afdal, beristinja’ dengan
batu atau seumpamanya terlebih dahulu, kemudian diikuti oleh air.
Syarat sah beristinja’ dengan batu
1. dengan 3 batu
2. batu itu suci
3. tiada kering
najis yang keluar itu
4. tidak berpindah
najis itu daripada tempatnya
5. tiada mendatangi
atasnya oleh najis yang lain
6. tidak melampaui
najis itu akan safhah dubur hasyfah zakar
7. tidak terkena air
8. dapat disuci
dengan batu
Semua binatang yang
hidup, suci kecuali anjing dan babi
Perkara yang najis
1. Bangkai
kecuali bangkai manusia, ikan dan
belalang.
2. Juzu’ yang
bercerai daripada binatang yang hidup
kecualibulu binatang halal dimakan
3. Cecair yang yang
memabukkan seperti arak
4. Darah kecuali
hati dan jantung
5. Nanah
6. Tahi
7. Mazi
8. Air luka yang
berubah baunya
9. Danur
10. Air melimpah yang
busuk,
11. air liur basi
12. susu binatang
yang haram dimakan dagingnya
13. asap yang terjadi
dari najis yang tgerbakar
Najis
terbahagi kepada tiga
1. Najis mughalazah
iaitu anjing dan babi
2. Najis mekhafafah
iaitu air kencing kanak-kanak laki-laki
yang belum saampai umur 2 tahun yang
tridak makan selain dari susu
atas jalan mengenyangkan.
3. Najis metawasitah
itu yang lain dari dua jenis di atas.
Najis-najis ini terbahagi pula kepada
2
1. Najis aini itu
najis yang nampat dilihat zatnya atau sifatnya seprti bau atau warna
2. Najis hukmi itu
najis tak nampat perkara-perkara di atas.
Cara
membersih
Najis
aini, bersih dahulu ainnya kemudian baru basuh. Jika najis mukhafafah, renjis
sahaja air sehingga rata, jika najis mutawasitah, cucur air dengan sekali cucur
pun memadai dan jika menghalazah, di basur dengan 7 kali dan salah satu
daripadanya daripada air tanah
Bagi
najis hukmi, jika najis mukhfafah dipercik air di atasnya sehingga rata, jika
najis mutawasitah suci dengan sekali lalu air dan jika mughalazah dengan 7 kali
dan satu daripadanya air tanah
No comments:
Post a Comment