P Bahagian Kehidupan
Kehidupan
1
Kehidupan di dunia hanya
hiburan dan permainan sahaja. Al Hadid 20-21
Ketahuilah * bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak
lain hanyalah (bawaan hidup
yang berupa semata-mata permainan dan hiburan (yang
melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang
bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan
bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak;
(semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman
yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada
kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang
tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi
hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab
yang berat (disediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia
itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredhaan dari Allah (disediakan
bagi orang yang mengutamakan akhirat). Dan
(ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi
orang yang terpedaya. (21) Berlumba-lumbalah kamu mengerjakan amal-amal yang
baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang
bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang
beriman kepada Allah dan Rasul-Rasul-Nya; yang demikian ialah limpah kurnia
Allah, diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah sememangnya
mempunyai limpah kurnia yang besar.**
2
Setiap manusia akan
mendapat hasil dari kejayaan yang dipilihnya samada kejayaan di akhirat atau
dunia.Al Syura 20
Sesiapa
yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan
memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendaki-Nya dan sesiapa yang
menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri
kepada-Nya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan), dan ia tidak
akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.
3
Kebanyakan manusia
mengutamakan hidup di dunia memandang kecil pada kehidupan akhirat. Al A’la
16-17
(Tetapi kebanyakkan kamu tidak
melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia;(17) Padahal
kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.
4
Perjuangan hidup
manusia di dunia berakhir dengan menemui
Allah.
Al Insyiqaq 6
Wahai manusia! Sesungguhnya
engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya
upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap
menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya).
5
Hakikat hidup manusia ialah
perjuangan mencari jalan Allah. Al Balad 4
Sesungguhnya Kami telah
jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran
(jasmani dan rohaninya);
6
Manusia diseru berjuang
dengan gigih menuju jalan Allah Al Insyirah 5-8
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya
tiap-tiap kesukaran di sertai kemudahan,(6) (Sekali lagi ditegaskan): bahawa
sesungguhnya tiap-tiap kesukaran,
disertai kemudahan.(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada
sesuatu amal salih), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan
amal salih yang lain),(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon
(apa yang engkau gemar dan ingini).
7
Harta benda , isteri dan
anak merupakan batu ujian kepada seseorang.
Al Taghabun 14-15
‚
Wahai orang yang beriman! Sesungguhnya
ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi
kamu *; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. Dan kalau
kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka
(maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (15)
Sesunggguhnya harta-benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian *,
dan disisi Allah jualah pahala yang besar.
8
Manusia dikecam kerana
berlumba-lumba membanyakkan harta kekayaan dengan tujuan bermegah-megah . Al
Takthur 1-7
Kamu telah dilalaikan (daripada
mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan
sebanyak-banyaknya (hartabenda, anak-pinak, pangkat dan pengaruh),(2) Sehingga
kamu masuk kubur.(3) Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan
mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!(4) Sekali lagi
(diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan
mengetahui kelak (akibatnya yang buruk pada hari kiamat)!(5) Demi sesungguhnya!
Kalaulah kamu mengetahui - (apa yang kamu akan hadapi) - dengan pengetahuan
yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi
bekalan kamu untuk hari akhirat).(6) (Ingatlah) demi sesungguhnya! Kamu akan
melihat neraka yang marak menjulang.(7) Selepas itu - demi sesungguhnya! - Kamu
(wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin
(semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!
9
Adat-adat karut jahiliah.
Al Maidah 103
‚Allah tidak sekali-kali mensyariatkan bahirah*, tidak juga
saa'ibah**, tidak juga wasilah***, dan tidak juga haam****. Akan
tetapi orang kafir itu sentiasa mengada-ngadakan perkara dusta terhadap Allah;
dan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal fikirannya.
Rezeki
1
Peraturan mencari rezeki.
Al baqarah 168-172
Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi,
yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana
sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.(169) Ia hanya
menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara-perkara yang keji, dan (menyuruh)
supaya kamu berkata (dusta) terhadap Allah, apa yang kamu tidak ketahui (salah
benarnya).(170) Dan apabila dikatakan kepada mereka:" Turutlah akan apa
yang telah diturunkan oleh Allah", mereka menjawab: "(tidak), bahkan
kami (hanya) menurut apa yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya".
Patutkah (mereka menurutnya) sekalipun datuk neneknya itu tidak faham sesuatu
(apa agama), dan tidak pula mendapat petunjuk hidayah (dari Allah)?(171) Dan
bandingan (orang yang menyeru) orang kafir (yang tidak mahu beriman itu),
samalah seperti orang yang berteriak memanggil binatang yang tidak dapat
memahami selain dari mendengar suara panggilan sahaja; mereka itu ialah orang
yang pekak, bisu dan buta; oleh sebab itu mereka tidak dapat menggunakan
akalnya.(172) Wahai orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik
(yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada
Allah, jika betul kamu beribadat kepada-Nya.
2
Allah memberi rezeki
menurut pertimbangannya yang bijaksana. Al Syura 27-29
Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hamba-Nya,
nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar
durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezeki-Nya itu) menurut kadar yang
tertentu sebagaimana yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Ia mengetahui dengan
mendalam akan segala keadaan hamba-Nya, lagi Melihat dengan nyata.(28) Dan
Dialah yang menurunkan hujan setelah mereka berputus asa, dan Ia pula
menyebarkan rahmat-Nya merata-rata. Dan (ingatlah), Dialah Pengawal (yang
melimpahkan ihsan-Nya), lagi Yang Maha Terpuji.(29) Dan di antara tanda-tanda
kekuasaan-Nya ialah kejadian langit dan bumi serta segala yang Ia biakkan pada
keduanya dari makhluk-makhluk yang melata; dan Ia Maha Kuasa menghimpunkan
mereka semuanya apabila Ia kehendaki (melakukannya).
3
Manusia tidak sama dalam
pendapatan hidup untuk mewujudkan keperluan kberkasama dan saling berkhidmat
dalam masyarakat. Al Zukhruf 32
(Mengapa pemberian Kami itu mereka
ingkarkan?) Adakah mereka berkuasa membahagi-bahagikan (perkara-perkara
kerohanian dan keagamaan yang menjadi sebesar-besar) rahmat Tuhanmu (wahai
Muhammad*, seolah-olah Kami hanya berkuasa dalam perkara kebendaan dan
keduniaan sahaja? Mereka tidak ingkarkan): Kami membahagi-bahagikan antara
mereka segala keperluan hidup mereka dalam kehidupan dunia ini, (setengahnya
Kami jadikan kaya aya dan setengahnya miskin menderita); dan juga Kami telah
menjadikan darjat setengah mereka tertinggi dari darjat setengahnya yang lain;
(semuanya itu) supaya sebahagian dari mereka senang mendapat kemudahan
menjalankan kehidupannya dari (bantuan) setengahnya yang lain. Dan lagi rahmat
Tuhanmu (yang meliputi kebahagiaan dunia dan akhirat) adalah lebih baik dari
kebendaan dan keduniaan semata-mata yang mereka kumpulkan.
4
Undang-undang mencari
kehidupan melalui perniagaan yang halal.
Al Nisa’ 29
Wahai orang yang beriman, jangan kamu makan (gunakan) harta-harta kamu
sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan
jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan
janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri.
Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihi kamu
Nikmat
1
Nikmat-nikmat utama yang
dikurniakan kepada Allah. Al Naba’ 6-16
(Mengapa kamu ragu-ragukan kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang
yang telah mati? Bukankah Kami telah menjadikan
bumi (terbentang luas) sebagai hamparan?(7) Dan gunung-ganang sebagai
pancang pasaknya?(8) Dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasang?(9) Dan
Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat?(10) Dan Kami telah menjadikan
malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)?(11) Dan Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya
terangnya) - masa untuk mencari rezeki?(12) Dan Kami telah membina di atas kamu tujuh petala
(langit) yang kuat kukuh?(13) Dan Kami telah mengadakan matahari menjadi lampu
yang terang benderang cahayanya?(14) Dan Kami telah menurunkan dari awan, air
(hujan) yang mencurah-curah, -(15) Untuk Kami mengeluarkan dengan air itu,
biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan,(16) Serta kebun-kebun yang subur bertaut-taut pokoknya?
2
Setiap-setiap nikmat yang
dikurniakan kepada manusia akan ditanya pada hari qiamat. Al Takwir 8
Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup: ditanya, -
3
Manusia diingatkan bahawa
nikmat Allah yang dikurniakan atau yang dinafikan kepada mereka adalah ujian
bukan semestinya tanda kasih sayang atau kebenciannya kepada mereka. Al Fajr
15-16
(Dalam
pada itu, manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka
kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya, dengan dimuliakan dan
dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur)
serta berkata dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku!"(16) Dan sebaliknya apabila ia diuji
oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah
gelisah) serta merepek dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan
daku!"
4
Kewajipan menyambut nikmat
Allah Al Dhuha 11
Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebut (dan
zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.
No comments:
Post a Comment