G Bahagian Qiamat
1
Hakikat nilai hidup dunia
yang fana’ dan kesudahannya. Al Kahfi 45-49
(45) Dan kemukakanlah kepada mereka misal
perbandingan: Kehidupan dunia ini samalah seperti air yang Kami turunkan dari
langit, lalu bercampur baurlah tanaman di bumi antara satu dengan lain (dan
kembang suburlah ia) disebabkan air itu; kemudian menjadilah ia kering hancur
ditiup angin; dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.*
(46) Harta benda dan anak peinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan
amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai
pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.* (47) Dan
(ingatkanlah) hari Kami bongkar dan terbangkan gunung-ganang, dan engkau akan
melihat (seluruh) muka bumi terdedah nyata*; dan Kami himpunkan mereka (di
padang Mahsyar) sehingga Kami tidak akan tinggalkan seorang pun dari mereka.**
(48) Dan mereka tetap akan dibawa menghadap Tuhanmu dengan berbaris teratur,
(sambil dikatakan kepada mereka): "Kamu sekarang telah datang kepada Kami
- (berseorangan) sebagaimana Kami telah jadikan kamu pada mulanya; bahkan kamu
dahulu menyangka, bahawa Kami tidak akan menjadikan bagi kamu masa yang
tertentu (untuk melaksanakan apa yang Kami telah janjikan)".* (49) Dan
"Kitab-kitab Amal" juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan
melihat orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di
dalamnya; dan mereka akan berkata: "Aduhai celakanya kami, mengapa kitab
ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang
kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!" Dan mereka dapati
segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya)*; dan (ingatlah)
Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorang pun.
2
Kekuasan Allah untuk
mengakhiri dunia dengan kiamat dan menghidupkan semula manusia selepas kematian
mereka.
Al Qiamah 3-15
(3)
Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat
mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)? (4) Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun
(dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang
lain). (5) (Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang
ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat
(disepanjang hayatnya, sehingga ia tidak mengaku adanya hari kiamat). (6) Ia bertanya (secara mengejek):" Bilakah datangnya hari
kiamat itu?" (7) Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila
pemandangan menjadi berpendar-pendar (kerana gerun takut).(8) Dan bulan hilang
cahayanya.(9) Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama,(10) (Maka) pada
hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat):" Ke manakah
hendak melarikan diri?" (11) Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi
tempat perlindungan! (12) Pada hari itu, kepada Tuhanmulah sahaja terserahnya
ketetapan segala perkara. (13) Pada hari itu, manusia diberitahu akan apa yang
ia telah lakukan, dan apa yang ia telah tinggalkan.(14) Bahkan manusia itu,
(anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, -(15) Walaupun ia
memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri).
3
Qiamat itu satu janji yang
tetap akan dilaksanakan dan pada hari itu pada pendusta akan mendapat balasan
yang setimapal .
Al Mursalat 7,15,38
(7)
Sesungguhnya apa yang dijanjikan
kepadamu itu pasti terjadi
(15)
Kecelakaan yang besarlah pada hari itu bagi orang yang mendustakan
(38)
Inilah hari pemutusan hukum (yang menentukan siapa yang benar dan siapa yang
salah). Kami himpunkan kamu bersama orang yang terdahulu (dari kamu).
4
Qiamat itu telah ditentukan
masanya. Al Naba’ 17
Sesungguhnya hari pemutusan hukum itu, adalah satu masa yang
ditentukan,
5
Peristiwa agong selepas
ditiupkan sangka kala yang pertama dan kedua. Al Zumar 70-74.
(70) Dan akan disempurnakan bagi tiap-tiap seorang - balasan apa
yang telah dikerjakannya, dan Allah lebih mengetahui akan apa yang mereka telah
lakukan(71) Dan orang kafir akan dihalau ke Neraka Jahanam dengan
berpasuk-pasuk, sehingga apabila mereka sampai ke Neraka itu dibukakan
pintu-pintunya dan berkatalah penjaga-penjaganya kepada mereka: "Bukankah
telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang
membacakan kepada kamu ayat-ayat Tuhan kamu dan memperingatkan kamu kan
pertemuan hari kamu ini?" Mereka
menjawab: "Ya, telah datang! Tetapi telah ditetapkan hukuman azab atas
orang yang kafir".* (72) (Setelah itu) dikatakan kepada mereka:
"Masukilah pintu-pintu Neraka Jahanam itu dengan keadaan tinggal kekal
kamu di dalamnya; maka seburuk-buruk tempat bagi orang yang sombong takbur
ialah Neraka Jahanam. (73) Dan orang yang bertakwa kepada Tuhan mereka akan
dibawa masuk ke Syurga dengan berpasuk-pasuk, sehingga apabila mereka sampai ke
Syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan
mereka dengan berkata-kata: "Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah
kamu, maka silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di
dalamnya", (mereka pun masuk)- (74) Serta mereka berkata: "Segala
puji tertentu bagi Allah yang telah menepati janjiNya kepada kami, dan yang
menjadikan kami mewarisi bumi Syurga ini dengan sebebas-bebasnya, kami boleh
mengambil tempat dari Syurga ini di mana sahaja kami suka; maka pemberian yang
demikian ialah sebaik-baik balasan bagi orang yang beramal".
6
Qiamat itu sudah dekat. Al
Ambia’ 1-3 , Al Qamar 1
Al
Ambiya’ 1-3
(1) Telah hampir datangnya kepada manusia hari
perhitungan amalnya, sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan
baginya.* (2) Tidak datang kepada mereka itu sebarang peringatan yang
diturunkan dari Tuhan mereka lepas satu: satu, melainkan mereka memasang
telinga mendengarnya sambil mereka mempermain-mainkannya – (3) Dengan keadaan
hati mereka leka daripada memahami dan mengamalkan maksudnya. Dan orang yang zalim itu,
berbisik-bisik sesama sendiri dengan berkata: "Bukankah (Muhammad) ini
hanyalah seorang manusia biasa seperti kamu? Maka patutkah kamu turut hadir
mendengar sihir yang dibawanya itu sedang kamu nampak dan mengetahui
karutnya?"*
Al
Qamar 1
Telah hampir saat
(kedatangan hari kiamat) *, dan terbelahlah bulan**.
7
Gambaran peristiwa hari
kiamat yag mengkagitkan manusia dan balasan-balasan yang akan diterima oleh
mereka. Yaasin 49-54,56-59
(49) Mereka tidak
menunggu melainkan satu pekikan yang - (dengan secara mengejut) - akan
membinasakan mereka semasa mereka dalam keadaanan leka bertengkar (merundingkan
urusan dunia masing-masing).(50) Maka dengan itu, mereka tidak berpeluang
membuat sebarang pesanan (wasiat atau lainnya), dan (kalau mereka berada di
luar) mereka tidak sempat kembali kepada keluarganya.(51) Dan sudah tentu akan
ditiupkan sangkakala (menghidupkan orang yang telah mati; apabila berlaku
demikian) maka semuanya segera bangkit keluar dari kubur masing-masing (untuk)
mengadap Tuhannya.(52) (Pada ketika itu) orang yang tidak percayakan hidup
semula berkata: "Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami
dari kubur tempat tidur kami?" (Lalu dikatakan kepada mereka):"
Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah, dan benarlah
berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul"(53) Hanyalah berlaku satu
pekikan sahaja, maka dengan serta-merta mereka dihimpunkan ke tempat
perbicaraan Kami, semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan).(54) Maka pada
hari itu, tidak ada seseorang yang akan dianiayai sedikit pun, dan kamu pula
tidak akan dibalas melainkan menurut amal yang kamu telah kerjakan.
56) Mereka dengan
pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh; sambil duduk
berteleku di atas pelamin;(57) Mereka beroleh dalam Syurga itu pelbagai jenis
buah-buahan, dan mereka beroleh apa sahaja yang mereka kehendaki; (58) (Mereka
juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani.(59) Dan
(sebaliknya dikatakan kepada orang yang kafir: "Berpisahlah kamu pada hari
ini, hai orang yang berdosa, (dari bercampur gaul dengan orang yang beriman).*
8
Peristiwa-peristiwa agong
yang berlaku pada hari kiamat. Al Waqiah 1-6
Apabila berlaku hari kiamat itu, (2) Tiada sesiapa
pun yang dapat mendustakan kejadiannya. (3) Kejadian hari Kiamat itu merendahkan (golongan yang
ingkar), dan meninggikan (gologan yang taat).(4) (Ia berlaku) semasa bumi
bergoncang dengan sesungguh-sungguh goncangan. (5) Dan gunung-ganang dihancur
leburkan dengan selebur-leburnya,(6) Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran,
9
Kemusnahan seluruh kejadian
alam pada hari kiamat. Al Takwir 1-14,
(1) Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan
hilang lenyap) (2) Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak; ( 3) Dan
apabila gunung-ganang diterbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi
debu) (4 ) Dan apabila unta-unta yang bunting terbiar* (5) Dan apabila
binatang-binatang liar dihimpunkan (6) Dan apabila lautan meluap-luap
bercampur-baur; (7) Dan apabila tiap-tiap diri disatukan dengan pasangannya;
(8) Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup: ditanya, -(9) Dengan
dosa apakah ia dibunuh? (10) Dan apabila
surat-surat amal dibentangkan (11) Dan apabila langit ditanggalkan dari
tempatnya; (12) Dan apabila neraka dinyalakan menjulang. (13) Dan apabila
Syurga didekatkan;- (14) (Setelah semuanya itu berlaku), mengetahuilah
tiap-tiap diri akan amal yang telah disediakannya.
Al Anfithar 1-5,
Apabila langit terbelah; (2) Dan apabila bintang-bintang
gugur bertabur; (3) Dan Apabila lautan pecah bercampur-baur; (4) Dan apabila
kubur-kubur dibongkarkan, (5) (Setelah semuanya itu berlaku), mengetahuilah
tiap-tiap diri akan apa yang telah dikerjakannya dan ditinggalkannya
Al Rahman 37
(37) Selain itu (sungguh ngeri) tatkala langit
pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak; *
10
Kemusnahan-kemusnahan dan
huru hara yang berlaku pada hari kiamat. Al Muaarij 8-9
(Iaitu) pada hari langit menjadi seperti tembaga cair, (9) Dan
gunung-ganang pula menjadi seperti bulu (yang berterbangan),
11
Gambaran ketakutan manusia
pada hari kiamat. Al Naaziat 6-14
(6) Pada masa berlakunya "tiupan sangkakala yang
pertama" yang menggoncangkan alam, (sehingga mati segala yang bernyawa dan
punah-ranah sekalian makhluk selain dari yang dikecualikan),(7) Tiupan yang
pertama itu diikuti oleh tiupan yang kedua, (yang menyebabkan orang-orang yang
mati semuanya hidup semula serta keluar dari kubur masing-masing); (8) Hati
(manusia) pada hari itu berdebar-debar takut, (9) Pemandangannya tunduk gerun.
(10) Mereka (yang ingkar) berkata: "Sungguhkah kita akan
dikembalikan hidup seperti keadaan di dunia dahulu? (11) "Bolehkah
(dihidupkan semula) sesudah kita menjadi tulang yang reput?" (12) Mereka
berkata lagi (secara mengejek: "Kalaulah berlaku) yang demikian, sudah
tentu kembalinya kita (hidup semula) itu satu perkara yang merugikan!"
(13) (Menghidupkan semula tidaklah sukar), kerana berlakunya perkara itu
hanyalah dengan satu jeritan (yang terbit dari tiupan sangkakala yang kedua), -
(14) Yang menyebabkan mereka dengan serta-merta berada di muka bumi yang putih
rata.
12
Sebuah gambaran keadaan
manusia ketika berlaku kiamat.
Al Jasiat 27-34
(27) Dan bagi Allah
jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi; dan ketika berlakunya hari kiamat,
pada saat itulah ruginya orang yang berpegang kepada perkara yang salah.(28)
Dan (pada hari kiamat) engkau akan melihat tiap-tiap umat bertelut (dalam
keadaan cemas dan menunggu panggilan); tiap-tiap umat diseru untuk menerima
kitab suratan amalannnya (serta dikatakan kepada mereka): "Pada hari ini
kamu akan dibalas menurut apa yang kamu telah kerjakan!. (29) "Inilah surat (tulisan
malaikat) Kami, ia memberi keterangan terhadap kamu dengan yang benar, kerana
sesungguhnya Kami telah (perintahkan malaikat) menulis segala yang kamu telah
lakukan (di dunia dahulu)!". (30) Adapun orang yang beriman dan beramal
salih, maka mereka akan dimasukkan oleh Tuhan mereka ke dalam rahmat-Nya*; yang
demikian itu ialah kemenangan yang besar. (31) Adapun orang yang kafir, (maka
mereka akan ditempelak dengan dikatakan kepada mereka): "Bukankah
ayat-ayatku telah disampaikan dan dibacakan kepada kamu, lalu kamu berlaku
sombong takbur (mengingkari), serta menjadi kaum yang sentiasa melakukan
kesalahan? (32) "Dan apabila dikatakan (kepada kamu): "Sesungguhnya
janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar, dan hari kiamat tidak ada
sebarang syak tentang kedatangannya", kamu berkata: "Kami tidak
mengetahui apa dia hari kiamat itu; kami hanya mengira (kemungkinannya) sebagai
sangkaan jua, dan kami tidak sekali-kali meyakininya". (33) Dan (pada
ketika itu) ternyatalah kepada mereka balasan kejahatan-kejahatan yang mereka
telah lakukan, serta mereka diliputi oleh azab yang mereka ejek-ejek itu. (34)
Dan dikatakan (kepada mereka): "Pada hari ini Kami tidak hiraukan kamu
(menderita di dalam azab seksa) sebagaimana kamu tidak hiraukan persediaan
untuk menemui hari kamu ini; dan tempat kamu tidak akan beroleh sesiapa pun
yang dapat memberikan pertolongan.
13
Manusia akan sedar
kesalahannya bila tiba hari kiamat. Al Naziat 34-35
(34) Maka apabila datang hari yang bencananya amat besar,-
(35) Iaitu hari manusia akan mengingati apa yang telah diusahakannya,-
14
Kemusnahan langit dan bumi
pada hari kiamat. Al Ansyiqaf 1-5
(1) Apabila langit terbelah (2) Serta mematuhi perintah
Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh; -(3) Dan apabila bumi diratakan, (4)
Serta mengeluarkan apa yang di dalamnya, dan menjadi kosong, (5) Serta mematuhi
perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh; - (Maka pada saat itu tiap-tiap seorang akan
mengetahui apa yang telah dilakukannya).
15
pada hari kiamat setiap
manusia membawa dirinya masing-masing. Abasa 33-37
(33) Kemudian
(Ingatlah keadaan yang berlaku)* apabila datang suara jeritan yang dahsyat, **- (34) Pada hari
seseorang itu lari dari saudaranya (35) Dan ibunya serta bapanya, (36) Dan
isterinya serta anak-anaknya; - (37) Kerana tiap-tiap seorang dari mereka pada
hari itu, ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal
dirinya sahaja.
16
Peristiwa gempa yang dahsyat
yang mengkagit manusia ketika berlaku kiamat. Al Zalzalah 1-5
(1) Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang
sedahsyat-dahsyatnya,(2) Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,(3) Dan
berkatalah manusia (dengan perasaan gerun): "Apa yang sudah terjadi kepada
bumi?" (4) Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya: (5) Bahawa
Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).
17
Kesiksaan jiwa manusia kafir pada hari kiamat. Al Syura 44-45
44) Dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah*, maka tidak ada
baginya sesudah itu sesiapapun yang dapat menolongnya. Dan engkau akan melihat
orang yang zalim semasa mereka menyaksikan azab (pada hari kiamat) berkata:
"Adakah sebarang jalan untuk kami kembali ke dunia?" (45) Dan engkau
juga akan melihat mereka didedahkan kepada Neraka dalam keadaan tunduk membisu
dengan sebab kehinaan (yang mereka rasai) sambil memandang (ke Neraka itu)
hanya dengan mengerling (kerana gerun takut). Dan orang yang beriman pula
berkata: "Sesungguhnya orang yang rugi (dengan sebenar-benarnya) ialah
mereka yang merugikan diri sendiri dan pengikut-pengikutnya pada hari kiamat
(dengan sebab mereka memilih perbuatan derhaka di dunia). Ingatlah!
Sesungguhnya orang yang zalim itu berada dalam azab seksa yang kekal".
18
Penyesalan manusia apabila
mereka melihat azab pada hari kiamat.
Al Fajr 21-26
(21) Jangan sekali-kali bersikap demikian! (Sebenarnya) apabila
bumi (dihancurkan segala yang ada diatasnya dan) diratakan serata-ratanya,(22)
Dan (perintah) Tuhanmu pun datang, sedang malaikat berbaris-baris (siap sedia
menjalankan perintah), (23) Serta diperlihatkan neraka Jahannam pada hari itu,
(maka) pada saat itu manusia akan ingat (hendak berlaku baik), dan bagaimana
ingatan itu akan berguna lagi kepadanya? (24) Ia akan berkata: "Alangkah
baiknya kalau aku dahulu sediakan amal-amal baik untuk hidupku (di sini)!"
(25) Maka pada hari itu tiada sesiapapun yang dapat menyeksa seperti azab (yang
ditimpakan oleh) Allah.(26) Dan tiada sesiapapun yang dapat mengikat serta
membelenggu seperti ikatan dan belangguNya.
19
pada hari kiamat, setiap
orang harus membela dirinya sendiri.
Al Nahl 111
(Allah akan
mengampunkan dosa-dosa mereka itu pada hari Kiamat), hari tiap-tiap diri datang
membela dirinya semata-mata, dan tiap-tiap diri disempurnakan balasan apa yang
ia kerjakan (samada baik atau jahat), sedang mereka tidak akan dianiayai
sedikit pun.
20
Manusia akan
dihadapkan kepada pengadilan yang maha
adil di hari kimat. Al Ambia’ 47
(47) Dan (ingatlah) Kami akan mengadakan neraca timbangan yang
adil, untuk (menimbang amal makhluk-makhluk pada) hari Kiamat; maka tidak ada
diri sesiapa akan teraniaya sedikit pun; dan jika (amalnya) itu seberat biji
sawi (sekalipun), nescaya Kami akan mendatangkannya (untuk ditimbang dan
dihitung): dan cukuplah Kami sebagai Penghitung.*
21
pada hari kiamat tiada
tebusan bagi orang kafir. Al Zumar 47,49-52
Dan sekiranya
orang zalim itu mempunyai segala apa jua yang ada di bumi, disertai sebanyak
itu lagi, tentulah mereka rela menebus diri mereka dengannya daripada azab
seksa yang buruk pada hari kiamat, setelah jelas nyata kepada mereka dari
(hukum) Allah, azab yang mereka tidak pernah fikirkan.
(49)
Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya,
ia segera berdoa kepada Kami; kemudian bila Kami memberikannya sesuatu nikmat
(sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah ia (dengan sombongnya): "Aku
diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada
padaku". (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian
nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah ia bersyukur atau sebaliknya), akan
tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu).(50) Sebenarnya orang
yang terdahulu daripada mereka telah juga mengatakan yang demikian*, maka
segala yang mereka usahakan itu tidak dapat menyelamatkan mereka (dari azab
Allah). (51) Lalu mereka ditimpa keburukan padah perbuatan-perbuatan jahat yang
mereka lakukan; dan orang yang zalim di antara golongan (yang musyrik) ini akan
ditimpa juga akibat buruk perbuatan-perbuatan buruk perbuatan jahat yang mereka
lakukan, dan mereka tidak akan dapat melepaskan diri. (52) (Mengapa mendakwa
demikian), tidaklah mereka mengetahui bahawa sesungguhnya Allah memewahkan
rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga yang menyempitkannya? Sesungguhnya yang demikian mengandungi
keterangan-keterangan yang jelas bagi orang yang percayakan (ilmu dan
kebijaksanaan Allah).
22
pada hari kiamat
penyesat-penyesat manusia cuba menghindarkan diri dari tanggungjawab . al qasas
63
Mereka yang berhak menerima hukuman (azab neraka) berkata:
"Wahai Tuhan kami, inilah mereka yang kami menyebabkan kesesatannya, kami
menyebabkan mereka sesat (dengan pilihan mereka sendiri); (dengan ini) kami
mengakui kepada-Mu bahawa kami berlepas diri (dari kekufuran mereka). Bukanlah kami yang mereka puja dan taati, (bahkan mereka hanya
memuja dan mentaati hawa nafsu mereka sendiri)"
23
pada hari kiamat kelak
hanya orang-orang yang diizinkan Allah
sahaja berhak mendapat berhak. Taaha 109
Pada hari itu, tidak berfaedah syafaat (dari dan
kepada sesiapapun) kecuali dari orang yang diizinkan oleh Allah yang
melimpah-limpah rahmat-Nya, dan kepada orang yang diredhai perkataannya.*
*
Yakni pada hari Akhirat tidak ada sesiapapun yang boleh memberi atau mendapat
syafaat pertolongan kecuali orang yang diizinkan oleh Allah Ta'ala untuk
memberi atau mendapatnya.
24
pada hari kiamat malaikat
akan berlepas diri dari penyembah-penyembah mereka. Saba’ 40-41
(40) Dan (ingatlah) semasa Allah menghimpunkan mereka semua
(pada hari kiamat), kemudian Ia bertanya kepada malaikat: "Adakah orang
ini, (kamu setujui) menyembah kamu dahulu?"(41) Malaikat menjawab:
"Maha Suci Engkau (dari adanya sebarang sekutu dengan-Mu). Engkaulah (yang kami hubungi sebagai pemimpin dan) pelindung
kami bukan mereka. (Tidak ada hubungan dari pihak kami dengan mereka mengenai
penyembahan mereka kepada kami), bahkan mereka adalah menyembah Jin Syaitan;
kebanyakan mereka pula percaya kepada Jin Syaitan itu (sebagai sekutu Tuhan
yang dipuja dan dipatuhi)".
25
Peristiwa di padang
mahsyar.Fusilat 19-22
Dan (ingatlah) hari
dihimpunkan musuh-musuh Allah untuk dibawa ke Neraka, lalu mereka dijaga serta
diatur keadaan dan perjalanannya masing-masing*. (20) Sehingga apabila mereka sampai ke
Neraka, (maka) pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan mereka
menjadi saksi terhadap mereka, mengenai apa yang mereka telah kerjakan.(21) Dan
(setelah berlaku yang demikian), berkatalah mereka kepada kulit-kulit badan
mereka: "Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?" Kulit-kulit badan mereka menjawab:
"Allah - yang berkuasa menjadikan tiap-tiap sesuatu pandai berkata-kata -
telah menjadikan kami dapat berkata-kata; dan Dialah yang menciptakan kamu pada
mulanya, dan kepadaNyalah kamu kembalikan (untuk menerima balasan). (22)
"Dan semasa kamu berselindung (ketika melakukan dosa di dunia dahulu)
bukanlah kerana kamu bimbangkan pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit
badan kamu menjadi saksi terhadap perbuatan-perbuatan kamu yang berdosa itu,
akan tetapi kerana kamu menyangka bahawa Allah tidak mengetahui kebanyakan dosa
yang kamu lakukan ( secara bersembunyi itu).
26
Amaran-amaran kepada
manusia kafir supaya mengingati hari kiamat. Al Mukminun 18-20
(18) Dan Kami turunkan
hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia
tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya.*
(19) Kemudian, Kami tumbuhkan untuk kamu dengan air itu, kebun-kebun tamar (kurma)
dan anggur. Kamu beroleh dalam kebun-kebun itu (berbagai jenis lagi)
buah-buahan yang banyak, dan dari kebun-kebun itulah kamu beroleh rezeki
penghidupan kamu. (20) Dan (Kami juga menumbuhkan untuk kamu) pokok yang asal
tumbuhnya di kawasan Gunung Tursina*, yang mengeluarkan minyak dan lauk bagi
orang yang makan.
27
Cara orang-orang mukmin
menerima rekod-rekod amalan pada hari kiamat. Al Insyiqaq 7-12
Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan
tangan kanannya, -(8) Maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan,,
-(9) Dan ia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita.(10)
Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya (dengan tangan kiri), dari
sebelah belakangnya,(11) Maka ia akan meraung - menyebut-nyebut kebinasaannya,(12)
Dan ia akan menderita bakaran neraka yang marak menjulang.
28
Pandangan wajah-wajah
manusia yang beriman dan manusia yang
kafir pada hari kiamat serta balasan –balasan yang akan diterima oleh mereka
masing-masing. Al Ghasiat 1-16
Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat
yang huru-haranya meliputi?(2) Muka (orang-orang yang kafir) pada hari itu
tunduk kerana merasa hina,(3) Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat
lelah, (4) Mereka tetap menderita bakaran neraka yang sangat-sangat panas
(membakar),(5) Mereka diberi minum dari mataair yang menggelegak panasnya.(6)
Tiadalah makanan bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok yang berduri,(7)
Yang tidak menggemokkan, dan tidak pula dapat menghilangkan sedikit kelaparan
pun.(8) (Sebaliknya) muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu
berseri-seri, (9) Berpuas hati dengan balasan amal usahanya (yang baik, yang
telah dikerjakannya di dunia), -(10) (Mereka tinggal menetap) di dalam Syurga
yang tinggi (tempat kedudukannya dan darjatnya),(11) Mereka tidak mendengar di
situ sebarang perkataan yang sia-sia, (12) Di dalam Syurga itu ada mataair yang
mengalir;(13) Di situ juga ada pelamin-pelamin (berhias) yang tinggi
(tempatnya),(14) Dan piala-piala minuman yang disediakan (untuk mereka),(15)
Dan bantal-bantal yang teratur (untuk mereka berteleku atau bersandar),
29
Orang-orang kafir di kecam
kerana menghilangkan peluang yag baik di dunia. Al Kahfi 20
"Sesungguhnya, kalaulah mereka mengetahui hal kamu,
tentulah mereka akan merejam dengan membunuh kamu, atau mereka akan
mengembalikan kamu kepada agama mereka (secara paksa); dan jika berlaku
demikian, kamu tidak sekali-kali akan berjaya selama-lamanya".
30
Peraturan timbangan amal
manusia pada hari kiamat. Al Qariah 6-11
Setelah berlaku demikian, maka (manusia akan diberikan
tempatnya menurut amal masing-masing); adapun orang yang berat timbangan amal
baiknya,-(7) Maka ia berada dalam kehidupan yang senang lenang. (8) Sebaliknya
orang yang ringan timbangan amal baiknya,- (9) Maka tempat kembalinya ialah
"Haawiyah".(10) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia
"Haawiyah" itu? (11) (Haawiyah itu ialah): api yang panas membakar.
31
Syuafaat terletak pada
keizinan Allah Saba’ 22-23
Katakanlah (wahai Muhammad kepada kaum musyrik):
"Serukanlah makhluk-makhluk yang kamu dakwakan sebagai tuhan selain dari
Allah; mereka tidak memiliki seberat debu pun di langit dan di bumi, dan mereka
tiada sebarang bahagian perkongsian (dengan Allah) dalam (mencipta dan
mentadbirkan) langit dan bumi, dan Allah pula tidak mendapat sebarang
pertolongan dari mereka.* (23) Dan tidak berfaedah syafaat di sisi Allah
kecuali bagi orang yang telah diizinkan Allah, (maka orang yang hendak memohon
syafaat terpaksa menunggu izin itu dengan penuh perasaan takut dari hati mereka
(dengan pemberian izin itu) bersukarialah mereka dengan bertanya-tanyaan sesama
sendiri: "Apakah yang telah dititahkan oleh Tuhan kamu?" Sebahagian di antara mereka
menjawab:" Tuhan telah menitahkan kebenaran"*; dan Dialah jua Yang
Maha Tinggi kekuasaan-Nya.
32
Hakikat syuafaat Al Zumar
43-44
‚
Patutkah mereka (yang musyrik) mengambil yang lain
dari Allah menjadi pemberi syafaat? Bertanyalah (kapada mereka): "Dapatkah yang lain dari
Allah memberi syafaat padahal semuanya tidak berkuasa sedikitpun dan tidak pula
mengerti (sebarang apa pun)"? (44) Katakanlah (wahai Muhammad):
"Syafaat itu semuanya hak kepunyaan Allah*; Dialah Yang Menguasai segala
urusan langit dan bumi; kemudian kamu akan dikembalikan kepada-Nya (untuk
menerima balasan)."
Bangkit semula
1
Bukti-bukti kekeuasan Allah
untuk mewujudkan hari kebangkitan
semula. Yaasin 77-82
(77) Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah
menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami
sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena
menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai
kekuasaan Kami menghidupkan semula orang yang mati),(78) Serta ia mengemukakan
satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu). dan ia pula
lupakan keadaanan Kami menciptakannya sambil ia bertanya: "Siapakah yang
dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu?" (79)
Katakanlah: "Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang
telah menciptakannya pada awal mula wujudnya; dan Ia Maha Mengetahui akan
segala keadaanan makhluk-makhluk (yang diciptakan-Nya); (80) "Tuhan yang
telah menjadikan api (boleh didapati) dari pohon-pohon yang hijau basah untuk
kegunaan kamu, maka kamu pun selalu menyalakan api dari pohon-pohon itu".
(81) Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahwa Tuhan yang telah menciptakan
langit dan bumi (yang demikian besarnya) - berkuasa menciptakan semula manusia
sebagaimana Ia menciptakan mereka dahulu? Ya! Diakui dan dipercayai berkuasa!
Dan Dialah Pencipta yang tidak ada bandinganNya, lagi Yang Maha Mengetahui.
(82) Sesungguhnya keadaan kekuasaan-Nya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu,
hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: "Jadilah
engkau!"*. Maka ia terus menjadi.
2
Manusia yang kafir merasa
hairan terhadap konsep kebangkitan semula. Qaf 2-6
Kaum musyrik Mekah bukan sahaja mengingkari kerasulannya)
bahkan mereka merasa hairan kerana datang kepada mereka, dari kalangan mereka
sendiri, seorang Rasul pemberi peringatan dan amaran (mengenai perkara hidup
semula sesudah mati); lalu orang yang kafir itu berkata: "Ini adalah satu
perkara yang menakjubkan!(3) "Adakah (kita akan kembali hidup) sesudah
kita mati dan menjadi tanah? Itu adalah cara kembali yang jauh (dari
kemungkinan, kerana jasad yang telah hancur tidak diketahui lagi)".(4)
(Apa yang mereka katakan itu tidak benar, kerana) Kami sedia mengetahui apa
yang di makan oleh bumi sedikit demi sedikit dari (tubuh orang mati) mereka,
serta ada di sisi Kami sebuah Kitab yang menyimpan (catatan perkara yang
berlaku).(5) (Mereka tidak mahu berfikir betul) bahkan mereka (terburu-buru)
mendustakan kebenaran apabila sahaja sampainya kepada mereka; oleh sebab itu,
mereka berada dalam keadaan yang serba kacau. (6) (Kalaulah mereka menyangka
Kami tidak berkuasa mengembalikan mereka hidup
semula) maka tidakkah mereka memandang ke langit yang ada di sebelah
atas mereka (dengan tidak bertiang) bagaimana Kami membinanya (dengan rapi)
serta Kami memperhiasinya (dengan bintang-bintang), dan dengan keadaan tidak
ada padanya retak-renggang? –
3
Amalan manusia akan
ditimbang sesudah mereka dibangkitkan dari kubur. Al Zulzalah 6-8
(6)
Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari
kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal
mereka.(7) Maka sesiapa berbuat
kebajikan seberat dzarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!* (8) Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarrah, nescaya akan
dilihatnya (dalam surat amalnya)!
4
Keanehan pendapat
orang-orang yang engkarkan hari
kebangkitan semula. Al Ra’d 5
Dan jika engkau merasa hairan (wahai Muhammad), maka sungguh
menghairankan perkataan mereka yang kafir itu (yang mengatakan): "Adalah
apabila kami telah menjadi tanah, betulkah kami pula akan hidup semula dalam
bentuk kejadian yang baharu?" Mereka itulah orang yang kufur ingkar kepada
Tuhan mereka, dan merekalah yang dibelenggu dengan belenggu-belenggu pada leher
mereka; dan merekalah juga ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
5
Orang-orang kafir
diingatkan merka akan dibangkitkan kembali .
Al
Taghabun 7-9
(7) (Di antara sebab-sebab kufur) orang yang kafir (ialah kerana
mereka) mengatakan bahawa mereka tidak sekali-kali akan dibangkitkan (sesudah
mati). Katakanlah: "Bahkan, demi Tuhanku, kamu akan dibangkitkan, kemudian
kamu akan diberitahu tentang segala yang kamu telah kerjakan. Dan yang demikian
itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya.(8) Oleh itu, berimanlah kamu
kepada Allah dan kepada Rasul-Nya serta kepada penerangan cahaya Al-Qur'an -
yang Kami turunkan. Dan (ingatlah), Allah Amat Mendalam Pengetahuan-Nya akan
segala yang kamu kerjakan.(9) (Ingatlah) masa Allah menghimpunkan kamu pada
hari perhimpunan (untuk menerima balasan), - itulah hari masing-masing nampak
kerugiannya *. Dan (ingatlah), sesiapa yang beriman kepada Allah serta
mengerjakan amal salih, nescaya Allah mengampunkan dosa-dosanya dan
memasukkannnya ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,
mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; yang demikian itulah kemenangan yang
besar.
6
Hujah lapok orang-orang
yang engkar hari kebangkitan semula .
Al
Isra’ 50-52
(50) Katakanlah (wahai Muhammad):
"Jadilah kamu batu atau besi". (51) "Atau lain-lain mahkluk yang
terlintas di hati kamu sukar hidupnya, (maka mereka akan menganggukkan kepala
mereka kepadamu sambil bertanya secara mengejek: "Bila berlakunya?". Katakanlah: "Dipercayai akan berlaku
tidak lama lagi!"(52) (Ingatlah akan) hari Ia menyeru kamu lalu kamu
menyahut sambil memuji kekuasaan-Nya, dan kamu menyangka, bahawa kamu tinggal
(dalam kubur) hanya sebentar.*
7
Manusia yang ragu-ragu
terhadap hari kebangkitan semula diseru supaya memikirkan asal usul kejadian mereka. Al Haj 5-6
(5) Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu)
tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari Kiamat), maka (perhatilah
kepada tingkatan kejadian manusia)* kerana sebenarnya Kami telah menciptakan
kamu dari tanah**, kemudian dari setitik air benih***, kemudian dari sebuku
darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan
yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami
hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami); dan Kami pula menetapkan dalam
kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke
suatu masa yang ditentukan lahirnya****; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa
kanak-kanak kemudian (kamu dipelihara) hingga; sampai ke peringkat umur dewasa;
dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau
semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk
sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan (ingatlah satu bukti lagi)*****;
Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan
menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh),
dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman
yang indah permai. (6) (Kedua-dua kenyataan) yang tersebut membuktikan bahawa
sesungguhnya Allah jualah Tuhan Yang sebenar-benarnya (yang berhak disembah),
dan sesungguhnya Dialah yang menghidupkan makhluk-makhluk yang mati, dan Dialah
jua Yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
8
Dalil yang lojik bagi
kebangkitan seluma selepas mati . Al Rum 11,20
(11) Allah memulakan kejadian sekalian makhluk,
kemudian Ia mengembalikannya (hidup semula pada hari Kiamat), kemudian
kepada-Nyalah kamu akan dikembalikan (untuk menerima balasan).*
(20) Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan
kekuasaan-Nya (menghidupkan kamu semula), bahawa Ia menciptakan kamu dari
tanah; setelah sempurna sahaja peringkat-peringkat kejadian kamu, kamu menjadi
manusia yang hidup bertebaran di muka bumi.
9
Bukti-bukti
perbandingan untuk menegakkan konsep
kebangkitan semula. Yaasin 33-44
(33) Dan dalil yang
terang untuk mereka (memahami kekuasaan dan kemurahan Kami), ialah bumi yang mati;
Kami hidupkan dia serta Kami keluarkan daripadanya biji-bijian, maka daripada
biji-bijian itu mereka makan.(34) Dan Kami jadikan di bumi itu kebun-kebun
kurma dan anggur, dan Kami pancarkan padanya beberapa mata air (35) Supaya
mereka makan dari buah-buahan dan dari
apa yang dikerjakan oleh tangan mereka; maka patutkah mereka tidak bersyukur?(36) Maha Suci Tuhan
yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang
ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka
tidak mengetahuinya. (37) Dan lagi dalil yang
terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya,
maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita;(38) Dan (sebahagian
dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang
ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha
Mengetahui; (39) Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa
peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula keperingkat
awalnya - (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.(40) (Dengan
ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan
malam pula tidak dapat mendahului siang*; kerana tiap-tiap satunya beredar
terapung-apung di tempat edarannya masing-masing. (41) Dan satu dalil lagi
untuk mereka (insaf) ialah, Kami membawa belayar jenis keluarga mereka dalam
bahtera yang penuh sarat; (42) Dan Kami ciptakan untuk mereka, jenis-jenis
kenderaan yang sama dengannya, yang mereka dapat mengenderainya.(43) Dan jika
Kami kehendaki, Kami boleh tenggelamkan mereka; (kiranya Kami lakukan yang
demikian) maka tidak ada yang dapat memberi pertolongan kepada mereka, dan
mereka juga tidak dapat diselamatkan, -(44) Kecuali dengan kemurahan dari pihak
Kami memberi rahmat dan kesenangan hidup kepada mereka hingga ke suatu masa.
Akhirat
1
Pengakuan orang-orang kafir
terhadap yang dilakukan mereka di dunia. Al Mukmin 11,15-17
Mereka menjawab: "Wahai
Tuhan kami! Engkau telah menjadikan
kami berkeadaan mati dua kali, dan telah menjadikan kami bersifat hidup dua
kali*, maka kami (sekarang) mengakui akan dosa-dosa kami. Oleh itu adakah
sebarang jalan untuk (kami) keluar (dari Neraka)?"
Dialah Yang Maha Tinggi darjat kebesaran-Nya, yang mempunyai
Arasy (yang melambangkan keangungan dan kekuasaanNya); Ia memberikan wahi
darihal perintahNya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara
hamba-hamba-Nya (yang telah dipilih menjadi Rasul-Nya), supaya Ia memberi amaran
(kepada manusia) tentang hari pertemuan.-(16) Iaitu hari mereka keluar (dari
kubur masing-masing) dengan jelas nyata; tidak akan tersembunyi kepada Allah
sesuatupun darihal keadaan mereka. (Pada saat itu Allah berfirman):
"Siapakah yang menguasai kerajaan pada hari ini?" (Allah sendiri
menjawab): "Dikuasai oleh Allah Yang Maha Esa, lagi Yang Mengatasi
kekuasaanNya segala-galanya!(17) "Pada hari ini, tiap-tiap diri dibalas
dengan apa yang telah diusahakannya; tidak ada hukuman yang tidak adil pada
hari ini. Sesungguhnya Allah amat cepat hitungan hisab-Nya.
2
Peraturan balasan di hari
akhir. Al Qashah 83-84
Negeri akhirat (yang telah diterangkan
nikmat-nikmatnya) itu, Kami untukkan bagi orang yang tidak bertujuan hendak
mendapat pengaruh atau kelebihan di muka bumi (*) dan tidak ingat hendak
melakukan kerosakan; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertakwa.
(84) Sesiapa yang datang membawa amal baik (pada hari akhirat) maka baginya
balasan yang lebih baik daripadanya; dan sesiapa yang datang membawa amal
jahat, maka mereka melakukan kejahatan tidak dibalas melainkan dengan apa yang
mereka kerjakan.
(*)
Yakni mereka berusaha dan beramal dengan ikhlas kerana Allah
semata-mata. Kalau mereka mendapat kelebihan dan kedudukan yang tinggi dalam
masyarakatnya, mereka tidak berlaku sombong takbur atau menindas orang lain.
3
Alasan lapok orang-orang
yang engkar kan hari kiamat. Al Naml 67-70
Dan orang yang kafir berkata: "Adakah sesudah
kami menjadi tanah, - dan juga datuk nenek kami, - adakah kami semua akan
dikeluarkan dari kubur (hidup semula)? (68) "Demi sesungguhnya, kami telah
dijanjikan dengan perkara ini, - kami dan juga datuk nenek kami dahulu; ini
hanyalah cerita-cerita dongeng orang dahulu kala".(69) Katakanlah (wahai
Muhammad): "Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah
bagaimana buruknya kesudahan orang yang berdosa itu". (70) Dan janganlah
engkau berdukacita terhadap (keingkaran) mereka (yang kafir itu), dan janganlah
engkau resah-gelisah disebabkan tipudaya yang mereka lakukan.
4
Manusia kelak akan dibahagi
kepada 3 kelompok . Al waqiah 7-11
Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlain-lain
keadaannya); (8) Iaitu puak pihak kanan; - alangkah bahagianya keadaan puak
pihak kanan itu? (9) Dan puak pihak kiri; - alangkah seksanya keadaan puak
pihak kiri itu? (10) Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah
mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - yang akan mendahului
(mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak); (11) Mereka itulah
orang yang didampingkan (di sisi Allah),
5
Keseksaan yang dialami oleh
kelompok kiri Al Waqiah41-44,51-57
Dan puak kiri, - alangkah seksanya keadaan puak
kiri itu? (42) Mereka diseksa dalam
angin yang membakar dan air yang menggelegak (43) Serta naungan dari asap
hitam, (44) Yang tidak sejuk, dan tidak pula memberi kesenangan. (45)
Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari
mengingati hukum Tuhan).
"Kemudian,
sesungguhnya kamu wahai orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari
kiamat), (52) Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu
pokok zaqqum, (53) "Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang
pahit buahnya) itu, (54) "Selepas itu kamu akan meminum pula dari air
panas yang menggelegak, (55) "Iaitu kamu akan minum seperti unta yang
berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas".(56) Inilah (jenis-jenis
azab) yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari Pembalasan itu. (57)
Kamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada - wahai gologan yang
ingkar), maka ada baiknya kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup
semula pada hari kiamat).
6
Allah berkuasa mencipta
pada kali pertama , berkuasa pula mengulangi penciptaan sekali lagi. Al Buruj
13
Sesungguhnya Dialah yang menciptakan (sekalian makhluk) pada
mulanya, dan yang mengembalikannya (hidup semula sesudah mati).
7
Sendaan orang-orang kafir
terhadap hari kebangkitan semula. Saba’ 7-9
Dan orang yang kafir pula berkata (sesama sendiri secara
mengejek-ejek): "Mahukah, kami tunjukkan kepada kamu seorang lelaki yang
memberitakan kepada kamu: ''(Bahawa apabila kamu dihancurkan sehancur-hancurnya
(sesudah mati), sesungguhnya kamu akan dihidupkan semula dalam bentuk kejadian
yang baharu?''(8) "Adakah ia berdusta terhadap Allah, atau ia kena
penyakit gila?" (Tidak ada satupun) bahkan orang yang tidak percaya kepada
hari akhirat tetap beroleh (di sana) azab seksa yang seburuk-buruknya dan (di sini)
tetap berada dalam kesesatan yang jauh terpesong.(9) (Setelah mereka
mengejek-ejek dan membuat tuduhan-tuduhan itu) tidakkah mereka melihat apa yang
ada di hadapan mereka dan yang ada di belakang mereka dari langit dan bumi
(dapatkah mereka melarikan diri)? Jika Kami kehendaki nescaya Kami timbuskan
mereka di bumi, atau Kami gugurkan atas mereka ketul-ketul dan
serpihan-serpihan dari langit (yang akan membinasakan mereka). Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu tanda (yang
memberi keinsafan) bagi tiap-tiap hamba Allah yang mahu kembali kepada-Nya
(dengan taat dan berbakti).
8
Amal manusia akan ditimbang
dengan seadil-adilnya pada hari akhir.
Al A’raf 8
Dan timbangan
amal pada hari itu adalah benar; maka sesiapa yang berat timbangan amalnya
(yang baik) maka mereka itulah orang yang berjaya
Syurga
1
Kehidupan di dalam syurga . Al Zukhruf 70-73
(Mereka diberi sebaik-baik balasan dengan
dikatakan kepada mereka): "masuklah kamu ke dalam Syurga bersama-sama
isteri-isteri kamu (yang beriman), dengan menikmati sepenuh-penuh kegembiraan
dan kesenangan".(71) Diedarkan kepada mereka pinggan-pinggan besar dan
piala-piala dari emas; dan di dalam Syurga itu pula disediakan segala yang
diingini oleh nafsu serta di pandang indah oleh mata; dan (dikatakan kepada mereka):
"Kamu adalah tetap kekal di dalamnya." (72) Dan (dikatakan lagi
kepada mereka): "Inilah Syurga yang diberikan kamu mewarisinya, disebabkan
apa yang kamu telah kerjakan.(73) "Kamu beroleh di dalamnya berbagai jenis
buah-buahan, untuk kamu makan daripadanya."
2
Kedudukan orang-orang bertaqwa dalam
syurga.Al Dukhan 51-56,
(54) Sesungguhnya orang yang bertaqwa (akan ditempatkan) di
tempat tinggal yang aman sentosa,-(52) Iaitu di dalam beberapa taman Syurga,
dengan mata air-mata air terpancar padanya.(53) Mereka memakai pakaian dari
kain sutera yang halus dan kain sutera tebal yang bersulam; (mereka duduk di
tempat perhimpunan) sentiasa berhadap-hadapan (di atas pelamin masing-masing).
(54) Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari
yang putih melepak, lagi luas cantik matanya. (55) Mereka meminta - di dalam
Syurga itu - tiap-tiap jenis buah-buahan (yang mereka ingini), dalam keadaan
aman sentosa. (56) Mereka tidak merasai kematian dalam Syurga itu selain
daripada mati yang mereka rasai ( di dunia ) dahulu; dan Allah selamatkan
mereka dari azab Neraka; (57) (Mereka diberikan semuanya itu) sebagai limpah
kurnia dari Tuhanmu (wahai Muhammad); yang demikian itulah kemenangan yang
besar.
Al Rahman
46,48,50,54,56,58,62,64,66,68,70,72,74,76,
(46) Dan orang yang takut akan keadaan dirinya
di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua syurga, -
(48) (Dua
syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan;-
(50) Pada kedua-dua syurga itu terdapat dua mata air yang
mengalir;-
(54) Mereka (bersenang-senang ditempat masing-masing dalam
syurga itu dengan) berteleku di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan
sebelah dalamnya - dari sutera tebal yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua
syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik.
(56) Di dalam
syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada
mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan
jin;
(58) Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata
delima dan marjan.
(62) Dan selain dari dua syurga itu, dua syurga lagi (untuk
menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua);
(64) Kedua-duanya menghijau subur
tanamannya;
(66) Dalam kedua-dua syurga itu terdapat dua mata air yang
terus menerus memancutkan airnya:
(68) Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta
pohon-pohon kurma dan delima,
(70) Dalam kedua-dua
syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik
parasnya;
(72) Iaitu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap
ditempat tinggal masing-masing;
(74) (Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum
mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin;
(76) Penduduk syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan)
berteleku di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta
permaidani-permaidani yang sangat indah.
Al Mursalat 41-44. Al Naba’
31-32,34-36, Al Mutafifin 22-28
Sesungguhnya orang-orang
yang bertakwa berada di tempat teduh (yang dipenuhi pelbagai nikmat), dan yang
berdekatan dengan mata air-mata air (yang mengalir),-(42) Serta menikmati
buah-buahan dari segala jenis yang mereka ingini. (43) (Pada ketika itu
dikatakan kepada mereka): "Makanlah dan minumlah kamu dengan lazatnya,
disebabkan apa yang kamu telah kerjakan." (44) Sesungguhnya, demikianlah
Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan amal-amal yang baik.
Al Naba’ 31-32, 34-36
Sesungguhnya orang-orang
yang bertaqwa, disediakan syurga tempat mereka beroleh apa yang mereka ingini.*
(32) (Mereka akan beroleh) taman-taman bunga dan kebun-kebun buah-buahan,
terutama anggur.
Serta piala atau gelas
yang penuh dengan minuman; (35) Mereka tidak mendengar di dalam syurga itu
perkataan yang sia-sia, dan tiada pula perkataan yang dusta; - (36) Sebagai
balasan dari Tuhanmu, iaitu satu limpah kurnia yang dikira cukup (menurut yang
dijanjikan Nya),-
Al Mutafifin 22-28
Sesungguhnya orang-orang
yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada di dalam Syurga
yang penuh nikmat: (23) Mereka berehat di atas pelamin-pelamin (yang berhias),
sambil melihat (segala keindahan dan kemuliaan yang disediakan untuk mereka di
situ). (24) Engkau dapat melihat pada muka mereka: cahaya nikmat yang mereka
perolehi. (25) Mereka diberi minum dari satu minuman yang termeterai
bekasnya,(26) Meterainya kasturi;- dan untuk (memperolehi nikmat kesenangan)
itulah hendaknya berlumba-lumba mereka yang ingin merebut kelebihan dan
kesenangan;- (27) Dan campuran minuman itu adalah dari "Tasniim":
(28) Iaitu mataair yang diminum daripadanya oleh orang-orang yang didampingkan
(Tuhan di sisiNya).
3
Aneka sungai dalam syurga. Muhamad 15
Sifat syurga yang telah dijanjikan kepada orang
yang bertakwa (ialah seperti berikut): ada padanya beberapa sungai dari air
yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak
berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang yang
meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. Dan ada pula untuk mereka di sana
segala jenis buah-buahan, serta keredhaan dari Tuhan mereka. (Adakah orang yang
tinggal kekal di dalam syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti
orang yang tinggal kekal di dalam neraka dan diberi minum dari air yang
menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (Sudah tentu tidak
sama)!
4
Kehidupan orang bertaqwa dalam syurga Al Thur
17-24
Sesungguhnya orang yang bertakwa di tempatkan
dalam taman-taman syurga dan nikmat kesenangan (yang tidak ada taranya) *.(18)
Mereka bersenang lenang dengan apa yang dikurniakan oleh Tuhan mereka, dan
mereka dipelihara Tuhan dari azab Neraka (19) (Dan dikatakan kepada mereka):
"Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman yang lazat serta baik
kesudahannya, dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan" (20) Mereka duduk
berteleku di atas pelamin-pelamin yang berderet; dan Kami jadikan kawan teman
mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya (21) Dan orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya
dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu
dengan mereka (di dalam syurga) * ; dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi
sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat
dengan amal yang dikerjakannya **. (22) Dan (penduduk syurga itu) Kami tambahi
mereka (dari semasa ke semasa) dengan buah-buahan dan daging dari berbagai
jenis yang mereka ingini(23) Mereka di dalam syurga itu (kerana melahirkan
kemesraan antara satu dengan yang lain): berebut-rebut mengambil piala yang berisi
arak yang tidak menyebabkan timbul (dari peminumnya) perkara yang sia-sia dan
tidak pula menyebabkan (peminumnya menanggung) dosa (24) Dan mereka dilayani
oleh anak-anak muda lelaki yang sentiasa beredar di sekitar mereka, (yang
cantik parasnya) seolah-olah anak-anak muda itu mutiara yang tersimpan dengan
sebaik-baiknya
*
Ayat ini mengingatkan orang mukmin supaya
memberi pelajaran dan didikan agama
kepada kelurga dan zuriat keturunannya
supaya dapat mereka berhimpun dan bergembira bersama-sama di dalam syurga.
5
Kenikmatan hidup dalam syurga. Al Waqiah
12-14, 16-26
(Tinggal menetap) di dalam
syurga-syurga yang penuh nikmat. (13) (Di antaranya) sekumpulan besar dari
umat-umat manusia yang terdahulu;* (14)
Dan sebilangan kecil dari orang yang datang kemudian. *
*
Yakni yang terdahulu daripada zaman Nabi Muhammad (s.a.w).
Yakni semenjak zaman Nabi Muhammad (s.a.w)
hingga hari kiamat.
Sambil berteleku di
atasnya dengan berhadap-hadapan. (17) Mereka dilayani oleh anak- anak muda
lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di
sekitar mereka,- (18) Dengan membawa piala-piala minuman dan teko-teko serta
piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir.
(19) Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab
menikmatinya. (20) Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari
jenis-jenis yang mereka pilih, (21) Serta daging burung dari jenis-jenis yang
mereka ingini; (22) Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik
parasnya, (23) Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya. (24)
(Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah
kerjakan. (25) Mereka tidak akan mendengar dalam syurga itu perkataan yang
sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa;- (26) Mereka hanya
mendengar ucpan: "Selamat! Selamat!" (dari satu kepada yang lain).
6
Kenikmatan kelompok kanan dalam syurga. Al
Waqiah . 27-40
Dan puak kanan, - alangkah
bahagianya keadaan puak kanan itu? (28) Mereka bersenang-lenang di antara
pohon-pohon bidara yang tidak berduri. (29) Dan pokok-pokok pisang yang
tersusun rapi buahnya, (30) Dan naungan yang tetap terbentang, (31) Dan air
yang sentiasa mengalir, (32) Serta buah-buahan yang banyak, (33) Yang tidak
putus-putus, dan tidak pula terlarang mendapatnya, (34) Dan tempat-tempat tidur
yang tertinggi keadaannya. (35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan
isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, (36) Serta Kami jadikan mereka
sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), (37) Yang tetap mencintai jodohnya,
serta yang sebaya umurnya. (38) (Semuanya itu diuntukkan) bagi puak kanan; (39)
Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu, (40) Dan sebilangan
besar dari orang-orang yang datang kemudian.
7
Orang –orang mukmin kelak dipersila akan
dipersilakan masuk ke dalam syurga. Al Fajr 27-30
(Setelah menerangkan
akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa
orang-orang yang beriman dan beramal salih akan disambut dengan kata-kata):
"Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan
kepercayaan dan bawaan baiknya!-(28) "Kembalilah kepada Tuhanmu dengan
keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan), lagi
diredhai (di sisi Tuhanmu)!- (29) "Serta masuklah engkau dalam kumpulan
hamba-hambaKu yang berbahagia- (30) "Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!"
8
Ashabul I’raf . Al A’raf 46-48
Dan di antara keduanya
(Syurga dan neraka) ada tembok "Al-Araaf" (yang menjadi) pendinding*,
dan di atas tembok Al-Araaf itu ada sebilangan orang lelaki yang mengenal
tiap-tiap seorang (dari ahli-ahli Syurga dan neraka) itu, dengan tanda
masing-masing. Dan mereka pun menyeru
ahli Syurga (dengan memberi salam, katanya): 'Salaamun alaikum" (salam
sejahtera kepada kamu). Sedang mereka sendiri
belum lagi masuk Syurga, padahal mereka ingin sangat memasukinya. (47) Dan apabila
dialihkan pandangan mereka kearah ahli neraka, mereka (berdo'a dengan) berkata:
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama orang yang
zalim" (48) Dan orang yang berada di atas tembok Al-Araaf menyeru beberapa
orang (Ketua kaum kafir) yang mereka kenal dengan tandanya, dengan berkata:
"Nampaknya kumpulan kamu yang ramai (atau kekayaan kamu yang besar) dan
juga segala apa yang kamu sombongkan dahulu - tidak dapat menolong kamu"
"Al-Araaf" ialah tembok yang tinggi
yang memisahkan di antara Syurga dengan Neraka seperti yang diterangkan dalam
ayat 13, surah Al-Hadid (surah yang ke-57).
Menurut hadith Nabi (s.a.w.), orang yang
bertempat di atas tembok atau tempat yang tinggi itu ialah segolongan dari
orang yang beriman, yang amal baik dan amal jahat mereka sama banyak. Mereka
diasingkan di situ dan akhirnya dengan belas kasihan Allah Ta'ala, mereka
dimasukkan ke dalam Syurga. Golongan inilah yang akhir sekali masuk Syurga.
Neraka
1
Sebab manusia dimasukkan ke dalam neraka . Al Muddathir 42-47
(Setelah melihat
orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): "Apakah yang menyebabkan
kamu masuk ke dalam (neraka ) Saqar?" (43) Orang-orang yang bersalah itu
menjawab: "Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan
sembahyang;- (44) "Dan kami tidak pernah memberi makan orang-orang
miskin;- (45) "Dan kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan
perkara yang salah, bersama-sama orang-orang yang memperkatakannya;- (46)
"Dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasan, (47) "Sehinggalah
kami didatangi oleh perkara yang tetap diyakini".*
2
Neraka itu disediakan kepada manusia-manusia
pelampau.
Al Naba’ 21-30
Sesungguhnya neraka jahanam adalah disediakan – (22) Untuk
orang-orang yang melampaui batas hukum Tuhan, sebagai tempat kembalinya . (23) Mereka tinggal di dalamnya
berkurun-kurun lamanya. (24) Mereka tidak dapat merasai udara yang sejuk di
dalamnya, dan tidak pula sebarang minuman. (25) Kecuali air panas yang
menggelegak, dan air danur yang mengalir. (26) Sebagai balasan yang sesuai
(dengan amal mereka yang buruk) (27) Kerana sesungguhnya mereka dahulu tidak
menaruh ingatan terhadap hari hitungan amal. (28) Dan mereka telah mendustakan
dengan sesungguh-sungguhnya akan ayat-ayat keterangan Kami; (29) Dan tiap-tiap
sesuatu dari bawaan hidupnya, telah Kami hitung secara bertulis. (30) (Setelah
mereka masuk ke dalam neraka, dikatakan kepada mereka: "Oleh sebab kamu
telah mendustakan ayat-ayat Kami) maka rasalah kamu (azab yang disediakan)
kerana Kami tidak akan melakukan selain dari menambah berbagai azab kepada
kamu."
3
Hakikat pokok zaqqum di dalam neraka. Al Dukhan 43-46
(Ingatlah)*, sesungguhnya
pokok Zaqqum, (44) (Buahnya) menjadi makanan bagi orang yang berdosa (dalam
Neraka). (45) (Makanan ini pula panas) seperti tembaga cair, mendidih dalam
perut, (46) Seperti mendidihnya air yang meluap-luap panasnya.
Bahagian
Balasan Allah
1
Prinsip tanggungjawab
peribadi iaitu setiap orang akan menerima balasan dari hasil usahanya. Al Najm
36-41
Atau belumkah ia diberitahu akan apa yang
terkandung dalam Kitab-kitab Nabi Musa – (37) Dan juga (dalam Kitab-kitab) Nabi
Ibrahim yang memenuhi dengan sempurnanya (segala yang diperintahkan
kepada-Nya)? (38) (Dalam Kitab-kitab itu ditegaskan): Bahawa sesungguhnya
seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain
(bahkan dosa usahanya sahaja); (39) Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan)
bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya; * (40) Dan bahawa
sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan (kepada-Nya, pada hari kiamat
kelak); (41) Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat
sempurna;
2
Setiap orang bertanggungjawab terhadap segala perbuatannya
Fusilat 46-48
(46) Sesiapa yang
mengerjakan amal salih maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri,
dan sesiapa yang berbuat kejahatan maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri;
dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hamba-Nya. (47) Kepada
(ilmu pengetahuan) Allah jualah terpulangnya soal mengetahuikan masa datangnya
hari kiamat; dan (demikianlah tiap-tiap apa yang akan berlaku, kerana) sebiji buah
(umpamanya) tidak akan keluar dari kelopaknya, dan seorang ibu tidak akan
mengandung dan tidak akan melahirkan anak, melainkan (pada masa dan keadaan
yang betul tepat) dengan pengetahuan Allah.
Dan pada hari Tuhan menyeru mereka (yang musyrik, dengan bertanya kepada
mereka): "Mana dia makhluk-makhluk yang kamu sifatkan menjadi
sekutu-sekutuku"?. Mereka menjawab: "Kami mengakui kepada-Mu (wahai
Tuhan kami), bahawa tidak ada di antara kami seorang pun yang mahu menjadi
saksi (kerana anggapan kami dahulu telah nyata salahnya)!"* (48) Dan (pada
saat itu) hilang lenyaplah dari mereka apa yang mereka sembah dahulu (yang
diharapkan pertolongannya), dan yakinlah mereka bahawa tidak ada sebarang jalan
untuk mereka melepaskan diri (dari azab seksa).
3
Prinsip dosa yang
diturunkan kepada Nabi Musa dan Ibrahim AS.
Al Najm 32
(Iaitu) orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta
perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil (yang
mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu Maha
Luas keampunan-Nya. Ia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak ia mencipta
kamu (berasal) dari tanah, dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui
berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu
memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dialah sahaja yang
lebih mengetahui akan orang yang bertakwa.
4
Balasan neraka kepada orang
kafir dan syurga kepada orang bertaqwa. Al Imran 12,15
Katakanlah (Wahai
Muhammad) kepada orang kafir itu: "Kamu akan dikalahkan (di dunia ini) dan
akan dihimpunkan (pada hari Kiamat) ke dalam Neraka Jahanam, dan itulah
seburuk-buruk tempat yang disediakan.
Katakanlah (Wahai
Muhammad): "Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik
daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang yang bertakwa disediakan disisi Tuhan mereka
beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai -sungai , mereka kekal di
dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula)
keredhaan dari Allah". Dan
(ingatlah) Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya;
5
Balasan Allah terhadap
orang yang degil. Al An’am 42-45
Dan demi sesungguhnya Kami telah utuskan Rasul-rasul kepada
umat-umat yang terdahulu daripadamu (lalu mereka mendustakannya), maka Kami
seksakan mereka dengan kebuluran dan penyakit, supaya mereka berdo'a (kepada
Kami) dengan merendahkan diri (serta insaf dan bertaubat). (43) Maka alangkah eloknya kalau mereka berdo'a kepada Kami dengan
merendahkan diri (serta insaf dan bertaubat) ketika mereka ditimpa azab Kami?
Tetapi yang sebenarnya hati mereka keras (tidak mahu menerima kebenaran), dan
Syaitan pula memperelokkan pada (pandangan) mereka apa yang mereka telah
lakukan. (44) Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka
dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan
kesenangan, sehingga mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang
diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala
bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat
sebarang pertolongan). (45) Lalu kaum yang zalim itu dibinasakan sehingga
terputus keturunannya. Dan (dengan itu bersyukurlah kerana musnahnya kezaliman,
dengan menyebut): "Segala puji tertentu bagi Allah yang memelihara dan
mentadbirkan sekalian Alam".
6
Balasan orang yang
mendustakanal Quran. Al A’raf 40-43
(40) Sesungguhnya
orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa
dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi
mereka pintu-pintu langit, dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta
masuk di lubang jarum*. Dan demikianlah Kami
membalas orang yang melakukan kesalahan. (41) Disediakan untuk mereka
hamparan-hamparan dari api neraka, dan di atas mereka lapisan-lapisan penutup
(dari api neraka). Dan demikianlah Kami membalas orang yang zalim (disebabkan
keingkarannya) (42) Dan orang yang beriman serta beramal soleh - (dengan tidak
menjadi keberatan kepada mereka, kerana) Kami tidak memberati diri seseorang
(dengan kewajipan) melainkan sekadar yang terdaya olehnya,- merekalah ahli
Syurga, mereka kekal di dalamnya (43) Dan kami cabutkan segala dendam dan hasad
dengki dari hati mereka, (di dalam Syurga) yang mengalir beberapa sungai di
bawah (tempat) masing-masing, dan mereka pula bersyukur dengan berkata:
"Segala puji tertentu bagi Allah yang telah memberi hidayah petunjuk untuk
(mendapat nikmat-nikmat) ini, padahal kami tidak sekali-kali akan memperoleh
petunjuk kalau Allah tidak memimpin kami (dengan taufik-Nya); sesungguhnya
telah datang Rasul-rasul Tuhan Kami dengan membawa kebenaran". Dan mereka diseru*: "Itulah Syurga yang
diberikan kamu mewarisinya dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan".
7
Balasan orang yang menganut
kepercayaan syirik dan orang yang menganut
kepercayaan tauhid. Al Nahl 26-32
(26) Sebenarnya
orang yang terdahulu dari mereka telah menjalankan rancangan jahat (terhadap
agama Allah dan Rasul-rasul-Nya); maka Allah binasakan bangunan (rancangan
jahat) mereka dari asas-asasnya, lalu bumbung (bangunan itu) jatuh menimpa ke
atas mereka, dan mereka pula didatangi azab kebinasaan dari arah yang mereka
tidak menyedarinya.* (27) Kemudian pada hari Kiamat, Allah menghinakan mereka
(dengan azab seksa) sambil bertanya: "Mana dia sekutu-sekutu-Ku yang kamu
berperi-peri memusuhi (Nabi-nabi dan orang yang beriman) untuk membela mereka*?"
(Pada ketika itu) berkatalah orang yang beroleh ilmu pengetahuan**:
"Sesungguhnya kehinaan hari ini dan azab seksa, adalah tertimpa kepada
oang-orang yang kafir; -(28) "(Iaitu) mereka yang diambil nyawanya oleh
malaikat dalam keadaan mereka menganiayai diri sendiri (dengan kekufurannya)*. "Lalu mereka tunduk menyerah
(ketika melihat azab sambil berkata): "Kami tiada melakukan sesuatu
kejahatan". (Malaikat menjawab): "Bahkan (kamu ada melakukannya);
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu telah kerjakan. (29)
"Oleh itu, masukilah pintu-pintu neraka, tinggal kekallah kamu di
dalamnya; maka sesungguhnya (neraka itu) seburuk-buruk tempat bagi orang yang
sombong takbur". (30) Dan ditanya pula kepada orang yang bertakwa:
"Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhan kamu?". Mereka menjawab: "Kebaikan". Orang
yang berbuat kebaikan di dunia ini beroleh balasan yang baik, dan sesungguhnya
balasan negeri akhirat itu lebih baik lagi; dan memanglah negeri akhirat ialah
sebaik-baik negeri bagi orang yang bertakwa. (31) (Untuk mereka) Syurga-syurga
"Adn", yang mereka akan memasukinya, yang mengalir padanya beberapa
sungai; mereka beroleh di dalam Syurga-syurga itu apa yang mereka kehendaki;
demikianlah Allah membalas orang yang bertakwa. (32) (Iaitu) mereka yang
diambil nyawanya oleh malaikat dalam keadaan mereka bersih suci (dari kufur,
syirik dan maksiat), sambil malaikat itu berkata kepada mereka : "Selamat
sejahteralah kepada kamu; masuklah ke dalam Syurga disebabkan amal baik yang
telah kamu kerjakan.
8
Balasan terhadap orang yang
beriman dan orang kafir yang mengganggu
agama Allah dan Masjid Al Haram . Al Haj 23,25
(23) Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang yang beriman dan
beramal salih ke dalam Syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka
dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di
situ dari sutera.
Sesungguhnya (amatlah zalim) orang yang kafir
serta menghalangi manusia dari jalan Allah (agama Islam), dan dari memasuki
Masjid al-Haraam (Mekah)*, yang Kami jadikan dia tempat beribadat untuk seluruh
manusia (yang beriman) - samada yang tinggal menetapkan di situ sebarang
perbuatan yang dilarang dengan cara yang zalim, Kami akan merasakannya azab
yang tidak terperi sakitnya.**
9
Balasan yang disediakan
kepada para penentang ayat Allah.
Al Mukmin 69-76
Tidakkah engkau melihat
dan merasa hairan terhadap orang yang membantah mengenai maksud ayat-ayat
Allah, bagaimana mereka telah dipalingkan (dari kebenaran)? (70) Iaitu orang
yang mendustakan
A
l-Qur'an dan segala yang
dibawa oleh Rasul-rasul Kami yang telah Kami utus; maka mereka akan mengetahui
kelak. (71) Ketika belenggu dan rantai dipasung di leher mereka, sambil mereka,
diseret (72) Ke dalam air panas yang menggelegak; kemudian mereka dibakar dalam
api Neraka; (73) Akhirnya dikatakan kepada mereka: "Mana dia
berhala-berhala yang kamu dahulu sekutukan (74) "(Dengan menyembahnya atau
memujanya) selain Allah?" Mereka menjawab: "Benda-benda itu telah
hilang lenyap dari kami, bahkan yang sebenarnya kami dahulu tidak pernah
sekutukan sesuatu pun (dengan Allah)*". (Sebagaimana Allah menjadikan
mereka sesat), demikian pula Allah menyesatkan orang yang kufur ingkar
(menentang maksud ayat-ayat-Nya). (75) (Lalu dikatakan kepada mereka setelah
ditimpakan dengan azab seksa): "Balasan buruk yang demikian ini disebabkan
kamu dahulu bersukaria di muka bumi dengan cara yang salah (pada hukum Tuhan),
dan disebabkan kamu bersenang-lenang dan bermegah-megah dengan berleluasa (dalam
maksiat).(76) "Masukilah pintu-pintu Neraka Jahanam, kekallah kamu di
dalamnya; maka seburuk-buruk tempat bagi
orang yang sombong takbur ialah Neraka Jahanam". (77) Maka bersabarlah
(wahai Muhammad), sesungguhnya janji Allah (menyeksa musuh-musuhmu itu) adalah
benar; oleh itu kiranya Kami perlihatkan kepadamu sebahagian dari azab yang
Kami janjikan kepada mereka, ataupun Kami wafatkanmu sebelum itu, (maka
tetaplah mereka akan menerima balasan azab) kerana kepada Kamilah mereka akan
dikembalikan. (78) Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus beberapa Rasul
sebelummu; di antara mereka ada yang kami ceritakan perihalnya kepadamu, dan
ada pula di antaranya yang tidak Kami ceritakan kepada kamu. Dan tidaklah harus
bagi seseorang Rasul membawa sesuatu keterangan atau menunjukkan sesuatu
mukjizat melainkan dengan izin Allah; (maka janganlah diingkari apa yang dibawa
oleh Rasul) kerana apabila datang perintah Allah (menimpakan azab), diputuskan
hukum dengan adil; pada saat itu rugilah orang yang berpegang kepada perkara
yang salah. (79) Allah yang menjadikan binatang ternak bagi kamu; sebahagian di
antaranya untuk kamu menunggangnya, dan sebahagian lagi untuk kamu makan.
10 Balasan Allah terhadap orang yang mengahalangi manusia dari mendengar
al quran. Fusilat 26-29
Dan orang yang kafir berkata: "Janganlah kamu mendengar
Al-Qur'an ini dan tentanglah dia (dengan nyanyian-nyanyian dan jeritan-jeritan
riuh-rendah serta tepuk sorak), supaya kamu berjaya (mengganggu bacaan atau
menenggelamkan suara pembacanya)!"(27) Maka, demi sesungguhnya! Kami akan merasakan orang yang kafir itu azab seksa yang
seberat-beratnya, dan Kami akan membalas mereka dengan seburuk-buruk balasan
bagi apa yang mereka telah kerjakan. (28) Demikianlah keadaaannya balasan
musuh-musuh Allah, iaitu Neraka; disediakan untuk mereka tempat tinggal yang
kekal didalamnya, sebagai balasan bagi perbuatan mereka sentiasa mengingkari
ayat-ayat Kami.(29) Dan orang yang kafir berkata: "wahai Tuhan kami!
Perlihatkanlah kepada kami dua golongan yang telah menyesatkan kami dari jin
dan manusia, untuk kami meletakkan mereka di bawah tapak kaki kami, supaya
mereka menjadi golongan yang terkebawah dalam kehinaan".
11 Balasan yang tersinpan di sisi Allah untuk orang mukmin adalah lebih
baik dari kenikmatan dunia. Al Syura’ 36-39
Oleh itu, apa jua yang diberikan kepada kamu, maka ia hanyalah
nikmat kesenangan hidup di dunia ini sahaja, dan (sebaliknya) apa yang ada di
sisi Allah (dari pahala hari akhirat) adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang yang beriman dan yang
berserah bulat-bulat kepada Tuhannya;(37) Dan
juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang yang menjauhi dosa-dosa besar
serta perbuatan-perbuatan yang keji; dan apabila mereka marah (disebabkan
perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya;(38) Dan juga
(lebih baik dan lebih kekal bagi) orang yang menyahut dan menyambut perintah
Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka
dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan
sebahagian dari apa yang Kami beri kepada-Nya;(39) Dan juga (lebih baik dan
kekal bagi) orang yang apabila ditimpa sesuatu perbuatan secara zalim, mereka
hanya bertindak membela diri (sepadan dan tidak melampaui batas).
12 Balasan siksa terhadap orang-orang yang menentang dakwah itu tetap
berlaku. Al Tur 7-14
Sesungguhnya azab Tuhanmu tetap berlaku(8) Tidak
ada sesiapa pun yang dapat menolaknya (9) Pada hari langit (dan segala isinya)
bergegar segegar-gegarnya (10) Dan gunung-ganang bergerak dari tempatnya dengan
cara yang luar biasa*. (11) (Apabila berlaku yang demikian), maka kecelakaan
dan kebinasaanlah pada hari itu bagi orang
yang mendustakan kebenaran (12) Iaitu orang yang leka bermain-main dalam
kesesatan (13) Pada hari mereka ditolak ke dalam Neraka Jahanam dengan
penolakan yang sekasar-kasarnya (14) (Dan dikatakan kepada mereka):
"Inilah api Neraka yang dahulu kamu mendustakannya"
.
13 Balasan terhadap orang yang berdosa. Al Rahman 41-44
Orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu
dipegang dari ubun-ubun dan kakinya (serta diseret ke Neraka); (42) Maka yang
mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?(43)
(Lalu dikatakan kepada mereka): "Inilah Neraka Jahanam yang selalu orang
yang berdosa mendustakannya". (44) Mereka (terus diseksa) berulang-ulang
di antara api Neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya!
14 Balasan orang kafir danbalasan orang mukmin. Al Insan 4-6, 12-22
(Dalam pada itu), sesungguhnya Kami telah
menyediakan bagi sesiapa yang berlaku kufur (atau menderhaka): beberapa rantai
dan belenggu serta Neraka yang menjulang-julang. (5) Sesungguhnya orang-orang
yang berbakti (dengan taat dan kebajikan)* akan meminum dari piala: jenis
minuman yang bercampur dengan "Kafur", - (6) Iaitu sebuah mata air (di syurga), yang
diminum daripadanya oleh hamba-hamba Allah (yang taat); mereka boleh
mengalirkannya (di tempat-tempat tinggal mereka) dengan aliran yang
semudah-mudahnya dan menurut kemahuannya.
12) Dan kerana kesabaran mereka ( menegerjakan
suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya, mereka dibalas oleh Allah dengan
syurga dan (persalinan dari) sutera.
13) Mereka berehat di dalam syurga dengan
berteleku di atas pelamin-pelamin ( yang berhias), mereka tidak nampak di situ
adanya matahari (usahkan hawa panasnya),dan tidak juga merasai suasana yang
bersangatan sejuknya.
14) Sedang naungan pohon-pohon syurga itu dekat
kepada mereka dan buah-buahnya pula dimudahkan (untuk mereka memetiknya) dengan
semudah-mudahnya.
15) Dan (
selain itu) diedarkan kepada mereka ( oleh pelayan-pelayannya) bijian dari
perak dan piala-piala minuman yang keadaannya laksana kaca ( nampak jelas
isinya).
16 ( keadaannya laksana) kaca (sedang ia) dari perak,
pelayan-pelayan itu menentukan kadar isinya sekadar yang cukup betul dengan
kehendak penggunanya.
17) Dan mereka dalam syuga itu diberi minum
sejenis minuman yang campurannya dari `zanjabil’
18) Iaitu sebuah mata air dalam syurga, yang
disebut sifatnya sebagai `Salsabil’( salsabil, ertinya yang sungguh mudah dan
sedap diminum)
19) Dan mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki
yang tetap kekal ( dalam keadaan muda), yang sentiasa beredar di sekitar
mereka, apabila engkau melihat anak-anak muda itu, nescaya engkau menyangka
mutiara yang bertabuan.
20) Dan apabila engkau melihat di sana ( dalam syurga itu) engkau melihat
nikmat yang melimpah-melimpah dan kerajaan yang besar ( yang tidak ada tolok
bandingnya)
21) Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau
yang diperbuat daripada sutera halus dan sutera tebal ( yang bertekat), serta
mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak dan mereka diberi minum
oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman (yang lain)-yang bersih suci.
22) (seta dikatakan kepada mereka) “Sesungguhnya
(segala pemberian) ini adalah untuk kamu sebagai balasan, dan adalah usaha amal
kamu ( di dunia dahulu)diterima dan dihargai ( oleh Allah)”
15 Balasan orang yang mengutamakan kehidupan dunia dan balasan orang yang
takutkan Allah. Al Naziat 38-42
38)Serta ia mengutamakan
kehidupan dunia semata-mata,- (39) Maka sesungguhnya neraka Jahiimlah tempat
kediamannya. (40) Adapun orang yang
takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung
amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu,- (41) Maka
sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya. (42) Mereka (yang ingkar) selalu
bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa
datangnya?"
16 Balasan orang-orang yang menyiksa dan menfitnah orang mukmin.
Al Buruj 10
Sesungguhnya
orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang
beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak
bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka Jahannam (kerana perbuatan
buruk itu), dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana
mereka tidak bertaubat).
17 Segala bencana yang diterima manusia adalah akibat dari dosa-dosa dan
perbuatan mereka yang salah. Al Syura 30-31
Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau
bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari
perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah
memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu. (31) Dan kamu tidak akan dapat
melemahkan kuasa Allah (daripada menimpa kamu dengan bala bencana, walaupun
kamu melarikan diri di mana sahaja) di muka bumi (atau di langit); dan kamu
juga tidak akan beroleh sesiapapun - yang lain dari Allah- sebagai pelindung
atau pemberi pertolongan.
18 Orang-orang Musyrikin akan dimasukkan ke dalam neraka bersama-sama
dengan berhala yang disembah mereka . Al Nahl 84-87
Dan (ingatkanlah kepada mereka yang musyrik
tentang) hari Kami bangkitkan dari tiap-tiap umat, seorang saksi*; kemudian
tidak diizinkan bagi orang yang kafir (memberi sebarang alasan), dan mereka
pula tidak diminta memohon keredhaan Allah.** (85) Dan apabila orang yang
melakukan kezaliman (dengan kekufurannya) itu melihat azab, maka tidak akan
diringankan azab itu daripada mereka, dan mereka pula tidak diberi tempoh.(86)
Dan apabila orang musyrik melihat makhluk-makhluk dan benda-benda yang mereka
jadikan sekutu-sekutu Allah, mereka berkata: "Wahai Tuhan kami, inilah dia
yang kami jadikan sekutu-sekutu (bagi-Mu), yang kami sembah mereka dengan
meninggalkanMu". Maka dengan serta-merta
makhluk-makhluk yang mereka puja itu menolak dakwaan mereka dengan berkata:
" Sesungguhnya kamu adalah berdusta". (87) Dan pada hari itu mereka
semua menyerah diri bulat-bulat kepada Allah, dan hilang lenyaplah dari mereka
(yang musyrik itu) apa yang telah mereka ada-adakan (sebagai sekutu-sekutu
Allah).
19 Kemusnahan akan berlaku apabila menolak agama yang sebenar.
Al Rum 41-42
Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana
di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia;
(timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari
balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka
kembali (insaf dan bertaubat).* (42) Katakanlah: "Mengembaralah kamu di
muka bumi kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang yang telah lalu (yang
telah dibinasakan); kebanyakan mereka adalah orang musyrik".
20 Negeri-negeri yang menentang agama Allah akan
menerima mala petaka Al Talaq 8
&9
Dan bukan sedikit
negeri-negeri yang penduduknya menderhaka terhadap perintah Tuhan mereka dan
Rasul-rasul-Nya, maka kami hitung amal mereka satu persatu dengan hitungan yang
keras rapi, serta Kami seksakan mereka dengan azab yang tidak pernah dikenal
dahsyatnya. * (9) Lalu mereka merasai kesan yang buruk dari perbuatan
derhakanya, dan menjadilah akibat perbuatan mereka satu kerugian yang besar.
21 Keseksaan orang-orang kafir di dalam neraka. Al Mulk 6-11
22 Keseksaan dalam neraka. Al Muarij 15-17
Tidak sekali-kali (sebagaimana yang diharapkannya)!
Sesungguhnya neraka (yang disediakan baginya) tetap menjulang-julang
apinya,(16) (Membakar serta) menggugurkan kulit ubun-ubun dan anggota-anggota
tubuh badan, (17) Neraka itu juga memanggil dan menarik orang yang membelakangi
serta berpaling (dari kebenaran),
23 Orang-orang kafir tidak dapat mengelak dari azab. Al Muarij 1-4
Salah seorang (dari kalangan orang kafir Mekah, secara
mengejak-ejek) meminta kedatangan azab yang (dijanjikan) akan berlaku,(2) Azab
yang disediakan untuk orang yang kafir,
yang tidak ada sesiapapun dapat menolak kedatangannya- (3) Dari Allah yang
menguasai tempat-tempat turun naik-(4) Yang dilalui oleh malaikat-malaikat dan
Jibril ke pusat pemerintahan-Nya (untuk menerima dan menyempurnakan tugas
masing-masing, terutama) pada satu masa yang adalah tempohnya (dirasai oleh
orang-orang yang bersalah) sungguh panjang, (kerana banyak hitungan hisab dan
berat soal jawabnya).
24 Orang-orang beriman akan dibalas dengan kehidupan yang kekal abadi di dalam syurga. Al Bayinah 7-8
Sesungguhnya orang-orang
yang beriman dan beramal salih, mereka itulah sebaik-baik makhluk. (8) Balasan
mereka di sisi Tuhannya ialah Syurga 'Adn (tempat tinggal yang tetap), yang
mengalir dibawahnya beberapa sungai; kekallah mereka didalamnya selama-lamanya;
Allah redha akan mereka dan merekapun redha (serta bersyukur) akan nikmat
pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar
perintah) Tuhannya.*
25 Sunah Allah ialah membinasakan kaum yang dzalim dan menggantikan dengan
kaum yang baru. Al Anbia’ 11-15
Dan berapa banyak Kami telah pecah belahkan dan
binasakan penduduk negeri yang melakukan kezaliman, dan Kami telah menjadikan
sesudah mereka, kaum yang lain sebagai gantinya.*(12) Maka tatkala mereka
merasai (kedatangan) azab Kami, mereka dengan serta-merta lari keluar dari
negeri itu.(13) (Lalu dikatakan kepada mereka): "Janganlah kamu lari, dan
sebaliknya kembalilah kepada kemewahan hidup yang telah diberikan kepada kamu,
dan ke tempat-tempat tinggal kamu, supaya kamu dapat ditanya mengenai apa yang
berlaku".(14) (Akhirnya) mereka berkata: "Aduhai celakanya kami! Sesungguhnya
kami adalah orang yang berlaku zalim!"(15) Maka demikianlah seterusnya
jeritan dan keluhan mereka, sehingga Kami jadikan mereka hancur lebur dan
senyap-sepi.
26 Orang-orang kafir yang lupakan daratan dalam kemewahan hidup di dunia
akan mengetahui akibahnya yang amat dahsyat Al Hajj 3-4
Dan ada di antara manusia yang membantah
perkara-perkara yang berhubung dengan Allah dengan tidak berdasarkan sebarang
pengetahuan, dan ia menurut tiap-tiap syaitan yang telah sebati dengan
kejahatan.* (4) Yang telah ditetapkan kepada (tiap-tiap) syaitan itu, bahawa
sesiapa yang berketuakan dia, maka sesungguhnya ia akan menyesatkannya dan
memimpinnya kepada azab neraka.
27 Setiap penentang para ambia’ ditimpa keseksaan dari
Allah. Al A’raf 94-97
Dan (Tuhan berfirman): Kami tidak mengutus dalam
sesebuah negeri seorang Nabi (yang didustakan oleh penduduknya), melainkan Kami
timpakan mereka dengan kesusahan (kesempitan hidup) dan penderitaan (penyakit),
supaya mereka tunduk merendah diri (insaf dan tidak berlaku sombong takbur)(95)
Setelah (mereka tidak juga insaf) Kami gantikan kesusahan itu dengan kesenangan
hingga mereka kembang biak (serta senang-lenang) dan berkata (dengan
angkuhnya): "Sesungguhnya nenek moyang kita juga pernah merasai kesusahan dan
kesenangan (sebagaimana yang kita rasakan)"*. Lalu Kami timpakan mereka (dengan azab seksa) secara mengejut,
dan mereka tidak menyedarinya. (96) Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya
penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada
mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit daan
bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul
Kami) lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka
telah usahakan (97) Patutkah penduduk negeri-negeri itu (bersedap hati) serta
merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada malam hari, semasa
mereka sedang tidur?
.
27 Umat-umat menolak kedatangan rasul-rasul telah dibinasakan Allah
Yunus 13
Dan sesungguhnya
Kami telah membinasakan umat-umat yang terdahulu daripada kamu semasa mereka
berlaku zalim padahal telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka membawa
keterangan-keterangan, dan mereka masih juga tidak beriman. Demikianlah Kami
membalas kaum yang melakukan kesalahan.
28 Mala petaka yang ditimpakan ke atas umat yang derhaka. Al A’raf 4
¼///G¾/////MG~
>æ//;ž?®/////G– ãIh› â//G˜Gz
Dan berapa banyak negeri yang Kami binasakan, iaitu datang
azab seksa Kami menimpa penduduknya pada malam hari, atau ketika mereka berehat
pada tengah hari
No comments:
Post a Comment