Friday, July 11, 2014

A BAHAGIAN KEIMANAN YANG TERDAPAT DI DALAM QURAN


A   Bahagian Keimanan yang terdapat di dalan al quran

1    Setiap manusia bertanggungjawab samaada   hendak memilih iman atau kesesatan . Al An’am 104:

¾//;·              //G• (`Katakanlah wahai Muhamad) ’Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan-keterangan ( dalil-dalil dan bukti) dari tuhan kamu, oleh itu, sesiapa melihat ( kebenaran itu serta menerimanya ) maka faedahnya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa buta (dan enggan menerimanya) maka ( bahayanya) tertimpalah ke atas dirinya sendiri.Dan tidaklah Aku berkewajipan menjaga dan mengawasi kamu”

2              Tiada titik persamaan di antara orang yang memiliki iman dengan orang yang memilih kesesatan al An’am 122
Dan adakan orang yang mati ( hati dengan kufur) kemudian kami hidupkan dia semula  ( dengan hiadayat petunjuk) , dan kami jadikan baginya cahaya ( iman) yang menerangi  ( sehingga dapatlah ia membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan dapatlah ) ia berjalan dengan (suluhan ) cahaya itu dalam masyarakat, (adakah orang yang demikian keadaannya) sama seperti orang yang   ( tinggal tetap ) dalam gelap gelita ( kufur), yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya ? Demikianlah (sebagaimana iman itu diperlihatkan keelokannya kepada orang-orang yang beriman     diperlihatkan pula pada pandangan orang-orang kafir itu keelokan apa yang mereka telah lakukan      ( dari perbuatan kufur dan segala jenis  maksiat)
                 
3        Sebab utama manusia menyeleweng dari jalan Iman ialah kerana mereka terpengaruh kepada kebendaan. Al An’am 130
S³//////Hº///////;
 ?â////H
Wahai  sekalian jin dan manusia ! bukahkah telah datang kepada kamu rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayat Ku , dan yang memberi amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari ( qiamat) ini? Mereka menjawab ‘ kami menjadi saksi ( mengakui) akan ( kesalahan) diri kami sendir ( mendustakan rasul-rasul itu) dan (sebab nya ialah )  mereka telah diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia, dan kerana itulah mereka menjadi saksi ( pada hari akhirat) terhadap diri mereka sendiri    ( bahawa ) sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang mengingkari ( apa yang telah disampaikan oleh rasul-rasul itu)

4        Perbandingan  indah mengenai iman dan kufur al Fatir 19-22
/G©////O
19   Dan tidaklah sama  orang yang buta dengan orang yang celek. (20)Dan tidaklah sama gelap gelita dengan cerah yang terang benderang.(21)Dan tidaklah sama suasana yang teduh dengan yang kencang panasnya(22) Dan ( demikianlah pula)  tidaklah sama orang-orang yang hidup dengan orang yang mati ( mati hatinya). Sesungguhnya Allah  menurut peraturan kejadiannya dapat menjadikan sesiapa yang dikehendakinya mendengar ( ajaran-ajaran kitab Allah serta menerimanya), dan ( engkau wahai Mohamad ) tidak dapat menjadikan orang yang di dalam kubur mendengar ( dan menerimanya).

5        Orang yang beriman sahaja yang sentiasa menjunjung wahyu dari Allah Al Isra’ 107-109
£//
 (107) Katakanlah ( Wahai Muhamad kepada orang-orang yang engkar itu ) `samada kamu beriman kepada al Quran atau kamu tidak beriman, ( tidak menjadi hal) kerana sesungguhnya orang-orang yang diberi ilmu sebelum itu apabila dibacakan Quran kepada mereka,mereka segera menumuskan muka dengan sujud ( dalam keadaan yang hina dan khusyu’) (108)Serta mereka menegaskan ( dalam sujudnya) Maha Suci Tuhan kami! Sesungguhnya janji tuhan kami tetap terlaksana.(109) dan mereka bersegera menumuskan muka dengan sujud itu sambil menangis, sedang al Quran menambahkan mereka kyusyu’

6        Satu-satunya golongan yang beruntung ialah manusia yang beriman Al Asr 2-3
Í/ \
(2) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian (3) kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh , dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

7        Keimanan yang sebenar ialah berhakimkan Rasul SAW annisa’ 65

Maka demi tuhanmu ( Wahai Muhamad), mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul antara mereka....

8        Keimanan kepada Allah dan jihad lebih tinggi dari kerja-kerja kebajikan untuk masjid dan jemaah haji yang dilakukan oleh orang Musyrik al Taubah 19

Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan haji ( menghidupkan ) masjid al Haram itu sama seperti orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat serta berjihad kepada jalan Allah ? mereka ( yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah , dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang dzalim.

9        Nilai keimanan terletak pada kejujuran dalam melaksanakan perintah Allah al Ahqap 13-14

 (13) Sesungguhnya orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata`Tuhan kami ialah Allah’ kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul( dengan pengakuan iman dan tauhid itu) maka tidak ada kebimbangan    ( dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.(14) Merekalah ahli syurga, tetap kekal  mereka di dalamnya , sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang telah mereka kerjakan.

10    Segala mala petaka yang menimpa manusia adalah tercatat dalam suratan takdir dan mereka  dilarang berputus asa dan lupa daratan al Hadid 22-23


(22)Tidak ada sesuatu kesusahan ( atau bala  bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga( yang menimpa) diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam kitab ( pengetahuan kami) sebelum kami menjadikannya, sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.(23)( Kamu diberitahu tentang itu ) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira ( secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada  kamu.Dan (ingatlah) Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takabur, lagi membangga diri.

2      Sifat-sifat mukmin yang tulin al Hujrat 11-15


 (11) Wahai  orang-orang yang beriman ! janganlah sesuatu puak ( dari kaum lelaki) mencemuh dan merendahkan puak lelaki yang lain, ( kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah—rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengan kamu menyatakan keaifan setengan yang lain; dan jangan pula kamu panggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yag buruk ( larangan –larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukan Nya menjadi fasik dan ) amatlah buruknya sebutan nama fasik ( kepada seseorang) sesudah ia beriman .Dan ( ingatlah) sesiapa yang tidak bertaubat ( daripada perbuatan fasiknya) maka mereka lah orang yang dhalim
(12) Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan   ( supaya kamu tidak menyangka  sangkaan yang dilarang ) kerana sesungguhnya sebahagaian dari sangkaan itu adalah dosa.Dam janganlah kamu mencari kesalahan dan keaifan orang; dan janganlah setengah kamu mengupat akan setengah yang lain.Sukakah seorang dari kamu memakan daging saudaranya yang telah mati?,maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi amat mengasihani.Q(13) Wahai
umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan , dan kami telah menjadikan kamu berniaga bangsa dan bersuku puak,supaya kamu berkenalan.Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwa di antara kamu.Sesungguhnya Allah amat mengetahui lagi amat mendalam pengetahuaNya.
(14) Orang I’rab ( orang Arab Badwi penduduk desa) berkata` kami telah beriman’ katakanlah ( wahai Muhamad) kamu belum beriman ( jangan berkata demikian ) tetapi sementara iman belum lagi meresap  masuk dalam hati kamu berkatalah sahaja ` kami telah beriman’ dan( ingatlah ) jika kamu taat kepada Allah dan rasulnya ( zahir dan batin) Allah tidak akan mengurangkan sedikit pun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah amat pengampun, lagi amat mengasihani.(15) Sesungguhnya orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan rasulnya, kemudian mereka ( terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar  ( pengakuan imannya)

3      Setiap mukmin wajib berpegang teguh kepada ajaran yang diturunkan  oleh Allah al Syura 13,15,16

(13) Tuhan telah menerangkan kepada kamu- di antara perkara-perkara agama yang tetap hukumnya – perkara yang Ia telah perintahkan kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami wahyukan kepada mu ( Wahai Muhamad), dan juga yang  telah kami perintahkan  dari Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa iaitu tegakkanlah pendirian agama dan jangan kamu berpecah belah  atau berselisihan pada dasarnay.Berat bagi orang musyrik ( untuk menerima tauhid ) yang engkau seru kepadanya, Allah memilih serta melorongkan  sesiapa yang dikehendaki untuk menerima agama tauhid itu, dan memberi hidayah petunjuk kepada agamaNya itu sesipa yang rujuk kembali kepadaNya( taat/ patuh)


15 Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah  ( mereka )- Wahai Muahamad- kepada beragama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaiman yang diperintahkan kepada kamu, dan janganlah kamu menurut kehendak hawa nafsu mereka , sebaliknya katakanlah`aku beriman kepada segala kitab  yang diturunkan oleh Allah , dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu,.Allah jualah tuhan kami dan tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu pula amal kamu.Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu( kerana kebenaran telah jelas nyata) .  Allah akan menghimpunkan kita bersama ( pada hari qiamat), dan kepadaNya lah jua tempat kembali semuanya ( untuk dihakimi dan diberi balasan).
(16) Dan orang-orang yang berhujjah menyangkal dan membantah tentang kebenaran Allah sesudah disebut dan diterima agamanya itu- bantahan ( dan tuduhan palsu) mereka itu sia-sia belaka di sisi Tuhan mereka.(Di sebaliknya) mereka ditimpa kemurkaan ( dari Allah) serta mereka beroleh azab siksa yang seberatnya.

4      Akibat yang akan diterima oleh orang yang tidak percaya kepada kitab suci. Saba’ 31-33


(31) Dan orang-orang kafir berkata : kami tidak akan beriman sama sekali kepada al Quran ini dan tidak juga kepada kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya’. Dan ( sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang dhalim itu dibawa berdiri dihadapan tuhan mereka ( untuk dihisab) masing-masing tuduh menuduh antara satu sama lain. Orang yang tertindas berkata kepada orang yang sombong takabur ( yang menjadi ketuanya)` kalaulah tidak kerana kamu ( menindas dan memperdayakan kami), tentulah kami sudah menjadi orang yang beriman’.
 (32) Orang-orang yang sombong takabur itu menjawab kepada orang yang tertindas` kamikah yang telah menghalang kamu daripada menerima hidayah petunjuk sesudah ia datang kepada kamu ( bukan kami yang menghalang) bahkan kamu sendiri telah menyebabkan diri menjadi orang-orang yang berdosa.(33) Dan berkata pula orang yang tertindas kepada orang yang sombong takabur itu`tidak! Bahkan ( yang menghalang kami daripada beriman ialah) perbuatan kamu memperdayakan kami malam dan siang, ketika kamu menyuruh kami berlaku kufur kepada Allah dan mengadakan sekutu-sekutu bagiNya’ Akhirnya masing-masing diam sambil memendamkanperasaan sesal dan kecewa manakala mereka melihat azab siksa; dan kami pasangkan belenggu-belenggu pada leher orang-orang yang kafir itu.Mereka tidak dibalas melainkan dengan apa yang mereka telah kerjakan.


5      Kisah perbandingan antara manusia kafir dan mukmin al kahfi 32-43


(32) Dan berikalah kepada mereka satu mithalan : dua orang lelaki, kami adakan bagi salah seorang di antarnya , dua buah kebun anggur , dan kami kelilingi kebun-kebun itu dengan pohon tamar serta kami jadikan antara keduanya jenis-jenis tanaman yang lain.  (33) Kedua kebun itu mengeluarkan hasilnya, dan tidak mengurangi sedikit pun dari hasil itu, dan kami juga mengalirkan antara keduanya sebatang sungai.(34) Tuan kebun itu pula ada mempunyai harta ( yang lain) lalu berkatalah ia kepada rakanya, semasa ia berbincang denganya` aku lebih banyak harta daripada mu dan lebih berpengaruh dengan pengikut-pengikutku yang ramai.

6      Sikap tegas orang mukmin tidak akan menyembah sembahan kaum musyrikin dan tidak akan tunduk kepada kemahuan mereka al An’am 56

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku dilarang menyembah mereka yang kamu sembah yang lain dari Allah". Katakanlah lagi: "Aku tidak akan menurut hawa nafsu kamu, kerana kalau aku turut, sesungguhnya sesatlah aku, dan tiadalah aku dari orang yang mendapat hidayah petunjuk".

7      Setiap mukmin diuji dengan berbagai ujian al Ankabut 2-3


(2) Patutkan manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata` kami beriman’ sedang mereka tidak diuji. (3) Dan demi sesunguhnya ! kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka, ( dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui tentang orang-orang yang berdusta.

Muhamad 31

      Dan demi sesungguhnya ! kami tetap menguji kamu ( wahai orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan kamu tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang  yang sabar ( dalam menjalankan perintah Kami), dan sehinggan kami dapat mengsahkan ( benar atau tidak) berita-berita tentang keadaan  kamu,.

8      Orang mukmin dijanji dengan keampunan dan keselamatan
al Zumar 53-54, 61


(53)       Katakanlah ( wahai Muhamad) `Wahai hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri ( dengan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dialah jua yang amat pengampun, lagi amat mengasihani.(54)Dan balik kembalilah kepada tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan  pertolongan
(54)        

(61) Dan sebaliknya Allah akan menyelamatkan orang-orang yang bertqwa           ( yang menjauhkan diri dari perbuatan syirik dan maksiat) ,dengan  mereka memperolehi kemenangan besar (keredhaan Allah); mereka tidak akan disentuh sesuatu yang buruk, dan tidak akan berdukacita.

9      Perbandingan orang yang mendapat hidayat dari orang yang sesat   al Mulk 22,30

Maka adakah orang yang berjalan ( melalui jalan yang menyebabkan dia selalu jatuh) tertumus di atas mukanya boleh mendapat hidayah-atau orang yang berjalan tegak betul melalui jalan yang rata lurus ?

  
(30)       Katakanlah lagi` Bagaimana fikiran kamu, jika sekiranya kamu hilang lenyap   ( ditelan bumi), maka siapakan ( selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir ?
 
10   Hidayat itu suatu kurnian Allah kepada sesiapa yang dikehendaki al an’am 88-90,

(88)  Yang demikian itu ialah petunjuk Allah , yang dengannya ia memimpi         ( Allah dengan sesuatu yang lain) nescaya gugurlah dari mereka, apa yang mereka telah lakukan ( dari amal baik) (89)  Mereka itulah orang-orang yang telah kami berikan kepadanya kitab suci , dan hikmah ( ilmu pengetahuan), serta pangkat kenabian.Oleh itu jika orang (kafir) itu mengingkarinya, maka sesungguhnya kami akan menyerahkannya kepada kaum lain yang tidak akan kufur kepadaNya.(90) Mereka ( nabi-nabi) itulah , orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah, maka turut olehmu ( wahai Muhamad) akan petunjuk mereka, katakanlah`Aku tidak meminta upah kepada kamu mengenai petunjuk  Al Quran yang Aku sampaikan) itu. Al Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi penduduk alam seluruhnya’

 al Ra’d 27,31,33


 (27) Dan orang –orang kafir berkata`Mengapa tidak diturunkan kepada Muhamad satu mukjizat dari tuhannya ? Katakanlah ( wahai Muhamad)` Sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya ( menurut undang-undang dan peraturannya), dan memberi petunjuk ke jalan agamaNya, sesiapa yang rujuk kepadaNya.

Al Ra’d 31

Dan kalaulah ada mana-mana Kitab Suci yang dengan sebabnya gunung-ganang terbongkar bergerak dari tempatnya, atau dengan sebabnya bumi dipecah-belah mengeluarkan isi kandungannya, atau dengan sebabnya orang yang telah mati dapat menjawab kata-kata yang dihadapkan kepadanya, maka Al-Qur'an ialah Kitab Suci yang mengandungi mukjizat*. (Tetapi lahirnya sesuatu mukjizat itu adalah menurut kehendak Allah), bahkan segala urusan tertentu bagi Allah. Maka tidakkah orang yang beriman mengetahui bahawa kalaulah Allah menghendaki tentulah Ia memberi petunjuk kepada umat manusia seluruhnya, (lalu menjadikan mereka semuanya beriman). Dan orang yang kafir itu (dengan sebab kekufuran mereka) sentiasa ditimpa bala' bencana (ke atas diri atau harta benda mereka);  berhampiran dengan tempat tinggal mereka (lalu menjadikan mereka gempar kecemasan), sehinggalah datang janji Allah (hari kiamat dan azabnya); Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji-Nya.

Al Ra’d 33
           
Setelah diketahui demikian maka tidaklah patut disamakan Allah Tuhan yang berkuasa mengawas tiap-tiap diri dan mengetahui akan apa yang telah diusahakan oleh diri-diri itu, (dengan makhluk yang tidak bersifat demikian). Dalam pada itu, mereka yang kafir telah menjadikan beberapa makhluk sebagai sekutu bagi Allah. Katakanlah (wahai Muhammad): "Namakanlah kamu akan mereka (yang kamu sembah itu). Atau adakah kamu hendak memberitahu kepada Allah akan apa yang tidak diketahui-Nya di bumi*? Atau adakah kamu menamakan hanya dengan kata-kata yang lahir (sedang pada hakikatnya tidak demikian)?" Bahkan sebenarnya telah diperhiaskan oleh Iblis bagi orang yang kafir itu akan kekufuran dan tipu daya mereka (terhadap Islam), dan mereka pula disekat oleh hawa nafsu mereka daripada menurut jalan yang benar. Dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan pilihannya yang salah) maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.
  
11    Janji-janji Allah mengurniakan nikmat-nikamat yang besar kepada kaum mukmin di samping janji siksa kepada kaum munafikin dan musyrik al Fath 1-6,10

( 1) Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu ( wahai Muhamad) satu jalan kemenangan yang jelas. (2)  Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta menambahkan mu hidayah ke jalan yang lurus ( dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukumnya)(3) Dan dengan sebabnya Allah memberimu pertolongan ( untuk mencapai kejayaan) dengan sepenuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan( yang tidak ada tolak banding)
(4) (Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu ) Dialah yang menurunkan  semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orangyang beriman, supaya mereka bertambah iman dan yakin di samping iman dan keyakinan mereka yang sedia ada, pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi.Dan Allah adalah amat mengetahui , lagi amat bijak sana;  ( 5)Supaya Ia memesukkan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai;dengan keadaan kekal mereka di dalamnya,serta menghapuskan dosa-dosa mereka; dan adalah yang demikian itu pada sisi Allah merupakan kejayaan yang besar.(6) Dan supaya Ia menyeksa orang-orang munafik; lelaki dan perempuan , dan orang-orang musyrik lelaki dan perempuanyang menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang buruk.Atas merekalah tertimpa bala bencana yang dibawah peredaran zaman dan (selain itu ) Allah murkai mereka dan melaknatkan mereka serta menyediakan untuk mereka neraka jahanam;sedang neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.

Fath 10;


Sesungguhnya orang yang memberi pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhamad untuk berjuang menentang musuh), mereka hanyasanya memberi pengakuan taat setia kepada Allah. Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu ( untuk membalasnya) Oleh itu sesiapa yang tidak menyembpurnakan taat setianya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya; dan sesipa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikan kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar.

12   Prinsip-prinsip kepercayaan qada’ dan qadar -  al taghabun 11

Tidak ada sesuatu kesusahan ( atau bala bencana) yang menimpa
 ( seseorang) melainkan dengan izin Allah, dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya( untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar), dan Allah amat mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

 



No comments:

Post a Comment