Saturday, July 12, 2014

E- HAL QURAN YANG TERDAPAT DI DALAM QURAN


 Hal Quran yang terdapat di dalam Quran

1      Al Quran itu dari Allah bukannya ciptaan manusia; Yunus 37-39,94

(37)Dan bukanlah Al-Qur'an ini sesuatu yang boleh diada-adakan oleh yang lain dari Allah; tetapi Al-Qur'an itu diturunkan oleh Allah untuk membenarkan Kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya, dan untuk menjelaskan satu persatu hukum-hukum Syarak yang diwajibkan (atas kamu); tidak ada sebarang syak dan ragu-ragu pada Al-Qur'an itu tentang datangnya dari Allah, Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.(38) (Orang kafir tidak mengakui hakikat yang demikian itu) bahkan mereka mengatakan: "Dialah (Muhammad) yang mengada-adakan Al-Qur'an menurut rekaannya".  Katakanlah (wahai Muhammad):  "Kalau demikian, datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Qur'an itu, dan panggillah siapa sahaja yang kamu dapat memanggilnya, yang lain dari Allah (untuk membantu kamu), jika betul kamu orang yang benar!"* (39) Bahkan mereka pula terburu-buru mendustakan Al-Qur'an yang fahaman mereka tidak dapat meliputi segala isi pengetahuannya, dan belum datang kepada mereka kenyataan yang menjelaskan kebenarannya.  Demikianlah juga orang sebelum mereka mendustakan (Kitab-kitab Allah yang diturunkan kepada mereka).  Maka lihatlah bagaimana akibat orang yang zalim itu (berakhir dengan berbagai bencana yang membinasakan mereka)

Yunus 94

Oleh sebab itu, sekiranya engkau (wahai Muhammad) merasa ragu-ragu tentang apa yang Kami turunkan kepadamu, maka bertanyalah kepada orang yang membaca Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu (kerana mereka mengetahui kebenarannya). Sesungguhnya telah datang kepada kebenaran dari Tuhanmu, maka jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan yang ragu-ragu.
  
2      Al Quran itu wahyu dari Allah, bukan ciptaan  dari seorang penyair atau sami. Al Haaqah 40-48

(40) Bahawa sesungguhnya Al-Quran itu ialah (wahi dari Kami) yang disampaikan oleh Rasul yang mulia.(41) Dan bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang penyair (sebagai mana yang kamu dakwakan, tetapi sayang!) amatlah sedikit kamu beriman. (42) Dan juga  bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang pawang (sebagaimana yang kamu katakan, Tetapi sayang!) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan. (43) (Al-Quran itu ) diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam. (44) Dan kalaulah (Nabi Muhammad yang menyampaikan Al-Quran itu) mengatakan atas nama Kami secara dusta - sebarang kata-kata rekaan, (45) Sudah tentu Kami akan menyentapnya, dengan kekuasaan Kami, - (46) Kemudian sudah tentu Kami akan memutuskan tali jantungnya (supaya ia mati dengan serta- merta); (47) Maka tidak ada seorang pun di antara kamu yang dapat menghalang (tindakan Kami itu) daripada menimpanya. (48) Dan sesungguhnya (Al-Quran) itu tetap menjadi peringatan bagi orang-orang yang bertakwa.*
     *
  Kerana hanya orang-orang yang bertaqwa sahaja yang akan beroleh manfa'at dari peringatan Al-Qur'an itu disebabkan iman mereka dan taqwanya, sedang orang-orang yang kufur ingar adalah sebaliknya.

3      Al Quran itu wahyu dari Allah, bukannya karangan Nabi Muhamad SAW . Al Haaqah   8-10

Dengan yang demikian, dapatkah engkau melihat lagi sisa-sisa mereka (yang masih hidup)? (9) Dan (selain dari mereka) datanglah Firaun, dan orang yang terdahulu daripadanya, serta penduduk negeri-negeri yang telah ditunggang balikkan  *- dengan melakukan perkara-perkara yang salah. (10) Iaitu masing-masing menderhaka kepada Rasul (yang diutuskan oleh) Tuhan mereka, lalu Allah menyeksa mereka dengan azab yang  sentiasa bertambah.


  *
  Yakni kaum Nabi Lut (a.s).
4      Al Quran diturunkan menerusi Malaikat Jibril AS . Al Najm 3-12, Al Takwir 19-25, 27-28

(3) Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. (4) Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Qur'an atau hadis) tidak lain hanyalah wahi yang diwahikan kepada-Nya. (5) Wahi itu (disampaikan dan) diajarkan kepada-Nya oleh (malaikat Jibril) yang amat kuat gagah,- (6) Lagi yang mempunyai kebijaksanaan; kemudian ia memperlihatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad) dengan rupanya yang asal,- (7) Sedang ia berada di arah yang tinggi (di langit); (8) Kemudian ia mendekatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad), lalu ia berjuntai sedikit demi sedikit, (9) Sehingga menjadilah jarak (di antaranya dengan Nabi Muhammad) sekadar dua hujung busaran panah, atau lebih dekat lagi; (10) Lalu Allah wahikan kepada hamba-Nya (Muhammad, dengan perantaraan malaikat Jibril) apa yang telah diwahikan-Nya. (11) Hati (Nabi Muhammad) tidak mendustakan apa yang dilihatnya. (12) Jika demikian, patutkah kamu hendak membantahnya mengenai apa yang telah dilihatnya itu?

Al Takwir 19-25

(19) Sebenarnya Al-Qur'an itu, sungguh-sungguh Kalamullah (yang disampaikan oleh Jibril) utusan yang mulia, (20) Yang kuat gagah, lagi berkedudukan tinggi, di sisi Allah yang mempunyai 'Arasy, (21) Yang ditaati di sana (dalam kalangan malaikat), lagi dipercayai. (22) Dan sebenarnya sahabat kamu (Nabi Muhammad) itu (wahai golongan yang menentang Islam ), bukanlah ia seorang gila (seperti yang kamu tuduh); (23) Dan (Nabi Muhammad yakin bahawa yang disampaikan kepadanya ialah wahi dari Tuhan, kerana) demi sesungguhnya! Nabi Muhammad telah mengenal dan melihat Jibril dikaki langit yang nyata. (24) Dan bukanlah Nabi Muhammad seorang yang boleh ditohmah dan disangka buruk, terhadap penyampaiannya mengenai perkara-perkara yang ghaib. (25) Dan sebenarnya Al-Quran itu bukanlah perkataan Syaitan yang kena rejam.

Al Takwir 27-28

(27) Al-Qur'an itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam: (28) Iaitu bagi sesiapa dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan (Islam) yang betul.

5      Al Quran diturunkan pada malam lailatul qadar . Al Dukhan 2-6 dan al Qadr 2-5


(2) Demi Al-Qur'an!  Kitab yang menerangkan kebenaran. (3) Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Qur'an itu pada malam yang berkat*;  (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).  (4) (Kami menurunkan Al-Qur'an pada malam yang tersebut, kerana) pada malam yang berkat itu dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang megandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar). (5) Iaitu perkara-perkara yang diterbitnya, dari hikmat kebijaksanaan Kami; sesungguhnya telah menjadi adat Kami mengutus Rasul. (6) (Untuk menyampaikan) rahmat dari Tuhanmu (kepada umat manusia); sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui (akan segala keadaan hamba-hamba-Nya).
Al Qadr 2-5

(2) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?  (3) Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.* (4) Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); (5) Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

  *
  Yakni amal ibadat yang dikerjakan pada Malam yang mulia itu lebih besar pahalanya daripada amal ibadat  yang dikerjakan pada seribu bulan yang lain. Oleh sebab itu ada disebutkan di dalam hadis sahih, bahawa Rasulullah (s.a.w) biasanya mulai dari malam 21 Ramadhan Baginda membanyakkan ibadat sepanjang malam kerana mengharapkan amalannya bertepatan dengan Malam Lailatul-Qadar yang berkat itu yang berlakunya pada salah satu malam dari sepuluh atau sembilan malam yang akhir dari bulan Ramadhan.
  
6      Sebab mengapa al Quran diturunkn\an beransur-ansur. Al Furqan 32


(32) Dan orang yang kafir berkata: "Mengapa tidak diturunkan Al-Qur'an itu kepada Muhammad - semuanya sekali (dengan sekaligus)?" Al-Qur'an diturunkan dengan cara (beransur-ansur) itu kerana Kami hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya*, dan Kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu.**
     *
  Bagi menolak dalihan orang kafir itu, Allah Ta'ala menerangkan bahawa sebabnya Al-Qur'an
 diturunkan secara beransur-beransur ialah supaya mudah di hafaz dan di fahami oleh Rasulullah (s.a.w.)
 kerana Baginda tidak pandai membaca dan menulis, dan dengan itu akan tetaplah hatinya dan dapat
menyampainya dengan sebaik-baiknya.

7      Tujuan diturunkan al Quran untuk menegakkan tauhid . Al Nahl  2 & al An ‘am  19

Ia menurunkan malaikat membawa wahi dengan perintah-Nya* kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya (yang layak menjadi Rasul)**; (Lalu Ia berfirman kepada Rasul-rasul): "Hendaklah kamu menegaskan kepada umat manusia bahawa tiada Tuhan melainkan Aku. Oleh itu, bertakwalah kamu kepada-Ku.
   *
  Dalam ayat ini "Wahi" disifatkan sebagai "Roh", kerana ia menghidupkan hati yang telah mati disebabkan kekufuran atau kejahilan.
  **
  Allah Ta'ala menerangkan bahawa menurut peraturanNya, Rasul-rasul yang dipilih dari kalangan umat manusia diberi wahi dengan perantaraan malaikat. Ini sebagai menolak fahaman kaum kafir musyrik yang tidak percaya tentang adanya Rasul-rasul itu, dan tentang cara Rasul-rasul itu menerima perintah Allah yang meneraangkan: mana yang benar dan mana yang salah.

Al An ‘am 19

(19) Bertanyalah (wahai Muhammad): "Apakah sesuatu yang lebih besar persaksiannya?" (Bagi menjawabnya) katakanlah: "Allah menjadi saksi antaraku dengan kamu, dan diwahikan kepadaku Al-Qur'an ini supaya aku memberi amaran dengannya kepada kamu dan juga (kepada) sesiapa yang telah sampai kepadanya seruan Al-Qur'an itu. Adakah kamu sungguh-sungguh mengakui bahawa ada beberapa tuhan yang lain bersama-sama Allah?" Katakanlah lagi: "Hanyasanya Dialah sahaja Tuhan Yang Maha Esa, dan sesungguhnya aku adalah berlepas diri dari apa yang kamu sekutukan (dengan Allah Azza wa Jalla)".

8      Al Quran diturunkan untuk membetulkan kepercayaan-kepercayaan yang sesat. Al Nahl 64

(64) Dan tiadalah Kami menurunkan Al-Qur'an kepadamu (wahai Muhammad) melainkan supaya engkau menerangkan kepada mereka akan apa yang mereka berselisihan padanya*; dan supaya menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang yang beriman.**
  
9      Tujuan pokok al Qurannul karim. Yunus 57-58

(57) Wahai umat manusia!  Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Qur'an yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang yang beriman*. (58) Katakanlah (wahai Muhammad): "Kedatangan Al-Qur'an itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayang-Nya, maka dengan isi kandungan Al-Qur'an itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya),  kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan  (dari segala benda dan perkara yang tidak kekal)".
  
10    Tugas agong al Quran. Al Isra’ 5-6


(5) Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.* (6) Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak-pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.
  
11    Fungsi kitab suci al Quran . Fusilat 2-7

(2) Turunnya Kitab ini dari Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (3) Sebuah Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya satu persatu; iaitu Al-Qur'an yang diturunkan dalam bahasa Arab bagi faedah orang yang mengambil tahu dan memahami kandungannya. (4) Ia membawa berita yang menggembirakan (bagi orang yang beriman) dan membawa amaran (kepada orang yang ingkar); dalam pada itu kebanyakan mereka berpaling ingkar (tidak mahu mengetahui dan memahaminya), maka dengan sebab itu mereka tidak menerima dan tidak mematuhinya. (5) Dan mereka berkata: "Hati kami dalam tutupan yang berlapis-lapis (menghalang kami) daripada memahami apa yang engkau serukan kami kepadanya, dan pada telinga kami penyumbat (menjadikan kami tidak dapat mendengarnya), serta di antara kami denganmu ada sekatan (yang memisahkan fahaman kita); oleh itu, bekerjalah engkau (untuk agamamu), sesungguhnya kami juga tetap bekerja (untuk mempertahankan kepercayaan kami)!" (6) Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu; diwahikan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang Satu; maka hendaklah kamu tetap teguh di atas jalan yang betul lurus (yang membawa kepada mencapai keredaan-Nya), serta pohonlah kepada-Nya mengampuni (dosa-dosa kamu yang telah lalu).  Dan (ingatlah), kecelakaan besar bagi orang yang mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu yang lain),- (7) "Iaitu orang yang tidak memberi zakat (untuk membersihkan jiwa dan harta bendanya) dan mereka pula kufur ingkar akan adanya hari akhirat".

12    Al Quran mengsahkan kitab suci sebelumnya  dan menjadikan perlembagaan  hidup manusia. Al maidah 48-49 & al An’am 92

Al Maidah 48-49

(48) Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Qur'an) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya.  Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran.  Bagi tiap-tiap umat yang telah datang kepadamu dari kebenaran.  Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing).  Dan kalau Allah mengkehendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal salih). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya (49) Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang yang fasik


Al Anam 92

Dan ini ialah Kitab (Al-Qur'an) yang Kami turunkan, yang mengandungi berkat (banyak faedah-faedah dan manfaatnya), lagi mengesahkan kebenaran (Kitab-kitab Suci) yang diturunkan sebelumnya, dan supaya engkau memberi peringatan kepada penduduk "Ummul-Qura" (Mekah) serta orang yang tinggal di sekelilingnya; dan orang yang beriman kepada hari Akhirat, mereka beriman kepada Al-Qur'an, dan mereka tetap mengerjakan dan memelihara sembahyangnya.

13    Al Quran itu penawar yang ampuh. Al Isra’ 82

Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Qur'an Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Qur'an tidak menambahkan orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.*
  
14    Al Quran itu sumber rahmat dan hidayah kepada orang mukmin. Luqman 2-5

Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Qur'an) yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh, - (3) Menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi orang yang sedia mengerjakan amal-amal yang baik – (4) Iaitu orang yang mendirikan sembahyang, dan memberi zakat, serta mereka yaKin tentang adanya hari Kiamat. (5) Mereka itulah yang tetap mendapat hidayah petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang yang berjaya.

15    Ayat al Quran dibahagikan kepada ayat muhakamat dan mutasyabihat. Al Imran 7

Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Qur'an.  Sebahagian besar dari  Al-Qur'an itu ialah ayat-ayat "Muhkamat" (yang tetap, tegas dan nyata ma'nanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Qur'an*. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbullah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang belitkan maksudnya menurut yang disukainya). padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan  Allah. Dan orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata: "Kami beriman kepadanya, semuanya itu datang dari sisi Tuhan kami". Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan yang ada dalam hatinya  kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Qur'an untuk mencari Fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutar-orang  yang berfikiran.
  
16    Al Quran mengandungi peringatan yang berguna dan memperjuangkan aqidah tauhid. Sad 1-8

Saad*; demi Al-Qur'an yang mempunyai kemuliaan serta mengandungi peringatan dan pengajaran. (2) (Orang yang mengingkari kerasulanmu - wahai Muhammad - tidak berdasarkan kebenaran) bahkan mereka yang kafir itu bersifat sombong angkuh dan suka menentang kebenaran.* (3) (Tidakkah mereka menyedari) berapa banyak umat-umat (yang ingkar) yang terdahulu dari mereka, Kami binasakan? Lalu mereka meminta pertolongan, padahal saat itu bukanlah saat meminta pertolongan melepaskan diri dari azab. (4) Dan mereka (yang mengingkar kerasulan Nabi Muhammad itu) merasa hairan, bahawa mereka didatangi oleh seorang Rasul pemberi amaran, dari kalangan mereka sendiri. Dan mereka yang kafir itu berkata: "Orang ini adalah seorang ahli sihir, lagi pendusta.(5) "Patutkah ia menafikan tuhan-tuhan yang berbilang itu dengan mengatakan: Tuhan hanya Satu? Sesungguhnya ini adalah satu perkara yang menakjubkan!" (6) Dan (ketika itu) keluarlah ketua-ketua dari kalangan mereka (memberi perangsang dengan berkata): "Jalan terus (menurut cara penyembahan datuk nenek kamu) dan tetap tekunlah menyembah tuhan-tuhan kamu. Sebenarnya sikap ini adalah satu perkara yang sangat-sangat dikehendaki. (7) "Kami tidak pernah mendengar tentang (soal mengesakan Tuhan) itu dalam agama yang terakhir*; perkara ini tidak lain hanyalah rekaan dan dusta semata-mata". (8) (Mereka berkata lagi): "Patutkah wahi peringatan itu diturunkan kepada Muhammad (padahal orang yang lebih layak ada) di antara kita?" (Mereka bukan sahaja ingkarkan kelayakan wahi) bahkan mereka berada dalam keraguan tentang peringatan yang Aku wahikan (kepada Nabi Muhammad) itu, bahkan mereka belum lagi merasai azab.*

17    Manusia diseru supaya berpegang teguh kepada ajaran Quran.
Al An’am 155

Dan ini sebuah Kitab (Al-Qur'an) yang Kami turunkan, yang ada berkatnya (banyak manfaatnya). Oleh itu, hendaklah kamu menurutnya; dan bertakwalah (kepada Allah), mudah-mudahan kamu beroleh rahmat.

18    Tujuan Al Quran diturunkan dalam bahasa Arab. Assura 7-8

(7) Dan sebagaimana Kami tetapkan engkau hanya penyampai, Kami wahikan kepadamu Al-Qur'an dalam bahasa Arab, supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada (penduduk) "Ummul-Qura"* dan sekalian penduduk dunia di kelilinginya, serta memberi peringatan dan amaran mengenai hari perhimpunan (hari kiamat) - yang tidak ada syak tentang masa datangnya; (pada hari itu) sepuak masuk Syurga dan sepuak lagi masuk Neraka. (8) Dan jika Allah menghendaki, tentulah Ia menjadikan mereka satu umat (yang bersatu dalam agama Allah yang satu); akan tetapi Allah (tidak merancang yang demikian bahkan Ia akan) memasukkan sesiapa yang dikehendaki-Nya ke dalam rahmat-Nya (menurut peraturan yang telah ditetapkan); dan orang yang zalim tidak ada baginya sesiapapun yang dapat memberikan perlindungan dan pertolongan.
 *   "Ummul-Qura"  (Ibu segala negeri) ialah Mekah Al-Mukarramah, tempat letaknya kiblat umat Islam seluruhnya.

19    Nikmat Al Quran . Ar Rahman 1-2

(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmat-Nya. (2) Dialah yang telah mengajarkan Al-Qur'an.

20    Kesucian al Quran. Al waqiah 77-80

(77) Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Qur'an yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan), (78) Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara, (79) Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci; (80) Al-Qur'an itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.

21    Pengaruh agong al Quran . Al hasy 21

(21) Sekiranya Kami turunkan Al-Qur'an ini ke atas sebuah gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah *. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.
  
22    Al quran itu menjadi peringatan dan pelajaran kepada mereka yang ingin mencari jalan Allah. Al Insan 29-31,

 (29) Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredhaan Allah (dengan iman dan taat). (30) Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendaki-Nya). (31) Ia memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditetapkan) ke dalam rahmat-Nya (dengan ditempatkannya di dalam syurga); dan orang yang zalim, Ia menyediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Abasa 11-16

(11) Janganlah melakukan lagi yang sedemikian itu! Sebenarnya ayat-ayat Al-Quran adalah pengajaran dan peringatan  (yang mencukupi) (12) Maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya. (13) (Ayat-ayat Suci itu tersimpan ) dalam naskah-naskah yang dimuliakan, (14) Yang tinggi darjatnya, lagi suci (dari segala gangguan),- (15) (Terpelihara) ditangan malaikat - malaikat yang menyalinnya dari Lauh Mahfuz; (16) (Malaikat-malaikat) yang mulia lagi yang berbakti.

23    Intisari pengajaran yang terkandung di dalam al Quran  sama dengan intisari pengajaran dalam kitab suci yang terdahulu. Al A’la 18-19

Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam Kitab-kitab yang terdahulu,-(19) Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa.


24    Menolak hujah lapuk kaum Musyrikin terhadap al quran dan kersulan  Muhamad SAW al furqan 3-8,20

(3) Dan mereka (yang kafir) mengambil benda-benda yang lain dari Allah sebagai tuhan-tuhan, yang tidak dapat mencipta sesuatu pun, bahkan benda-benda itu diciptakan (oleh penyembah-penyembahnya dari bahan-bahan di bumi); dan benda-benda itu pula tidak berkuasa mendatangkan sesuatu bahaya atau sesuatu faedah untuk dirinya sendiri; dan tidak berkuasa mematikan atau menghidupkan, atau pun membangkitkan hidup semula makhluk-makhluk yang telah mati.* (4) Dan orang yang kafir itu berkata: "(Al-Qur'an) ini hanyalah satu perkara dusta yang direka-reka oleh Muhammad, dan ia dibantu membuatnya oleh kaum yang lain". Maka (dengan kata-kata itu) sesungguhnya mereka telah mendatangkan satu tuduhan yang zalim dan dusta. (5) Dan mereka berkata lagi: "Al-Qur'an itu adalah cerita-cerita dongeng orang dahulu kala, yang diminta oleh Muhammad supaya dituliskan, kemudian perkara yang ditulis itu dibacakan kepadanya pagi dan petang (untuk dihafaznya)". (6) Katakanlah (wahai Muhammad): "Al-Qur'an itu diturunkan oleh Allah yang mengetahui segala rahsia di langit dan di bumi; sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.* (7) Dan mereka pula berkata: "Mengapa Rasul ini makan minum dan berjalan di pasar-pasar (seperti manusia yang lain)? Sepatutnya diturunkan malaikat kepadanya, supaya malaikat itu turut memberi peringatan dan amaran bersama-sama dengannya (sebagai saksi yang membenarkannya).* (8) "Atau diberikan perbendaharaan harta benda kepadanya, atau ia mempunyai sebuah kebun untuk ia makan hasilnya"*. Dan orang yang zalim itu berkata pula (kepada orang yang beriman): "Sebenarnya kamu hanyalah menurut seorang yang tidak siuman".

(20) Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar*, dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhluk-Nya).**
  
25    Balasan kepada orang tidak percaya kepada al Quran. Al Insyiqaf 21-22,24

Dan (apakah pula alasannya) apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka tidak mahu taat dan sujud?  (22) (Tidak ada satu alasanpun) bahkan orang-orang yang kafir, semata-mata mendustakannya;

(24) Maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang tidak terperi sakitnya;

26    Al Quran tidak boleh dinkmati oleh orang-orang yang  kafir.
Al Isra’ 45-47

(45) Dan apabila engkau membaca Al-Qur'an (wahai Muhammad), Kami jadikan perasaan ingkar dan hasad dengki orang yang tidak beriman kepada hari akhirat itu sebagai dinding yang tidak dapat dilihat, yang menyekat mereka daripada memahami bacaan. (46) Dan Kami jadikan (perasaan itu sebagai) tutupan yang berlapis-lapis atas hati mereka, juga sebagai penyumbat telinga mereka, yang menghalang mereka dari memahami dan mendengar kebenaran Al-Qur'an; dan sebab itulah apabila engkau menyebut nama Tuhanmu sahaja di dalam Al-Qur'an, mereka berpaling undur melarikan diri.(47)  Kami lebih mengetahui akan tujuan mereka mendengar Al-Qur'an semasa mereka mendengar bacaanmu (wahai Muhammad), dan semasa mereka berbisik-bisik, iaitu ketika orang yang zalim itu berkata (sesama sendiri): "Kamu tidak menurut melainkan seorang yang kena sihir".
  
27    Kekeliruan orang-orang kafir terhadap perubahan dan pertukaran hukum-hukum yanh dilakukan oleh Allah dari satu masa ke satu masa untuk kebaikan manusia. Al Nahl 101-102

(101) Dan apabila Kami tukarkan satu ayat (Al-Qur'an) untuk menggantikan ayat yang lain (yang dimansuhkan), dan Allah memang mengetahui akan apa yang Ia turunkan, - berkatalah mereka (yang kafir): "Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanyalah seorang pendusta"; (padahal Nabi Muhammad tidak berdusta) bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui hakikat yang sebenarnya.* (102) Katakanlah (wahai Muhammad): Al-Qur'an itu diturunkan oleh Ruhul Qudus (Jibril) dari Tuhanmu dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat, dan untuk meneguhkan iman orang yang beriman, dan untuk menjadi hidayah petunjuk serta berita yang menggembirakan bagi orang Islam.*
  
28    Rasulullah SAW dan umat muslimin diseru supaya mengenagkan nikmat agong surah al Fatihah dan seluruh al Quran. Al Hijr 85-87

(85) Dan (ingatlah) tiadalah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya itu, melainkan dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat; dan sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang; oleh itu biarkanlah (golongan kafir yang mendustakanmu itu wahai Muhammad) serta layanlah mereka dengan cara yang elok.* (86) Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang menciptakan sekalian mahkluk, lagi Maha Mengetahui (akan hal mereka).(87) Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu (wahai Muhammad) tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya*, dan seluruh Al-Qur'an yang amat besar kemuliaan dan faedahnya.
  
29    Kemulian malam lailautul qadar . Al Qadr 2-5

(2) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?(3) Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.* (4) Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); (5) Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!











No comments:

Post a Comment