R Bahagian Peperangan
1
Masyarakat islam diwajibkan
melengkapkan diri dengan alat-alat senjata yang cukup untuk menakutkan musuh
Alah. Al Anfaal 60
?
Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh)
segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda
yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan
musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak
mengetahuinya*. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan
pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan
dianiaya.
.
2
Masyarakat Islam diseru
seupaya bersedia berperang untuk mempertahankan agama Allah dan orang-orang
yang lemah. Al Nisa’ 74-75 dan Al Taubah 38,41
An Nisa’ 74-75
Oleh itu, orang (yang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan
akhirat daripada (kesenangan) kehidupan dunia, hendaklah mereka berperang pada
jalan Allah (untuk membela Islam). Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah
lalu ia mati (gugur Syahid) atau beroleh kemenangan, maka Kami akan memberi
kepadanya pahala yang besar(75) Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu)
tidak mahu berperang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam) dan (untuk
menyelamatkan) orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan
kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdo'a dengan) berkata: "Wahai
Tuhan Kami! Keluarkanlah kami dari negeri (Mekah) ini, yang penduduknya (kaum
kafir musyrik) yang zalim, dan jadikanlah bagi kami dari pihak-Mu seorang
pemimpin yang mengawal (keselamatan agama kami), dan jadikanlah bagi kami dari
pihak-Mu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh)"
Taubah 38
Wahai orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan
kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan
Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di
tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada
kehidupan akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia
ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.
Taubah 41
Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan
Allah), samada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan
keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan
harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian
amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.
3
Parajurit Islam diingatkan
supaya mematuhi pimpinan Allah dan rasul dalam peperangan .Al Anfaal 20,24,27
Wahai orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah
kamu berpaling daripadanya, sedang kamu mendengar (Al-Qur'an yang mewajibkan
ta'atnya).
Wahai orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan
seruan Rasul-Nya apabila Ia menyeru kepada kamu perkara-perkara yang menjadikan
kamu hidup sempurna*; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa
mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan
sesungguhnya kepada-Nyalah kamu akan dihimpunkan.
*
(27) Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati
(amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah
kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya). *
.
4
Kewajipan berperang. Al
Baqarah 216-217
Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan),
sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci
kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada
sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang
Mengetahui (semuanya itu) sedang kamu tidak mengetahuinya.(217) Mereka bertanya
kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang
dihormati*; katakanlah: "Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar,
tetapi perbuatan menghalangi (orang Islam) dari jalan Allah, dan perbuatan
kufur kepada-Nya, dan juga perbuatan menyekat (orang Islam) ke Masjid Al-Haram
(di Mekah), serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih
besar lagi dosanya di sisi Allah. Dan
(ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan
(semasa perang dalam bulan yang dihormati). Dan mereka (orang kafir itu)
sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari agama kamu
kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian); dan sesiapa diantara kamu yang
murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu ia mati sedang ia
tetap kafir, maka orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang
baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka di dalamnya
(selama-lamanya).
.
5
Kebenaran melancarkan
peperangan terhadap orang-orang kafir yang dzalim. Al Haj 39-40
Diizinkan berperang bagi orang (Islam) yang diperangi (oleh
golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan
sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan).*
(40) Iaitu mereka yang diusir dari kampung dengan tidak berdasarkan sebarang
alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata:
"Tuhan kami ialah Allah". Dan
kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan
setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta
gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan
juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak
padanya*; dan sesungguhnyaAllah akan menolong sesiapa yang menolong agama-Nya
(agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa; -
6
Parajurit-parajurit Islam
diingatkan supaya berhati-hati bertindak terhadap orang-orang yang berada dalam
kawasan musuh yang memberi salam kepada mereka semasa dalam peperangan. Al
Nisa’ 94
<
Wahai orang yang beriman, apabila kamu pergi (berperang) pada
jalan Allah (untuk membela Islam), maka hendaklah kamu menyelidik (apa jua
perkara dengan sebaik-baiknya), dan janganlah kamu (terburu-buru) mengatakan
kepada orang yang menunjukkan kepada kamu sikap damai (dengan memberi Salam
atau mengucap dua Kalimah Syahadat): "Engkau bukan orang yang
beriman", (lalu kamu membunuhnya) dengan tujuan hendak (mendapat harta
bendanya yang merupakan) matabenda kehidupan dunia (yang tidak kekal).
(Janganlah kamu gelap mata kepada daki dunia itu) kerana di sisi Allah ada disediakan limpah kurnia yang
banyak. Demikianlah juga keadaan kamu
dahulu (dapat diketahui oleh orang lain akan ke Islaman kamu dengan memberi
salam atau mengucap Kalimah Syahadat),
lalu Allah mengurniakan nikmat-Nya kepada kamu.
Oleh itu selidikilah (apa-apa jua lebih dahulu, dan janganlah bertindak
dengan terburu-buru). Sesungguhnya Allah
sentiasa Memerhati dengan mendalam akan segala yang kamu lakukan.
7
Parajurit-parajurit
Islam diseru supaya tidak gentar
menghadapi bilangan musuh yang banyak. Al Anffal 65
Wahai Nabi, peransangkanlah orang yang beriman itu untuk
berperang. Jika ada diantara kamu dua puluh orang
yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh
yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka
dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang
kafir itu) orang yang tidak mengerti. *
.
8
Menyeru masyarakat Islam
supaya jangan takut mati dalam perjuangan sabilillah . Al Nisa’ 77,78,84
Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muahmmad), akan orang
yang (pernah) dikatakan kepada mereka: "Tahanlah tangan kamu (daripada
bertindak melancarkan perang yang belum diizinkan), dan dirikanlah sembahyang
serta berikanlah zakat". (Mereka meminta juga hendak berperang), kemudian apabila
mereka diperintahkan berperang, tiba-tiba sepuak di antara mereka merasa gerun
kepada manusia sama seperti mereka merasa gerun kepada (azab) Allah atau lebih
gerun lagi. Lalu mereka (merayu kepada
Allah dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan kami
berperang (pada saat ini)? Mengapa Engkau tidak biarkan kami hingga ke tempoh
yang singkat (iaitu akhir hayat kami)?"
Katakanlah (wahai Muhammad): "Matabenda yang menjadi kesenangan di
dunia ini adalah sedikit sahaja, (dan akhirnya akan lenyap), dan (balasan) hari
akhirat itu lebih baik lagi bagi orang
yang bertakwa (kerana ia lebih mewah dan kekal selama-lamanya). dan kamu pula
tidak akan dianiaya sedikit pun"(78) Di mana jua kamu berada, maut akan
mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam
benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh.
Dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata:
"Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau pula mereka ditimpa bencana,
mereka berkata: "Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu".
Katakanlah (wahai Muhammad): "Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah
(berpunca) dari sisi Allah". Maka
apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan
(nasihat dan pengajaran)?*
(84) Oleh itu, berperanglah (wahai
Muhammad) pada jalan Allah (untuk membela Islam dari pencerobohan musuh);
engkau tidak diberati selain daripada kewajipanmu sendiri. Dan berilah perangsang kepada orang yang
beriman (supaya turut berjuang dengan gagah berani). Mudah-mudahan Allah menahan bahaya serangan
orang yang kafir itu. Dan (ingatlah)
Allah Amatlah besar kekuatan-Nya dan Amatlah berat azab seksa-Nya
9
Rasullullah SAW diperintah
supaya memerangai orang-orang kafir dan kaum munafikin serta bersikap tegas dan
kasar terhadap mereka. Al taubah 73
Wahai Nabi, berjihadlah menentang
orang kafir dan orang munafik, dan bertindak keras terhadap mereka. Dan
(sebenarnya) tempat mereka ialah Neraka Jahanam, dan itulah seburuk-buruk
tempat kembali.
10 Seruan berjuang sehidup semati dengan Rasulullah SAW. Al Imran 144
Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang
sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh).
Jika demikian kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik
(berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi
kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikit pun; dan
(sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang yang bersyukur
(akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu).
11 Sasteria Islam diseru berjuang dengan gagah berani. Al Anfaal 15
Wahai orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan orang
kafir yang sedang mara menyerang, maka janganlah kamu berpaling undur dari
menentang mereka.
12 Orang Mukmin diseru supaya jangan merasa rendah diri dan mudah mengaku
kalah dalam perjuangan. Muhamad 35-36
(Apabila kamu telah mengetahui bahawa orang kafir itu
dihampakan amalnya dan diseksa oleh Allah) maka janganlah kamu (wahai orang
yang beriman) merasa lemah dan mengajak (musuh yang menceroboh) untuk berdamai,
padahal kamulah orang yang tertinggi
keadaannya, lagi pula Allah bersama-sama kamu (untuk membela kamu mencapai
kemenangan), dan Ia tidak sekali-kali akan mengurangi (pahala) amal-amal
kamu.(36) (Ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan
takwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan *; dan jika kamu beriman serta
bertakwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu, dan Ia tidak meminta
kepada kamu harta benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih
baik daripadanya).
13 Masyarakat Islam diseru supaya memerangi masyarakat kafir yang tinggal
berdekatan dengan masyarakat mereka untuk menjamin keselamatan dakwah islamiah.
Al taubah 123
ahai orang yang beriman! Perangilah orang kafir musyrik yang berdekatan
dengan kamu; dan biarlah mereka merasai sikap kekerasan (serta ketabahan hati)
yang ada pada kamu; dan ketahuilah, sesungguhnya Allah beserta orang yang
bertakwa (dengan memberikan pertolongan-Nya).
14 Orang-orang kafir yang degil yang tidak mahu menamatkan perseteruan
mereka hendaklah diperangi habis-habisan. Al Anfaal 38
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang yang kafir itu, jika mereka
berhenti (dari kekufurannya), nescaya akan diampunkan dosa mereka yang lalu,
dan jika mereka kembali lagi (ingkar maka Kami akan menyeksa mereka), kerana
sesungguhnya telah berlakulah kebinasaan orang (yang kufur ingkar) dahulu kala.
15 Peraturan dan disiplin dalam peperangan. Al Anfaal 45- 46
?Wahai orang yang
beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah
kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan
berdo'a) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).(46) Dan
ta'atlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu
berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang
kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati);
sesungguhnya Allah beserta orang yang sabar.
16 Perbuatan melakukan hubungan mesra dengan pehak musuh dikecam oleh
Allah. Al Mujadilah 14,15,20,21,22
Tidakkah engkau melihat (bagaimana jahatnya) orang yang bersahabat karib
dengan kaum yang telah dimurkai Allah (dengan sebab kekufuran dan khianatnya)? Mereka itu
bukanlah dari golongan kamu dan bukan pula dari golongan kaum yang tersebut itu
(kerana mereka ialah golongan munafik); dan lagi mereka selalu bersumpah dengan
dusta, sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).(15) Allah
telah menyediakan bagi mereka azab seksa yang berat; sesungguhnya amatlah buruk
apa yang mereka telah lakukan.
20-22
(20) Sesungguhnya orang yang
menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya, mereka termasuk dalam golongan yang
amat hina.(21) Allah telah menetapkan: "Sesungguhnya Aku dan
Rasul-rasul-Ku tetap mengalahkan (golongan yang menentang)". Sesungguhnya
Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.(22) Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum
yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih mesra dengan
orang yang menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang yang
menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau
saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah
telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan
semangat pertolongan daripada-Nya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam
syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di
dalamnya. Allah redha akan mereka dan mereka redha (serta bersyukur) akan
nikmat pemberian-Nya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah!
Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang yang berjaya.
17 Faktor kemenangan dalam peperangan ialah keteguhan iman.
Al Imran 173
Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang (pembawa berita)
kepada mereka: "Bahawa kaum (kafir musyrik telah mengumpulkan tentera
untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya". Maka
berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata:" Cukuplah Allah
untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik Pengurus (yang terserah kepada-Nya
segala urusan kami".
18 Golongan orang-orang kafir yang wajib diperangi dan golongan yang tidak
boleh diperangi. Al Nisa’ 89-90
Mereka suka kalau kamu pula menjadi kafir, maka (dengan yang
demikian) menjadilah kamu sama seperti mereka. Oleh itu janganlah kamu
mengambil (seorang pun) di antara mereka menjadi teman rapat kamu, sehingga
mereka berhijrah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam). Kemudian kalau
mereka sengaja berpaling ingkar, maka tawanlah mereka dan bunuhlah mereka di
mana sahaja kamu menemuinya; dan jangan sekali-kali kamu mengambil (seorang
pun) di antara mereka menjadi teman rapat atau penolong.(90) Kecuali orang yang
pergi (meminta perlindungan) kepada suatu kaum yang ada ikatan perjanjian setia
antara kamu dengan mereka, atau orang yang datang kepada kamu sedang hati
mereka merasa berat hendak memerangi kamu atau memerangi kaumnya. Dan jika
Allah menghendaki, nescaya Ia menjadikan mereka berkuasa melawan kamu, kemudian
tentulah mereka memerangi kamu. Dalam pada itu, jika mereka membiarkan kamu
(dengan tidak mengancam atau menganggu), serta mereka tidak memerangi kamu dan
mereka menawarkan perdamaian kepada kamu, maka Allah tidak menjadikan bagi kamu
sesuatu jalan (yang membolehkan kamu memerangi atau menawan) mereka.
19 Pengistiharan perang ke atas orang-orang kafir. Muhamad 4
Dengan yang demikian, apabila kamu berjuang menentang orang
kafir (dalam peperangan jihad) maka pancunglah lehernya, sehingga apabila kamu
dapat membunuh mereka dengan banyaknya (serta mengalahkannya) maka tawanlah
(mana-mana yang hidup) dan ikatlah mereka dengan kukuhnya *. Setelah selesai
pertempuran itu maka (terserahlah kepada kamu) sama ada hendak memberi
kebebasan (kepada orang tawanan itu dengan tiada sebarang penebusnya) atau
membebaskan mereka dengan mengambil penebusnya. (Bertindaklah demikian terhadap golongan kafir yang menceroboh) sehinggalah
berakhir peperangan jihad itu (dan lenyaplah sebab-sebab yang menimbulkannya).
Demikianlah (diperintahkan kamu melakukannya). Dan sekiranya Allah menghendaki,
tentulah Ia membinasakan mereka ** (dengan tidak payah kamu memeranginya);
tetapi Ia (perintahkan kamu berbuat demikian) kerana hendak menguji kesabaran
kamu menentang golongan yang kufur ingkar (yang mencerobohi kamu). Dan orang
yang telah berjuang serta gugur syahid pada jalan Allah (mempertahankan
agamanya), maka Allah tidak sekali-kali akan mensia-siakan amal-amal mereka.
20 Larangan berperang di Masjidil Haram dan pada bulan haram.
Al Baqarah 217
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum)
berperang dalam bulan yang dihormati*; katakanlah: "Peperangan dalam bulan
itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang Islam) dari jalan
Allah, dan perbuatan kufur kepada-Nya, dan juga perbuatan menyekat (orang
Islam) ke Masjid Al-Haram (di Mekah), serta mengusir penduduknya dari situ,
(semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah. Dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya)
daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati). Dan mereka
(orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu
dari agama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian); dan sesiapa
diantara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu
ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang yang demikian, rosak binasalah amal
usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka di
dalamnya (selama-lamanya).
21 Kemenangan kaum Muslimin dalam peperangan adalah dengan limpah kurniaan
Allah. Al Taubah 25-26
Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan
dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu
merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai
itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikit pun; dan (semasa kamu merasa)
bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur
melarikan diri. (26) Kemudian Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada
Rasul-Nya dan kepada orang yang beriman, dan Allah menurunkan tentera yang kamu
tidak melihatnya, serta Ia menyeksa orang kafir itu (dengan kekalahan yang
membawa kehancuran); dan yang demikian itu ialah balasan bagi orang yang kafir.
22 Orang-orang Islam yang kalah dalam satu-satu peperangan tidak harus
melupakan kemenangan-kemenangan sebelumnya. Al Imran 165-166
;(Patutkah kamu melanggar perintah Rasulullah)? Dan
(kemudiannya) apabila kamu ditimpa kemalangan (dalam peperangan Uhud), yang
kamu telahpun memenangi seperti itu sebanyak dua kali ganda (dengan menimpakan
kemalangan kepada musuh dalam peperangan
Badar), kamu berkata: "Dari mana datangnya (kemalangan) ini?"
Katakanlah (wahai Muhammad): "(Kemalangan) itu ialah dari kesalahan kamu
sendiri (melanggar perintah Rasulullah)". Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa
atas tiap-tiap sesuatu.(166) Dan apa yang telah menimpa kamu pada hari bertemu
dua kumpulan (angkatan tentera - di medan perang Uhud) itu, maka (adalah ia)
dengan izin Allah, dan dengan tujuan Allah hendak melahirkan dengan nyata akan
orang yang (sebenar-benarnya) beriman.
23 Kaum Muslimin diingatkan supaya bersikap tegas apabila mengadakan
perjanjian –perjanjian dengan kaum Musyrikin. Al Taubah 7
Bagaimanakah dapat diakui adanya perjanjian (keamanan) di sisi
Allah dan Rasul-Nya bagi oang-orang musyrik (sedang mereka mencabulinya)?
Kecuali orang (musyrik) yang kamu telah mengikat perjanjian setia dengan mereka
dekat Masjid Al-Haraam. Maka selagi mereka berlaku lurus terhadap kamu,
hendaklah kamu berlaku lurus pula terhadap mereka; sesungguhnya Allah mengasihi
orang yang bertakwa.
24 Peristiwa Bai’ah al Ridhuwan Al
Fath 10
Sesungguhnya orang yang memberi pengakuan taat setia kepadamu
(wahai Muhammad - untuk berjuang menentang musuh), mereka hanyasanya memberikan
pengakuan taat setia kepada Allah *; Allah mengawasi keadaan mereka memberikan
taat setia itu (untuk membalasnya). Oleh
itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya tidak
menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya sendiri; dan sesiapa yang
menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan
memberi kepadanya pahala yang besar.
.
25 Bai’ah al Ridhuwan direstui oleh Allah . . Al Fath 18-24
Demi sesungguhnya!
Allah redha akan orang yang beriman, ketika mereka memberikan pengakuan
taat setia kepadamu (wahai Muhammad) di bawah naungan pohon (yang termaklum di
Hudaibiyah); maka (dengan itu) ternyata apa yang sedia diketahui-Nya tentang
(kebenaran iman dan taat setia) yang ada dalam hati mereka, lalu Ia menurunkan
semangat tenang tenteram kepada mereka, dan membalas mereka dengan kemenangan
yang dekat masa datangnya (19) Dan juga dengan banyak harta rampasan perang,
yang mereka akan dapat mengambilnya. Dan (ingatlah), Allah adalah Maha Kuasa,
lagi Maha Bijaksana.(20) (Sebagai memuliakan orang yang memberi pengakuan taat
setianya di Hudaibiyah, Tuhan menujukan firman-Nya kepada mereka): Allah
menjanjikan kepada kamu harta rampasan yang banyak yang kamu akan mengambilnya,
lalu Ia menyegerakan untuk kamu harta rampasan perang ini * , serta Ia telah
menahan tangan manusia (pihak musuh di situ) daripada menyerang kamu; (Allah melakukan yang demikian supaya kamu
beroleh manfaat) dan supaya menjadi tanda (yang membuktikan kebenaran
janji-Nya) bagi orang yang beriman, dan juga supaya Ia menambahkan kamu hidayah
ke jalan yang lurus(21) Dan ada lagi harta rampasan lain yang kamu belum dapat
menguasainya, (tetapi) Allah telah memelihara harta itu dengan kekuasaan-Nya
(untuk kamu mendapatnya); dan (ingatlah), Allah adalah Maha Kuasa atas
tiap-tiap sesuatu.(22) Dan sekiranya orang kafir (dari penduduk Mekah) itu
memerangi kamu (di Hudaibiyah), tentulah mereka akan berpaling melarikan diri
dengan kekalahan; kemudian mereka tidak akan beroleh sesiapapun yang menjadi
pelindung atau memberikan pertolongan.(23) (Kekalahan orang yang menentang
Rasul Allah sudah tetap menurut) "Sunnatullah" (Peraturan Allah) yang
telah berlaku semenjak dahulu lagi; dan engkau tidak akan mendapati sebarang
perubahan bagi cara dan peraturan Allah itu.(24) Dan Dialah yang telah menahan
tangan mereka (yang musyrik) daripada melakukan perkara yang buruk terhadap
kamu, dan tangan kamu daripada berbuat demikian kepada mereka di kawasan Mekah*
, sesudah Ia menjadikan kamu dapat menewaskan mereka. Dan
(ingatlah), Allah adalah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan.
26 Kisah peperangan Badar. Al Imran 123-127
Dan sesungguhnya Allah telah menolong
kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah
(kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu
bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur akan kemenangan itu).(124)
(Ingatlah Wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang yang bermain
(untuk menguatkan semangat mereka):" Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa
Allah membantu kamu dengan tiga ribu tentera dari malaikat yang diturunkan(125)
Bahkan mencukupi. (Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertakwa, dan mereka
(musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu
dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing*(126) Dan Allah tidak
menjadikan bantuan tentera malaikat itu melainkan kerana memberi khabar gembira
kepada kamu, dan supaya hati kamu tenteram dengan bantuan itu. Dan (ingatlah
bahawa) pertolongan yang memabawa kemenangan itu hanya dari Allah Yang Maha
Kuasa, lagi Maha Bijaksana.(127) (Kemenangan Badar itu) kerana Allah hendak
membinasakan satu golongan dari orang kafir atau menghina mereka (dengan
kekalahan), supaya mereka kembali dengan hampa kecewa.
.
27 Kisah peperangan Uhud. Al Imran 152-154
Dan demi sesungguhnya Allah telah menepati janji-Nya
(memberikan pertolongan) kepada kamu ketika kamu (berjaya) membunuh mereka
(beramai-ramai) dengan izin-Nya, sehingga ke masa kamu lemah (hilang semangat
untuk meneruskan perjuangan) dan kamu berbalah dalam urusan (perang) itu, serta
kamu pula menderhaka (melanggar perintah Rasulullah) sesudah Allah perlihatkan
kepada kamu akan apa yang kamu sukai (kemenangan dan harta rampasan perang). Di antara kamu ada yang menghendaki keuntungan dunia
semata-mata*, dan di antara kamu ada yang menghendaki akhirat**; kemudian Allah
memalingkan kamu daripada menewaskan mereka untuk menguji (iman dan kesabaran)
kamu; dan sesungguhnya Allah telah memaafkan kamu, (semata-mata dengan limpah
kurnia-Nya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melimpahkan kurnia-Nya kepada orang
yang beriman. (153) (Ingatlah) ketika
kamu berundur lari dan tidak menoleh kepada sesiapa pun, sedang Rasulullah
(yang masih berjuang dengan gagahnya) memanggil kamu dari kumpulan yang
tertinggal di belakang kamu (untuk berjuang terus tetapi kamu tidak
mematuhinya). Oleh sebab itu Allah
membalas kamu (dengan peristiwa) yang mendukacitakan (kekalahan), dengan sebab
perbuatan (kamu menderhaka) yang mendukacitakan (Rasulullah) itu, supaya kamu
tidak bersedih hati akan apa yang telah luput dari kamu, dan tidak (pula
bersedih) akan apa yang menimpa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui
dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.(154) Kemudian sesudah (kamu
mengalami kejadian) yang mendukacitakan itu, Allah menurunkan kepada kamu
perasaan aman tenteram, iaitu rasa mengantuk yang meliputi segolongan dari kamu
(yang teguh imannya lagi ikhlas), sedang segolongan yang lain yang hanya
mementingkan diri sendiri, menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang tidak
benar, seperti sangkaan orang-orang jahiliyah. Mereka berkata: "Adakah
bagi kita sesuatu bahagian dari pertolongan kemenangan yang dijanjikan
itu?" Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya perkara (yang telah
dijanjikan) itu semuanya tertentu bagi Allah, (Dialah sahaja yang berkuasa
melakukannya menurut peraturan yang ditetapkanNya)". Mereka sembunyikan
dalam hari mereka apa yang mereka tidak nyatakan kepadamu. Mereka berkata
(sesama sendiri): "Kalaulah ada sedikit bahagian kita dari pertolongan
yang dijanjikan itu, tentulah (orang-orang) kita tidak terbunuh di tempat
ini?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalau kamu berada di rumah kamu
sekalipun nescaya keluarlah juga orang yang telah ditakdirkan (oleh Allah) akan
terbunuh itu ke tempat mati masing-masing". Dan (apa yang berlaku di medan
perang Uhud itu) dijadikan oleh Allah untuk menguji apa yang ada dalam dada kamu,
dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hati kamu. Dan (ingatlah), Allah
sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.
.
28 Peristiharan memansuhkan perjanjian-perjanjian di antara kaum Muslimin
dengan kaum Musyrikin. Al Taubah 1-2
(Ini adalah) pemutusan tanggungjawab (pembatalan perjanjian)
dari Allah dan Rasul-Nya terhadap kaum kafir musyrik yang kamu mengikat
perjanjian setia (dengan mereka).* (2) Oleh itu hendaklah kamu (hai kaum
musyrik) bergerak di muka bumi (dengan bebasnya) selama empat bulan*, dan
ketahuilah bahawa kamu tidak terlepas dari (azab seksa) Allah. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah akan menghina orang
yang kafir (dengan bala' bencana di dunia dan azab seksa di akhirat).
29 Harta rampasan perang. Al Anfal 1
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang harta
rampasan perang. Katakanlah: "Harta rampasan
perang itu (terserah) bagi Allah dan bagi Rasul-Nya (untuk menentukan
pembahagiannya). Oleh itu, bertakwalah kamu kepada Allah dan perbaikilah
keadaan perhubungan diantara kamu, serta ta'atlah kepada Allah dan Rasul-Nya,
jika betul kamu orang yang beriman"*.
Jihad
1
Kelebihan orang-orang yang
keluar berjihad dan orang-orang yang tidak keluar berjihad kerana uzur. Al Nisa’ 95
Tidaklah sama keadaan orang yang duduk (tidak turut berperang)
dari kalangan orang yang beriman - selain daripada orang yang keuzuran - dengan
orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan
harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang yang berjuang dengan harta benda dan
jiwa mereka atas orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur)
dengan kelebihan satu darjat. Dan
tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang
baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang yang berjuang atas orang-orang yang
tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala
yang amat besar;
2
Menyeru para mukmin supaya
berjihad demi sabilillah. Al Maidah 35
Wahai orang yang beriman!
Bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang boleh menyampaikan
kepada-Nya (dengan mematuhi perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya); dan
berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh
kejayaan
3
Orang-orang mukmin sejati
memandang jihad itu satu pelaburan yang menguntungkan di sisi Allah. Al Sof
10-13
Wahai orang yang beriman! Mahukah aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang
boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?(11)
Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, serta kamu berjuang membela dan
menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah
yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang
sebenarnya).(12) (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan
kamu ke dalam taman-taman yang mengalir dibawanya beberapa sungai, serta di
tempatkan kamu ditempat- tempat tinggal yang baik dalam syurga "Adn".
Itulah kemenangan yang besar.(13) Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan
dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita
yang menggembirakan itu kepada orang yang beriman.
4
Para mukmin diseru
melancarkan jihad yang sengit terhadap orang-orang kafir dan munafikin. Al
Tahrim 9
Wahai Nabi! Berjihadlah (menentang)
orang kafir dan orang munafik, serta bertindak keras terhadap mereka *. Dan (sebenarnya) tempat mereka ialah Neraka
Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.
5
Orang-orang mukmin sentiasa
cintakan ayat-ayat jihad, sedangkan orang munafikin takut kepadanya. Muhamad 20
Dan (kerana gemarkan pahala berjuang menegakkan Islam), orang yang beriman
berkata: "Alangkah baiknya sekiranya diturunkan satu surah (dari
Al-Qur'an, yang memerintahkan kami berjuang)?" Maka apabila diturunkan
satu surah (dari Al-Qur'an) yang tegas keterangannya dan tersebut padanya
hukum-hukum yang mewajibkan perang Jihad (menentang pencerobohan musuh), sudah
tentu engkau akan melihat orang yang ada penyakit (kufur) dalam hatinya
memandang kepadamu dengan terbeliak matanya kerana gerun takut menghadapi mati;
dengan yang demikian, maka kebinasaanlah lebih hampir kepada mereka.
6
Para Mukmin diseru supaya
berjuang dalam satu barisan yang kukuh.
Al Sof 4
Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berperang untuk
membela agama-Nya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah
bangunan yang tersusun kukuh.
7
Kewajipan mendirikan solat
dalam perjalan jihad. Al Nisa’ 101-103
Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa
"mengqasarkan" (memendekkan) sembahyang jika kamu takut diserang oleh
orang kafir. Sesungguhnya orang kafir
itu adalah musuh yang amat nyata bagi kamu(102) Dan apabila engkau (wahai
Muhammad) berada dalam kalangan mereka (semasa perang), lalu engkau mendirikan
sembahyang dengan (menjadi imam) mereka, maka hendaklah sepuak dari mereka
berdiri (mengerjakan sembahyang) bersama-samamu, dan hendaklah mereka
menyandang senjata masing-masing; kemudian apabila mereka telah sujud, maka
hendaklah mereka berundur ke belakang (untuk menjaga serbuan musuh); dan
hendaklah datang pula puak yang lain (yang kedua) yang belum sembahyang (kerana
menjaga serbuan musuh), maka hendaklah mereka bersembahyang (berjemaah)
bersama-samamu, dan hendaklah mereka mengambil langkah berjaga-jaga serta
menyandang senjata masing-masing. Orang
kafir memang suka kalau kamu cuai lalai akan senjata dan hartabenda kamu,
supaya dengan jalan itu mereka dapat menyerbu kamu beramai-ramai dengan
serentak. Dan tidaklah kamu berdosa
meletakkan senjata masing-masing, jika kamu dihalangi sesuatu yang menyusahkan
disebabkan hujan atau kamu sakit. Dan hendaklah kamu mengambil langkah
berjaga-jaga. Sesungguhnya Allah telah
menyediakan bagi orang kafir itu azab seksa yang amat menghina(103) Kemudian
apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut
dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk,dan semasa kamu berbaring. Kemudian
apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaaan aman) maka dirikanlah
sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu
adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang yang beriman, yang tertentu
waktunya
No comments:
Post a Comment