1
Mengucap dua kalimah syahadat
لااله الا الله محمد رسول الله
لااله الا الله mengandungi dua rukun
1 لااله iaitu penafian segala sesuatu yang disembah dengan
sebenarnya selain daripada Allah
2 الا الله -
penetapan bahawa Allah lah yang berhak untuk disembah dengan sebenar-benarnya.
Firman Allah: (Az Zukhruf 26-27)
‘sesungguhnya
aku tidak bertanggung jawab terhadap apa yang kamu sembah, tetapi aku menyembah
Tuhan yang menjadikan aku, kerana sesungguhnya Dia akan memberi hidayat ku
لااله الا الله itu
adalah kunci syurga. Tetapi setiap kunci ada geriginya. Gerigi yang sesuai
sahaja dapat membuka kunci. Begitulah kunci syurga ada geriginya iaitu ucap لااله الا الله dengan ikhlas, dengan hati yang
yakin, dan benar-benar mengucap dari lubuk hati.
Syarat-syarat
untuk mendapat gerigi yang sesuai ialah:
I Ilmu pengetahuan,
Setiap kalimah memiliki makna, maka
kita wajib mengetahui makna dengan menafikan sifat ketuhanan selain daripada
Allah, lalu menetapkan hanya untuk Allah
sahaja yang berhak disembah. Firman Allah
Maksudnya:
Kecuali orang yang mengakui yang hak (tauhid)
dan mereka yang mengetahuinya.
Sabda
Rasulullah: maksudnya
Sesiapa
saja meninggal dunia, semasa dia mengetahui bahawa tiada tuhan yang haq
melainkan Allah, pasti masuk syurga. ( H.R.Muslim)
2 Yakin iaitu benar-benar yakin akan
maksudnya . Allah berfirman menyebut sifat-sifat orang beriman iaitu’ Sesungguhnya
orang-orang yang beriman hanyalah
orang-orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka
berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang
yang benar ‘ ( Al Hujarat 15).
Sabda
Rasulullah
Ertinya : Aku
bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan aku adalah utusan Allah, tidak seorang hamba pun bertemu dengan
Allah dengan membawa dua kalimat syahadat ini tanpa ada keraguan di dalamnya,
kecuali dia masuk syurga. ( H.R.Muslim)
3 Menerima setelah mengetahui dan meyakini, kita
hendaklah menerima semua apa yang dituntut oleh kalimah ini dengan hati dan
lidah. Sesiapa yang menolak panggilan tauhid, dan tidak menerimanya kerana
sombong, keras kepala atau kedengkian, maka kafirlah dia.
4 Tunduk dan patuh kepada semua yang di
syariatkan oleh Allah dan meninggalkan apa yang dilarang
5 Kejujuran dalam mengucapkan ,Kejujuran
yang menghapuskan kedustaan., sesiapa yang mengatakan dengan lidahnya saja
sedangkan hatinya mendustai kalimah ini
maka dia adalah munafik
6 Kecintaan. Orang mukmin mencintai
kalimat ini, senang mengamalkan sesuai tuntutannya, juga cinta kepada orang yang
mengamalnya
7 Ikhlas.
Mengucap kalimat ini semata-mata kerana Allah.
Kesaksian Bahawa
Muhammad adalah utusan Allah
محمد رسول الله
Orang
mati akan ditanya dengan soalan-soalan . Jika dapat menjawabnya maka
selamatlah. Antaranya Siapa Nabimu. Cuma orang yang diberi taufiq oleh Allah sahaja
, dapat menjawabnya. Ianya berdasarkan
amalannya di dunia . Allah akan memberi ketetapan hati dan ilham di dalam kubur.
Syarat-syaratnya ialah :
1 Mentaati Nabi SAW
dalam setiap perkara yang diperintah. Sesiapa yang mentaati Rasul, sesungguhnya
dia mentaati Allah.
2 Mempercayaai apa
yang disampaikan oleh Rasul
3 Menjauhi apa yang
dilarang
4 Beribadat kepada
Allah sesuai dengan apa yang Allah syariatkan, yang disampaikan oleh Nabi Nya.
Tanda-tanda orang
cintakan Nabi
1
Banyak menyebut dan selawat kepada Nabi
2
Rindu untuk bertemu dengan Nabi
3
Mengagung dan memuliakan baginda SAW
4
Membenci dan
memusuhi apa yang dibenci oleh Nabi SAW.
5
Mencintai orang-orang yang dicintai oleh Nabi SAW.
6
Mentauladani akhlak Rasulullah.
No comments:
Post a Comment