K Bahagian Hukum Hakam
1
Orang-orang mukmin diseru
mematuhi hukum-hukum yang dijelaskan oleh Quran. Al maidah 1
Wahai orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah
perjanjian-perjanjian. Dihalalkan bagi kamu (memakan) binatang-binatang ternak (dan sebagainya),
kecuali apa yang akan dibacakan (tentang haramnya) kepada kamu. (Halalnya binatang-binatang ternak dan
sebagainya itu) tidak pula bererti kamu boleh menghalalkan perburuan ketika
kamu dalam keadaan berihram. Sesungguhnya Allah menetapkan hukum apa yang Ia
kehendaki
2
Para mukmin diingatkan
supaya jangan mengharamkan yang halal. Al Maidah 87,
(87) Wahai orang yang beriman!
Janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik yang telah dihalalkan oleh
Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa yang telah
ditetapkan halalnya itu); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang
melampaui batas.
Al A’raf 32
(32) Katakanlah (wahai Muhammad): "Siapakah yang (berani) mengharamkan
perhiasan Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya, dan demikian
juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakan-Nya*?" Katakanlah: "Semuanya itu ialah
(nikmat-nikmat) untuk orang yang beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam
kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang yang
beriman sahaja) pada hari Kiamat". Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu
persatu bagi orang yang (mahu) mengetahui*.
.
3
Hukum-hukum bersuci. Al
Maidah 6
Wahai orang yang beriman, apabila kamu
hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka
(berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi
siku, daan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki
kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah
dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam
pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, sewdang
kamu tidak mendapat air ( untuk berwudu' dan mandi), maka hendaklah kamu
bertayamum dengan tanah- debu yang bersih, ia itu: sapulah muka kamu dan kedua
belah tangan kamu dengan tanah-debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu
menanggung sesuatu (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkankan
(mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan ni'matNya kepada kamu, supaya kamu
bersyukur.
4
Larangan hubungan kelamin
dalam masa haid. Al Baqarah 222-223
Dan mereka bertanya kepadamu (wahai
Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: "Darah haid itu satu benda
yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat". Oleh sebab itu hendaklah
kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu)
dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk
bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka
datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu.
Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang
yang sentiasa mensucikan diri.(223) Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun
tanam-tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang
kamu sukai*, dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu; dan
bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya
(pada hari akhirat kelak). Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada
orang yang beriman.
5
Peraturan solat dan
tayamun. Al Nisa’ 43
Wahai orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang
(mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan
mengetahui akan apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula (hampiri masjid)
sedang kamu dalam keadaan junub
(berhadas besar)- kecuali kamu hendak
melintas sahaja - hingga kamu mandi bersuci. Dan jika kamu sakit, atau
sedang dalam musafir, atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat
buang air, atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat
air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah -
debu, yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya
Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.
6
Dasar-dasar bagi perkara
yang diharamkan Allah. Al An’am 151-152
(151) Katakanlah: "Marilah aku
bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah
kamu sekutukan dengan Allah sesuatu apapun; dan hendaklah (kamu) membuat baik
kepada ibu bapa; dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan,
(sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka; dan
janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) - yang terang daripadanya dan
yang tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah
(membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh Syarak).
Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu
memahaminya.(152) "Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan
dengan cara yang baik (untuk mengawal dan cara mengembangkannya), sehingga ia
baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri); dan
sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil". - Kami tidak
memberatkan seseorang dengan kewajipan melainkan sekadar kesanggupannya. -
"dan apabila kamu mengatakan sesuatu (semasa membuat apa-apa keterangan)
maka hendaklah kamu berlaku adil, sekali pun orang itu ada hubungan kerabat
(dengan kamu); dan perjanjian (perintah-perintah) Allah hendaklah kamu
sempurnakan. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya
kamu beringat (mematuhi-Nya)"
7
Dasar-dasar makanan dan
minuman kepada orang Islam.
Al An’am 141-144
;;
(141) Dan Dialah (Allah) yang menjadikan
(untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar; dan
pohon-pohon tamar (korma) dan tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan)
rasanya; dan buah zaitun dan delima, yang bersamaan (warnanya atau daunnya) dan
tidak bersamaan (rasanya). Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah, dan
keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya; dan janganlah
kamu melampau-lampau (pada apa-apa jua yang kamu makan atau belanjakan);
sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampau-lampau.(142) Dan
diantara binatang-binatang ternak itu, ada yang dijadikan untuk pengangkutan,
dan ada yang untuk disembelih. Makanlah dari apa yang telah dikurniakan oleh
Allah kepada kamu, dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; kerana
sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.(143) (Binatang
ternak itu) lapan ekor - (empat) pasangan; dari kambing biri-biri dua ekor
(sepasang jantan betina), dan dari kambing biasa dua ekor (sepasang jantan
betina). Tanyalah (wahai Muhammad kepada orang musyrik itu):" Adakah yang
diharamkan Allah itu, dua jantannya atau dua betinanya, atau yang dikandung
oleh rahim dua betinanya? Terangkanlah kepada ku dengan berdasarkan ilmu
pengetahuan (Syarak dari Allah yang menjadi dalil tentang haramnya), jika betul
kamu orang yang benar".(144) Dan dari unta dua ekor (sepasang jantan betina),
dan dari lembu dua ekor (sepasang jantan betina). Tanyalah (wahai Muhammad):
"Adakah yang diharamkan Allah itu dua jantannya atau dua betinanya, atau
yang dikandung oleh rahim dua betinanya? Ataupun kamu ada menyaksikan ketika
Allah menyuruh serta menentukan kepada kamu (atau kepada datuk nenek kamu)
dengan yang demikian ini?" Oleh itu, siapakah yang lebih zalim daripada
orang yang berdusta terhadap Allah untuk menyesatkan manusia dengan tidak
berdasarkan ilmu pengetahuan? Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada
kaum yang zalim.
8
Makanan yang halal Al An’am
145
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku tidak dapati dalam apa
yang telah diwahikan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak
memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau
daging babi - kerana sesungguhnya ia adalah kotor -, atau sesuatu yang
dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari
Allah", Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia
tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani.*
9
Pengharaman riba Al Imran
130
;
Wahai orang yang beriman! Janganlah
kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda*; dan hendaklah kamu
bertakwa kepada Allah supaya kamu berjaya.
10 Hukum memberi rasuah. Al Baqarah 188
Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu
dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi
rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan harta manusia dengan (berbuat)
dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).
11 Hukum wasiat. Al Baqarah 180
Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada
meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum
kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan agama), sebagai suatu
kewajipan atas orang yang bertakwa.
12 Peraturan pembahagian pusaka. Al Nisa’ 11
Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka
untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua
orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka
bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh
simati. Dan jika anak perempuan itu
seorang sahaja, maka bahagiannya ialah
seperdua (separuh) harta itu. Dan bagi
ibu bapa (simati), tiap-tiap seorang dari keduanya: seperenam dari harta yang
ditinggalkan oleh simati, jika simati
itu mempunyai anak. Tetapi jika
simati tidak mempunyai anak, sedang yang
mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah
sepertiga. Kalau pula simati itu
mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah
seperenam. (Pembahag ian itu) ialah
sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh simati, dan sesudah
dibayarkan hutangnya. Ibu bapa kamu dan
anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta
banyak manfaaatnya kepada kamu*.
(Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti
yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah
Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
13 Peraturan hutang piutang. Al Baqarah 282
Wahai orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu
urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang
tertentu*, maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu. Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya
sebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah ia menulis dan
hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan
jelas). Dan hendaklah ia bertakwa kepada
Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu.
Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak
dapat hendak merencanakan (isi surat itu), maka hendaklah direncanakan oleh
walinya dengan adil (benar); dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi
lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki,
maka bolehlah seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang yang kamu
setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan
yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Dan janganlah
saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah
kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil
atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih
membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak
menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang
kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya.
Dan adakanlah saksi apabila kamu berjualbeli. Dan janganlah mana-mana jurutulis
dan saksi itu disusahkan**. Dan kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu),
maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada
kamu. Oleh itu hendaklah kamu bertakwa kepada Allah; dan (ingatlah), Allah
(dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah sentiasa Mengetahui akan
tiap-tiap sesuatu.
14 Balasan siksa terhadap peniaga yang berlaku curang di dalam timbangan dan sukatan. Al Mutaffifin 1-6
Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan
dan sukatan),-(2) Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang-cupak)
dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup,(3) Dan (sebaliknya) apabila
mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.(4) Tidakkah
mereka menyangka bahawa mereka akan dibangkitkan (hidup semula sesudah
mati)?-(5) Pada hari (kiamat) yang amat besar (huru-haranya),(6) Hari berdiri
manusia untuk mengadap Tuhan sekalian alam?
15 Hukum bersumpah. Al Baqarah 224-225
(224) Dan janganlah kamu jadikan (nama) Allah dalam sumpah kamu sebagai benteng
yang menghalangi kamu daripada berbuat baik, dan bertakwa, serta mendamaikan
perbalahan antara sesama manusia. Dan
(ingatlah), Allah sentiasa mendengar lagi sentiasa mengetahui*. (225) Allah
tidak mengira kamu bersalah tentang sumpah kamu yang tidak dimaksudkan (untuk
bersumpah), tetapi Ia mengira kamu bersalah (dan akan mengenakan hukuman)
dengan sebab sumpah yang diusahakan (disengajakan) oleh hati kamu (dengan niat
bersumpah). Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar*.
.Peraturan
talak dengan bersumpah tidak mencampuri isteri.Al Baqarah 226-228, 229-231
(226) Kepada orang yang bersumpah tidak akan mencampuri isteri-isteri mereka,
diberikan tempoh empat bulan. Setelah itu jika
mereka kembali (mencampurinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi
Maha Mengasihani.(227) Dan jika mereka berazam hendak menjatuhkan talak
(menceraikan isteri), maka sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha
Mengetahui.(228) Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu
dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid).
Dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak
yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka
beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suami mereka berhak mengambil
kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa iddah mereka jika suami-suami
bertujuan hendak berdamai. Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama
seperti kewajiban yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang
sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak)*; dalam pada itu orang lelaki
(suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan** atas orang perempuan (isterinya).
Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (229) Talak (yang boleh
rujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang
terus isterinya itu dengan cara yang sepatutnya atau melepas (menceraikannya)
dengan cara yang baik. Dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu
dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang diceraikan
itu), kecuali jika keduanya (suami isteri) takut tidak dapat menegakkan
aturan-aturan hukum Allah. Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya
tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa
- mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus
dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu). Itulah aturan-aturan
hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar
aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang yang zalim.(230) Sesudah
(diceraikan dua kali) itu, jika diceraikan pula (bagi kali yang ketiga) maka
perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu, sehingga ia berkahwin
dengan suami yang lain. Setelah itu kalau ia diceraikan (oleh suami baharu itu
dan habis iddahnya), maka mereka berdua (suami lama dan bekas isterinya)
tidaklah berdosa untuk kembali (berkahwin semula), jika mereka kuat menyangka
akan dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. Dan itulah aturan-aturan hukum
Allah, diterangkannya kepada kaum yang (mahu) mengetahui dan memahaminya.(231)
Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir)
habis tempoh iddahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara
yang baik, atau lepaskan mereka dengan cara yang baik. Dan janganlah kamu
pegang mereka (rujuk semula) dengan maksud memberi mudarat, kerana kamu hendak
melakukan kezaliman (terhadap mereka); dan sesiapa yang melakukan demikian maka
sesungguhnya dia menganiaya dirinya sendiri. Dan janganlah kamu menjadikan
ayat-ayat hukum Allah itu sebagai ejek-ejekan (dan permainan). Dan kenanglah
nikmat Allah yang diberikan kepada kamu, (dan kenanglah) apa yang diturunkan
kepada kamu iaitu Kitab (Al-Qur'an) dan ilmu hikmat, untuk memberi pengajaran
kepada kamu dengannya. Dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah:
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
16 Tegahan menyembunyikan penyaksian yang sebenar. Al Baqarah 284
Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah
kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau
kamu menyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada
kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan menyeksa
sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya). Dan
(ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
17 Kedudukan lelaki dan permpuan dalam kehidupan rumah tangga. Al Nisa’ 34
Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang
bertanggugjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan
orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang perempuan, dan juga
kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta
mereka. Maka perempuan-perempuan yang
salih itu ialah yang ta'at (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara
(kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir
bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan
yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu
menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat
tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan
ringan yang bertujuan mengajarnya).
kemudian jika mereka ta'at kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari
jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar*.
18 Golongan wanita yang haram dikahwini. Al Nisa 22-23
Dan janganlah kamu berkahwin (dengan
perempuan-perempuan) yang telah diperisterikan oleh bapa kamu, kecuali apa yang
telah berlaku pada masa yang lalu.
Sesungguhnya perbuatan itu adalah satu perkara yang keji, dan dibenci
(oleh Allah), serta menjadi seburuk-buruk jalan (yang dilalui dalam
perkahwinan)(23) Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan
yang berikut): ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan
saudara-saudara bapa kamu, dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara
kamu yang lelaki, dan anak-anak saudara kamu yang perempuan , dan ibu-ibu kamu
yang telah menyusukan kamu, dan saudara-saudara susuan kamu, dan ibu-ibu isteri
kamu, dan anak-anak tiri yang dalam pemeliharaan kamu dari isteri-isteri yang
kamu telah campuri*; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu
(dan kamu telahpun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin
dengannya). Dan (haram juga kamu
berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih
kamu. Dan diharamkan kamu menghimpunkan
dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah
berlaku pada masa yang lalu.
Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
19 Dasar memilih pasangan hidup. Al Baqarah 221
Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir
musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam); dan sesungguhnya
seorang hamba perempuan yang beriman itu
lebih baik daripada perempuan kafir musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati
kamu. Dan janganlah kamu (kahwinkan
perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki kafir musyrik* sebelum mereka beriman
(memeluk agama Islam). Dan sesungguhnya seseorang hamba lelaki yang beriman
lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati
kamu. (Yang demikian ialah kerana) orang kafir itu mengajak ke neraka**, sedang
Allah mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izin-Nya. Dan Allah
menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukum-Nya) kepada umat manusia,
supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya).
20 Peraturan kemudahan bagi wanita-wanita yang kematian suami dan
wanita-wanita yang dicerai suami. Al Baqarah 240-242
(240) Dan orang yang (hampir) mati
di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk
isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakaian dan tempat
tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat
tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan
kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati)
mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari
perkara yang patut (yang tidak dilarang Syarak) itu. Dan (ingatlah), Allah Maha
Kuasa, lagi Maha Bijaksana*. (241) Dan isteri-isteri yang diceraikan, berhak
mendapat Mutaah (pemberian saguhati) dengan cara yang patut, sebagai satu
tanggungan yang wajib atas orang yang takwa.(242) Demikianlah Allah menerangkan
kepada kamu hukum-hukum-Nya supaya kamu memahaminya.
21 Perempuan yang ditalak bebas bernikah kembali apabila selesai edah. Al
Baqarah 232
‚
Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu), lalu habis
masa iddah mereka, maka janganlah kamu (wahai wali-wali nikah) menahan mereka
daripada berkahwin semula dengan (bekas) suami mereka, apabila mereka (lelaki
dan perempuan itu) bersetuju sesama sendiri dengan cara yang baik (yang
dibenarkan oleh Syarak). Demikianlah diberi ingatan dan
pengajaran dengan itu kepada sesiapa diantara kamu yang beriman kepada Allah
dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik bagi kamu dan lebih suci. Dan
(ingatlah), Allah mengetahui (akan apa jua yang baik untuk kamu) sedang kamu
tidak mengetahuinya.
22 Hukum talak dan edahnya. Al Talaq 1,2,4,6,7
Wahai Nabi! Apabila kamu - (engkau dan umatmu) - hendak
menceraikan isteri-isteri (kamu), maka ceraikanlah mereka pada masa mereka
dapat memulakan iddahnya, dan hitunglah masa iddah itu (dengan betul), serta
bertakwalah kepada Allah, Tuhan kamu. Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari
rumah-rumah kediamannya (sehingga selesai iddahnya), dan janganlah pula
(dibenarkan) mereka keluar (dari situ), kecuali (jika) mereka melakukan
perbuatan keji yang nyata. Dan itulah
aturan-aturan hukum Allah (maka janganlah kamu melanggarnya); dan sesiapa yang
melanggar aturan-aturan hukum Allah maka sesungguhnya ia telah berlaku zalim
kepada dirinya. (patuhilah hukum-hukum itu, kerana) engkau tidak mengetahui
boleh jadi Allah akan mengadakan, sesudah itu, sesuatu perkara (yang lain). *
(2) Kemudian, apabila mereka (hampir) habis tempoh iddahnya, maka bolehlah kamu
pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik, atau lepaskan mereka dengan cara
yang baik; dan adakanlah dua orang saksi yang adil di antara kamu (semasa kamu
merujukkan atau melepaskannya); dan hendaklah kamu (yang menjadi saksi)
menyempurnakan persaksian itu kerana Allah semata-mata. Dengan hukum-hukum yang
tersebut diberi pengingatan dan pengajaran kepada sesiapa yang beriman kepada
Allah dan hari akhirat; dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan
mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya Allah akan
mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),-
(4) Dan perempuan-perempuan dari
kalangan kamu yang putus asa dari kedatangan haid, - jika kamu menaruh syak
(terhadap tempoh iddah mereka) maka iddahnya ialah tiga bulan; dan (demikian
juga iddah perempuan-perempuan yang tidak berhaid. Dan perempuan-perempuan
mengandung, tempoh iddahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang
dikandungnya. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah
memudahkan baginya segala urusannya.
(6) Tempatkanlah isteri-isteri
(yang menjalani iddahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan
kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal
itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar
meninggalkan tempat itu). Dan jika mereka berkeadaan sedang mengandung, maka
berikanlah kepada mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak yang
dikandungnya; kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah
kepada mereka upahnya; dan berundinglah di antara kamu (dalam hal menyusunya)
dengan cara yang baik. Dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua
pihak) mengalami kesulitan *, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya. (7)
Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa
yang disempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang
diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang
melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang yang dalam
kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah
berlakunya kesusahan.
.
23 Hukum zihar . Al Mujadalah 2-4
(2) Orang yang "zihar"
kan* isterinya dari kalangan kamu (adalah orang yang bersalah, kerana)
isteri-isteri mereka bukanlah ibu-ibu mereka. Ibu-ibu mereka tidak lain hanyalah perempuan-perempuan yang melahirkan
mereka. Dan sesungguhnya mereka (dengan melakukan yang demikian) memperkatakan
suatu perkara yang mungkar dan dusta. Dan (ingatlah), sesungguhnya Allah Maha
Pemaaf, lagi Maha Pengampun. (3) Dan orang yang "zihar" kan
isterinya, kemudian mereka berbalik dari apa yang mereka ucapkan (bahawa isterinya
itu haram kepada-Nya), maka hendaklah (suami itu) memerdekakan seorang hamba
sebelum mereka berdua (suami isteri) bercampur. Dengan hukum yang demikian,
kamu diberi pengajaran (supaya jangan mendekati perkara yang mungkar itu). Dan
(ingatlah), Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya akan apa yang kamu lakukan.(4)
Kemudian, sesiapa yang tidak dapat (memerdekakan hamba), maka hendaklah ia
berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum mereka (suami isteri) itu bercampur.
Akhirnya sesiapa yang tidak sanggup berpuasa, maka hendaklah ia memberi makan
enam puluh orang miskin. Ditetapkan hukum itu untuk membuktikan iman kamu
kepada Allah dan Rasul-Nya (dengan mematuhi perintah-Nya serta menjauhi adat
Jahiliyah). Dan itulah batas-batas hukum Allah; dan bagi orang yang kafir disediakan
azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
24 Larangan mencoroboh hak-hak yang halal bagi wanita. Al Nisa’ 19-20
I
Wahai orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi
perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan
menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian
dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan
perbuatan keji yang nyata*. Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu
itu) dengan cara yang baik. Kemudian
jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkahlakunya, janganlah
kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu,
sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang
banyak (untuk kamu). (20) Dan jika kamu hendak mengambil isteri (baharu)
menggantikan isteri (lama yang kamu ceraikan) sedang kamu telah pun memberikan
kepada seseorang di antaranya (isteri yang diceraikan itu) harta yang banyak,
maka janganlah kamu mengambil sedikitpun dari harta itu. Patutkah kamu
mengambilnya dengan cara yang tidak benar dan (yang menyebabkan) dosa yang
nyata?
Kewajipan menyusu anak. Al Baqarah 233
an ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap,
iaitu bagi orang yang menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajiban bapa pula
ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.
Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah
menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga
menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya,dan waris juga
menanggung kewajiban yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika
keduanya (suami isteri) mahu
menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka
sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika
kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada
salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan
cara yang patut. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah,
sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.
25 Kewajipan hubungan antara ibu bapa dan anak.Al Balad 3
Demi manusia yang melahirkan zuriat, dan zuriat yang dilahirkannya;
-
26 Cara-cara mendisiplin isteri yang tidak taat. Al Nisa’ 34
c?
Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang
bertanggugjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan
orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang perempuan, dan juga
kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta
mereka. Maka perempuan-perempuan yang
salih itu ialah yang ta'at (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara
(kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir
bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan
yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu
menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat
tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan
ringan yang bertujuan mengajarnya).
kemudian jika mereka ta'at kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari
jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar*.
.
27 Cara-cara yang saksama untuk menyelesaikan perbalahan di antara suami
isteri. Al Nisa’ 128-130
Dan jika seorang
perempuan bimbang akan timbul dari suaminya "nusyuz"
(kebencian), atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka (suami
isteri) membuat perdamaian di antara mereka berdua (secara yang
sebaik-baiknya), kerana perdamaian itu lebih baik (bagi mereka daripada
bercerai-berai); sedang sifat bakhil kedekut (tidak suka memberi atau bertolak
ansur) itu memang tabiat semula jadi yang ada pada manusia. Dan jika kamu berlaku baik (dalam pergaulan)
dan mencegah diri (daripada melakukan kezaliman), maka sesungguhnya Allah Maha
Mendalam Pengetahuan-Nya akan apa yang kamu lakukan(129) Dan kamu tidak akan
dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu
bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung
dengan melampau-lampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga
kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awang-awangan);
dan jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri
(daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi
Maha Mengasihani(130) Dan jika keduanya bercerai, maka Allah akan cukupkan (keperluan)
masing-masing dari limpah kurnia-Nya. Dan (ingatlah) Allah Maha Luas limpah
kurnia-Nya, lagi Maha Bijaksana
28 Hukum zina. Al Nur 2
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu
sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu
dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan
hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat; dan
hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan
dari orang yang beriman.*
.
29 Hukuman dera seksa terhadap
perempuan yang melakukan kejahatan. Al Nisa’ 15-16
‚
(15) Dan sesiapa yang melakukan
perbuatan keji (zina) di antara perempuan-perempuan kamu, maka carilah empat
orang lelaki di antara kamu yang menjadi saksi terhadap perbuatan mereka.
Kemudian kalau keterangan-keterangan saksi itu mengesahkan perbuatan tersebut,
maka kurunglah mereka (perempuan yang berzina itu) dalam rumah hingga mereka
sampai ajal matinya, atau hingga Allah mengadakan untuk mereka jalan keluar (
dari hukuman itu)(16) Dan (mana-mana) dua orang di antara kamu yang melakukan
perbuatan yang keji itu, (setelah sabit kesalahannya) maka hendaklah kamu
menyakiti keduanya; kemudian jika mereka bertaubat dan memperbaiki keadaan diri
mereka (yang buruk itu), maka biarkanlah mereka*; kerana sesungguhnya Allah
adalah sentiasa Menerima taubat, lagi Maha Luas Rahmat-Nya.
.
30 Hukum membuat tuduhan zina terhadap perempuan asing dan terhadap isteri
sendiri.Al Nur 4-9
Dan orang yang melimparkan tuduhan (zina) kepada perempuan
yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang
saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima
penyaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang yang fasik;
-(5) Kecuali orang yang bertaubat sesudah itu (dari kesalahannya yang tersebut)
serta memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.(6) Dan orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak
ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka
persaksian (yang sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah ia
bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya ia dari orang yang
benar; -(7) Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata): Bahawa laknat Allah
akan menimpa dirinya jika ia dari orang yang berdusta.(8) Dan bagi menghindarkan
hukuman seksa dari isteri (yang kena tuduh) itu hendaklah ia bersumpah dengan
nama Allah, empat kali, bahawa suaminya (yang menuduh) itu sesungguhnya adalah
dari orang yang berdusta;(9) Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata);
Bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang yang
benar.
31 Hukum anak angkat. Al Ahzab 4-5
(Diperintahkan dengan yang demikian kerana) Allah tidak
sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati dalam rongga dadanya*; dan
Ia tidak menjadikan isteri-isteri yang kamu "zihaar"kan itu sebagai
ibu kamu**; dan Ia juga tidak menjadikan anak-anak angkat kamu, sebagai anak
kamu sendiri***. (Segala yang kamu dakwakan mengenai perkara-perkara)
yang tersebut itu hanyalah perkataan kamu dengan mulut kamu sahaja. Dan (ingatlah) Allah menerangkan yang benar
dan Dialah jua yang memimpin ke jalan yang betul.
.
32 Larangan menceroboh harta anak yatim. Al Nisa’ 2,6
(2)Dan berikanlah kepada anak-anak
yatim (yang telah baligh) itu harta mereka, dan janganlah kamu tukarganti yang
baik dengan yang buruk; dan janganlah kamu makan harta mereka (dengan
menghimpunkannya) dengan harta kamu; kerana sesungguhnya (yang demikian) itu
adalah dosa yang besar.
(6) Dan
ujilah anak-anak yatim itu (sebelum baligh) sehingga mereka cukup umur
(dewasa). Kemudian jika kamu nampak dari
keadaan mereka (tanda-tanda) yang menunjukkan bahawa mereka) telah cerdik dan
berkebolehan menjaga hartanya, maka serahkanlah kepada mereka hartanya; dan
janganlah kamu makan harta anak-anak yatim itu secara terburu-buru (merebut
peluang) sebelum mereka dewasa. Dan
sesiapa (di antara penjaga harta anak-anak yatim itu) yang kaya maka hendaklah
ia menahan diri (dari memakannya); dan sesiapa yang miskin maka bolehlah ia
memakannya dengan cara yang sepatutnya.
Kemudian apabila kamu menyerahkan kepada mereka hartanya, maka hendaklah
kamu adakan saksi-saksi (yang menyaksikan penerimaan) mereka. Dan cukuplah Allah sebagai Pengawas (akan
segala yang kamu lakukan)
No comments:
Post a Comment