Nifas
Darah yang keluar semasa
melahirkan anak, sekurang-kurangnnya satu lahzah iaitu masa yang amat sedikit (
sejejap). Jika tidak ada darah yang keluar semasa melahirkan anak , maka tidak
ada nifas, tidak wajib mandi dan tidak membatalkan puasa.
Darah dan cecair yang keluar semasa sakit, sebelum melahirkan anak,
bukan nifas. Ini adalah istihadhah. Misalnya darah atau cecair keluar waktu
pagi, tetapi tidak bersalin sehingga
zohor, bukan nifas dan wajib sembahyang zohor.
Nifas dikira setelah anak
keluar dari perut ibunya secara sempurna. Tidak ada had minima nifas . Had
maksima 60 hari, bila keluar lebih dari 60 hari, bukan lagi nifas tapi darah
istihadhah.
Wanita yang melahirkan anak
kembar, nifas dikira setelah melahirkan anak pertama.
Darah yang keluar putus-putus dalam
had masa nifas ( 60 hari selepas bersalin)Jika
tidak sampai had masa putus antara dua haid (15 hari) maka darah itu adalah darah
nifas. Jika masa terputus itu 15 hari atau lebih, maka darah yang keluar itu bukan
darah nifas lagi.
Jika selepas 60 hari, darah keluar
semula selepas terputus, walaupun kurang 15 hari , darah itu adalah darah haid.
Perbedaan sifat
darah haid dan istihadhah :
Dari sisi warna : Darah haidh berwarna hitam sedang darah istihadah berwarna merah
Dari sisi tebal dan tipisnya : Darah haidh tebal adapun darah istihadah tipis
Dari sisi bau dan tidaknya : Darah haidh baunya busuk sedangkan darah isthihadah tidak, karena darah biasa.
Dari sisi menjadi kental/beku dan tidaknya: Darah haidh tidak membeku apabila keluar ,kerana darah haid membeku di dalam rahim, kemudian keluar dan mengalir tidak kembali untuk kedua kalinya menjadi beku. Adapun darah istihadah membeku.

Catatan :
Wanita yang istihadhah wajib mengerjakan sembahayang,
tetapi hendaklah berwudhu’ setiap kali hendak sembahyang waktu.
Apabila suci dari haid atau
nifas. Sebelum maghrib, maka diharuskan mengerjakan solat zohor dan asar.
Apabila suci sebelum terbit
fajar, dia mesti solat isya’ dan maghrib.
Apabila waktu solat sudah
masuk, kemudia dia datang haid atau nifas sebelum sempat solat, maka tidak
wajib kadha’ solat itu setelah suci.
Disunatkan wanita yang
istihadhah mandi setiap kali untuk mengerjakan solat. Jika tidak mampu boleh
mandi satu kali untuk zohor dan asar, satu kali maghrib dan isya’ dan satu kali
untuk subuh.
No comments:
Post a Comment