B Bahagian Tauhid yang terdapat di dalam Al quran
1
Ikrar manusia bertuhankan Allah di alam Arwah
- Al A’raf 172
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu
mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun temurun) dari (tulang) belakang
mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri*, (sambil Ia
bertanya dengan firman-Nya): "Bukankah Aku Tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar
(Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari Kiamat
kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang
(hakikat tauhid) ini".
2
Ruh kepercayaan tauhid- al Baqarah 255
Allah, tiadalah Tuhan (yang berhak disembah)
melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan
(sekalian makhluk-Nya). Yang tidak mengantuk
usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada
sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan
izin-Nya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di
belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan)
ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya
Kursi Allah (ilmu-Nya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah
menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya*. Dan Dialah
Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya),lagi Maha Besar(kekuasaanNya )
3
Prinsip-prinsip kepercayaan tauhid - Al Nahl
22, 51-53
Tuhan kamu
(yang berhak disembah) ialah Tuhan yang satu (Maha Esa); oleh itu, orang yang
tidak beriman kepada hari akhirat: hati mereka ingkar dan sikap mereka sombong
takbur (menentang kebenaran).
Al Nahl
51-53
(51)Dan Allah berfirman*: "Janganlah kamu
bertuhankan dua tuhan, kerana sesungguhnya Tuhan itu hanyalah Tuhan yang satu;
maka kepada Akulah sahaja hendaknya kamu gerun gementar. (52)Dan bagi-Nyalah
(hak milik) segala yang ada di langit dan di bumi; dan kepada-Nya sahaja
tertentu ibadat dan ketaatan selama-lamanya; (sesudah kamu mengetahui yang demikian)
maka tidaklah patut kamu takut kepada yang lain dari Allah.(53)Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka
adalah ia dari Allah; kemudian, apabila kamu ditimpa kesusahan maka
kepada-Nyalah kamu meraung meminta pertolongan.
4
Asas kepercayaan Tauhid Al Zumar 1-3, Al
Zukhruf 81-87
Al Zumar 1-3
(1)Turunnya
Kitab Al-Qur'an ini dari Allah, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(2)Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Qur'an ini
kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau
menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu
kepada-Nya.(3)Ingatlah! (Hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah
segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik). Dan orang
musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong
(sambil berkata): "Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya
mereka mendampingkan kami kepada Allah sedamping-dampingnya", -
Sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang yang tidak
melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya
Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang yang tetap berdusta
(mengatakan yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik).
Al Zukhruf
81-87
Katakanlah
(Wahai Muhammad, kepada mereka yang musyrik itu): "Kalau betul Allah Yang
Maha Pemurah, mempunyai anak(sebagaimana yang kamu dakwakan) maka akulah orang
yang awal pertama yang akan menyembah
anak itu; (tetapi dakwaan kamu itu tidak berasas)!"(82)Maha Suci Allah
Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, - Tuhan yang mempunyai Arasy (yang melambangkan kebesaran-Nya), - (Maha
Sucilah Ia) dari apa yang mereka katakan itu.Oleh itu, biarkanlah mereka (wahai
Muhammad) tenggelam dalam kesesatan mereka dan leka bermain-main (dalam dunia
mereka), sehingga mereka menemui hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk
menerima balasan).(83)Dan (ingatlah), Allah jualah Tuhan yang berhak disembah
di langit, dan Dialah Tuhan yang berhak disembah di bumi; dan Dialah jua Yang
Maha Bijaksana, lagi Maha
Mengetahui.(84)Dan Maha Tinggilah Kebesaran Tuhan yang menguasai langit dan
bumi serta segala yang ada di antara keduanya; dan Dialah jua yang mengetahui
tentang (masa datangnya) hari kiamat; dan kepadaNyalah kamu semua akan
dikembalikan.(85)Dan segala yang mereka sembah yang lain dari Allah, tidak
mempunyai sebarang kuasa untuk memberikan syafaat pertolongan, kecuali sesiapa
ang memberi penerangan mengakui kebenaran dengan mentauhidkan Allah, Tuhan Yang
Sebenar-benarnya secara mereka mengetahuiNya dengan yaqin (bukan dengan
kata-kata orang; maka merekalah yang mungkin diizinkan memberi dan mendapat
syafaat itu).(86)Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka:
"Siapakah yang menciptakan mereka?" Sudah tentu mereka akan menjawab:
"Allah!". (Jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan
(dari menyembah dan mengesakan-Nya)?
5
Asas pengakuan tauhid yang tidak berbelah
bagi- Al Zumar 11- 14
Katakanlah
lagi (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah
Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat kepada-Nya;"Dan aku diperintahkan
supaya menjadi orang yang awal pertama berserah diri bulat-bulat (kepada
Allah)".Katakanlah lagi: "Sesungguhnya aku takut - jika aku
menderhaka kepada Tuhanku akan azab hari
yang besar (soal jawabnya)".
6
Dalil Tauhid- Al Nahl 78-81
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu
dengan keadaan tidak mengetahui sesuatu pun; dan Ia mengurniakan kepada kamu
pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.*
(79) Tidakkah mereka
memperhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang melayang-layang di angkasa?
Tiada yang menahan mereka (dari jatuh) melainkan Allah; sesungguhnya pada
yang demikian itu, ada tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum
yang beriman(80).Dan Allah menjadikan bagi kamu rumah-rumah (yang kamu dirikan
itu) tempat tinggal; dan Ia menjadikan bagi kamu dari kulit binatang-binatang
ternak: Khemah-khemah (tempat berteduh), yang kamu mendapatinya ringan (di bawa
ke mana-mana) semasa kamu merantau dan semasa kamu berhenti; dan (Ia juga
menjadikan bagi kamu) dari berjenis-jenis bulu binatang-binatang ternak itu*,
berbagai barang perkakas rumah dan perhiasan, (untuk kamu menggunakannya)
hingga ke suatu masa.(81) Dan Allah menjadikan bagimu sebahagian dari yang
diciptakan-Nya: benda-benda untuk berteduh*, dan Ia
menjadikan bagi kamu sebahagian dari gunung-ganang tempat-tempat berlindung**;
dan Ia juga menjadikan bagi kamu pakaian-pakaian yang memelihara kamu dari
panas dan sejuk. Juga pakaian-pakaian yang memelihara kamu semasa berjuang.
Demikianlah; Ia menyempurnakan nikmat-Nya kepada kamu, supaya kamu berserah
diri kepada-Nya dan mematuhi perintah-Nya.
7
Perbandingan di antara pokok kepercayaan tauhid dan pokok kepercayaan syirik- Ibrahim 22, 24-26
22-Dan
berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu*: "Sesungguhnya Allah
telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar**, dan aku telah menjanjikan
kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu; dan tiadalah bagiku sebarang
alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu
kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku
tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu
dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku
telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku
dengan-Nya". Sesungguhnya orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada
bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.
24-Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan
satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang
baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya
menjulang ke langit.
25-Ia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran).*
26-
Dan bandingkan kalimah yang jahat-buruk* samalah seperti sebatang pohon
yang tidak berguna yang mudah terjungkit akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada
tapak baginya untuk tetap hidup.
8
Menegakkan hujah tauhid iaitu jika manusia
sendiri tidak suka disamaratakan dengan orang-orang bawahan mereka, maka mengapa mereka tergamak
menyamakan Allah dengan makhlukNya .
Al Nahl
71,75,76
71-Dan
Allah telah melebihkan sebahagian dari kamu atas sebahagian yang lain pada
rezeki yang dikurniakan-Nya, dalam pada itu, orang yang diberi kelebihan itu
tidak mahu memberi sebahagian dari kelebihan hartanya kepada hamba-hamba
mereka, supaya orang itu dapat sama mempunyai harta. Maka
mengapa mereka tergamak mengingkari nikmat Allah itu dengan perbuatan syirik?*
75- Allah memberikan satu
misal perbandingan: Seorang hamba abdi yang menjadi milik orang, yang tidak
berkuasa melakukan dengan bebasnya sesuatu pun; dan seorang lagi (yang merdeka)
yang Kami kurniakan kepadanya pemberian yang baik (harta kekayaan) dari Kami, maka
ia pun membelanjakan hartanya dengan bebasnya, samada secara bersembunyi atau
berterang-terang; adakah kedua orang itu sama*? Segala puji tertentu bagi Allah
(dan Allah jualah yang berhak disembah), tetapi kebanyakan mereka (yang
musyrik) tidak mengetahui (hakikat tauhid itu).
76- Dan Allah memberikan satu misal perbandingan lagi: Dua orang lelaki,
salah seorangnya kelu pekak dari semulajadinya, tidak dapat menyatakan apa yang
difikirkannya dan tidak dapat mendengar apa yang dikatakan kepadanya; dan ia
pula menjadi beban kepada orang yang menjaganya; ke mana sahaja ia di arahkan
pergi oleh penjaganya, tidak dapatlah dia membawa sesuatu yang berfaedah;
adakah dia (yang demikian sifatnya) sama seperti orang (yang boleh berkata-kata
serta dapat) menyuruh orang ramai melakukan keadilan, dan ia sendiri pula
berada di atas jalan yang lurus (jalan yang benar).
9
Keingkaran orang-orang kafir terhadap
kepercayaan tauhid adalah semata-mata didorong oleh fanatik buta - Al Ra’d
14,16,18
14 -Kuasa menerima ibadat yang benar
adalah tertentu bagi Allah; dan benda-benda yang mereka sembah yang lain dari
Allah, tidak akan dapat menyahut atau memberikan sesuatu pun kepada mereka,
hanyalah seperti orang yang membentangkan kedua tapak tangannya kepada air
supaya sampai ke mulutnya, padahal air itu sudah tentu tidak akan sampai
kepadanya. Dan tiadalah ibadat dan doa permohonan orang kafir itu melainkan dalam
kesesatan
16- Bertanyalah (wahai Muhammad): "Siapakah Tuhan
yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi?" Jawablah:
"Allah". Bertanyalah lagi: "Kalau demikian, patutkah kamu
menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai pelindung dan penolong,
yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri, dan tidak
dapat menolak sesuatu bahaya?" Bertanya lagi: "Adakah sama, orang
yang buta dengan orang yang celik? Atau adakah sama, gelap gelita dengan
terang? Atau adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu
telah mencipta sesuatu seperti ciptaan-Nya, sehingga ciptaan-ciptaan itu
menjadi kesamaran kepada mereka?"
Katakanlah: "Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan
Dialah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa"
18- Bagi orang yang menyahut seruan Tuhan mereka sahajalah balasan yang
sebaik-baiknya; dan orang yang ingkar yang tidak menyahut seruan-Nya, kalaulah
mereka mempunyai segala apa jua yang ada di bumi disertai dengan sebanyak itu
lagi, tentulah mereka rela menebus diri dengannya*. Mereka itu disediakan
baginya hitungan hisab yang seburuk-buruknya, serta tempat kembali mereka ialah
Neraka Jahanam; dan amatlah buruknya tempat tinggal itu.
Menolak
kepercayaan syirik Al Naml 61-65
61) Atau siapakah yang telah menjadikan bumi
tempat penetapan; dan telah menjadikan sungai-sungai di antara
bahagian-bahagiannya; dan telah menjadikan untuknya gunung-ganang yang
menetapnya; dan juga telah menjadikan di antara dua laut (yang masin dan yang
tawar) sekatan (semula jadi) yang memisahnya*? Adakah sebarang tuhan yang lain
bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan kebanyakan mereka (yang musyrik itu) tidak
mengetahui. 62) Atau siapakan yang
memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang
menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah
lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama
Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu). 63) Atau siapakah yang menunjukkan jalan kepada
kamu dalam gelap-gelita darat dan laut, dan yang menghantarkan angin sebagai
pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmat-Nya*? Adakah
sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Maha Tinggilah keadaan Allah dari
apa yang mereka sekutukan dengan-Nya.
64) Atau siapakah yang
memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Ia mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya). dan siapakah
yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Adakah sebarang tuhan
yang lain bersama-sama Allah? Katakanlah (wahai Muhammad): "Bawalah kemari
keterangan-keterangan kamu*, jika betul
kamu orang yang benar". 65) Katakanlah lagi: "Tiada sesiapa pun
di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah!"
Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup
semula (sesudah mati).
1
Syirik itu menggugurkan segala amalan baik Al
Zumar 65
Dan sesungguhnya telah diwahikan kepadamu (wahai Muhammad) dan
kepada Nabi-nabi yang terdahulu daripadamu: "Demi sesungguhnya! Jika engkau (dan pengikut-pengikutmu)
mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu,
dan engkau akan tetap menjadi dari orang yang rugi.
2
Tiada maaf bagi dosa syirik al Nisa’ 116
Sesungguhnya
Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukan-Nya dengan
sesuatu (apa jua), dan akan
mengampunkan yang lain daripada
kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut peraturan
hukum-hukum-Nya); dan sesiapa yang
mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang
sejauh-jauhnya
3
Penyakit
keronis manusia ialah syirit Al A’raf 24
Allah
berfirman: "Turunlah kamu semuanya, dengan keadaan setengah kamu menjadi
musuh bagi setengahnya yang lain, dan bagi kamu disediakan tempat kediaman di
bumi, dan juga diberi kesenangan hingga ke suatu ketika (mati)"
4
Orang yang berpegang kepada kepercayaan
syirik akan menerima kesudahan yang dahsyat . Ibrahim 28-30
(28) Tidakkah engkau melihat (dan merasa ajaib) terhadap orang
kafir yang telah menukar kesyukuran nikmat Allah dengan kekufuran, dan yang
telah menempatkan kaum mereka dalam kebinasaan?(29) (Iaitu) Neraka Jahanam yang
mereka akan menderita bakarannya; dan (ingatlah), seburuk-buruk tempat tetap
ialah Neraka Jahanam.(30) Dan mereka mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah untuk
menyesatkan manusia dari jalan-Nya. Katakanlah (wahai Muhammad): "Bersenang-senanglah kamu
(bagi sementara di dunia), kerana sesungguhnya kesudahan kamu ke neraka".
5
Perbandingan antara pokok kepercayaan tauhid
dan pokok kepercayaan syirik . Ibrahim 24-26
(24) Tidakkah engkau melihat (wahai
Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang
baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya)
tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.(25) Ia mengeluarkan
buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah
mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka
beringat (mendapat pelajaran).*
( 26) Dan bandingkan kalimah yang jahat-buruk* samalah seperti sebatang
pohon yang tidak berguna yang mudah terjungkit akar-akarnya dari muka bumi;
tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup.
6
Cabaran Allah kepada orang yang
mensyirikkanNya . al ahqaf 4-6, 8-10
(4) Katakanlah (wahai Muhammad kepada
orang musyrik yang menentangmu): "Sudahkah kamu mengetahui kekuasaan dan
kelayakan makhluk-makhluk yang kamu seru dan sembah yang lain dari Allah?
Tunjukkanlah padaku apakah yang mereka ciptakan dari bahagian bumi ini? Atau
adakah mereka mempunyai sebarang perkongsian (dengan Allah) dalam mencipta dan
menguruskan sebuah Kitab (dari Allah) yang lain dari Al-Qur'an ini, atau
sebarang keterangan yang berdasarkan ilmu (peninggalan orang yang telah lalu)
kalau betul kamu orang yang benar (tentang dakwaan kamu itu)!".*
(5) Dan tidak ada yang lebih sesat daripada orang yang menyembah
sesuatu yang lain dari Allah, yang tidak dapat menyahut atau memberikan
sebarang pertolongan kepadanya (dari dunia) hinggalah ke hari Kiamat, sedang
makhluk-makhluk yang mereka sembah itu tidak dapat menyedari atau memberi
layanan baik kepada permohonan mereka. (6) Dan apabila manusia dihimpunkan
(untuk dihitung amalnya pada hari akhirat), menjadilah segala yang disembah itu
musuh kepada orang yang menyembahnya, dan segala yang disembah itu juga tidak
mengakui serta mendustakan penyembahan mereka padanya.
(8) (Bukan setakat itu sahaja mereka
katakan) bahkan mereka menuduh dengan berkata: "Muhammad telah merekakan
Al-Qur'an itu." Katakanlah (wahai Muhammad: "Kalau aku merekakan
Al-Qur'an itu (maka aku tidak terlepas dari azab kesalahan itu) kerana kamu
(dan juga yang lain dari kamu) tidak berkuasa memberikan daku sebarang
perlindungan dari (azab) Allah. Allah lebih mengetahui akan (tuduhan-tuduhan
yang tidak berasas) yang kamu perkatakan itu; cukuplah Allah menjadi saksi
antaraku dengan kamu, dan Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani."(9) Katakanlah lagi: "Bukanlah aku seorang Rasul pembawa
agama yang berlainan dari agama yang dibawa oleh Rasul-rasul (yang telah
lalu),* dan aku tidak mengetahui apa yang akan dilakukan kepadaku dan kepada
kamu. Aku tidak melakukan sesuatu melainkan menurut apa yang diwahikan
kepadaku, dan aku tidak lain hanyalah seorang Rasul pemberi amaran yang jelas
nyata". (10) Katakanlah lagi:
"Bagaimana fikiran kamu jika Al-Qur'an ini (yang datangnya) dari Allah dan
kamu mengingkarinya, pada hal ada seorang saksi dari Bani Israail memberi
keterangan mengakui (sahnya Kitab) yang sama seperti Al-Qur'an ini, lalu ia
percayakan (Al-Qur'an ini dari Allah), sedang kamu dengan sombong angkuh
mengingkarinya? (Tidakkah dengan yang demikian kamu bersifat zalim)?
Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang yang zalim (yang
degil dalam kekufurannya)".
7
Menolak dakwaan kaum Musyrikin yang
mengatakan bahawa mereka menyembah berhala dengan restu Allah . Al Nahl 35-36
(35) Dan berkatalah orang kafir musyrik: "Kalaulah Allah
menghendaki, tentulah kami tidak menyembah selain daripadanya sesuatu pun, -
(tidak) kami dan tidak juga datuk-nenek kami; - dan tentulah kami tidak
mengharamkan sesuatu pun dengan ketiadaan perintahnya". Demikianlah
juga yang telah dilakukan oleh orang yang terdahulu daripada mereka. (Apa yang
mereka katakan itu adalah salah semata-mata) kerana bukankah Rasul-rasul
semuanya tidak bertanggungjawab selain daripada menyampaikan (kehendak dan
hukum Allah) dengan cara yang jelas nyata.?* (36) Dan sesungguhnya Kami telah
mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya
menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah
Taghut"*. Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang
menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan ada
pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi,
kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan
Rasul-rasulnya.
8
Cabaran Allah kepada kaun Musyrikin terhadap kepercayaan syirik mereka yang tidak
berasas . Al Zumar 36,38
36)
Bukankah Allah cukup untuk mengawal dan melindungi hambaNya (yang bertakwa)?
Dan mereka menakutkanmu (wahai Muhammad) dengan yang mereka sembah yang lain
dari Allah. Dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan
pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapapun yang dapat memberi hidayah
petunjuk kepada-Nya.
38) Dan demi
sesungguhnya! jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang
musyrik) itu : "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi ?" Sudah tentu
mereka menjawab: "Allah".
Katakanlah (kepada mereka): "Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu
tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan
daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan
bahayaNya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka
menahan rahmatnya itu?" Katakanlah lagi: "Cukuplah bagiku: Allah
(yang menolong dan memeliharaku); kepada-Nyalah hendaknya berserah orang yang
mahu berserah diri".
9
Kaum Musyrikin tidak mengingkari kewujudan
Allah tetapi mereka mensekutukaNya dengan sembahan yang lain. Al Zukhruf 9,15
(9) Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad)
bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan
langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Yang menciptakannya ialah Allah
Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui".
(!5) Dan mereka (yang musyrik
mempersekutukan Allah dengan) menjadikan sebahagian dari hamba-hamba Allah
sebagai anak bagi-Nya. Sesungguhnya manusia (yang demikian sesatnya) sangat
tidak mengenang budi, lagi nyata kufurnya.
10
Hujah lapuk kaum Musyrikin. Al Isra’ 90-92
(90) Dan mereka
berkata: "Kami tidak sekali-kali akan beriman kepadamu (wahai Muhammad),
sehingga engkau memancarkan mata air dari bumi, bagi Kami.* (91) "Atau (sehingga) engkau mempunyai kebun
dari pohon-pohon tamar dan anggur, kemudian engkau mengalirkan sungai-sungai
dari celah-celahnya dengan aliran yang terpancar terus-menerus.(92) "Atau (sehingga) engkau gugurkan langit
berkeping-keping atas kami, sebagaimana yang engkau katakan (akan berlaku)*;
atau (sehingga) engkau bawakan Allah dan malaikat untuk kami menyaksikannya.**
Nifaq
1
Manusia munafik bercakap lain di lidah, lain
di hati . Al Baqarah 200-201,204.
(200) Kemudian apabila kami telah selesai
mengerjakan amalan ibadat Haji Kami, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan
mengingat Allah (dengan membesarkanNya) sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut
(memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan dengan sebutan yang lebih lagi. Dalam pada
itu, ada di antara manusia yang (berdo'a dengan ) berkata: "Wahai Tuhan
Kami! Berilah kami (kebaikan) di dunia". (Orang ini diberikan kebaikan di
dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat.(201) Dan di antara mereka pula ada yang (berdo'a
dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami; berilah kami kebaikan di dunia dan
kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka".
(204)
Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal
kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya), dan ia
(bersumpah dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa yang ada
dalam hatinya*, padahal ia adalah orang yang sangat-sangat keras permusuhannya
(kepadamu).
2
Penyakit dan sifat-sifat orang munafikin. Al
Baqarah 9-10, 12-14,
al Munafiqun 1-7
( 9) Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang yang beriman,
padahal mereka hanya memperdayakan dirinya sendiri, sedang mereka tidak
menyedarinya.
(10) Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu)
terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit
itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi
sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).
(12) Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka
itulah orang yang sebenarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak
menyedarinya.
(13) Dan apabila dikatakan kepada
mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang itu telah beriman". Mereka
menjawab:" Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang yang
bodoh itu?" Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang yang bodoh, tetapi
mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
(14) Dan apabila mereka bertemu
dengan orang yang beriman, mereka berkata: "Kami telah beriman", dan
manakala mereka kembali kepada Syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:
"Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya
memperolok-olok (akan orang yang beriman)".
3
Menyedarkan orang-orang munafikin supaya mengingatkan nikmat Allah .
al Baqarah 21-22
(21) Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang
telah menciptakan kamu dan orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu
(menjadi orang yang) bertakwa.*
(22) Dialah yang menjadikan
bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai
bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkan-Nya air hujan dari
langit, lalu dikeluarkan-Nya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang
menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang
sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).
Kafir
1
Taraf hidup orang kafir sama taraf hidup
binatang. Muhamad 12,15
(12) Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang
yang beriman serta mengerjakan amal-amal yang salih - ke dalam syurga yang
mengalir di bawahnya beberapa sungai; dan (sebaliknya) orang yang kafir
menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana
binatang-binatang ternak makan minum, sedang Nerakalah menjadi tempat tinggal
mereka.
(15) Sifat syurga yang telah dijanjikan
kepada orang yang bertakwa (ialah seperti berikut): ada padanya beberapa sungai
dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu
yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi
orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. Dan ada
pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredhaan dari Tuhan
mereka. (Adakah orang yang tinggal kekal di dalam syurga yang sedemikian itu
keadaannya) sama seperti orang yang tinggal kekal di dalam neraka dan diberi
minum dari air yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur?
(Sudah tentu tidak sama)!
2
Manusia kafir yang engkar dicabar supaya
mengenalkan asal usul kejadiannya- . Al Infitaar 6-8
( 6 ) Wahai Manusia! Apakah yang
memperdayakanmu - (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah?(7) Tuhan yang telah menciptakan dan mengatur
kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya
anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan
dengan kekuatannya;
(8) Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendakiNya, Ia menyusun
kejadianmu.
3
Punca kekafiran manusia ialah kelobaan mereka
kepada kenikmatan hidup dunia- Ibrahim 3
Orang yang mengutamakan dunia lebih daripada akhirat, dan
menghalangi manusia dari jalan agama Allah, sertanya menghendaki jalan itu
menjadi bengkok terpesong, mereka itulah orang yang terjerumus ke dalam
kesesatan yang jauh terpesongnya.
4
Kekafiran itu menambahkan kerugian demi
kerugian- Al Fathir 39
(39 ) Dialah yang menjadikan kamu orang yang
berkuasa di muka bumi silih berganti; oleh itu sesiapa yang kufur engkar maka
balasan kufurnya itu akan menimpa dirinya sendiri; dan orang kafir, kufurnya
tidak menambahkan mereka di sisi Tuhan mereka melainkan kemurkaan dan kehinaan;
dan juga orang yang kafir itu, kufurnya tidak menambahkan mereka melainkan
kerugian jua.*
Murtad
1
Tiada maaf bagi orang yang berturut-turut
murtad - An Nisa’ 137
(137) Sesungguhnya orang yang beriman,
kemudian mereka kafir, kemudian mereka
beriman semula, kemudian mereka kafir sekali lagi, kemudian mereka
bertambah-tambah lagi dengan kekufuran, Allah tidak sekali-kali akan memberi
ampun kepada mereka, dan tidak akan memberi petunjuk hidayah kepada mereka ke
jalan yang benar
Taghut
1
Kencaman terhadap orang yang berhakim taghut- An Nisa’ 60
( 60) Tidakkah engkau
(hairan) melihat (wahai Muhammad) orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka
telah beriman kepada Al-Qur'an yang telah diturunkan kepadamu dan kepada
(Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada
Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut
itu. Dan Syaitan pula sentiasa hendak
menyesatkan mereka dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya
No comments:
Post a Comment