Saturday, July 12, 2014

L AYAT- AYAT MENGENAI DAKWAH YANG TERDAPAT DALAM QURAN




L    Bahagian Dakwah

1      Masyarakat Islam perlu mengadakan kumpulan pendakwah.   Al Imran 104

Dan hendaklah ada diantara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam)*, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang yang berjaya. 
  
2      Para pendakwah diingatkan supaya jangan mengenepikan pengikut-pemgikut yang miskin semata-mata untuk mengambil hati orang kafir.      Al An’am 52

Dan janganlah engkau usir orang yang beribadat dan berdo'a kepada Tuhan mereka pagi dan petang, sedang mereka menghendaki keredhaan-Nya semata-mata. Tiadalah engkau bertanggungjawab sesuatu pun mengenai hitungan amal mereka, dan mereka juga tidak bertanggungjawab sesuatu pun mengenai hitungan amalmu. Maka (sekiranya) engkau usir mereka, nescaya menjadilah engkau dari orang yang zalim.

3      Para pendakwah terlepas dari tanggungjawab setelah mereka menyampaikan dakwah mereka.Al A’raf 165
Maka tatkala mereka melupakan (tidak menghiraukan) apa yang telah diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang yang melarang daripada perbuatan jahat itu, dan Kami timpakan orang yang zalim dengan azab seksa yang amat berat, disebabkan mereka berlaku fasik(derhaka)

4      Tema agong dakwah.Hud 2

(Al-Qur'an yang demikian sifatnya diturunkan oleh Allah) supaya janganlah kamu menyembah sesuatu pun melainkan Allah.  (Katakanlah wahai Muhammad):  "Sesungguhnya aku diutus oleh Allah kepadamu, sebagai pemberi amaran (kepada orang yang ingkar),  dan pembawa berita gembira (kepada orang yang beriman).

5      Cara berdakwah yang bijaksana. Fusilat 33-36

Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang salih, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"(34) Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat.  Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik*; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. (35) Dan sifat yang terpuji ini* tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai kebahagiaan yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat. (36) Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah.  Sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
  
6      Penentang-penentang dakwah dipolopori oleh golongan mewah yang bertqlik buta kepada nenek moyang mereka. Al Zukhruf 23-25

Dan demikianlah halnya (orang yang taqlid buta); Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) kepada (penduduk) sesebuah negeri, seseorang Rasul pemberi amaran, melainkan orang yang berada dalam kemewahan di negeri itu berkata: "Sesungguhnya kami dapati datuk nenek kami menurut satu jalan agama, dan sesungguhnya kami hanya mengikut jejak mereka sahaja".(24) Rasul itu berkata: "Adakah (kamu akan menurut juga mereka) walaupun aku membawa kepada kamu agama yang lebih jelas hidayah petunjuknya daripada jalan agama yang kamu dapati datuk nenek kamu menurutnya?" Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami tetap mengingkari apa yang kamu diutuskan membawanya".(25) Lalu kami balas keingkaran mereka dengan azab yang membinasakan; maka perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya.

7      Amaran kepada orang yang menentang dakwah Allah. Fusilat 40-42

Sebenarnya orang yang menyeleweng dari jalan yang benar mengenai ayat-ayat keterangan Kami*, tidak terselindung keadaan mereka dari (pengetahuan) Kami. (Kalau sudah demikian), maka adakah orang yang dihumbankan ke dalam Neraka lebih baik**, atau orang yang datang dalam keadaan aman dan selamat pada hari kiamat? (Katakanlah kepada orang yang menyeleweng itu): "Buatlah apa yang kamu suka, sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu lakukan (dan akan membalasnya)". (41) Sesungguhnya orang yang kufur ingkar terhadap Al-Qur'an ketika sampainya kepada mereka, (akan ditimpa azab seksa yang tidak terperi); sedang Al-Qur'an itu, demi sesungguhnya sebuah Kitab Suci yang tidak dapat ditandingi,(42) Yang tidak dapat didatangi sebarang kepalsuan dari mana-mana arah dan seginya; ia diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Terpuji.
  

8      Manusia diingatkan iaitu walau bagaimana gagah sekalipun kaum-kaum yang menentang dakwah Allah akan berakhir dengan kemusnahan. Al Mukmin 82-85

Selain dari itu, tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, dengan itu tidakkah mereka memerhatikan bagaimana kesudahan orang yang terdahulu dari mereka (yang telah dibinasakan dengan sebab dosa-dosanya)? Orang itu lebih ramai dari mereka, dan lebih dari mereka tentang kekuatan tenaga dan tentang kesan-kesan usaha pembangunan di muka bumi. Dalam pada itu, apa yang telah diusahakan oleh orang itu, tidak dapat menolongnya sedikitpun. (83)Kerana pada masa mereka didatangi oleh Rasul-rasul yang diutus kepada mereka dengan membawa keterangan-keterangan (untuk menyelamatkan mereka, mereka mengejek-ejeknya, dan) mereka bergembira dengan pengetahuan yang ada pada mereka (yang mengenai keduniaan semata-mata); dan dengan yang demikian mereka pun diliputi oleh azab yang mereka ejek-ejek dahulu.(84) Maka tatkala mereka melihat azab Kami, mereka berkata: "Kami beriman kepada Allah semata-mata, dan Kami kufur ingkar kepada benda-benda yang dengan sebabnya kami menjadi musyrik".(85) Maka iman yang mereka katakan semasa melihat azab Kami, tidak berguna lagi kepada mereka*; yang demikian adalah menurut "Sunnatullah" (undang-undang peraturan Allah) yang telah berlaku kepada hamba-hamba-Nya. Dan pada saat itu rugilah orang yang kufur ingkar.
  
 
9      Rasulullah SAW diseru berjuang dengan penuh sabar dan lapang dada.
Al Hujr 85-86


Dan (ingatlah) tiadalah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya itu, melainkan dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat; dan sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang; oleh itu biarkanlah (golongan kafir yang mendustakanmu itu wahai Muhammad) serta layanlah mereka dengan cara yang elok.* (86) Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang menciptakan sekalian mahkluk, lagi Maha Mengetahui (akan hal mereka).
   
10   Keengkaran dan kedegilan manusia untuk menerima dakwah. Al Safat 11,13,14,15,16,17,18,19

Al Safat 11
                   
(Setelah nyata kekuasaan Kami) maka bertanyalah (wahai Muhammad) kepada mereka (yang engkarkan hidupnya semula orang mati): Adakah diri mereka lebih sukar hendak diciptakan, atau makhluk-makhluk lain* yang Kami telah ciptakan?  Sesungguhnya Kami telah mencipta mereka dari tanah liat (yang senang diubah dan diciptakan semula).**
  
Al Safat 13-19

(Setelah nyata kekuasaan Kami) maka bertanyalah (wahai Muhammad) kepada mereka (yang engkarkan hidupnya semula orang mati): Adakah diri mereka lebih sukar hendak diciptakan, atau makhluk-makhluk lain* yang Kami telah ciptakan?  Sesungguhnya Kami telah mencipta mereka dari tanah liat (yang senang diubah dan diciptakan semula).(12) (Pertanyaan itu tidak juga berfaedah kepada mereka) bahkan engkau merasa hairan (terhadap keengkaran mereka), dan sebaliknya mereka mengejek-ejek (peneranganmu).(13) Dan apabila diperingatkan, mereka tetap tidak mahu menerima peringatan itu.(14) Dan apabila mereka melihat sesuatu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami dan kebenaranmu), mereka mencari-mencari jalan memperolok-olokkannya,-(15) Serta mereka berkata: "Ini tidak lain hanyalah sihir yang nyata"(16) "Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, adakah kita akan dibangkitkan hidup semula?(17) "Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu (akan dibangkitkan hidup semula)?"(18) Jawablah (wahai Muhammad): "Ya, benar! (Kamu semua akan dibangkitkan) dengan keadaan hina-dina".(19) (Kebangkitan ini mudah) kerana sesungguhnya ia boleh berlaku hanyalah dengan satu jeritan suara sahaja, maka dengan serta merta mereka semuanya (bangkit) melihat (apa yang akan jadi).**
  
11     Dasar keadilan Ilahi. Hanya kaum yang menerima dakwah Rasulullah SAW bertanggungjawab kepada Allah. Al Qasas 58-59

Dan berapa banyak Kami binasakan negeri-negeri yang penduduknya telah berlaku sombong dan tidak bersyukur dalam kehidupannya (yang serba mewah dan senang lenang). Maka itulah dia tempat-tempat tinggal mereka terbiar tidak didiami orang sesudah mereka (dibinasakan), kecuali sedikit sahaja dan sesungguhnya Kamilah yang mewarisi mereka.(59) Dan tidaklah menjadi kebiasaan Tuhanmu membinasakan mana-mana negeri sebelum Ia mengutus ke ibu negeri itu seorang Rasul yang akan membacakan kepada penduduknya ayat-ayat keterangan Kami; dan tidaklah menjadi kebiasaan Kami membinasakan mana-mana negeri melainkan setelah penduduknya berlaku zalim.

12   Rasulullah SAW dan para pendakwah diseru supaya jangan mudah patah hati apabila dakwah mereka tidak disambut sewajarnya. Al Syu’ra’ 3-9

(3) Jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu dengan menanggung dukacita, kerana mereka tidak menjadi orang yang beriman.* (4) Kalau Kami mahu, tentulah Kami akan turunkan kepada mereka satu mukjizat dari langit, yang menjadikan mereka tunduk kepadanya.* (5) Dan tidak datang kepada mereka peringatan serta pengajaran yang baharu dari (Allah) Ar-Rahman, melainkan mereka tetap berpaling mengingkarinya.(6) Oleh kerana mereka telah mendustakan Al-Qur'an, maka sudah tentu akan datang kepada mereka berita-berita (azab) mengenai perkara yang mereka ejek-ejek itu.*(7) Masihkan mereka berdegil dan tidak memperhatikan bumi, berapa banyak Kami tumbuhkan padanya dari berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat?(8) Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan dan rahmat pengurniaan Allah); dan (dalam pada itu), kebanyakan mereka tidak juga beriman.(9) Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) Dialah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.*
  
13   Para rasul tidak mencari keuntungan dari dakwah mereka. Saba’47

Katakanlah (wahai Muhammad): "Apa jua yang aku harap kamu berikan kepadaku sebagai upah* maka faedahnya tetap terpulang kepda kamu; balasan yang menjadi upahku yang sebenar hanyalah dari Allah, dan Ia sentiasa Memerhatikan serta Menyaksikan tiap-tiap sesuatu".
  
14   Sejarah perkembangan dakwah Allah sejak dibawa oleh rasul-rasul purba lagi sentiasa ditentang oleh golongan yang kafir. Al Mukmin 4-6

Tidak ada yang membantah mengenai ayat-ayat Allah melainkan orang yang kafir. Oleh itu janganlah engkau (wahai Muhammad) diperdayakan oleh kebebasan mereka bergerak dengan berulang-alik dari sebuah bandar ke bandar yang lain.(5) Sebelum mereka, kaum Nabi Nuh dan puak-puak yang bergabung - sesudah kaum Nabi Nuh itu - telah mendustakan (Rasul-rasulnya); dan tiap-tiap umat di antaranya telah merancangkan rancangan jahat terhadap Rasul mereka untuk menawannya (dan membinasankannya); dan mereka pula telah membantah dengan perkara yang salah itu; untuk menghapuskan kebenaran dengan perkara yang salah itu sebab itu Aku binasakan mereka. Maka (lihatlah) bagaimana kesan azab-Ku!(6) Dan demikianlah juga tetapnya hukuman Tuhanmu terhadap orang yang kafir, kerana sesungguhnya mereka ialah ahli Neraka.

15   Kemenangan dakwah Rasulullah SAW. Al Nasr 1

Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Mekah),-


16   Para mukmin diseru menyambut kemenangan dakwah dengan tasbih dan istighfar. Al Nasr 2-3

cDan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai,-(3) Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Ia sangat-sangat menerima taubat.*
  
17   Mengajak orang-orang kafir supaya mengambil  tauladan dari sejarah rasul-rasul yang lampau. Ibrahim 10-11

Rasul-rasul mereka bertanya: "Patutkah berlakunya sebarang keraguan tentang wujudnya Allah, yang menciptakan langit dan bumi? Ia menyeru kamu beriman kerana hendak membersih dan melepaskan kamu dari dosa-dosa kamu, dan memberi tempoh kepada kamu hingga ke suatu masa yang tertentu". Mereka menjawab: "Kamu tidak lain hanyalah manusia seperti kami. Kamu bertujuan hendak menyekat kami daripada menyembah apa yang telah disembah oleh datuk nenek kami. Oleh itu, bawalah kepada kami satu bukti yang jelas nyata"(11) Rasul-rasul mereka berkata kepada mereka: "Kami ini tidak lain hanyalah manusia seperti kamu juga, tetapi Allah melimpahkan kurnia-Nya dari hamba-hamba-Nya; dan kami tiadalah berkuasa membawa kepada kamu sebarang bukti (mukjizat) melainkan dengan izin Allah. Dan dengan yang demikian, maka kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman berserah diri..

18   Sejarah rasul-rasul telah membuktikan bahawa usaha jahat terhadap dakwah Allah akan berakhir dengan kegagalan. Ibrahim 13-15

?Dan berkatalah pula orang yang kafir itu kepada Rasul-rasul mereka: "Demi sesungguhnya, kami akan mengeluarkan kamu dari negeri kami atau kamu menjadi seagama dengan kami". Lalu Tuhan wahikan kepada Rasul-rasul-Nya: "Demi sesungguhnya! Kami akan membinasakan orang yang zalim.(14) "Dan demi sesungguhnya! Kami akan tempatkan kamu di negeri itu sesudah binasanya kaum, yang zalim itu; balasan baik yang demikian, adalah bagi orang yang takut akan sikap keadilan-Ku (menghitung amalnya), dan  takut akan janji-janji azab-Ku".(15) Dan (Rasul-rasul serta umatnya yang beriman) memohon pertolongan (kepada Allah, untuk mendapat kemenangan); dan terkecewalah tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi bersikap degil (dalam kekeingkarannya)

19   Sebab utama orang-orang yang tidak menerima dakwah Allah kerana mereka buta mata hati . Yunus 42-43

Dan di antara mereka (yang ingkar) itu, ada yang datang mendengar ajaranmu (dengan tidak mendapat faedah sedikit pun seperti orang pekak);  maka engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa menjadikan orang yang pekak itu mendengar, juga kalau mereka menjadi orang yang tidak mahu memahami perkara yang didengarnya.(43) Dan di antara mereka pula, ada yang memandang kepada perkara-perkara yang engkau tunjukkan (tetapi mereka tidak nampak kebenarannya seperti orang buta); maka engkau (wahai Muhammad) tidak berfaedah menunjuk jalan kepada orang yang buta, juga kalau mereka menjadi orang yang tidak mahu melihat (perkara yang engkau tunjukkan itu).

20   Orang-orang yang menentang dakwah diseru supaya meneliti sejarah umat-umat yang lampau yang telah menerima mala petaka akibat menentang dakwah yang benar. Al Mukminun 21-22
                                          

Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu kamu beroleh punca-punca yang menyedarkan (tentang kemurahan dan kebijaksanaan Allah penciptanya); Kami beri kamu minum dari susu yang ada dalam perutnya, dan kamu beroleh banyak faedah lagi padanya; dan daripadanya juga kamu beroleh rezeki penghidupan kamu.(22) Dan di atas binatang-binatang ternak itu, serta di atas kapal-kapal, kamu diangkut
.
21   Kerugiaan dan kebinasaan bagi orang-orang yang tidak menerima dakwah Allah. Al Ra’d 25

Dan (sebaliknya) orang yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya, dan memutuskan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah supaya dihubungkan, serta mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi, - mereka itu beroleh laknat, dan mereka pula beroleh balasan hari akhirat yang seburuk-buruknya.

22   Orang-orang yang menolak wahyu Allah bertanggungjawab memikul dosa mereka dan dosa orang yang sesat kerana mereka. Al Nahl 24


Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Apakah yang diturunkan oleh Tuhan kamu (kepada Nabi Muhammad)?" Mereka menjawab: "Cerita-cerita dongeng orang dahulu kala".



No comments:

Post a Comment