S Bahagian Syaitan/iblis/jin
1
Titik sejarah perseteruan
abadi di antara manusia dengan iblis.
Al Israa’ 61-65
Dan (ingatkanlah peristiwa) tatkala
Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; maka
mereka sujudlah melainkan iblis; ia berkata: "Patutkah aku sujud kepada
(makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah (yang diadun)?"(62) Ia berkata
lagi: "Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan
mengatasiku*? Jika engkau beri tempoh kepadaku hingga hari Kiamat, tentulah aku
akan memancing menyesatkan zuriat keturunannya, kecuali sedikit (di
antaranya)"*(63) Allah berfirman (kepada Iblis): "Pergilah
(lakukanlah apa yang engkau rancangkan)! Kemudian siapa yang menurutmu di
antara mereka, maka sesungguhnya Neraka Jahanamlah balasan kamu semua, sebagai
balasan yang cukup.(64) "Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau
dapat memujuknya dengan suaramu; dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang
berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka*; dan turut campurlah
dengan mereka dalam menguruskan harta benda dan anak-anak (mereka)**; dan
janjikanlah mereka (dengan
janji-janjimu)". Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh Syaitan itu
melainkan tipu daya semata-mata. (65) Sesungguhnya hamba-hamba-Ku (yang beriman
dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap
mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi
Pelindung (bagi mereka).
.
2
Hakikat kejadian iblis yang
tidak dijadikan penaung oleh manusia.
Al
Nisa’ 117-119
Apa yang mereka sembah yang lain dari
Allah itu, hanyalah berhala-berhala (makhluk-makhluk yang lemah), dan mereka
(dengan yang demikian) tidak menyembah melainkan Syaitan yang derhaka;-(118)
Yang telah dilaknat oleh Allah, dan yang telah mengatakan: "Demi sesunggguhnya,
aku akan mengambil dari kalangan hamba-hamba-Mu, bahagian yang tertentu (untuk
menjadi pengikutku);(119) "Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan
mereka (dari kebenaran), dan demi sesungguhnya
aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi
sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak),
lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh
mereka mengubah ciptaan Allah*".
Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang
dita'ati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang
terang nyata.
3
Azam syaitan untuk
menyesatkan manusia. Al Nisa’ 82-83 dan
117-118
Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi
Al-Qur'an? Kalaulah Al-Qur'an itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya
mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya(83) Dan apabila datang
kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus
menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada
Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (orang yang berkuasa) di antara mereka,
tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang yang layak mengambil keputusan
mengenainya di antara mereka; dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan
belas kasihan-Nya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali
sedikit sahaja (iaitu orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu
Apa yang mereka sembah yang lain dari
Allah itu, hanyalah berhala-berhala (makhluk-makhluk yang lemah), dan mereka
(dengan yang demikian) tidak menyembah melainkan Syaitan yang derhaka;-(118)
Yang telah dilaknat oleh Allah, dan yang telah mengatakan: "Demi
sesunggguhnya, aku akan mengambil dari kalangan hamba-hamba-Mu, bahagian yang tertentu
(untuk menjadi pengikutku);
4
Manusia mudah terpesona
dengan bisikan –bisikan syaitan. Al Nahl 63
Demi Allah!* Sesungguhnya Kami juga telah mengutus Rasul-rasul
kepada umat-umat yang terdahulu daripadamu (wahai Muhammad), lalu Syaitan
memperelokkan pada pandangan mereka yang ingkar akan amal-amal mereka yang
jahat itu; maka dialah menjadi pemimpin mereka pada hari ini; dan mereka akan
beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
5
Syaitan musuh manusia yang
abadi. Al Fatir 6
Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah
dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak
golongannya supaya menjadi dari penduduk Neraka.* .
6
Pada hari akhirat syaitan
tidak mengaku bertanggungjawab atas
kesesatan manusia. Ibrahim 22
Dan berkatalah pula Syaitan setelah
selesai perkara itu*: "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan
janji yang benar**, dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku
itu kepada kamu; dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi
kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut
ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu
sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat
menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan
(perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku dengan-Nya". Sesungguhnya orang
yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang
tidak terperi sakitnya.
7
Manusia dingatkan supaya
jangan terpedaya kepada Syaitan. Al A’raaf 27
Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana
ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan
terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat
mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya
Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat
mereka. Sesungguhnya Kami telah
menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang yang tidak beriman
8
Pada hari kiamat seluruh
manusia kafir dan syaitan akan dikumpulkan ke dalam neraka. Mariam 67-72
Patutkah manusia itu berkata demikian
dan tidak memikirkan bahawa Kami telah menciptakan dia dahulu sedang ia pada
masa itu belum ada sebarang apa pun?(68) Oleh itu, demi Tuhanmu (wahai
Muhammad)! Sesungguhnya Kami akan himpunkan mereka yang kafir itu beserta
syaitan-syaitan di Padang Mahsyar, kemudian Kami akan bawa mereka duduk
bertelut di keliling Neraka Jahanam.(69) Sesudah itu, sesungguhnya Kami akan
cabut dari tiap-tiap golongan, mana-mana orang yang sangat derhaka kepada
(Allah) Ar-Rahmaan, di antara mereka .(70) Kemudian, sesungguhnya Kami lebih mengetahui akan orang
yang lebih patut diseksa dan dibakar dengan api neraka itu.(71) Dan tiada
seorang pun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya; (yang demikian)
adalah satu perkara yang mesti (berlaku) yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu.*
(72) Kemudian Kami akan selamatkan orang yang bertakwa, dan Kami akan biarkan
orang yang zalim (dengan kekufurannya dan maksiatnya) tinggal bertelut di dalam
neraka itu.
9
Asal usul kejadian jin. Al
Rahman 15
Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang;
10 Keadaan hidup makhluk jin dan akidah mereka. Al Jin 1-15
Katakanlah (wahai Muhammad):
"Telah diwahikan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah
mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada
kaumnya dengan) berkata: 'Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah
Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!(2) 'Kitab
yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepada-Nya, dan
kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan
kami.(3) 'Dan (ketahuilah wahai kaum kami!) Bahawa sesungguhnya: tertinggilah
kebesaran dan keagungan Tuhan kita daripada beristeri atau beranak.(4) Dan
(dengan ajaran Al-Quran nyatalah) bahawa sesungguhnya (ketua) yang kurang akal
pertimbangannya dari kalangan kita telah mengatakan terhadap Allah kata-kata
yang melampaui kebenaran;(5) 'Dan bahawa sesungguhnya (nyatalah kesalahan) kita
menyangka bahawa manusia dan jin tidak sekali-kali akan berani mengatakan
sesuatu yang dusta terhadap Allah.(6) 'Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah
perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan
meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana* dengan permintaan
itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat. (7) Dan bahawa
sesungguhnya (tidaklah benar) manusia menyangka sebagaimana yang kamu sangka,
bahawa Allah tidak sekali-kali mengutuskan sebarang Rasul (atau tidak akan
membangkitkan manusia pada hari kiamat).(8) Dan bahawa sesungguhnya kami telah
berusaha mencari berita langit, lalu kami dapati langit itu penuh dengan
pengawal-pengawal yang sangat kuat kawalannya, dan (dengan rejaman-rejaman) api
yang menyala.(9) Padahal sesungguhnya kami dahulu biasa menduduki tempat-tempat
(perhentian) di langit untuk mendengar (percakapan penduduknya); maka sekarang
sesiapa yang cuba mendengar, akan mendapati api yang menyala yang menunggu
merejamnya.(10) 'Dan bahawa sesungguhnya kami tidak mengetahui adakah (dengan
adanya kawalan langit yang demikian) hendak menimpakan bala bencana kepada
penduduk bumi, atau pun Tuhan mereka hendak melimpahkan kebaikan kepada
mereka?(11) 'Dan bahawa sesungguhnya (memang maklum) ada di antara kita
golongan yang baik keadaannya, dan ada di antara kita yang lain dari itu; kita
masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlain-lain.(12) 'Dan bahawa
sesungguhnya kita (sekarang) mengetahui, bahawa kita tidak sekali-kali akan
dapat melepaskan diri dari balasan Allah (walau dimana sahaja kita berada) di
bumi, dan kita juga tidak sekali-kali akan dapat melarikan diri dari
balasan-Nya (walau ke langit sekalipun).(13) 'Dan bahawa sesungguhnya kami,
tatkala mendengar petunjuk (Al-Quran), kami beriman kepada-Nya (dengan tidak
bertangguh lagi); kerana sesiapa yang beriman kepada Tuhannya, maka tidaklah ia
akan merasa bimbang menanggung kerugian (mengenai amalnya yang baik) dan juga tidak akan ditimpakan sebarang
kesusahan.(14) 'Dan bahawa sesungguhnya (dengan datangnya Al-Quran, nyatalah)
ada di antara kita golongan yang beragama Islam, dan ada pula golongan yang
(kufur derhaka dengan) menyeleweng dari jalan yang benar; maka sesiapa yang
menurut Islam (dengan beriman dan taat), maka merekalah golongan yang
bersungguh-sungguh mencari dan menurut jalan yang benar,(15) 'Adapun orang yang
menyeleweng dari jalan yang benar, maka mereka menjadi bahan bakaran bagi
Neraka Jahanam.'
11 Peristiwa sekumpulan makhluk jin mendengar bacaan Quran.
Al Kahfi 29-32
Dan Katakanlah (wahai Muhammad):
"Kebenaran itu ialah yang datang
dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan
sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah ia mengingkarinya*". Kerana Kami
telah menyediakan bagi orang yang berlaku zalim itu api neraka, yang meliputi
mereka laksana khemah; dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga,
mereka diberi pertolongan dengan air yang
seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu,
dan amatlah buruknya neraka sebagai tempat bersenang-senang.**(30) Sebenarnya
orang yang beriman dan beramal salih, sudah tetap Kami tidak akan menghilangkan
pahala orang yang berusaha memperbaiki amalnya.(31) Mereka itu, disediakan
baginya syurga yang kekal, yang mengalir dibawahnya beberapa sungai; mereka
dihiaskan di dalamnya dengan
gelang-gelang tangan emas, dan memakai pakaian hijau dari sutera yang nipis dan
sutera tebal yang bersulam; mereka berehat di dalamnya dengan berteleku di atas
pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan
demikian itulah syurga tempat berehat yang semolek-moleknya.(32) Dan berikanlah
kepada mereka satu misalan: Dua orang lelaki, Kami adakan bagi salah seorang
diantaranya, dua buah kebun anggur; dan Kami kelilingi kebun-kebun itu dengan
pohon-pohon tamar, serta Kami jadikan di antara keduanya, jenis-jenis tanaman
yang lain.*
No comments:
Post a Comment