D
Bahagian Kerasulan yang terdapat dalam al Quran
Rasul
1
Manusia memerlukan kepada rasul dalam masa mereka diselubungi
kesesatan yang amat tebal .Al Baqarah
41-42
Dan berimanlah kamu dengan apa yang
Aku turunkan (Al-Qur'an) yang mengesahkan benarnya Kitab yang ada pada kamu,
dan janganlah kamu menjadi orang yang mula-mula kafir (ingkar) akan dia; dan
janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli
kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya; dan kepada Akulah sahaja hendaklah
kamu bertakwa. Dan janganlah kamu campuradukkan yang benar itu dengan yang
salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua
mengetahuinya.*
2
Jalan mencapai keredhaan Allah ialah mengikut
rasulNya. Al Imran 31,33
( 31) Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu
mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta
mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.
( 33)
Sesungguhnya Allah telah memilih Nabi Adam, dan Nabi Nuh, dan juga keluarga
Nabi Ibrahim dan keluarga Imran, melebihi segala umat (yang ada pada zaman
mereka masing-masing.
3
Semua agama yang dibawa oleh para rasul
adalah satu sahaja.
Al Nisa’ 163
Sesungguhnya
kami telah memberikan wahi kepadamu (wahai Muhammad), sebagaimana kami ; telah
memberikan wahi kepada Nabi Nuh, dan Nabi-nabi yang diutus kemudian
daripadanya; dan Kami juga telah memberikan wahi kepada Nabi Ibarhim, dan Nabi
Ismail dan Nabi Ishaq, dan Nabi Yakub, serta Nabi-nabi keturunannya, dan Nabi
Isa, dan Nabi Ayub, dan Nabi Yunus, dan Nabi Harun, dan Nabi Sulaiman; dan juga
Kami telah memberikan kepada Nabi Daud: Kitab Zabur
4
Tugas rasul adalah menyampaikan segala
perintah Allah Al Maidah 67
Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa
yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; jika engkau tidak melakukannya
(dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan
perutusan-Nya; dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan)
manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi
hidayah petunjuk kepada kaum yang kafir
5
Para rasul adalah saksi-saksi yag adil pada
hari qiamat Al Maidah 109
(Ingatlah) hari (kiamat yang
padanya) Allah menghimpunkan Rasul-rasul-Nya lalu bertanya:" Apakah
penerimaan yang diberikan kepada kamu (oleh umat-umat kamu dahulu, ketika kamu
menyampaikan seruan agama Allah)?" Rasul-rasul itu menjawab: "Tidak ada bagi kami pengetahuan yang
sah tentang itu, (pengetahuan yang tepat adalah tertentu bagi-Mu), kerana
sesungguhnya Engkaulah sahaja yang Maha Mengetahui akan segala perkara yang
ghaib".
6
Rasul itu hanya wajar dibangkitkan dari
kalangan manusia sahaja .
Al Isra’ 94-96
(94)
Dan tiadalah yang menghalang orang musyrik itu dari beriman ketika
datang kepada mereka hidayah petunjuk,
melainkan (keingkaran mereka tentang manusia menjadi Rasul, sehingga) mereka
berkata dengan hairan: "Patutkah Allah mengutuskan seorang manusia menjadi
Rasul?".* (95) Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalau ada di bumi,
malaikat yang berjalan serta tinggal mendiaminya, tentulah Kami akan turunkan
kepada mereka dari langit, malaikat yang menjadi Rasul." (96)
Katakanlah lagi: "Cukuplah Allah menjadi saksi antaraku dengan kamu;
sesungguhnya adalah Ia Amat Mendalam pengetahuan-Nya, lagi Amat Melihat akan
keadaan hamba-hamba-Nya."*
7
Semua rasul yag terdahulu dari Nabi Muhamad
SAW telah ditentang dan didustakan oleh
kaum masing-masing .Al An’am 34, Al A’raf 59, 64-65
Al An’am 34 - Dan demi sesungguhnya, Rasul-rasul sebelummu
pernah juga didustakan, maka mereka sabar terhadap perbuatan orang yang
mendustakan mereka dan menyakiti mereka, sehingga datanglah pertolongan Kami
kepada mereka; dan sememangnyalah tiada sesiapa pun yang dapat mengubah
Kalimah-kalimah Allah (janji-janji-Nya mempertahankan Rasul-rasul-Nya); dan demi sesungguhnya, telah datang kepadamu sebahagian dari
khabar berita Rasul-rasul itu.
Al A’raf
59
Sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Nuh kepada kaumnya*, lalu
berkatalah ia: "Wahai kaum-Ku! Sembahlah
kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain
daripada-Nya. Sesungguhnya aku bimbang,
kamu akan ditimpa azab hari yang besar (hari Kiamat)"
(64) Mereka terus mendustakannya,
lalu Kami selamatkan dia dan orang yang besertanya di dalam bahtera, dan Kami
karamkan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Sesungguhnya mereka adalah kaum
yang buta (mata hatinya daripada melihat kebenaran) (65) Dan kepada kaum Aad,
(Kami utuskan) saudara mereka: Nabi Hud. Ia berkata: "Wahai kaum-Ku!
Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain
daripada-Nya. Oleh itu, tidakkah kamu
mahu bertakwa kepada-Nya?"
8
Tugas para rasul terhadap makhluk jin dan
manusia . Al An’am 130
Wahai sekalian jin dan manusia! Bukankah telah datang
kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada
kamu ayat-ayat-Ku (perintah-perintah-Ku), dan yang memberikan amaran kepada
kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (Kiamat) ini? Mereka menjawab:
"Kami menjadi saksi mengakui akan (kesalahan) diri kami sendiri
(mendustakan Rasul-rasul itu)". Dan (sebabnya ialah) mereka telah
diperdayakan oleh (kemewahan) hidup di dunia dan (kerana itulah) mereka menjadi
saksi (pada hari akhirat) terhadap diri mereka sendiri: (bahawa) sesungguhnya
mereka adalah orang yang mengingkari (apa yang telah disampaikan oleh
Rasul-rasul itu).
9
Kebangkitan rasul itu bukanlah sesuatu
keganjilan . Yunus 2
Tidaklah patut adanya
pada manusia yang ingkar itu perasaan hairan disebabkan Kami telah wahikan
kepada seorang lelaki dari jenis mereka (Nabi Muhammad, dengan berfirman
kepadanya)*: "Berilah amaran kepada umat manusia (yang ingkar, dengan
balasan azab) dan sampaikanlah berita yang menggembirakan kepada orang yang
beriman, bahawa bagi mereka ada persediaan yang sungguh mulia di sisi Tuhan
mereka (disebabkan amal-amal soleh yang mereka kerjakan). (Setelah
Nabi Muhammad memberi amaran dan menyampaikan berita yang menggembirakan)
berkatalah orang kafir (yang merasa hairan) itu: "Sebenarnya (Al-Qur'an)
ini ialah sihir yang terang nyata**.
10
Mencontohi perjuangan rasul-rasul yang
terdahulu. Yunus 71-75
(71) Dan bacakanlah
kepada mereka (wahai Muhammad) perihal Nabi Nuh, ketika ia berkata kepada
kaumnya: "Wahai kaumku! Sekiranya kedudukan aku dalam kalangan kamu, dan
peringatan yang aku berikan kepada kamu dengan ayat-ayat keterangan Allah itu,
menjadi keberatan kepada kamu, maka (buatlah apa yang kamu hendak buat, kerana)
kepada Allah jualah aku berserah diri.
Oleh itu, tetapkanlah keazaman kamu serta sekutu-sekutu kamu untuk
melakukan rancangan jahat kamu terhadapku; kemudian janganlah hendaknya rancangan
jahat kamu itu, kamu jalankan secara tersembunyi (tetapi biarlah berterang
-terang); sesudah itu bertindaklah terus terhadapku dan janganlah kamu
tunggu-tunggu lagi.(72) "Oleh itu, jika kamu berpaling membelakangkan
peringatanku, maka tidaklah menjadi hal kepadaku, kerana aku tidak meminta
sebarang balasan daripada kamu (mengenai ajaran Agama Allah yang aku sampaikan
itu); balasanku hanyalah dari Allah semata-mata (samada kamu beriman ataupun
kamu ingkar); dan aku pula diperintahkan supaya menjadi dari orang Islam (yang
berserah diri bulat-bulat kepada Allah)".(73) Mereka tetap juga
mendustakan Nabi Nuh, lalu Kami selamatkan dia bersama-sama
pengikut-pengikutnya yang beriman di dalam bahtera, dan Kami jadikan mereka
pengganti-pengganti (yang memakmurkan bumi), serta Kami tenggelamkan orang yang
mendustakan ayat-ayat Kami (dengan bah taufan sehingga punah-ranah semuanya).
Maka lihatlah bagaimana kesudahan orang (yang mendustakan ayat-ayat Kami)
setelah diberi amaran.(74) Kemudian Kami utuskan sesudah Nabi Nuh, beberapa
orang Rasul kepada kaum
masing-masing; lalu Rasul-rasul itu datang kepada kaum mereka dengan membawa
keterangan-keterangan yang nyata; dalam pada itu kaum mereka tetap juga tidak
mahu beriman kepada apa yang mereka telah mendustakannya sebelum itu. Demikianlah, Kami meteraikan atas hati orang
yang melampaui batas.(75) Kemudian Kami utuskan sesudah Rasul-rasul itu, Nabi
Musa dan Nabi Harun, kepada Fir'aun dan kaumnya dengan membawa ayat-ayat Kami;
lalu mereka (Fir'aun dan kaumnya) berlaku sombong takbur (enggan menerimanya),
dan mereka adalah kaum yang biasa melakukan dosa.
11
Tugas rasul ialah memimpin bukannya menurut
liuk nafsu manusia.
Al Ra’d 37
Dan demikianlah Kami
menurunkan Al-Qur'an sebagai hukum dalam bahasa Arab. Dan demi sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad)
menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya kepadamu wahi pengetahuan
(tentang kebenaran), maka tiadalah engkau perolehi dari Allah sesuatu pun yang
dapat mengawal dan memberi perlindungan kepadamu (dari perkara-perkara yang
tidak diingini)
12
Tugas rasul ialah menyampai, sedangkan yang
menghisab ialah Allah. Al ra’d 40
Samada Kami perlihatkan
kepadamu (wahai Muhammad) sebahagian dari azab yang Kami janjikan untuk mereka
(yang ingkar) atau Kami wafatkanmu sebelum melihatnya, maka tidaklah menjadi
hal, kerana tanggunganmu hanyalah menyampaikan hukum-hukum yang Kami turunkan
kepadamu; dan urusan Kami menghitung dan membalas amal mereka
13
Setiap rasul itu dibangkitkan dengan bahasa
ibunda kaumnya.
Ibrahim 4
Dan Kami tidak mengutuskan
seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan
(hukum-hukum Allah) kepada mereka*. Maka llah menyesatkan sesiapa yang
dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya), juga memberi hidayah
petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang
peraturan-Nya); dan Dialah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
14
Setiap rasul menghadapi penentang-penentang
yang menimbulkan keraguan wahyu Allah . Al Haj 52-54
(52) Dan tidaklah Kami mengutuskan
sebelummu seorang Rasul atau seorang Nabi melainkan apabila ia bercita-cita
(supaya kaumnya beriman kepada agama Allah yang dibawanya), maka Syaitan pun
melimparkan hasutannya mengenai usaha Rasul atau Nabi itu mencapai cita-citanya;
oleh itu, Allah segera menghapuskan apa yang telah diganggu oleh Syaitan,
kemudian Allah menetapkan ayat-ayat-Nya dengan kukuhnya; dan Allah Maha
Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.* (53) (Yang demikian) kerana Allah hendak
menjadikan hasutan Syaitan itu sebagai satu fitnah cubaan bagi orang yang ada
penyakit kufur ingkar dalam hati mereka, dan sesungguhnya mereka yang zalim itu
sentiasa berada dalam pertentangan yang jauh dari kebenaran.(54) Dan juga
supaya orang yang beroleh ilmu mengetahui bahawa ayat-ayat keterangan itu benar
dari Tuhanmu, lalu mereka beriman kepadanya, sehingga tunduk taatlah hati
mereka mematuhinya; dan sesungguhnya Allah sentiasa memimpin orang yang beriman
ke jalan yang lurus
15
Janji Allah untuk membantu para rasul dan
mukmin dalam kehidupan dunia dan akhirat. Al Mu’min 51-52
(51)Sesungguhnya Kami tetap membela serta
mempertahankan Rasul-rasul Kami dan orang yang beriman - dalam kehidupan dunia
ini dan pada saat bangkitnya saksi-saksi (pada hari kiamat)*,- (52) (Iaitu)
pada hari yang tidak berguna bagi orang yang zalim dalihan-dalihan mereka untuk
melepaskan diri, dan mereka akan beroleh laknat, serta mereka beroleh
seburuk-buruk tempat tinggal.
16
Tugas rasul Al Ahzab 45-48
(45) Wahai Nabi, sesungguhnya Kami mengutusmu sebagai saksi
(terhadap umatmu), dan pembawa berita gembira (kepada orang yang beriman) serta
pemberi amaran (kepada orang yang engkar).*- (46) Dan juga sebagai penyeru
(umat manusia seluruhnya) kepada agama Allah dengan taufik yang diberi-Nya; dan
sebagai lampu yang menerangi.(47) Dan (dengan itu) sampaikanlah berita yang
menggembirakan kepada orang yang beriman, bahawa sesungguhnya mereka akan
beroleh limpah kurnia yang besar dari Allah.(48) Dan janganlah engkau menurut
kehendak orang kafir dan orang munafik, dan janganlah engkau hiraukan usikan
dan celaan mereka, serta berserahlah kepada Allah (memelihara keadaanmu); dan
cukuplah Allah menjadi Pelindung (yang menyelamatkanmu).
17
Sejarah perkembangan dakwah Allah sejak
dibawa oleh rasul-rasul purba lagi sentiasa ditentang oleh golongan yang kafir.
Al Mu’min 4-5
(4) Tidak ada yang membantah mengenai
ayat-ayat Allah melainkan orang yang kafir. Oleh itu janganlah engkau (wahai
Muhammad) diperdayakan oleh kebebasan mereka bergerak dengan berulang-alik dari
sebuah bandar ke bandar yang lain.(5) Sebelum mereka, kaum Nabi Nuh dan
puak-puak yang bergabung - sesudah kaum Nabi Nuh itu - telah mendustakan
(Rasul-rasulnya); dan tiap-tiap umat di antaranya telah merancangkan rancangan
jahat terhadap Rasul mereka untuk menawannya (dan membinasankannya); dan mereka
pula telah membantah dengan perkara yang salah itu; untuk menghapuskan
kebenaran dengan perkara yang salah itu sebab itu Aku binasakan mereka. Maka
(lihatlah) bagaimana kesan azab-Ku!
18
Para rasul terdiri dari 2 golongan
1
golongan yang diceritakan kepada kita
2
golongan yang tidak diceritakan kepada kita al Mu’min 78
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus beberapa
Rasul sebelummu; di antara mereka ada yang kami ceritakan perihalnya kepadamu,
dan ada pula di antaranya yang tidak Kami ceritakan kepada kamu. Dan tidaklah
harus bagi seseorang Rasul membawa sesuatu keterangan atau menunjukkan sesuatu
mukjizat melainkan dengan izin Allah; (maka janganlah diingkari apa yang dibawa
oleh Rasul) kerana apabila datang perintah Allah (menimpakan azab), diputuskan
hukum dengan adil; pada saat itu rugilah orang yang berpegang kepada perkara
yang salah.
19
Bentuk-bentuk wahyu Allah kepada
manusia. Al Syura 5
Alam langit nyaris-nyaris
pecah dari sebelah atasnya (kerana ngeri dan takutnya kepada kemurkaan Allah
terhadap penduduk bumi yang lupakan kebesaran Allah sehingga menyeleweng dari
jalan yang benar)*; dan malaikat bertasbih dengan memuji Tuhannya serta memohon
ampun bagi makhluk-makhluk yang ada di bumi**. Ingatlah! Sesunggguhnya Allah,
Dialah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
20
Manusia memerlukan
kepada bimbingan Ilahi . Al Baqarah 37
Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa
kalimah (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya)*, lalu Allah menerima
taubatnya; sesungguhnya Allah, Dialah yang Maha Pengampun (penerima taubat), lagi Maha Mengasihani.
21
Kasih sayang para rasul terhadap umat
masing-masing. Al Maidah 118
"Jika Engkau menyeksa mereka, (maka tidak ada yang
menghalanginya) kerana sesungguhnya; mereka adalah hamba-hamba-Mu; dan jika
Engkau mengampunkan mereka; maka sesungguhnya Engkaulah sahaja yang Maha Kuasa,
lagi Maha Bijaksana".
22
Kisah Nabi Yusof dan kisah para rasul yang
lain adalah kisah yang penuh tauladan.
Yusuf 27-28
(27) "Dan jika bajunya koyak dari belakang, maka dustalah perempuan itu,
dan Yusuf adalah dari orang yang benar". (28) Setelah suaminya melihat baju Yusuf koyak dari belakang, berkatalah
ia: "Sesungguhnya ini adalah dari
tipu daya kamu orang perempuan; sesungguhnya tipu daya kamu amatlah besar
pengaruhnya.
23
Setiap rasul mempunyai seteru-seteru dari
golongan manusia dan jin. Al An’am 12
Tanyakanlah ‘ Milik siapa langit dan
bumi?’ Tegaskan, ~ Itu milik Allah. Dialah yang telah menetapkan diriNya penuh
rahmat. Dia pasti mengumpulkan kamu pada hari kiamat yang tidak diragukan
datangnya. Orang yang merugikan diri sendiri, mereka itu tidak beriman.
Muhamad
1
Kebangkitan Nabi Muhamad SAW
Al Saf 6-9
Dan (ingatlah juga
peristiwa) ketika Nabi 'Isa ibni maryam berkata: "Wahai Bani Israel,
sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab
yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira
dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku - bernama:
Ahmad" *. Maka tatkala ia datang kepada mereka membawa
keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: "Ini ialah sihir
yang jelas nyata!" (7) Dan tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang
mengada-adakan perkara dusta terhadap Allah, sedang ia diajak kepada memeluk
Islam dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah pertunjuk kepada orang yang
zalim.(8) Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam)
dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun
orang kafir tidak suka (akan yang demikian)(9) Dialah yang telah mengutus
Rasul-Nya (Muhammad, s.a.w.) dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang
benar (agama Islam), supaya Ia memenangkannya dan meninggikannya atas segala
agama yang lain, walaupun orang musyrik tidak menyukainya.
1
Tugas agung Nabi Muhamad SAW .
Al A’raf 157-158
"Iaitu orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w.) Nabi yang
Ummi*, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat
dan Injil yang ada di sisi mereka. Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara
yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji;
dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada
mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban
dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka** Maka orang yang beriman kepadanya,
dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang
diturunkan kepadanya (Al-Qur'an), mereka itulah orang yang berjaya. (158)
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya Aku
adalah Pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (diutus oleh Allah) yang menguasai
langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang
menghidupkan dan mematikan. Oleh itu,
berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, Nabi yang Ummi yang beriman kepada
Allah dan Kalimah-kalimah-Nya (Kitab-kitab-Nya); dan ikutilah dia, supaya kamu
beroleh hidayah petunjuk"*.
al Jumaat 2-8
Dialah yang telah
mengutuskan dalam kalangan orang (Arab) yang Ummiyin *, seorang Rasul (Nabi
Muhammad, s.a.w.) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka
ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaan-Nya), dan
membersihkan mereka (dari iktikad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab
Allah (Al-Qur'an) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum
syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam
kesesatan yang nyata. *(3) Dan juga (telah mengutuskan Nabi Muhammad kepada)
orang yang lain dari mereka, yang masih belum (datang lagi dan tetap akan
datang) menghubungi mereka; dan (ingatlah), Allah jualah Yang Maha Kuasa, lagi
Maha Bijaksana.(4) (Pengutusan Nabi Muhammad s.a.w., kepada umat manusia
seluruhnya) itu (yang menjadi rahmat) adalah limpah kurnia Allah, diberikan-Nya
kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; dan sememangnya Allah mempunyai limpah
kurnia yang besar.(5) (Sifat-sifat Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan dalam
Kitab Taurat tetapi orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka) bandingan
orang (Yahudi) yang ditanggungkan dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan
hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungan dan tugas
itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab-kitab besar (sedang ia
tidak mengetahui kandungannya) *. Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan
ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi
hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim. (6) Katakanlah (wahai Muhammad):
"Wahai orang yang beragama Yahudi, kalau kamu anggap bahawa kamulah sahaja
orang yang dikasihi Allah tidak termasuk
umat-umat manusia yang lain, maka bercita-citalah hendak mati (dengan meminta
kepada Allah supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang
yang benar!" (7) Dan (sudahlah tentu) mereka tidak akan bercita-cita hendakkan
mati itu selama-lamanya, dengan sebab dosa-dosa yang mereka telah lakukan; dan
Allah sentiasa mengetahui akan orang yang zalim itu.(8) Katakanlah (wahai
Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu,
tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah
yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada
kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)".
.
2
Nabi Muhamad SAW diistiharkan sebagai
Rasulullah untuk membebaska manusia dari belenggu kesesatan , tetapi kebanyakan
manusia menolak da’waannya. Yasin 3-11
3) Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad
adalah seorang Rasul) dari Rasul-rasul yang telah diutus, (4) Yang tetap di atas
jalan yang lurus (agama Islam).(5) Al-Qur'an itu, diturunkan oleh Allah Yang
Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani, -(6) Supaya engkau memberi peringatan dan
amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan
dan amaran; sebab itulah mereka lalai.(7) Demi sesungguhnya, telah tetap
hukuman seksa atas kebanyakan mereka, kerana mereka tidak mahu beriman.(8)
Sesungguhnya Kami jadikan (kesombongan dan keengganan mereka tunduk kepada kebenaran
sebagai) belenggu yang memberkas kedua tangan mereka ke batang leher mereka; (lebarnya belenggu itu)
sampai (menongkatkan) dagu mereka terdongak.(9) Dan Kami jadikan (sifat tamak
dan gila mereka kepada hartabenda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang
menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa
dunia yang ada) di hadapan mereka, dan sekatan (yang menghalang mereka daripada
memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). Lalu Kami
tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang
benar).(10) Dan (dengan sebab itu) sama sahaja kepada mereka, engkau beri
amaran atau engkau tidak beri amaran kepadanya - mereka tidak akan beriman.(11)
Sesungguhnya peringatan dan amaran (yang berkesan dan mendatankgan faedah)
hanyalah yang engkau berikan kepada orang yang sedia menurut ajaran Al-Qur'an
serta ia takut (melanggar perintah Allah) Ar-Rahmaan semasa ia tidak dilihat
orang dan semasa ia tidak melihat azab Tuhan. Oleh itu berilah kepadanya berita
yang menggembirakan dengan keampunan dan pahala yang mulia.
3
Fungsi Nabi Muhamad SAW yang menerima kitab
suci al Quran .Fusilat 2-7
Turunnya
Kitab ini dari Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (3) Sebuah Kitab
yang dijelaskan ayat-ayatnya satu persatu; iaitu Al-Qur'an yang diturunkan
dalam bahasa Arab bagi faedah orang yang mengambil tahu dan memahami
kandungannya.(4) Ia membawa berita yang menggembirakan (bagi orang yang
beriman) dan membawa amaran (kepada orang yang ingkar); dalam pada itu
kebanyakan mereka berpaling ingkar (tidak mahu mengetahui dan memahaminya),
maka dengan sebab itu mereka tidak menerima dan tidak mematuhinya.(5) Dan
mereka berkata: "Hati kami dalam tutupan yang berlapis-lapis (menghalang
kami) daripada memahami apa yang engkau serukan kami kepadanya, dan pada
telinga kami penyumbat (menjadikan kami tidak dapat mendengarnya), serta di
antara kami denganmu ada sekatan (yang memisahkan fahaman kita); oleh itu,
bekerjalah engkau (untuk agamamu), sesungguhnya kami juga tetap bekerja (untuk
mempertahankan kepercayaan kami)!" (6) Katakanlah (wahai Muhammad):
"Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu; diwahikan
kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang Satu; maka hendaklah kamu tetap
teguh di atas jalan yang betul lurus (yang membawa kepada mencapai
keredaan-Nya), serta pohonlah kepada-Nya mengampuni (dosa-dosa kamu yang telah
lalu). Dan (ingatlah), kecelakaan besar
bagi orang yang mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu yang lain),-(7) "Iaitu
orang yang tidak memberi zakat (untuk membersihkan jiwa dan harta bendanya) dan
mereka pula kufur ingkar akan adanya hari akhirat".
4
Nabi Muhamad SAW sebelum menjadi rasul tidak
mengetahui sedikit pun tentang al Quran dan peraturan agama. Al Syura 52-53
(52) Dan demikianlah Kami wahikan
kepadamu (wahai Muhammad) - Al-Qur'an sebagai roh (yang menghidupkan hati)
dengan perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahikan
kepadamu): apakah Kitab (Al-Qur'an) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman
itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Qur'an: cahaya yang menerangi, Kami beri
petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan
sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Qur'an
itu ke jalan yang lurus,(53) iaitu jalan
Allah yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan di bumi.
Ingatlah! Kepada Allah jualah kembali segala urusan.
5
Menolak hujah lapuk kaum Musyrikin terhadap
al Quran dan kerasulan Nabi Muhamad SAW
. Al Furqan 3-8
(3) Dan mereka (yang kafir) mengambil benda-benda yang lain dari
Allah sebagai tuhan-tuhan, yang tidak dapat mencipta sesuatu pun, bahkan
benda-benda itu diciptakan (oleh penyembah-penyembahnya dari bahan-bahan di
bumi); dan benda-benda itu pula tidak berkuasa mendatangkan sesuatu bahaya atau
sesuatu faedah untuk dirinya sendiri; dan tidak berkuasa mematikan atau
menghidupkan, atau pun membangkitkan hidup semula makhluk-makhluk yang telah
mati.*(4) Dan orang yang kafir itu berkata: "(Al-Qur'an) ini hanyalah satu
perkara dusta yang direka-reka oleh Muhammad, dan ia dibantu membuatnya oleh
kaum yang lain". Maka (dengan kata-kata itu) sesungguhnya mereka telah
mendatangkan satu tuduhan yang zalim dan dusta.(5) Dan mereka berkata lagi:
"Al-Qur'an itu adalah cerita-cerita dongeng orang dahulu kala, yang
diminta oleh Muhammad supaya dituliskan, kemudian perkara yang ditulis itu
dibacakan kepadanya pagi dan petang (untuk dihafaznya)".(6) Katakanlah
(wahai Muhammad): "Al-Qur'an itu diturunkan oleh Allah yang mengetahui
segala rahsia di langit dan di bumi; sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun,
lagi Maha Mengasihani.* (7) Dan mereka pula berkata: "Mengapa Rasul ini makan
minum dan berjalan di pasar-pasar (seperti manusia yang lain)? Sepatutnya
diturunkan malaikat kepadanya, supaya malaikat itu turut memberi peringatan dan
amaran bersama-sama dengannya (sebagai saksi yang membenarkannya).* (8)
"Atau diberikan perbendaharaan harta benda kepadanya, atau ia mempunyai
sebuah kebun untuk ia makan hasilnya"*. Dan orang yang zalim itu berkata
pula (kepada orang yang beriman): "Sebenarnya kamu hanyalah
menurut seorang yang tidak siuman".
6
Nabi Muhamad SAW diperintah supaya menyebarkan
dakwahnya tanpa menghiraukan tuduhan . Al Thuur 29-34,48
(29) Maka hendaklah engkau (wahai Muhammad) tetap tekun memberi peringatan
(dengan ajaran-ajaran Al-Qur'an yang diturunkan kepadamu, dan janganlah
dihiraukan golongan yang ingkar), kerana engkau dengan nikmat Tuhanmu (yang
dilimpahkan-Nya kepadamu itu) bukanlah seorang pawang dan bukan pula seorang
gila (30) (Mereka menuduh Nabi Muhammad dengan yang bukan-bukan), bahkan mereka
mengatakan: "(Muhammad) itu seorang penyair yang kami tunggu-tunggu saat
kebinasaannya"(31) Katakanlah (wahai Muhammad): "Tunggulah kamu (akan
apa yang kamu tuduh itu), maka sesungguhnya aku juga dari orang yang menunggu
bersama-sama kamu (akan apa yang dijanjikan oleh Allah Ta'ala)"(32) Adakah
mereka disuruh oleh akal fikiran mereka melemparkan tuduhan-tuduhan yang
sedemikian itu, atau sememangnya mereka suatu kaum yang melampui batas (dalam
keingkaran dan kedegilannya)? * (33) (Bukan sahaja mereka ingkar dan degil)
bahkan mereka berkata: "Dia (Muhammad) telah mereka-reka Al-Qur'an
itu". (Tuduhan mereka yang demikian tidak berasas) bahkan mereka sengaja
tidak mahu beriman!(34) (Kalau tidak) maka hendaklah mereka membuat dan
mendatangkan kata-kata (yang fasih, pitah dan indah) seperti Al-Qur'an itu,
jika betul mereka orang yang benar dakwaannya.
48) Dan (dengan yang demikian) bersabarlah
(wahai Muhammad) menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada mereka), kerana
sesungguhnya engkau tetap terselamat dalam pemeliharaan serta pengawasan Kami;
dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu semasa engkau bangun.*
Yakni ketika bangun dari sesuatu majlis,
dan ketika hendak mengerjakan sembahyang, dan juga ketika bangun dari tidur.
Demikian menurut kesimpulan beberapa buah hadith Nabi (s.a.w)
7
Nabi Muhamad SAW diseru supaya jangan
menghirau tentangan orang kafir. Al Qamar 6
Oleh itu, berpalinglah dari mereka (wahai Muhammad dan
janganlah dihiraukan). (Ingatlah) masa (malaikat) penyeru menyeru (mereka pada
hari kiamat) kepada perkara yang tidak diingini (oleh orang yang bersalah);
8
Nabi Muhamad SAW diseru supaya bersabar
terhadap tuduhan Kaum Musyrikin. Al Muzamil 10
Dan bersabarlah terhadap
apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu dari
mereka dengan cara yang baik.
9
Semua
rasul yang tedahulu dari Nabi Muhamad SAW telah ditentang dan didustakan oleh
kaum mereka masing-masing. Al An’am 34 ,
Dan demi sesungguhnya, Rasul-rasul
sebelummu pernah juga didustakan, maka mereka sabar terhadap perbuatan orang
yang mendustakan mereka dan menyakiti mereka, sehingga datanglah pertolongan
Kami kepada mereka; dan sememangnyalah tiada sesiapa pun yang dapat mengubah
Kalimah-kalimah Allah (janji-janji-Nya mempertahankan Rasul-rasul-Nya); dan
demi sesungguhnya, telah datang kepadamu sebahagian dari khabar berita
Rasul-rasul itu.
Sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Nuh
kepada kaumnya*, lalu berkatalah ia: "Wahai kaum-Ku! Sembahlah kamu akan Allah,
(sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripada-Nya. Sesungguhnya aku bimbang, kamu akan ditimpa
azab hari yang besar (hari Kiamat)"
Al
a’raf 64-65,101
Mereka terus mendustakannya, lalu
Kami selamatkan dia dan orang yang besertanya di dalam bahtera, dan Kami
karamkan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Sesungguhnya mereka adalah kaum
yang buta (mata hatinya daripada melihat kebenaran) (65) Dan kepada kaum Aad,
(Kami utuskan) saudara mereka: Nabi Hud. Ia berkata: "Wahai kaum-Ku!
Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripada-Nya. Oleh itu, tidakkah kamu mahu bertakwa
kepada-Nya?"
Negeri-negeri (yang telah
Kami binasakan) itu, Kami ceritakan sebahagian dari khabar beritanya kepadamu
(wahai Muhammad); dan sesungguhnya telah datang kepada mereka Rasul-rasul
mereka dengan keterangan-keterangan yang nyata (mukjizat) sesudah itu mereka tidak
juga beriman kepada apa yang mereka telah mendustakannya dahulu. Demikianlah Allah meteraikan di atas hati
orang yang kafir
10
Mengingatkan Nabi Muhamad SAW dan para
muslimin supaya mencontohi perjuangan Nabi Musa AS dan umatnya. Al Sajadah
23-24
(23) Dan demi sesungguhnya! Kami telah memberi kepada Nabi Musa
Kitab Taurat (sebagaimana kami berikan Al-Qur'an kepadamu wahai Muhammad), maka
janganlah engkau ragu-ragu menyambut dan menerimanya; dan Kami jadikan Kitab
Taurat itu hidayah petunjuk bagi kaum Bani Israail.*(24) Dan Kami jadikan dari
kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada
hukum agama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu)
serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami.
11
Sikap tegas Nabi Muhamad SAW dalam
perjuangannya menyampaikan dakwah kepada manusia. Al Jin 20-23
(20) Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah
beribadat kepada Tuhanku semata-mata, dan aku tidak mempersekutukan-Nya dengan
sesiapa pun".(21) Katakanlah lagi: "Sesunguhnya aku tidak berkuasa
mendatangkan sebarang mudarat dan tidak juga berkuasa mendatangkan sebarang
kebaikan bagi kamu.(22) Katakanlah lagi; "Sesungguhnya aku, tidak
sekali-kali akan dapat diberi perlindungan oleh sesiapa pun dari (azab) Allah
(jika aku menderhaka kepada-Nya), dan aku tidak sekali-kali akan mendapat
tempat perlindungan selain daripada-Nya,(23) "(Aku diberi kuasa) hanya
menyampaikan (wahi) dari Allah dan perintah-perintah-Nya (yang ditugaskan
kepadaku menyampaikannya); dan sesiapa yang menderhaka kepada Allah dan
ingkarkan bawaan Rasul-Nya, maka sesungguhnya disediakan baginya Neraka
Jahannam; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya."
12
Nabi Muhamad SAW dikurniakan nikmat-nikmat
yang limpah di dunia dan akhirat . Al Kausar 1
Sesungguhnya Kami telah
mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di
akhirat).
13
Perubahan yang dialami oleh Nabi Muhamad SAW
sesudah dibangkit menjadi rasul . Al Dhuha 6-8
(6) Bukankah Ia mendapati engkau yatim
piatu, lalu ia memberikan perlindungan? (7) Dan didapatiNya engkau mencari-cari
(jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah pertunjuk (dengan wahi -
Al-Qur'an) (8) Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?
14
Nikmat
hidayah dan nama yang harum yang dikurniakan Allah kepada Nabi Muhamad
SAW. Al Insyrah 1-3
(1) Bukankah Kami telah melapangkan
bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah
pertunjuk)?(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam)-
(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam
melaksanakannya)?
15
Orang yang membenci Nabi Muhamad SAW itulah
orang yang putus rahmat dari Allah. Al Kausar 3
Sesungguhnya orang yang bencikan
engkau, dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).
16
Nabi Muhamad SAW diperintah menyebarkan
da’wah yang terus terang. Al Muddathir 1-6
1) Wahai orang yang berselimut!* (2) Bangunlah
serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).(3) Dan Tuhanmu, maka
ucaplah dan ingatlah kebesaran-Nya!(4) Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau
bersihkan.(5) Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.(6) Dan
janganlah engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak
daripadanya.
Yakni Nabi Muhammad (s.a.w). Baginda berselimut sekembalinya dari Gua Hira
selepas menerima wahi (Al-Quran) bagi
kali yang pertama.
17
Nabi Muhamad SAW diperintah membanyakkan
solat di waktu malam dan membaca al Quran dengan bacaan yang hikmah dan juga
membanyakkan zikir. Al Muzammil 1-8
Wahai orang yang
berselimut!* (2) Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari
sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),(3) Iaitu separuh dari waktu
malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu,(4) Ataupun lebihkan (sedikit)
daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartiil".* (5) (Sayugialah
engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat
yang berat kepada hawa
nafsu, kerana sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahi (Al-Quran yang
mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang yang tidak bersedia
menyempurnakannya).(6) Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat
kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.(7) (Kami galakkan engkau
dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang
hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya;(8) Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama
Tuhanmu (terus-menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu)
kepada-Nya dengan sebulat-bulat tumpuan.
18
Nabi Muhamad SAW dan pengikut-pengikutnya
dari angkatan pertama yang menjalani ibadat dan tilawah yang bersungguh-sungguh
telah diberi keringanan oleh Allah Subhanahu wataala. Al Muzammil 20
Sesungguhnya Tuhanmu (wahai
Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang Tahajjud) selama
kurang dari dua pertiga malam, dan selama seperduanya, dan selama sepertiganya;
dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana
hendak menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah jualah yang menentukan
dengan tepat kadar masa malam dan siang. Ia mengetahui bahawa kamu tidak
sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Ia menarik
balik perintahNya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada kamu; oleh
itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam
sembahyang). Ia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang
sakit; dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi
untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah; dan yang lainnya lagi
orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela agama-Nya). Maka bacalah
mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran; dan dirikanlah sembahyang
serta berikanlah zakat; dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang
baik (ikhlas). Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai
bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, -
sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya. Dan mintalah
ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
19
Nabi Muhamad SAW telah ditegur kerana memberi
layanan yang lebih kepada orang kaya yang tidak beriman dan membelakangi
seorang buta yang beriman . `Abasa 1-10
(1) Ia memasamkan muka dan berpaling.* (2) Kerana ia didatangi orang
buta.(3) Dan apa jalannya yang engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai
Muhammad)? Barangkali ia mahu membersih hatinya (dengan pelajaran ugama yang
didapatinya daripadamu)! –(4) Ataupun ia mahu mendapat peringatan, supaya
peringatan itu memberi manfaat kepadanya.(5) Adapun orang yang merasa
keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi
(kepada ajaran Al-Qur'an),(6) Maka engkau bersungguh-sungguh
melayaninya.(7) Padahal engkau tidak bersalah kalau ia tidak mahu membersihkan
dirinya (dari keingkarannya).(8) Adapun orang yang segera datang kepadamu,(9)
Dengan perasaan takutnya (melanggar perintah-perintah Allah). (10)Maka engkau
berlengah-lengah melayaninya.
*
Dalam ayat ini dan ayat-ayat yang berikutnya,
allah Taala menegur Nabi Muhammad (s.a.w.) yang telah didatangi oleh seorang
Islam - orang buta dengan tujuan hendak bertanyakan perkara-perkara mengenai
ugama, tetapi Baginda tidak dapat melayannya kerana Baginda pada ketika itu
sedang bercakap dengan beberapa orang ketua kaum musyrik Mekah dan menyeru
mereka memeluk Islam, dengan harapan kalau mereka telah Islam maka orang-orang
mereka yang ramai akan menurut sama.
Allah Taala menegur
Baginda seperti yang tersebut, kerana diketahuiNya ketua-ketua kaum musyrik itu
tidak akan memeluk Islam, dan supaya Baginda memberi layanan yang selayaknya
kepada orang-orang yang sedia menerima petunjuk sekalipun ia seorang miskin
yang tidak mempunyai sebarang pengaruh
20
Menjawab dakwaan orang-orang kafir yang
mengatakan bahawa putusnya wahyu dalam beberapa waktu itu menandakan kemurkaan
Allah terhadap Nabi Muhamad SAW. Al Dhuha 3-5
(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad)
tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh
oleh kaum musyrik).(4) Dan sesungguhnya kesudahan keadaanmu adalah lebih baik
bagimu daripada permulaannya.(5) Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu
(kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau
redha-berpuas hati.
21
Impian Nabi Muhamad SAW untuk kembali ke
Mekah dan memasuki Masjid Al Haram telah menjadi kenyataan. Al Fath 27
Demi sesungguhnya! Allah tetap
menyatakan benar Rasul-Nya dalam perkara mimpi itu dengan kenyataan yang
sebenar * ; iaitu sesungguhnya kamu tetap akan memasuki Masjid Al-Haraam-
Insya-Allah (pada masa yang ditentukan-Nya) - dalam keadaan aman (menyempurnakan
ibadat umrah kamu) dengan mencukur kepala kamu, dan kalau (tidak pun)
menggunting sedikit rambutnya, serta kamu tidak merasa takut (akan
pengkhianatan musuh sehingga kamu keluar balik dari situ). (Allah menangguhkan
berlakunya kenyataan itu) kerana Ia mengetahui (adanya faedah dalam penangguhan
itu) yang kamu tidak mengetahuinya; maka Ia menyediakan sebelum (terlaksananya
mimpi) itu, satu kemenangan yang dekat (masa berlakunya) ** .
22
Peristiwa pertemuan Nabi Muhamad SAW dengan
Jibril AS pada malam mi’raj. Al Najm
3-15
Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung
dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.(4) Segala yang
diperkatakannya itu (sama ada Al-Qur'an atau hadis) tidak lain hanyalah wahi
yang diwahikan kepada-Nya.(5) Wahi itu (disampaikan dan) diajarkan kepada-Nya
oleh (malaikat Jibril) yang amat kuat gagah,-(6) Lagi yang mempunyai
kebijaksanaan; kemudian ia memperlihatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad) dengan
rupanya yang asal,-(7) Sedang ia berada di arah yang tinggi (di langit);(8)
Kemudian ia mendekatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad), lalu ia berjuntai
sedikit demi sedikit, (9) Sehingga menjadilah jarak (di antaranya dengan Nabi
Muhammad) sekadar dua hujung busaran panah, atau lebih dekat lagi;(10) Lalu
Allah wahikan kepada hamba-Nya (Muhammad, dengan perantaraan malaikat Jibril)
apa yang telah diwahikan-Nya.(11) Hati (Nabi Muhammad) tidak mendustakan apa
yang dilihatnya.(12) Jika demikian, patutkah kamu hendak membantahnya mengenai
apa yang telah dilihatnya itu?(13) Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah
melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi,-*(14) Di
sisi "Sidratul-Muntaha";* (15) Yang di sisinya terletak syurga
"Jannatul-Makwa".
*
Yakni pada malam Israa' dan Mi'raaj
. *
Menurut hadis-hadis Nabi (s.a.w),
"Sidratul-Muntaha" itu terletak di langit yang ke tujuh.
23
Tugas Nabi Muhamad SAW ialah menyampaikan ,
bukan memaksa. Al Ghasiah 21-22
Oleh itu, berikanlah
sahaja peringatan (wahai Muhammad, kepada manusia, dan janganlah berdukacita
kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul
pemberi ingatan; (22) Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka
(menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu).
24
Peristiwa
isra’ dan mi’raj Nabi Muhamad SAW Al isra’ 22-27
Janganlah engkau adakan
tuhan yang lain bersama Allah (dalam ibadatmu), kerana akibatnya engkau akan
tinggal dalam keadaan tercela dan kecewa dari mendapat pertolongan.* (23) Dan
Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya
semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika
salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua
dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka
(sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah
engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan
yang mulia (yang bersopan-santun).(24) Dan hendaklah engkau merendah diri
kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk
mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka
berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan
mendidikku semasa kecil".* (25) Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa yang
ada pada hati kamu; kalaulah kamu orang yang bertujuan baik mematuhi
perintah-Nya, maka sesungguhnya Ia adalah Maha Pengampun bagi orang yang
bertaubat.* (26) Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan
haknya masing-masing*; dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros
yang melampau-lampau. (27) Sesungguhnya orang yang boros itu adalah
saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat
kufur kepada Tuhannya.*
Ibrahim
1
Wasiat Nabi Allah Ibrahim dan Yaakub AS
supaya anak-anak mereka berpegang teguh kepada Islam . Al Baqarah 131-132, 136
(Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya:
"Berserah dirilah (kepada-Ku wahai Ibrahim)" Nabi Ibrahim menjawab: "Aku berserah
diri (tunduk ta'at) kepada Tuhan Yang Memelihara dan mentadbirkan sekalian
alam".(132) Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada
anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya)
katanya: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama
(Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam
keadaan Islam*".
(136) Katakanlah (wahai orang yang
beriman): "Kami beriman kepada
Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (Al-Qur'an), dan kepada apa
yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishaq dan Nabi
Yaakub serta anak-anaknya, dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa
(Taurat) dan Nabi Isa (Injil), dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi-nabi
dari Tuhan mereka; kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka
(sebagaimana yang kamu - Yahudi dan Nasrani - membeza-bezakannya); dan kami
semua adalah Islam (berserah diri, tunduk ta'at) kepada Allah
semata-mata".
2
Perkembangan kesedaran Nabi Ibrahim AS
terhadap konsep Tauhid . Al An’am 75-79
(75) Dan demikianlah Kami perlihatkan
kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi, dan
supaya menjadilah ia dari orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin.(76)
Maka ketika ia berada pada waktu malam yang gelap, ia melihat sebuah bintang
(bersinar-sinar), lalu ia berkata: "Inikah Tuhanku?" Kemudian
apabila bintang itu terbenam, ia berkata pula: "Aku tidak suka kepada yang
terbenam hilang".(77) Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit
(menyinarkan cahayanya), ia berkata: "Inikah Tuhanku?" Maka setelah
bulan itu terbenam, berkatalah ia: "Demi sesungguhnya, jika aku tidak
diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang
sesat".(78) Kemudian apabila ia melihat matahari sedang terbit
(menyinarkan cahayanya), berkatalah ia: "Inikah Tuhanku? Ini lebih
besar". Setelah matahari terbenam, ia berkata pula: "wahai kaumku,
sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah
dengannya).(79) "Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah
yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan
bukanlah aku dari orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang
lain)".
3
Kisah
Nabi Ibrahim AS berdailoq dengan bapanya . Mariam 42-48
Tatkala ia berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku, mengapa ayah
menyembah benda yang tidak mendengar dan tidak melihat serta tidak dapat
menolongmu sedikit pun?(43) "Wahai ayahku, sesungguhnya telah datang
kepadaku dari ilmu pengetahuan yang tidak pernah datang kepadamu*; oleh itu
ikutlah daku; aku akan memimpinmu ke jalan yang betul. (44) "Wahai ayahku,
janganlah ayah menyembah Syaitan*, sesungguhnya Syaitan itu adalah menderhaka
kepada Allah yang melimpah-limpah rahmat-Nya. (45) "Wahai ayahku,
sesungguhnya aku bimbang bahawa ayah akan kena azab dari (Allah) aAr-Rahman
disebabkan ayah menyembah yang lainnya; maka dengan sebab itu akan menjadilah
rakan bagi Syaitan dalam neraka."(46) (Bapanya) menjawab: "Patutkah
engkau bencikan tuhan-tuhanku, wahai Ibrahim? Demi sesungguhnya! Jika engkau
tidak berhenti daripada menyeru dan menasihati daku, sudah tentu aku akan melontarmu
dengan batu; dan (ingatlah, lebih baik) engkau tinggalkan daku sepanjang
masa"(47) Nabi Ibrahim berkata: "Selamat tinggallah ayah; aku akan
memohon kepada Tuhanku mengampuni dosamu; sesungguhnya Ia sentiasa melimpahkan
kemurahan ihsan-Nya kepadaku.(48) "Dan aku akan membawa diri meninggalkan
kamu semua serta apa yang kamu sembah yang lain dari Allah; dan aku akan
beribadat kepada Tuhanku dengan ikhlas; mudah-mudahan aku dengan ibadatku
kepada Tuhanku itu tidak menjadi hampa (dan derhaka seperti kamu)"
* Nabi Ibrahim (a.s.) menegaskan kepada bapanya
bahawa ia telah diwahikan oleh Allah
Ta'ala dengan ilmu yang membawa ke jalan yang benar, lalu menyeru bapanya
supaya menurut ajarannya untuk mendapat keselamatan hidup di dunia dan di
akhirat kelak.
4
Kisah Nabi Ibrahim AS menjunjung perintah
Allah untuk mengorbankan anaknya Ismail . Assafat 102-107
Maka tatkala anaknya
itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim
berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya
aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa
pendapatmu?". Anaknya
menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah
apa yang diperintahkan kepadamu;
insyaallah, ayah akan mendapati daku dari orang yang sabar".(103)
Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi
Ibrahin merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok
tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - dengan kesungguhan azamnya itu - telah
menjalankan perintah kami),(104) Serta Kami menyerunya: "Wahai Ibrahim!-(105) "Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang
engkau lihat itu". - Demikianlah
sebenarnya kami membalas orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.(106)
Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata;(107) Dan Kami tebus
anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;
5
Kisah Nabi Ibrahim AS dengan kaumnya Hud
74-76 dan
Assafat 83-99
Dan sesungguhnya di
antara orang yang menegakkan (ajaran yang dibawa oleh ) Nabi Nuh ialah Nabi
Ibrahim.(84) Tatkala ia mematuhi perintah Tuhannya dengan hati yang suci
murni.(85) Ketika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya: "Apa yang kamu sembah?(86)
"Patutkah kamu menyembah tuhan-tuhan yang lain dari Allah, kerana kamu
memutar belitkan kebenaran semata-mata (bukan kerana benarnya)?(87) "Maka
bagaimana fikiran kamu pula terhadap Allah Tuhan sekalian alam?"(88)
Kemudian ia memandang dengan satu renungan kepada bintang-bintang (yang
bertaburan di langit),-(89) Lalu berkata:
"Sesungguhnya aku merasa sakit (tak dapat turut berhari raya
sama)'.(90) Setelah (mendengar kata-katanya) itu, mereka berpaling meninggalkan
dia.(91) Lalu
ia pergi kepada berhala-hala mereka secara bersembunyi- serta ia bertanya
(kepada berhala-berhala itu, secara mengejek-ejek): "Mengapa kamu tidak makan?(92)
"Mengapa kamu tidak menjawab?"(93) Lalu ia memukul berhala-berhala
itu dengan tangan kanannya (sehingga pecah berketul-ketul).(94) (Setelah
kaumnya mengetahui hal itu) maka
datanglah mereka beramai-ramai kepadanya.(95) (Bagi menjawab bantahan mereka),
ia berkata: "Patutkah kamu
menyembah benda-benda yang kamu pahat?(96) "Padahal Allah yang mencipta
kamu dan benda-benda yang kamu perbuat itu!"(97) (Setelah tak dapat
berhujjah lagi, ketua-ketua) mereka berkata:
"Binalah untuk Ibrahim sebuah tempat (untuk membakarnya), kemudian
campakkan dia ke dalam api yang menjulang-julang itu".(98) Maka mereka
(dengan perbuatan membakar Nabi Ibrahim itu) hendak melakukan angkara yang
menyakitinya, lalu Kami jadikan mereka orang yang terkebawah (yang tidak berjaya
maksudnya).(99) Dan Nabi Ibrahim pula berkata:
"Aku hendak (meninggalkan kamu) pergi kepada Tuhanku*, Ia akan memimpinku (ke jalan yang benar).
6
Peristiwa keselamatan Nabi Ibrahim AS dan
Nabi Lut AS dari kejahatan kaum mereka. Al Ambia’ 68,71,73-75
(Setelah tidak dapat
berhujah lagi, ketua-ketua) mereka berkata: "Bakarlah dia dan belalah
tuhan-tuhan kamu, jika betul kamu mahu bertindak membelanya!"
Dan Kami selamatkan dia dan
(sepupunya) Nabi Lut ke negeri yang Kami limpahkan berkat padanya untuk umat
manusia.*
Dan Kami jadikan mereka
ketua-ketua ikutan, yang memimpin (manusia ke jalan yang benar) dengan perintah
Kami, dan Kami wahikan kepada mereka mengerjakan kebaikan, dan mendirikan
sembahyang, serta memberi zakat; dan mereka pula sentiasa beribadat kepada
Kami.(74) Dan kepada Nabi Lut, Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu; dan
Kami selamatkan dia dari bandar* yang penduduknya selalu melakukan
perkara-perkara yang keji; sesungguhnya mereka itu adalah kaum jahat, yang
fasik, derhaka. (75) Dan Kami masukkan Nabi Lut dalam (kumpulan mereka yang
dilimpahi) rahmat Kami; sesungguh ia dari orang yang salih. ( *
Yakni bandar "Sodom".)
7
Contoh tauladan Nabi Ibrahim AS dengan
kaumnya. Assyu’ra 69-82
69) Dan bacakanlah pula kepada mereka
perihal Nabi Ibrahim.* (70) Tatkala ia berkata kepada bapanya dan kaumnya:
"Apa yang kamu sembah?" (71) Mereka menjawab: "Kami menyembah
berhala-berhala, maka (kerana memuliakannya) kami berkekalan
menyembahnya."(72) Nabi Ibrahim bertanya: "Adakah berhala-berhala itu
mendengar kamu semasa kamu menyerunya?(73) "Atau mereka dapat memberikan
sesuatu yang ada manfaatnya kepada kamu ataupun menimpakan sesuatu
bahaya?"(74) Mereka menjawab: "(Tidak satupun!) Bahkan kami dapati
datuk nenek kami berbuat demikian".(75) Nabi Ibrahim berkata:
"Sudahkah kamu berfikir sehingga nampak gunanya benda-benda yang kamu
sembah itu?-(76) "(Yang sekian lama disembah oleh) kamu dan datuk nenek
kamu yang dahulu?"(77) "(Aku bertanya demikian) kerana sesungguhnya
berhala-berhala itu ialah seteruku, (aku tidak
menyembah) melainkan Allah Tuhan sekalian alam;(78) "Tuhan yang
menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dialah yang memimpin dan memberi
petunjuk kepadaku; (79) "Dan Tuhan yang Dialah jua memberiku makan dan
memberi minum,(80) "Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan
penyakitku;(81) "Dan (Dialah) yang mematikan daku, kemudian Ia
menghidupkan daku;(82) "Dan (Dialah) yang aku harap-harapkan supaya
mengampunkan dosaku pada hari Kiamat;
8
Kemenangan perjuangan Nabi Ibrahim AS . Al
Ankabut 24
Kemudian, seruan Nabi Ibrahim tidak dijawab oleh
kaumnya melainkan dengan kata-kata (tentangan yang keras) "Bunuhlah dia
atau bakarlah dia". Maka Allah selamatkan Nabi Ibrahim dari api (yang
disediakan oleh kaumnya). Sesungguhnya peristiwa yang demikian, mengandungi
tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang (mahu) beriman.
9
Agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim AS
dilanjutkan pula oleh anak cucunya. Al Zukhruf 26-29
(26) Dan (ingatkanlah peristiwa) tatkala Nabi Ibrahim berkata
kepada bapanya dan kaumnya: "Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang
kamu sembah- (27) "Yang lain dari Tuhan yang menciptakan daku*, kerana
sesungguhnya Ia tetap memberi hidayah petunjuk kepadaku". (28) Dan Nabi
Ibrahim menjadikan kalimah tauhid itu tetap kekal pada keturunannya, supaya
mereka kembali (kepada tauhid itu, jika ada yang menyeleweng kepada syirik).
(29) (Kebanyakan mereka tidak kembali kepada tauhid, dan Aku pula tidak segerakan
azab mereka) bahkan Aku memberikan mereka dan datuk nenek mereka menikmati
kesenangan hidup, sehingga datanglah kepada mereka kebenaran (Al-Qur'an), dan
seorang Rasul yang menerangkan tauhid.
10
Nabi Ibrahim AS ditemui rombongan malaikat
yang membawa berita dari Allah bahawa beliau akan dikurniakan seorang anak
lelaki. Al Zariat 24-30
(24) Sudahkah sampai kepadamu (wahai
Muhammad) * perihal tetamu Nabi Ibrahim yang dimuliakan?** (25) Tatkala mereka
masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Salam sejahtera
kepadamu!" Ia menjawab: "Salam sejahtera kepada kamu!" (Sambil
berkata dalam hati): mereka ini orang yang tidak dikenal.(26) Kemudian ia masuk
mendapatkan Ahli rumahnya serta dibawanya keluar seekor anak lembu gemuk (yang
dipanggang).( 27) Lalu dihidangkannya kepada mereka sambil berkata:
"Silalah makan".(28) (Setelah dilihatnya mereka tidak menjamah
makanan itu), maka ia merasa takut dari keadaan mereka. (Melihat kecemasannya),
mereka berkata: "Janganlah engkau takut (wahai Ibrahim)". Lalu mereka
memberikan berita gembira kepadanya, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang
berpengetahuan*. (29) (Mendengarkan berita yang menggembirakan itu), maka
datanglah isterinya sambil menjerit (kehairanan) lalu menepuk mukanya sambil
berkata: "Aku sudah tua, lagi mandul. (bagaimana aku boleh mendapat
anak)?"(30) Mereka berkata: "Demikianlah Tuhanmu berfirman, (Kami
hanya menyampaikan sahaja); Sesungguhnya Dialah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha
Mengetahui".
11
Sanjungan Allah terhadap Nabi Ibrahim AS. Al Nahl
120-123
(120) Sesungguhnya Nabi Ibrahim adalah
merupakan "satu umat" (walaupun Ia seorang diri)*; ia taat
bulat-bulat kepada Allah, lagi berdiri teguh di atas dasar tauhid; dan ia tidak
pernah menjadi dari orang yang musyrik. (121) Ia sentiasa bersyukur akan
nikmat-nikmat Allah; Allah telah memilihnya (menjadi Nabi) dan memberi hidayah
petunjuk kepadanya ke jalan yang lurus.(122) Dan Kami telah, memberikan
kepadanya kebaikan di dunia*; dan sesungguhnya ia pada hari akhirat, adalah
dari orang yang salih. (123) Kemudian Kami wahikan kepadamu (wahai Muhammad):
Hendaklah engkau menurut agama Nabi Ibrahim*, yang berdiri teguh di atas jalan
yang benar; dan tiadalah ia dari orang yang musyrik.
Nuh
1
Nikmat agong yang dikurniakan kepada Nabi
–Nabi Nuh, Daud, Sulaiman, Ayub,Ismail,Idris,Zakaria dan Yunus AS. Al Ambia’
76-84
(76) Dan
(sebutkanlah peristiwa) Nabi Nuh, ketika ia menyeru (berdoa kepada Kami)*
sebelum (Nabi-nabi yang tersebut) itu, lalu Kami perkenankan doanya serta Kami
selamatkan dia dan pengikut-pengikutnya dari kesusahan yang besar. (77) Dan
Kami membelanya dari angkara kaum yang mendustakan ayat-ayat Kami; sesungguhnya
adalah mereka kaum yang jahat; lalu Kami tenggelamkan mereka semuanya (sehingga
mati lemas dengan taufan).(78) Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Daud dengan
Nabi Sulaiman, ketika mereka berdua
menghukum mengenai tanam-tanaman semasa ia dirosakkan oleh kambing kaumnya pada
waktu malam; dan sememangnya Kamilah yang memerhati dan mengesahkan hukuman
mereka. (79) Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi
masalah itu*; dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat
kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak)**; dan Kami mudahkan gunung-ganang dan
unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud***; dan adalah Kami berkuasa
melakukan semuanya itu. (80) Dan Kami mengajar Nabi Daud membuat baju-baju besi
untuk kamu, untuk menjaga keselamatan kamu dalam mana-mana peperangan kamu,
maka adakah kamu sentiasa bersyukur? (81) Dan (Kami mudahkan) bagi Nabi Sulaiman
angin yang kencang tiupannya*, bertiup menurut kehendaknya ke negeri yang Kami
limpahi berkat padanya**; dan adalah Kami mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(82) Dan (Kami mudahkan) sebahagian dari Syaitan-syaitan untuk menyelam
baginya, serta melakukan kerja-kerja yang lain dari itu*; dan adalah Kami
mengawal mereka (daripada melanggar perintahnya). (83) Dan (sebutkanlah
peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata:
"Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih
mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani".(84) Maka Kami
perkenankan doa permohonannya, lalu Kami hapuskan penyakit yang menimpanya,
serta kami kurniakan kepadanya: keluarganya, dengan seganda lagi ramainya,
sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang yang taat
kepada Kami (supaya bersabar dan mendapat balasan baik).*
2
Kisah
perjuangan Nabi Nuh AS . Hud 25-34
(25) Dan demi
sesungguhnya! Maka telah diutuskan Nabi Nuh lalu Ia memberitahu kaumnya dengan
berkata: "Sesungguhnya aku ini seorang Rasul pemberi amaran yang nyata
kepada kamu.(26) "Iaitu janganlah kamu menyembah melainkan Allah;
sesungguhnya aku bimbang (jika kamu menyembah yang lainnya), kamu akan ditimpa
azab yang tidak terperi sakitnya pada hari pembalasan"*.(27) Maka
berkatalah ketua-ketua yang kafir dari kaumnya: "Kami tidak memandangmu
(wahai Nuh) melainkan sebagai seorang manusia seperti kami; dan kami tidak
nampak golongan yang mengikutmu melainkan orang kami yang miskin hina, lagi
berfikiran singkat; dan kami juga tidak memandang kamu (semua) mempunyai
sebarang kelebihan yang mengatasi kami, bahkan kami menganggap kamu orang
pendusta"(28) Nabi Nuh berkata:
"Wahai kaumku! Jika keadaanku berdasarkan bukti yang nyata dari
Tuhanku, serta Ia mengurniakan pangkat Nabi kepadaku dari sisi-Nya, kemudian
bukti yang nyata itu menjadi kabur pada pandangan kamu (disebabkan keingkaran
kamu yang telah sebati), maka adakah kamu nampak ada gunanya Kami memaksa kamu
menerima bukti itu sedang kamu tidak suka kepadanya?(29) "Dan (ketahuilah)
wahai kaumku! Aku tidak meminta kepada kamu sebarang harta benda sebagai upah
menyampaikan agama Allah itu, tiadalah aku harapkan upahku melainkan dari Allah
semata-mata; dan aku tidak akan menghalau orang yang beriman (sebagaimana yang
kamu minta itu), kerana sesungguhnya mereka akan menemui Tuhan mereka (dan pada
hari itu mereka akan menuntut dan menerima hak masing-masing); tetapi aku
nampak kamu semua, kaum yang tidak mengetahui apa yang mesti diketahui.(30)
"Dan lagi wahai kaumku! Siapakah yang akan menolongku dari azab Allah jika
aku menghalau mereka? Maka mengapa kamu
tidak mahu ingatkan kekuasaan Allah? (31) "Dan aku tidak pernah berkata
kepada kamu: di sisiku ada perbendaharaan Allah, dan tidaklah aku mendakwa
mengetahui perkara-perkara yang ghaib, dan aku juga tidak berkata terhadap
orang yang beriman yang kamu pandang hina itu, bahawa Allah tidak akan memberi
kebaikan kepada mereka. Allah lebih
mengetahui akan apa yang ada di dalam hati mereka. Sesungguhnya aku jika bertindak demikian,
nescaya menjadilah aku dari orang yang zalim". (32) Mereka berkata:
"Wahai Nuh! Sesungguhnya engkau telah bertikam lidah membantah kami lalu
engkau banyakkan sangat hujah-hujah semasa mengemukakan bantahanmu kepada kami;
oleh itu, datanglah azab Allah yang engkau janjikan kepada kami, jika betul
engkau dari orang yang benar"(33) Nabi Nuh menjawab: "Sesungguhnya
Allah jualah yang akan mendatangkan azab-Nya itu kepada kamu jika Ia kehendaki,
dan kamu tidak sekali-kali akan dapat melemahkan kuasa Allah! (34) "Dan
tidak ada gunanya nasihatku kepada kamu, jika aku hendak menasihati kamu, kalau
Allah hendak menyesatkan kamu (kerana kamu tetap berdegil); Dialah Tuhan kamu
dan kepada-Nya kamu akan kembali"
3
Kisah bahtera Nabi Nuh. Al Mukminun 27-28
27) Lalu Kami wahikan kepadanya:
"Buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan Kami,
dan dengan panduan wahi Kami (tentang cara membuatnya); kemudian apabila datang
hukum Kami untuk membinasakan mereka, dan air memancut-mancut dari muka bumi
(yang menandakan kedatangan taufan), maka masukkanlah ke dalam bahtera itu dua
dari tiap-tiap jenis haiwan (jantan dan betina), dan bawalah ahlimu (dan pengikut-pengikut
mu) kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya di antara mereka
(disebabkan kekufurannya); dan janganlah engkau merayu kepadaku untuk menolong
kaum yang zalim itu, kerana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan dengan
taufan sehingga mati lemas.(28) "Kemudian apabila engkau dan orang yang
bersamamu telah berada di atas bahtera itu, maka hendaklah engkau (bersyukur
kepada Allah dengan) berkata: "Segala puji tertentu bagi Allah yang telah
menyelamatkan kami daripada orang yang zalim".
4
Manusia diseru mengambil contoh tauladan dari
kisah-kisah Musa dan Nuh, juga dari kisah kaum yang dibinasakan oleh Allah. Al
Furqan 35-39
Dan sesungguhnya Kami telah berikan Kitab Taurat kepada Nabi Musa, dan Kami
lantik saudaranya - Nabi Harun, sebagai menteri bersertanya.* (36) Lalu Kami
perintahkan: "Pergilah kamu berdua kepada kaum yang mendustakan ayat-ayat
keterangan kami"*; maka (kesudahannya) Kami binasakan kaum itu
sehancur-hancurnya. (37) Dan (demikian juga) kaum Nabi Nuh, tatkala mereka
mendustakan Rasul-rasul Kami, Kami tenggelamkan mereka*, dan Kami jadikan
mereka satu tanda (yang menjadi contoh) bagi umat manusia; dan kami sediakan
bagi sesiapa yang zalim; azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (38) Dan
(demikian juga Kami telah binasakan) Aad and Thamud*, se(39) Dan masing-masing,
telah Kami berikan kepadanya contoh teladan yang mendatangkan iktibar, dan
masing-masing telah kami hancurkan sehancur-hancurnya.
5
Contoh tauladan dari perjuangan Nuh AS
Assyu’ra’105- 121
(105) (Demikian juga) kaum Nabi Nuh telah mendustakan
Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka.)* (106) Tatkala saudara mereka - Nabi
Nuh, berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi suruhan Allah dan
menjauhi larangan-Nya.(107) "Sesungguhnya aku ini ialah Rasul yang amanah,
(yang diutus oleh Allah) kepada kamu.(108)"Oleh itu, takutilah kamu akan
(kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.(109) "Dan aku tidak meminta
kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku);
balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.(110) "Maka
dengan yang demikian, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah
kepadaku".(111) Mereka menjawab: "Patutkah kami percaya kepadamu,
sedang engkau semata-mata diikut oleh orang yang rendah (pangkatnya dan hina
pekerjaannya)?"(112) Nabi Nuh berkata: "Dan apalah ada kaitannya
pengetahuanku dengan (pangkat dan) pekerjaan mereka?(113) "Sebenarnya
hitungan amal mereka hanya terserah kepada Tuhanku; kalaulah kamu menyedari dan
memahaminya (kamu tidak berkata demikian).(114) "Dan aku tidak akan
menghalau orang yang beriman (daripada bercampur gaul denganku).(115) "Aku
ini hanyalah seorang Rasul pemberi amaran yang jelas nyata (kepada semua -
tidak kira hina mulia)"(116) Mereka (mengugut dengan) berkata: "Jika
engkau tidak mahu berhenti (daripada menyiarkan agamamu itu) wahai Nuh, sudah
tentu engkau akan menjadi dari orang yang direjam!"(117) Nabi Nuh berdoa
dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya kaumku telah
mendustakan daku.(118) "Oleh itu, hukumkanlah antaraku dengan mereka,
dengan hukuman tegas (yang salah), serta selamatkanlah daku dan orang yang
beriman yang bersama-sama denganku".(119) Maka Kami selamatkan dia dan
orang yang bersama-sama dengannya dalam bahtera yang penuh sarat (dengan berbagai
makhluk).(120) Kemudian daripada itu, Kami tenggelamkan golongan (kafir) yang
tinggal (tidak turut bersama dalam bahtera).(121) Sesungguhnya pada peristiwa
yang demikian, terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan
dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.
6
Kemenangan perjuanagn Nabi AS Al Ankabut
14-15
(14) Dan sesungguhnya Kami telah
mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya, maka tinggallah ia dalam kalangan mereka
selama sembilan ratus lima puluh tahun; akhirnya mereka dibinasakan oleh taufan
sedang mereka berkeadaan zalim (dengan kufur derhaka).* (15) Maka dengan itu
Kami selamatkan dia dan pengikut-pengikutnya yang turut bersama dalam bahtera,
dan Kami jadikan bahtera itu satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami dan
memberi pengajaran insaf) kepada sekalian makhluk.
7
Kisah keluarga dan Zakaria Nabi Nuh AS Al
Safat 75-79
Sesungguhnya,
Nabi Nuh telah berdoa merayu kepada Kami (memohon pertolongan), maka Kami
adalah sebaik-baik yang kabulkan doa permohonan.(76) Dan Kami telah selamatkan
dia bersama-sama dengan keluarga dan pengikut-pengikutnya, dari kesudahan yang
besar.(77) Dan Kami jadikan zuriat keturunannya sahaja orang yang tinggal hidup
(setelah Kami binasakan kaumnya yang engkar).(78) Dan Kami kekalkan baginya
(nama yang harum) dalam kalangan orang
yang datang kemudian (79) "Salam sejahtera kapada Nabi Nuh dalam kalangan
penduduk seluruh alam!"
8
Rayuan Nabi Nuh AS kepada Tuhannya atas
kedegilan kaumnya.
Nuh 5-10; 21, 23-24
‚
(5) (Setelah puas menyeru mereka), Nabi Nuh
berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru
kaumku siang dan malam (supaya mereka beriman);(6) "Maka seruanku itu
tidak memberikan mereka (sesuatu faedah pun) selain daripada menambahi mereka
melarikan diri (dari kebenaran).(7) "Dan sesungguhnya aku, tiap-tiap kali
menyeru mereka (beriman) supaya Engkau mengampunkan dosa-dosa mereka, - mereka
menyumbatkan telinganya dengan jari masing-masing, dan berselubung dengan
pakaiannya, serta berdegil dengan keingkarannya, dan berlaku sombong takbur
dengan melampau-lampau.(8) "Kemudian aku telah menyeru mereka dengan
terang-terang;(9) "Selain dari itu, aku (berulang-ulang) menyeru mereka
secara beramai-ramai dengan berterus terang, dan menyeru mereka lagi secara berseorangan
dengan perlahan-lahan.(10) "Sehingga aku berkata (kepada mereka):
"Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha
Pengampun.
Nuh 21:
Nabi Nuh ( merayu lagi dengan) berkata `Wahai
Tuhanku ! Sesungguhnya mereka telah menderhaka kepada ku dan mereka telah
menurut orang yang harta bendnya dan anak pinaknya tidak menambahinya melainkan
kerugian ( di akhirat kelak)
(23) "Dan
(ketua-ketua) mereka (menghasut dengan) berkata: "Jangan kamu meninggalkan
(penyembahan) tuhan-tuhan kamu, terutama (penyembahan) Wadd, dan Suwaa, dan
Yaghuth, dan Yauuq, serta Nasr.* (24) "Dan sesungguhnya ketua-ketua itu
telah menyesatkan kebanyakan (dari umat manusia); dan (dengan yang demikian)
janganlah Engkau (wahai Tuhanku) menambahi orang-orang yang zalim itu melainkan
kesesatan jua".
9
Doa Nabi Nuh terhadap sekalian orang Mukmin
.Nuh 28
"Wahai
Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang
masuk ke rumahku dengan keadaan beriman; dan (ampunkanlah) bagi sekalian
orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (dalam segala zaman); dan
janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!"
Ayub
1
Nikmat agong yang dikurniakan kepada Nabi
–Nabi Nuh, Daud, Sulaiman, Ayub,Ismail,Idris,Zakaria dan Yunus AS. Al Ambia’
76-84
(76) Dan
(sebutkanlah peristiwa) Nabi Nuh, ketika ia menyeru (berdoa kepada Kami)*
sebelum (Nabi-nabi yang tersebut) itu, lalu Kami perkenankan doanya serta Kami
selamatkan dia dan pengikut-pengikutnya dari kesusahan yang besar. (77) Dan
Kami membelanya dari angkara kaum yang mendustakan ayat-ayat Kami; sesungguhnya
adalah mereka kaum yang jahat; lalu Kami tenggelamkan mereka semuanya (sehingga
mati lemas dengan taufan).(78) Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Daud dengan
Nabi Sulaiman, ketika mereka berdua
menghukum mengenai tanam-tanaman semasa ia dirosakkan oleh kambing kaumnya pada
waktu malam; dan sememangnya Kamilah yang memerhati dan mengesahkan hukuman
mereka.(79) Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi
masalah itu*; dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat
kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak)**; dan Kami mudahkan gunung-ganang dan
unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud***; dan adalah Kami berkuasa
melakukan semuanya itu. (80) Dan Kami mengajar Nabi Daud membuat baju-baju besi
untuk kamu, untuk menjaga keselamatan kamu dalam mana-mana peperangan kamu,
maka adakah kamu sentiasa bersyukur? (81) Dan (Kami mudahkan) bagi Nabi
Sulaiman angin yang kencang tiupannya*, bertiup menurut kehendaknya ke negeri
yang Kami limpahi berkat padanya**; dan adalah Kami mengetahui akan tiap-tiap
sesuatu. (82) Dan (Kami mudahkan) sebahagian dari Syaitan-syaitan untuk
menyelam baginya, serta melakukan kerja-kerja yang lain dari itu*; dan adalah
Kami mengawal mereka (daripada melanggar perintahnya). (83) Dan (sebutkanlah
peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata:
"Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih
mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani".(84) Maka Kami
perkenankan doa permohonannya, lalu Kami hapuskan penyakit yang menimpanya,
serta kami kurniakan kepadanya: keluarganya, dengan seganda lagi ramainya,
sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang yang taat
kepada Kami (supaya bersabar dan mendapat balasan baik).*
Daud
1
Nikmat agong yang dikurniakan kepada
Nabi Daud AS. Al Ambia’ 10-11
(10) Sesungguhnya Kami
telah menurunkan kepada kamu sebuah Kitab (Al-Qur'an) yang mengandungi perkara
yang menimbulkan sebutan baik dan kelebihan untuk kamu, maka mengapa kamu tidak
memahaminya (dan bersyukur akan nikmat yang besar itu)? (11) Dan berapa banyak
Kami telah pecah belahkan dan binasakan penduduk negeri yang melakukan
kezaliman, dan Kami telah menjadikan sesudah mereka, kaum yang lain sebagai
gantinya.*
2
Kelebihan Nabi Daud AS Sad 17-20
(17) Bersabarlah (wahai Muhammad) terhadap apa sahaja yang mereka
katakan, dan ingatlah akan hamba Kami Nabi Daud, yang mempunyai kekuatan (dalam
pegangan agamanya); sesungguhnya ia adalah sentiasa rujuk kembali (kepada Kami
dengan bersabar mematuhi perintah Kami).* (18) Sesungguhnya Kami telah mudahkan
gunung-ganang turut bertasbih memuji kami bersama-sama dengannya; pada waktu
petang dan ketika terbit matahari.(19) Dan (Kami mudahkan juga) unggas turut
berhimpun (untuk bertasbih memuji Kami bersama-sama dengannya); tiap-tiap
satunya mengulangi tasbih masing-masing menurutnya.(20) Dan Kami kuatkan
kerajaannya, serta Kami kurniakan kepadanya hikmah kebijaksanaan dan kepetahan
berkata-kata (dalam menjalankan hukum dan menjatuhkan hukuman).
Yaakub
1
Wasiat Nabi Allah Ibrahim dan Yaakub AS
supaya anak mereka berpegang teguh kepada Islam . Al Baqarah 131,132,136
(131)
(Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya:
"Berserah dirilah (kepada-Ku wahai Ibrahim)" Nabi Ibrahim menjawab: "Aku berserah
diri (tunduk ta'at) kepada Tuhan Yang Memelihara dan mentadbirkan sekalian
alam". (132) Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada
anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya)
katanya: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama
(Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam
keadaan Islam*".
(136) Katakanlah (wahai orang yang beriman): "Kami beriman kepada Allah, dan kepada
apa yang diturunkan kepada kami (Al-Qur'an), dan kepada apa yang diturunkan
kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishaq dan Nabi Yaakub serta anak-anaknya,
dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa (Taurat) dan Nabi Isa
(Injil), dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi-nabi dari Tuhan mereka; kami
tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka (sebagaimana yang kamu -
Yahudi dan Nasrani - membeza-bezakannya); dan kami semua adalah Islam (berserah
diri, tunduk ta'at) kepada Allah semata-mata".
2
Mimpi Nabi Yusuf dan tadbir ayahandanya Nabi Yaakub AS .Yusof 4-6
(Ingatlah peristiwa) tatkala Nabi Yusuf* berkata kepada bapanya:
"Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari
serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".**
(5)Bapanya berkata: "Wahai anakku!
Janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu, kerana aku khuatir
mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu. Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata
bagi manusia (6) "Dan demikianlah caranya Tuhanmu memilihmu*, dan akan
mengajarmu takbir mimpi, serta akan menyempurnakan nikmatNya kepadamu dan
kepada keluarga Yakqub: sebagaimana Ia telah menyempurnakannya kepada datuk
nenekmu dahulu: Ibrahim dan Ishak.
Sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".
Yusof
1
Pakatan dan tipu helah saudara-saudara Nabi
Yusof AS terhadap bapanya untuk membuang Nabi Yusof AS 11-18
(11) Mereka pun (pergi berjumpa dengan
bapa mereka lalu) berkata: "Wahai ayah kami! Mengapa
ayah tidak percaya kepada kami tentang Yusuf, padahal sesungguhnya kami
sentiasa tulus ikhlas mengambil berat kepadanya? (12) "Biarkan dia pergi
bersama-sama kami esok, supaya ia bersukaria makan minum dan bermain-main
dengan bebasnya; dan sesungguhnaya kami akan menjaganya dengan
sebaik-baiknya". (13) Bapa mereka menjawab: "Pemergian kamu
membawanya bersama sangatlah mendukacitakan daku, dan aku pula bimbang ia akan
dimakan oleh serigala, ketika kamu lalai dari mengawalnya".(14) Mereka
berkata: "Kalau dia dimakan oleh serigala, sedang kami ramai bilangannya,
sesungguhnya kami sudah tentu menjadilah orang yang rugi". (15) Setelah
mereka pergi dengan membawanya bersama dan setelah mereka sekata hendak
melepaskan dia ke dalam perigi, (mereka pun melakukan yang demikian), dan Kami
pula ilhamkan kepadanya: "Sesungguhnya engkau (wahai Yusuf, akan
terselamat dan) akan memberitahu mereka tentang hal perbuatan mereka ini,
sedang mereka tidak sedar (dan tidak teringat lagi kepadanya)".(16) Dan
sesudah itu datanglah mereka mendapatkan bapa mereka pada waktu senja sambil
(buat-buat) menangis.(17) Mereka berkata: "Wahai ayah kami! Sesungguhnya kami telah pergi berlumba-lumba
berburu dan kami telah tinggalkan Yusuf menjaga barang-barang kami, lalu ia
dimakan oleh serigala; dan sudah tentu ayah tidak akan percaya kepada kata-kata
kami ini, sekalipun kami adalah orang yang benar". (18) Dan (Bagi mengesahkan
dakwaan itu) mereka pula melumurkan baju Yusuf dengan darah palsu. Bapa mereka berkata: "Tidak! Bahkan
nafsu kamu memperelokkan kepada kamu suatu perkara (yang tidak diterima akal).
Kalau demikian, bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya, dan Allah jualah yang
dipohonkan pertolongan-Nya, mengenai apa yang kamu katakan itu"
2
Kisah Nabi Yusof difitnahkan oleh isteri
pembesar Mesir. Yusof 23-52
(23) Dan perempuan yang
Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf berkehendakkan
dirinya; dan perempuan itu pun menutup pintu-pintu serta berkata: "Marilah ke mari, aku bersedia
untukmu". Yusuf menjawab: "Aku berlindung kepada Allah (dari
perbuatan yang keji itu); sesungguhnya Tuhanku telah memeliharaku dengan
sebaik-baiknya; sesungguhnya orang yang zalim tidak akan berjaya".(24) Dan
sebenarnya perempuan
itu telah berkeinginan sangat kepadanya, dan Yusuf pula (mungkin timbul)
keinginannya kepada perempuan itu kalaulah ia tidak menyedari kenyataan
Tuhannya (tentang kejinya perbuatan zina itu). Demikianlah (takdir Kami) untuk
menjauhkan dari Yusuf perkara-perkara yang tidak baik dan perbuatan-perbuatan
yang keji, kerana sesungguhnya ia dari hamba-hamba Kami yang dibersihkan dari
segala dosa.(25) Dan mereka berdua pun berkejaran ke pintu*, serta perempuan itu
mengoyakkan baju Yusuf dari belakang; lalu terserempaklah keduanya dengan suami
perempuan itu di muka pintu. Tiba-tiba perempuan itu berkata (kepada suaminya):
"Tidak ada balasan bagi orang yang mahu membuat jahat terhadap isterimu melainkan dipenjarakan dia atau
dikenakan azab yang menyeksanya**.(26) Yusuf pula berkata: "Dialah yang
memujukku berkehendakkan diriku". (Suaminya tercengang mendengarnya) dan
seorang dari keluarga perempuan itu (yang ada bersama-sama) tampil memberi
pendapatnya dengan berkata: "Jika baju Yusuf koyak dari depan maka
benarlah tuduhan perempuan itu, dan menjadilah Yusuf dari orang yang dusta
3
Kisah Nabi Yusof memilih penjara daripada
tunduk kepada godaan wanita. Yusof 33-35
Yusuf (merayu ke hadrat Allah Ta'ala dengan) berkata:
"Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara dari apa yang
perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya. Dan jika Engkau tidak menjauhkan
daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan aku
menjadi dari orang yang tidak mengamalkan ilmunya". (34) Maka Tuhannya
memperkenankan do'anya, lalu dijauhkan daripadanya tipu daya mereka;
sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar,
lagi Maha Mengetahui. (35) Kemudian timbul fikiran bagi suami perempuan
itu, serta pengikutnya hendak memenjhmat dari Kami, udah mereka nampak
tanda-tanda (yang mengkehendaki supaya Yusuf dijauhkan) hingga ke suatu masa.
4
Kisah Nabi Yusof berdakwah di dalam penjara .
Yusof 39-40
(39) "Wahai
sahabatku berdua yang sepenjara, memuja dan menyembah berbilang-bilang tuhan
yang bercerai-berai itukah yang lebih baik atau menyembah Allah Tuhan Yang Maha
Esa, lagi Maha Kuasa? (40) "Apa yang kamu sembah, yang lain dari Allah,
hanyalah nama-nama yang kamu menamakannya, - kamu dan datuk nenek kamu, - Allah
tidak pernah menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya. Sebenarnya
hukum (yang menentukan amal ibadat) hanyalah bagi Allah. Ia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah
melainkan Dia. Yang demikian itulah Agama yang betul, tetapi kebanyakan manusia
tidak mengetahui.
5
Kisah Nabi Yusof AS mentadbir mimpi Raja
Mesir. Yusof 43-49
(43) Dan (pada suatu hari) raja Mesir berkata:
"Sesungguhnya aku mimpi melihat: tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh
tujuh ekor lembu yang kurus, dan aku melihat tujuh tangkai (biji-bijian) yang
hijau dan tujuh tangkai lagi yang kering. Wahai ketua-ketua kaum (yang hadir), terangkanlah kepadaku
tentang mimpiku ini, kalau kamu orang yang pandai mentadbirkan mimpi" (44)
Mereka menjawab: "Yang demikian itu ialah mimpi-mimpi yang bercampur
aduk*, dan kami bukanlah orang yang mengetahui mimpi-mimpi (yang sedemikian)
itu". (45) Dan (pada saat itu) berkatalah orang yang terselamat di antara
mereka yang berdua itu, dan yang baharu teringat (akan pesanan Yusuf) sesudah
berlalu suatu masa yang lanjut: "Aku akan memberitahu kepada kamu
takbirnya. Oleh itu, hantarkanlah daku
pergi (kepada orang yang mengetahui takbirnya)". (46) (Setelah ia berjumpa
dengan Yusuf, berkatalah ia):
"Yusuf, wahai orang yang benar (pada segala-galanya)! Takbirkanlah
kepada kami (seorang bermimpi melihat): tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan
oleh tujuh ekor lembu yang kurus; dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau
serta tujuh tangkai lagi yang kering;
(takbirkanlah) supaya aku kembali kepada orang yang mengutusku itu*,
semoga mereka dapat mengetahui takbirnya". (47) Yusuf menjawab:
"Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut,
kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkai; kecuali
sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. 948) "Kemudian akan
datang selepas tempoh itu, tujuh tahun yang bersangatan
kemaraunya, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali
sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih). (49) "Kemudian
akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat
hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan
sebagainya)".
.
6
Kisah Nabi Yusof dilantik sebagai ketua
kerajaan Mesir.Yusof 54-55
(54) Dan (setelah mendengar pengakuan perempuan-perempuan itu),
raja berkata: "Bawalah Yusuf kepadaku, aku hendak menjadikan dia orang
yang khas untuk aku bermesyuarat dengannya. Setelah (Yusuf di bawa mengadap,
dan raja) berkata-kata dengannya (serta mengetahui kebijaksanaannya) berkatalah
raja kepadanya: "Sesungguhnya engkau pada hari ini (wahai Yusuf), seorang
yang berpangkat tinggi, lagi dipercayai dikalangan kami". (55) Yusuf
berkata: "Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil kami (Mesir); sesungguhnya aku sedia
menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya".
7
Kisah pertemuan pertama Nabi Yusof dengan
saudara-saudaranya.
Yusof 58-62
(58) Dan (setelah tiba musim kemarau)
datanglah saudara-saudara Yusuf (ke Mesir), lalu masuklah mereka
mendapatkannya; Yusuf dengan serta-merta kenal mereka, sedang mereka tidak
mengenalinya*. (59) Dan tatkala Yusuf
menyediakan untuk mereka bekalan mereka, berkatalah ia: "(Pada kali yang
lain) bawalah kepadaku saudara kamu yang sebapa. Tidakkah kamu melihat, bahawa
aku menyempurnakan bekalan makanan kamu, dan bahawa aku sebaik-baik penerima
tetamu? (60) "Oleh itu, kalau kamu tidak membawanya kepadaku, maka tidak
ada hak bagi kamu mendapat bekalan makanan di sisiku, dan janganlah kamu
menghampiriku lagi" (61) Mereka menjawab: "Kami akan memujuk bapanya
melepaskan dia bersama-sama kami, dan sesungguhnya kami akan melakukannya"
(62) Dan (selepas itu) berkatalah Yusuf kepada orang suruhannya:
"Masukkanlah barang-barang dagangan mereka pada tempat simpanan barang di
kenderaan mereka, supaya mereka mengetahuinya kelak ketika mereka kembali
kepada keluarga mereka, dan supaya mereka datang lagi (ke negeri ini)"*
8
Kisah pertemuan pertama Nabi Yusof dengan saudara
.Yusof 69,76
(69) Dan semasa mereka masuk mendapatkan Yusuf, ia
menempatkan saudara kandungnya (Bunyamin) bersama-samanya, sambil berkata
kepadanya: "Akulah saudaramu (Yusuf)*, oleh itu janganlah engkau
berdukacita lagi disebabkan apa yang mereka lakukan**.
(76) Maka Yusuf
pun mulailah memeriksa tempat-tempat barang mereka sebelum memeriksa tempat
barang saudara kandungnya (Bunyamin), kemudiani mengeluarkan benda yang hilang
itu dari tempat simpanan barang saudara kandungnya. Demikianlah Kami jayakan
rancangan untuk (menyampaikan hajat) Yusuf*. Tidaklah ia akan dapat mengambil
saudara kandungnya menurut undang-undang raja, kecuali jika dikehendaki oleh
Allah**. (Dengan ilmu pengetahuan), Kami tinggikan pangkat kedudukan sesiapa
yang Kami kehendaki; dan tiap-tiap orang yang berilmu pengetahuan, ada lagi di
atasnya yang lebih mengetahui,
9
Kisah Nabi Yusof memperkenalkan diri kepada
saudara-sudaranya.
Yusof 88-92
Maka (bertolaklah
mereka ke Mesir, dan) setelah
mereka masuk mengadap Yusuf, berkatalah mereka: "Wahai Datuk Menteri, kami
dan keluarga kami telah menderita kesusahan (kemarau), dan kami datang dengan
membawa barang-barang yang kurang baik dan tidak berharga (untuk menjadi tukaran
bagi benda-benda makanan negeri ini). Oleh itu, sempurnakanlah sukatan
bekalan makanan bagi kami dan berdermalah kepada kami*; sesungguhnya Allah
membalas dengan sebaik-baik balasan kepada orang yang bermurah hati
menderma". (89) Yusuf berkata: "Tahukah kamu (betapa buruknya) apa
yang kamu telah lakukan kepada Yusuf dan
adiknya, semasa kamu masih jahil (tentang buruknya perbuatan yang
demikian)?"* (90) Mereka bertanya (dengan hairan): "Engkau ini Yusufkah?"
Ia menjawab: "Akulah Yusuf dan ini adikku (Bunyamin). Sesungguhnya Allah
telah mengurniakan nikmat-Nya kepada kami*. Sebenarnya sesiapa yang bertakwa
dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang
yang berbuat kebaikan" (91) Mereka berkata: "Demi Allah! Sesungguhnya
Allah telah melebihkan dan memuliakan engkau daripada kami (disebabkan takwa
dan kesabaranmu); dan sesungguhnya kami adalah orang yang bersalah". (92)
Yusuf berkata: "Kamu pada hari ini tidak akan ditempelak atau disalahkan
(tentang perbuatan kamu yang telah terlanjur itu), semoga Allah mengampunkan
dosa kamu, dan Dialah jua Yang Maha Mengasihani daripada segala yang lain yang
mengasihani.
10
Kisah pertemuan Nabi Yusof dengan bapanya.
Yusof 99-100
(99) Maka tatkala mereka
(Nabi Yakub dan keluarganya) masuk (ke Mesir) menemui Yusuf, Yusuf segera
menyambut serta memeluk kedua ibu
bapanya, sambil berkata: "Masuklah kamu ke negeri Mesir,
insya-Allah kamu berada di dalam aman" (100) Dan ia dudukkan kedua ibu
bapanya (bersama-samanya) di atas kerusi kebesaran. Dan setelah itu mereka
semuanya tunduk memberi hormat kepada Yusuf. Dan (pada saat itu) berkatalah
Yusuf*: "Wahai ayahku! Inilah dia takbir mimpiku dahulu. Sesungguhnya
Allah telah menjadikan mimpiku itu benar. Dan sesungguhnya Ia telah melimpahkan
kebaikan kepadaku ketika Ia mengeluarkan daku dari penjara; dan Ia membawa kamu
kemari dari desa sesudah Syaitan (dengan hasutannya) merosakkan perhubungan
antaraku dengan saudara-saudaraku. Sesungguhnya Tuhanku lemah-lembut tadbir-Nya
bagi apa yang dikehendaki-Nya; sesungguhnya Dialah Yang Maha Mengetahui, lagi
Maha Bijaksana .
11
Kisah Nabi Yusof AS dan kisah al ambia’ yang
lain adalah kisan yang penuh tauladan. Yusof 111
(111) Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi
itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang yang mempunyai
akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Qur'an) bukanlah ia
suatu cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di
dalam Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan
yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat
bagi kaum yang (mahu) beriman
Musa
1
Sejarah Nabi MusaAS sejak kecil sehingga
dilantik menjadi rasul dan akhirnya membawa kaumnay keluar dari negeri Mesir.
Taha 36-52, 60-79
Allah berfirman: "Sesungguhnya telah diberikan kepadamu apa yang
engkau pohonkan itu, wahai Musa!(37) "Dan demi sesungguhnya! Kami telah
pun mengurniakan kepadamu berbagai nikmat pada satu masa yang lain sebelum
ini.* (38) "Tatkala Kami ilhamkan kepada ibumu, dengan memberitahu
kepadanyaL39) "Letakkanlah anakmu di
dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut, maka biarlah laut itu
membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh musuhKu dan
musuhnya'*; dan Aku telah tanamkan dari
kemurahanKur perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara
dengan pengawasan-Ku.** (40) "Tatkala saudara perempuan-perempuanmu pergi
mencarimu lalu berkata kepada orang yang memungutmu: "Mahukah, aku
tunjukkan kamu kepada orang yang boleh memeliharanya*?" Maka dengan jalan itu Kami mengembalikanmu
kepada ibumu supaya tenang tenteram hatinya dan supaya ia tidak berdukacita
kerana bercerai denganmu; dan semasa engkau membunuh seorang lelaki, lalu Kami
selamatkan engkau dari kesusahan pembunuhan itu**; dan Kami telah melepaskan
engkau berkali-kali dari berbagai-bagai cubaan; kemudian engkau tinggal dengan
selamat beberapa tahun dalam kalangan penduduk negeri Madyan, setelah engkau
sekarang datang dari sana pada masa yang telah ditentukan, wahai Musa! (41)
"Dan Aku telah memilihmu untuk menjadi RasulKu.(42) "Pergilah, engkau
dan saudaramu, membawa mukjizat-mukjizat pengurniaan-Ku*, dan janganlah kamu
berdua lemah dan cuai dalam menyebut serta mengingati _Daku. (43)
"Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas
dalam kekufurannya. (44) "Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya,
dengan kata-kata yang lemah lembut, semoga ia beringat atau takut".* (45)
Mereka berdua berkata: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami takut bahawa
ia akan segera menyeksa kamu, atau ia akan melampaui batas".* (46) Allah
berfirman: "Janganlah kamu takut, sesungguhnya Aku ada bersama-sama kamu;
atau ia akan melampaui batas dalam kekufurannya.(47) "Oleh itu, pergilah
kamu berdua kepadanya, kemudian katakanlah: "Bahawa sesungguhnya kami ini
Rasul-rasul dari Tuhanmu, maka bebaskanlah kaum Bani Israil mengikut kami, dan
janganlah engkau menyeksa mereka.
Sesungguhnya kami telah datang kepadamu membawa satu tanda (mukjizat)
dari Tuhanmu! Dan selamat sejahtera itu
adalah untuk orang yang menurut petunjuk agama Allah.(48) "Sesungguhnya
telah diwahikan kepada kami bahawa azab seksa di dunia dan di akhirat
ditimpakan kepada orang yang mendustakan ayat-ayat Allah dan berpaling
daripadanya".(49) (Setelah mereka menyampaikan perintah Allah itu), Firaun
berkata: "Jika demikian, siapakah Tuhan kamu berdua, hai Musa?"(50)
Nabi Musa menjawab: "Tuhan Kami ialah yang telah memberikan kepada
tiap-tiap sesuatu; kejadian tabiinya yang sesuai dengannya, kemudian Ia memberi
petunjuk kepadanya akan cara menggunakannya".* (51) Firaun bertanya lagi:
"Jika demikian, bagaimana pula keadaan kaum-kaum yang telah
lalu?"*(52) Nabi Musa menjawab: "Pengetahuan mengenainya ada di sisi
Tuhanku, tertulis di dalam sebuah Kitab*; Tuhanku tidak pernah keliru dan Ia
juga tidak pernah lupa".**
2
Kisah Nabi Musa AS di zaman remajanya . Al
Qasas 14-15, 20-21
(14) Dan
tatkala Musa sampai ke peringkat umurnya yang cukup kekuatannya dan sempurna,
Kami beri kepadanya kebijaksanaan serta ilmu pengetahuan; dan demikian Kami membalas
orang yang berusaha memperbaiki amalannya.(15) Dan masuklah ia ke bandar
(Mesir) dalam masa penduduknya tidak menyedarinya, lalu didapatinya di situ dua
orang lelaki sedang berkelahi,- seorang dari golongannya sendiri* dan yang
seorang lagi dari pihak musuhnya**. Maka
orang yang dari golongannya meminta tolong kepadanya melawan orang yang dari
pihak musuhnya; Musa pun menumbuknya lalu menyebabkan orang itu mati. (Pada saat itu) Musa berkata: "Ini
adalah dari kerja Syaitan, sesungguhnya Syaitan itu musuh yang menyesatkan,
yang nyata (angkaranya).
(20) Dan
datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, (lalu
meyampaikan berita) dengan berkata: "Wahai Musa, sesungguhnya
pegawai-pegawai Firaun sedang mengadakan pakatan terhadapmu, mereka hendak
membunuhmu; oleh itu pergilah dari sini, sesungguhnya aku adalah pemberi
nasihat secara ikhlas kepadamu"(21) Musa pun keluarlah dari negeri itu
dalam keadaan cemas sambil mendengar-dengar (berita mengenai dirinya) serta
berdoa dengan berkata: ''Wahai Tuhanku,
selamatkanlah daku dari kaum yang zalim."
3
Kisah Nabi Musa AS dengan Nabi Khidir AS. Al
Kahfi 60-82
(60) Dan (ingatkanlah
peristiwa) tatkala Nabi Musa berkata kepada temannya*: "Aku tidak akan
berhenti berjalan sehingga aku sampai di tempat pertemuan dua laut itu**, atau
aku berjalan terus bertahun-tahun. (61) Maka apabila mereka berdua
sampai ke tempat pertemuan dua laut itu, lupalah mereka akan hal ikan mereka,
lalu ikan itu menggelunsur menempuh jalannya di laut, yang merupakan lorong di
bawah tanah.* (62) Setelah mereka melampaui (tempat itu), berkatalah Nabi Musa
kepada temannya: "Bawalah makan tengah hari kita*, sebenarnya kita telah
mengalami penat lelah dalam perjalanan kita ini".(63) Temannya berkata:
"Tahukah apa yang telah terjadi tatkala kita berehat di batu besar itu?
Sebenarnya aku lupakan hal ikan itu; dan tiadalah yang menyebabkan aku lupa
daripada menyebutkan halnya kepadamu melainkan Syaitan; dan ikan itu telah
menggelunsur menempuh jalannya di laut, dengan cara yang menakjubkan".(64)
Nabi Musa berkata: "Itulah yang kita kehendaki*" : Mereka pun balik
semula ke situ, dengan menurut jejak mereka. (65) Lalu mereka dapati seorang
dari hamba-hamba Kami*, yang telah Kami kurniakan kepadanya rahmat dari Kami,
dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu**; dari sisi Kami. (66) Nabi Musa berkata
kepadanya*: "Bolehkah aku mengikut, dengan syarat engkau mengajarku dari
apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi petunjuk
bagiku?"** (67) Ia menjawab: "Sesungguhnya engkau (wahai Musa), tidak
sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku.(68) "Dan bagaimana engkau akan
sabar terhadap perkara yang engkau tidak
mengetahuinya secara meliputi?"* (69) Nabi Musa berkata: "Engkau akan
dapati aku, insya-Allah: orang yang sabar; dan aku tidak akan membantah
sebarang perintahmu".(70) Ia menjawab: "Sekiranya engkau mengikutku,
maka janganlah engkau bertanya kepadaku akan sesuatu pun sehingga aku ceritakan
halnya kepadamu".(71) Lalu berjalanlah keduanya sehingga apabila mereka
naik ke sebuah perahu, ia membocorkannya, Nabi Musa berkata: "Patutkah
engkau membocorkannya sedang akibat perbuatan itu menenggelamkan
penumpang-penumpangnya? Sesunggguhnya engkau telah melakukan satu perkara yang
besar".(72) Ia menjawab: "Bukankah aku telah katakan, bahawa engkau
tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku?"(73) Nabi Musa berkata:
"Janganlah engkau marah akan daku disebabkan aku lupa (akan syaratmu); dan
janganlah engkau memberati daku dengan sebarang kesukaran dalam urusanku
(menuntut ilmu)".(74) Kemudian keduanya berjalan lagi sehingga apabila
mereka bertemu dengan seorang pemuda, lalu ia membunuhnya. Nabi Musa berkata:
"Patutkah engkau membunuh satu jiwa yang bersih, yang tidak berdosa
membunuh orang? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perbuatan yang
mungkar!"(75) Ia menjawab: "Bukankah aku telah katakan kepadamu,
bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku?"(76) Nabi
Musa berkata: "Jika aku bertanya kepadamu tentang sebarang perkara sesudah
ini, maka janganlah engkau jadikan daku sahabatmu lagi; sesungguhnya engkau
telah cukup mendapat alasan-alasan berbuat demikian disebabkan pertanyaan-pertanyaan
dan bantahanku".(77) Kemudian keduanya berjalan lagi, sehingga apabila
mereka sampai kepada penduduk sebuah bandar, mereka meminta makan kepada orang
di situ, lalu orang itu enggan menjamu mereka. Kemudian mereka dapati di situ
sebuah tembok yang hendak runtuh, lalu ia membinanya*. Nabi Musa berkata:
"Jika engkau mahu, tentulah engkau berhak mengambil upah
mengenainya!" (78) Ia menjawab: "Inilah masanya perpisahan antaraku
denganmu, aku akan terangkan kepadamu maksud (kejadian-kejadian yang
dimusykilkan) yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya.(79) "Adapun
perahu itu adalah ia dipunyai oleh orang miskin yang bekerja di laut; oleh itu,
aku bocorkan dengan tujuan hendak mencacatkannya, kerana di belakang mereka
nanti ada seorang raja yang merampas tiap-tiap sebuah perahu yang tidak
cacat.(80) "Adapun pemuda itu, kedua ibu bapanya adalah orang yang
beriman, maka kami bimbang bahawa ia akan mendesak mereka melakukan perbuatan
yang zalim dan kufur.* (81) "Oleh itu, kami ingin dan berharap, supaya
Tuhan mereka gantikan bagi mereka anak yang lebih baik daripadanya tentang
kebersihan jiwa*, dan lebih mesra kasih sayangnya. (82)
4
Kisah Nabi Musa di Madyan. Al Qasas 22-25
(22) Dan setelah ia
(meninggalkan Mesir dalam perjalanan), menuju ke negeri Madyan, berdoalah ia
dengan berkata: "Mudah-mudahan Tuhanku menunjukkan jalan yang benar
kepadaku".(23) Dan tatkala ia sampai di telaga air negeri Madyan, ia dapati di situ sekumpulan orang lelaki sedang
memberi minum (binatang ternak
masing-masing), dan ia juga dapati di sebelah mereka dua perempuan yang sedang
menahan kambing-kambingnya. Ia bertanya: "Apa hal kamu berdua?"
Mereka menjawab: "Kami tidak memberi minum (kambing-kambing kami) sehingga
pengembala-pengembala itu membawa balik binatang ternak masing-masing; dan bapa
kami seorang yang terlalu tua umurnya".* (24) Maka Musa pun memberi minum
kepada binatang-binatang ternak mereka; kemudian ia pergi ke tempat teduh
mereka, lalu ia berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku
sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan".*
(25) Kemudian salah seorang dari perempuan dua beradik itu datang
mendapatkannya dengan berjalan dalam keadaan tersipu-sipu sambil berkata:
"Sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum
binatang ternak kami". Maka tatkala Musa datang mendapatkannya dan
menceritakan kepadanya kisah-kisah kejadian yang berlaku ( mengenai dirinya)
berkatalah orang tua itu kepadanya: "Janganlah engkau bimbang, engkau
telah selamat dari kaum yang zalim itu".*
5
Kisah Nabi Musa AS pulang ke Mesir dan
diangkat menjadi rasul. Al Qasas 29-32,38-40
(29) Setelah Musa menyempurnakan tempoh
kerjanya itu dan (mendapat izin) berjalan dengan isterinya (kembali ke Mesir),
ia melihat (dalam perjalanannya itu ) api dari sebelah Gunung Tursina. ( Ketika
itu) berkatalah ia kepada isterinya : "Berhentilah; sesungguhnya aku ada
melihat api, semoga aku dapat membawa kepada kamu sesuatu berita dari situ, atau
sepuntung dari api itu, supaya kamu dapat berdiang."* (30) Maka tatkala ia
sampai ke tempat api itu, (kedengaran) ia diseru dari tepi lembah yang di
sebelah kanan, dari arah pohon kayu (yang ada di situ): "Wahai Musa,
sesungguhnya Akulah Allah, Tuhan sekalian alam".* (31) "Dan
(sekarang) campakkanlah tongkatmu: "(Ia pun mencampakkannya), maka
apabila ia melihat tongkatnya itu (menjadi seekor ular besar) bergerak cepat
tangkas, seolah-olah seekor ular kecil, berpalinglah ia tidak menoleh lagi.
(Lalu ia diseru): "Wahai Musa, datanglah ke mari dan janganlah engkau
takut. Sesungguhnya engkau dari orang
yang beroleh aman.(32) "Masukkanlah tanganmu melalui belahan dada bajumu,
nescaya keluarlah ia putih bersinar-sinar dengan tiada cacat*; dan kepitlah
tanganmu di celah ketiakmu ketika merasa takut (nescaya hilanglah takutmu)**.
Yang demikian adalah dua bukti*** dari Tuhanmu (untuk engkau menunjukkannya)
kepada Firaun dan kaumnya. Sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang fasik -
derhaka".
Dan Firaun pula berkata:
"Wahai orangku, aku tidak mengetahui ada bagi kamu sebarang tuhan yang
lain daripadaku; oleh itu, wahai Haman, bakarkanlah untukku bata-bata, serta
binalah untukku bangunan yang tinggi, supaya aku naik melihat Tuhan Musa (yang
dikatakannya itu); dan sesungguhnya aku percaya adalah Musa dari orang yang
berdusta".(39) Dan berlaku sombong takburlah Firaun dan tenteranya di
negeri itu dengan tiada alasan yang benar, dan mereka menyangka bahawa mereka
tidak akan dikembalikan kepada Kami.(40) Dengan sebab itu Kami mengepungnya
bersama-sama tenteranya serta Kami humbankan mereka ke dalam laut; maka
perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan orang yang zalim.
6
Percakapan Allah dengan Nabi Musa AS Taaha.
9-16
(9) Dan sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal Nabi
Musa?* (10) Ketika ia melihat api, lalu berkatalah ia kepada isteriny:
"Berhentilah! Sesungguhnya aku ada melihat api, semoga aku dapat membawa
kepada kamu satu cucuhan daripadanya, atau aku dapat di tempat api itu:
penunjuk jalan.* (11) Maka apabila ia sampai ke tempat api itu, (kedengaran) ia
diseru: "wahai Musa!"(12) "Sesungguhnya Aku Tuhanmu! Maka
bukalah kasutmu, kerana engkau sekarang berada di Wadi Tuwa yang suci.* (13) "Dan
Aku telah memilihmu menjadi Rasul, maka dengarlah apa yang akan diwahikan
kepadamu. (14) "Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh
itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.(15)
"Sesungguhnya hari Kiamat itu tetap akan datang - yang Aku sengaja
sembunyikan masa datangnya - supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang ia
usahakan.(16) "Maka janganlah
engkau di halangi daripada mempercayainya oleh orang yang tidak beriman
kepadanya serta ia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu engkau akan binasa.
7
Nabi Musa AS menerima kitan Taurat. Al Qasas
43
Dan demi sesungguhnya, Kami berikan
kepada Nabi Musa Kitab Taurat sesudah Kami binasakan kaum-kaum yang telah lalu,
untuk menjadi panduan-panduan yang membuka hati manusia dan menjadi hidayah
petunjuk serta membawa rahmat, semoga mereka beringat.
8
Kisah kemenangan Nabi Musa dan Harun AS . Al
Safat 114-122
Dan demi sesungguhnya!
Kami telah melimpahkan nikmat pemberian kepada Nabi Musa dan Nabi
Harun.(115) Dan Kami selamatkan keduanya dan kaumnya dari kesusahan yang
besar;(116) Dan Kami menolong mereka sehingga menjadilah mereka orang yang
berjaya mengalahkan (lawannya);(117) Dan Kami berikan kepada keduanya Kitab
Suci yang amat jelas keterangannya; (118) Dan Kami berikan hidayah petunjuk
kepada keduanya ke jalan yang lurus.(119) Dan Kami kekalkan bagi keduanya (nama
yang harum) dalam kalangan orang yang datang kemudian: (120) "Salam
sejahtera kepada Nabi Musa dan Nabi Harun!" (121) Demikianlah sebenarnya
Kami membalas orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. (122) Sesungguhnya
mereka berdua adalah dari hamba-hamba Kami yang beriman.
9
Kisah Nabi Musa AS dengan saudaranya HarunAS
menghadapi fitnah kesesatan yang dilakukan oleh Musa Al Miri. Taaha 90-98
Dan demi sesungguhnya,
Nabi Harun telahpun berkata kepada mereka sebelum itu: "Wahai kaumku,
sesungguhnya kamu hanya diperdayakan dengan patung itu, dan sesungguhnya Tuhan
kamu ialah Allah yang melimpah-limpah rahmat-Nya; oleh itu, ikutlah daku dan taatlah
akan perintahku".* (91) Mereka menjawab: "Kami tidak sekali-kali akan
meninggalkan penyembahan patung ini, (bahkan) kami akan tetap menyembahnya
hingga Nabi Musa kembali kepada kami".(92) (Sekembalinya), Nabi Musa
berkata: "Wahai Harun, apakah yang menghalangmu ketika engkau melihat
mereka telah sesat –(93) "Daripada menurutku? Adakah
engkau ingkar akan suruhanku?"* (94) Nabi Harun menjawab: "Wahai anak
ibuku! Janganlah engkau merenggut janggutku dan janganlah menarik (rambut)
kepalaku*. Sesungguhnya aku takut bahawa engkau akan berkata kepadaku:
"Engkau telah memecah belahkan kaum Bani Israil sesama sendiri, dan engkau
tidak berhati-hati mengambil berat pesananku!"(95) (Sesudah itu Nabi Musa
hadapkan kemarahannya kepada Saamiri lalu) bertanya: "Apa pula halmu,
wahai Saamiri?"* (96) Ia menjawab: "Aku mengetahui dan menyedari apa
yang tidak diketahui oleh mereka, lalu aku mengambil segenggam dari kesan jejak
Rasul itu*, kemudian aku mencampakkannya; dan demikianlah aku dihasut oleh hawa
nafsuku". (97) Nabi Musa berkata kepada Saamiri: "Jika demikian,
pergilah, (engkau adalah diusir dan dipulaukan), kerana sesungguhnya telah
ditetapkan bagimu akan berkata dalam kehidupan dunia ini: "Jangan sentuh
daku"*, dan sesungguhnya telah dijanjikan lagi untukmu satu balasan
Akhirat yang engkau tidak sekali-kali akan terlepas daripadanya. Dan (sekarang)
lihatlah kepada tuhanmu yang engkau sekian lama menyembahnya, sesungguhnya kami
akan membakarnya kemudian Kami akan menghancur dan menaburkan serbuknya di laut
sehingga hilang lenyap. (98) "Sesungguhnya Tuhan kamu hanya Allah, yang
tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang meliputi pengetahuan-Nya akan tiap-tiap
sesuatu".*
10
Kisan Nabi Musa dengan Firaun. Al A’raf
109,127,130,136,142,148.
Pemuka-pemuka kaum Firaun berkata ‘ sesungguhnya Musa ini
adalah ahli sihir yang pandai’
(127) Dan berkatalah pula Ketua-ketua dari kaum Fir'aun
:"Adakah engkau (wahai Fir'aun) hendak membiarkan Musa dan kaumnya untuk
melakukan kerosakan di bumi (Mesir) dan meninggalkanmu serta apa-apa yang
dipuja olehmu?" Fir'aun menjawab:
"Kita akan membunuh anak-anak lelaki mereka dan kita biarkan hidup
anak-anak perempuan mereka, dan kita tetap menguasai (menundukkan) mereka"
(130) Dan sesungguhnya
Kami telah menimpakan Fir'aun dan kaumnya dengan musim kemarau dan kekurangan
buah-buahan, supaya mereka insaf mengambil pelajaran.*
(136) Maka Kami pun membalas mereka,
lalu Kami menenggelamkan mereka di laut, dengan sebab mereka mendustakan
ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya
(142) Dan Kami telah janjikan masa kepada Nabi Musa (untuk
memberikan Taurat) selama tiga puluh malam, serta Kami genapkan jumlahnya
dengan sepuluh malam lagi, lalu sempurnalah waktu yang telah ditentukan oleh
Tuhannya empat puluh malam. Dan
berkatalah Nabi Musa kepada saudaranya Nabi Harun (semasa keluar menerima Taurat): "Gantikanlah aku dalam (urusan
memimpin) kaumku, dan perbaikilah (keadaan mereka sepeninggalanku), dan
janganlah engkau menurut jalan orang yang melakukan kerosakan"
(148) Dan kaum Musa,
setelah kepermergian Musa ke gunung Thur membuat dari perhiasan-perhiasan
(emas) mereka anak lembu yang bertubuh dan bersuara. Apakan mereka tidak
mengetahui bahawa anak lembu itu tidak dapat berbicara dengan mereka dan tidak
dapat (pula) menunjukkan jalan kepada mereka. Mereka menjadikan ( sebagai
sembahan) dan mereka adalah orang-orang yang zalim.
Hud 96-102
.
(96) Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Musa dengan membawa ayat-ayat
keterangan Kami, dan bukti (mukjizat) yang nyata:* (97) Kepada Fir'aun dan kaumnya; lalu kaum Fir'aun menurut perintah Fir'aun,
sedang perintahnya itu bukanlah perintah yang betul. (98) Fir'aun akan
mengetuai kaumnya, pada hari kiamat, kemudian tetaplah ia akan membawa mereka
masuk ke neraka. Dan seburuk-buruk
tempat yang dimasuki ialah neraka. (99) Dan mereka diiringi oleh laknat yang
tidak putus-putus di dunia ini, dan pada hari kiamat. (Sebenarnya) laknat itu
adalah seburuk-buruk pemberian yang diberikan. (100) Yang demikian, ialah
sebahagian dari khabar berita penduduk negeri-negeri (yang telah dibinasakan),
Kami ceritakan perihalnya kepadamu (wahai Muhammad). Di antaranya ada yang
masih wujud (sisanya yang dapat disaksikan), dan ada pula yang telah hancur
lebur (dan hilang lenyap). (101) Dan tiadalah Kami menganiaya mereka, tetapi
merekalah yang menganiaya diri sendiri. Maka berhala-berhala yang mereka sembah
selain dari Allah itu tidak dapat menolong mereka sedikit pun pada masa
datangnya azab Tuhanmu; dan penyembahan yang mereka lakukan itu hanya menambahkan
kerugian sahaja kepada mereka. (102) Dan demikianlah azab Tuhanmu, apabila ia
menimpa (penduduk) negeri-negeri yang berlaku zalim. Sesungguhnya azab-Nya itu
tidak terperi sakitnya, lagi amat keras serangannya.
Al
Syu’ra’ 10-15,
Dan (ingatkanlah
peristiwa) tatkala Tuhanmu menyeru Nabi Musa: "Hendaklah engkau mendatangi
kaum yang zalim*, (11) "Iaitu kaum Firaun; tidakkah mereka mahu mengawal
diri dari kemurkaan-Ku?" (12) Nabi Musa merayu dengan berkata: "Wahai
Tuhanku, sesungguhnya aku takut bahawa mereka akan mendustakan daku" (13)
"Dan akan sempit pula dadaku serta tidak lancar lidahku; oleh itu
utuskanlah perintah-Mu kepada Harun (supaya ia membantuku). (14) "Dan
lagi mereka ada mengemukakan satu tuduhan jenayah terhadapku*; oleh itu aku
takut mereka akan membunuhku". (15) Allah berfirman: "Jangan! Jangan
fikir (akan berlaku apa yang engkau bimbangkan itu)! Oleh itu pergilah kamu
berdua membawa mukjizat-mukjizat Kami
(yang membuktikan kebenaran kamu); sesungguhnya Kami ada bersama-sama
kamu: mendengar.*
Al Syu’ra’ 23-26
Firaun berkata (dengan
sombongnya): "Dan apa dia Tuhan sekalian alam itu?"* (24) Nabi Musa
menjawab. "Dialah yang memiliki dan mentadbirkan langit dan bumi serta
segala yang ada di antara keduanya,- kalaulah kamu mahu mendapat keyakinan
dengan berdalil maka inilah jalannya". (25) Firaun berkata kepada orang
yang ada di sekelilingnya: "Tidakkah kamu dengar (apa yang dikatakan
olehnya)?" (26) Nabi Musa menegaskan lagi: "Dialah Tuhan yang memiliki
dan memelihara kamu dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu."
Al Syu’ra’ 30-34
(30) Nabi Musa menjawab:
"Adakah (engkau akan memenjarakan daku juga) walaupun aku membawa kepadamu
sesuatu bukti yang jelas nyata?"(31) Firaun berkata: "Kalau demikian,
bawalah bukti itu jika betul engkau dari orang yang benar".(32) Nabi Musa
pun mencampakkan tongkatnya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular
yang nyata".(33) Dan ia mengeluarkan tangannya, maka tiba-tiba tangannya
menjadi putih (bersinar-sinar) bagi orang yang melihatnya.(34) Firaun berkata
kepada ketua-ketua kaum yang ada dikelilingnya: "Sesungguhnya orang ini
(Musa) ialah seorang ahli sihir yang mahir.
Al Syu’ra’,38-47, Al Syu’ra’ 52-67.Al
Zukhruf 46-56
11
Dakwah Nabi Musa AS. Ibrahim 5-6
Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Musa
(pada masa yang lalu) dengan membawa
mukjizat-mukjizat Kami* sambil Kami berfirman: "Hendaklah engkau
mengeluarkan kaummu dari gelap gelita kufur kepada cahaya iman; dan ingatkanlah
mereka dengan Hari-hari Allah"**. Sesungguhnya yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda yang
menunjukkan kekuasaan Allah bagi tiap-tiap seorang yang kuat bersabar, lagi
kuat bersyukur. (6) Dan (ingatlah) tatkala Nabi Musa berkata kepada kaumnya:
"Kenanglah nikmat Allah kepada kamu, semasa Ia menyelamatkan kamu dari
Firaun dan orangnya yang sentiasa menyeksakan kamu dengan berbagai seksa yang
buruk, dan mereka pula menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu;
dan kejadian yang demikian itu mengandungi bala bencana dan cubaan yang besar
dari Tuhan kamu".
12
Mayat maharaja Firaun yang menindas Nabi Musa
AS telah diselamatkan Allah untuk dijadikan bukti kpada orang-orang kemudian.
Yunus 92
"Maka pada hari ini,
Kami biarkan engkau (hai Fir'aun) terlepas dengan badanmu (yang tidak bernyawa,
daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang yang di belakangmu
(supaya mereka mengambil iktibar). Dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia
lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami!"*
13
Sanjungan Allah terhadap Musa, Nabi Ismail
dan Nabi Idris AS. Maryam 51-57
Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Qur'an) ini
perihal Nabi Musa; sesungguhnya ia adalah orang
pilihan, dan adalah ia seorang Rasul, lagi Nabi.* (52) Dan Kami telah
menyerunya dari arah sebelah kanan Gunung Tursina, dan Kami dampingkan dia
dengan diberi penghormatan berkata-kata dengan Kami.* (53) Dan Kami kurniakan kepadanya dari
rahmat Kami, saudaranya: Harun, yang juga berpangkat Nabi.(54) Dan bacakanlah
(wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Qur'an) ini perihal Nabi Ismail*;
sesungguhnya ia adalah benar menepati
janji, dan adalah ia seorang Rasul
lagi berpangkat Nabi. (55) Dan adalah ia menyuruh keluarganya mengerjakan
sembahyang dan memberi zakat, dan ia pula adalah seorang yang diredhai di sisi
Tuhannya.* (56) Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Qur'an) ini
perihal Nabi Idris*; sesungguhnya adalah ia amat benar (tutur katanya dan
imannya), serta ia seorang Nabi. (57) Dan
Kami telah mengangkatnya ke tempat yang tinggi darjatnya.
Contoh tauladan dari sejaran Nabi Musa . Al
Naml 13-14
(13) Maka
tatkala keterangan-keterangan mukjizat Kami sampai kepada Firaun dan kaumnya
dengan jelas nyata, berkatalah mereka: "Ini adalah sihir yang terang
nyata!"(14) Dan mereka mengingkarinya secara zalim dan sombong angkuh,
sedang hati mereka menyakini kebenarannya. Oleh itu, lihatlah bagaimana
kesudahan orang yang melakukan kerosakan.*
14
Mengingatkan Nabi Muhamad SAW dan para
muslimin supaya mencontohi perjuangan Nabi Musa dan umatnya. Al Sajdah 23-24
(23) Dan demi sesungguhnya! Kami telah memberi
kepada Nabi Musa Kitab Taurat (sebagaimana kami berikan Al-Qur'an kepadamu
wahai Muhammad), maka janganlah engkau ragu-ragu menyambut dan menerimanya; dan
Kami jadikan Kitab Taurat itu hidayah petunjuk bagi kaum Bani Israail.* (24)
Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum
masing-masing kepada hukum agama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam
menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami.
15
Manusia diseru mengambil contoh tauladan dari
kisah Musa dan Nuh, juga dari kisan kaum yang dibinasakan oleh Allah. Al Furqan
35-39
(35) Dan sesungguhnya Kami telah berikan Kitab Taurat kepada Nabi
Musa, dan Kami lantik saudaranya - Nabi Harun, sebagai menteri bersertanya.*
(36) Lalu Kami perintahkan: "Pergilah kamu berdua kepada kaum yang
mendustakan ayat-ayat keterangan kami"*; maka (kesudahannya) Kami
binasakan kaum itu sehancur-hancurnya. (37) Dan (demikian juga) kaum Nabi Nuh, tatkala mereka
mendustakan Rasul-rasul Kami, Kami tenggelamkan mereka*, dan Kami jadikan
mereka satu tanda (yang menjadi contoh) bagi umat manusia; dan kami sediakan
bagi sesiapa yang zalim; azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (38) Dan
(demikian juga Kami telah binasakan) Aad and Thamud*, serta Ashaabur-Rassi**, dan banyak lagi dalam zaman-zaman di antara masa
yang tersebut itu. (39) Dan masing-masing, telah Kami berikan kepadanya contoh
teladan yang mendatangkan iktibar, dan masing-masing telah kami hancurkan
sehancur-hancurnya.
16
Kaum muslimin diingatkan supaya jangan
mengikut jejak langkah kaum Musa AS yang telah mempertikaikan kitab Taurat. Hud
110-116
(110)
Isa(Janganlah engkau merasa bimbang wahai Muhammad tentang keingkaran kaummu)
kerana sesungguhnya Kami telah memberikan kepada Nabi Musa Kitab Taurat, lalu
berlaku pertentangan mengenainya*. Dan
kalau tidaklah kerana telah terdahulu kalimah ketetapan dari Tuhanmu (untuk
menangguhkan hukuman hingga kesuatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan
hukuman azab dengan serta-merta kepada mereka. Dan
sesungguhnya mereka masih menaruh perasaan ragu-ragu tentang (kebenaran
Al-Qur'an) itu. (111) Dan sesungguhnya
tiap-tiap seorang akan disempurnakan oleh Tuhanmu balasan amal mereka;
sesungguhnya Allah Amat Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka
kerjakan.(112) Oleh itu, hendaklah
engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul
sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang yang rujuk kembali
kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui
batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu
kerjakan.(113) Dan janganlah kamu cenderung kepada orang yang berlaku zalim*,
maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu
tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab
kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan. (114) Dan
dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian
siang (pagi dan petang), dan pada ketika-ketika yang berhampiran dengannya dari
waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu
menghapuskan kejahatan.
Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi
orang yang mahu beringat (115) Dan sabarlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu,
dalam mengerjakan suruhan Allah), kerana sesungguhnya Allah tidak akan
menghilangkan pahala orang yang berbuat kebaikan. (116) Maka sepatutnya ada di
antara umat-umat yang telah dibinasakan dahulu daripada kamu itu, orang yang
berkelebihan akal fikiran yang melarang kaumnya dari perbuatan-perbuatan jahat
di muka bumi; tetapi sayang! Tidak ada yang melarang melainkan sedikit sahaja,
iaitu orang yang Kami telah selamatkan di antara mereka. Dan orang yang tidak
melarang itu telah menitik beratkan segala kemewahan yang diberikan kepada
mereka dan menjadilah mereka orang yang berdosa.
Isa
1
Malaikat memberitahu Siti Maryam bahawa dia
akan melahirkan Isa AS yang menyeru manusia supaya menyembah Allah Yang Maha
Esa . Al Imran 45,51
45) (Ingatlah) ketika malaikat berkata:
"Wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang menggembirakanmu,
dengan (mengurniakan seorang anak yang engkau akan kandungkan semata-mata
dengan) kalimah daripada Allah nama anak itu: al-Masih 'Isa Ibni Maryam, seorang
yang terkemuka di dunia dan di akhirat, dan ia juga dari orang yang
didampingkan (diberi kemuliaan di sisi Allah).
(51) "Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu,
oleh itu , beribadatlah kamu kepadaNya. Inilah jalan yang betul - lurus".
2
Kisah kelahiran Nabi Isa AS. Maryam 16-33
(16) Dan bacakanlah (wahai
Muhammad) di dalam Kitab Al-Qur'an ini perihal Maryam*, tatkala ia memencilkan
diri dari keluarganya di sebuah tempat sebelah timur.** (17) Kemudian Maryam
membuat dinding untuk melindungi dirinya dari mereka*; maka Kami hantarkan
kepadanya: Roh dari Kami**, lalu ia menyamar diri kepadanya sebagai seorang
lelaki, yang sempurna bentuk kejadiannya. (18) Maryam berkata:
"Sesungguhnya aku berlindung kepada (Allah) Ar-Rahman daripada (gangguan)mu*; kalaulah engkau seorang yang
bertakwa".(19) Ia berkata: "Sesungguhnya aku pesuruh Tuhanmu, untuk
menyebabkanmu dikurniakan seorang anak yang suci".(20) Maryam bertanya
(dengan cemas): "Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak lelaki,
padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun, dan aku bukan
perempuan jahat?" (21) Ia menjawab: "Demikianlah keadaannya - tak
usahlah dihairankan; Tuhanmu berfirman: "Hal itu mudah bagi-Ku; dan Kami
hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda (yang membuktikan
kekuasaan Kami) untuk umat manusia*, dan sebagai satu rahmat dari Kami**; dan
hal itu adalah satu perkara yang telah ditetapkan berlakunya". (22) Maka
Maryam hamillah
, lalu ia memencilkan diri dengan
kandungannya itu ke sebuah tempat yang jauh.(23) (Ketika ia hendak bersalin)
maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal tamar (korma);
ia berkata: "Alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah
aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!"(24) Lalu ia
diseru dari sebelah bawahnya: "Janganlah engkau berdukacita (wahai
Maryam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak
sungai.(25) "Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur
kepadamu buah tamar yang masak.(26) "Maka makanlah dan minumlah serta
bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Kemudian kalau engkau melihat
seseorang manusia, maka katakanlah: "Sesungguhnya aku bernazar diam
membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka
aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapa pun dari kalangan manusia pada hari
ini."(27) Kemudian baliklah ia kepada kaumnya dengan mendokong anaknya.
Mereka pun menempelaknya dengan berkata: "Wahai Maryam! Sesungguhnya
engkau telah melakukan suatu perkara yang besar salahnya!.(28) "Wahai
saudara perempuan Harun*, bapamu bukanlah seorang yang buruk akhlaknya, dan
ibumu pula bukanlah seorang perempuan jahat!' (29) Maka Maryam segera
menunjukkan kepada anaknya. Mereka berkata (dengan hairannya): "Bagaimana
kami boleh berkata-kata dengan seorang yang masih kanak-kanak dalam
buaian?" (30) Ia menjawab*: "Sesungguhnya aku ini hamba Allah; Ia
telah memberikan kepadaku Kitab (Injil), dan ia telah menjadikan daku seorang
Nabi. (31) "Dan Ia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku
berada, dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi zakat selagi
aku hidup.(32) "Serta (diperintahkan daku) taat dan berbuat baik kepada
ibuku, dan Ia tidak menjadikan daku seorang yang sombong takbur dan derhaka.
(33) "Dan segala keselamatan serta kesejahteraan dilimpahkan kepadaku pada
hari aku diperanakkan, dan pada hari aku mati, serta pada hari aku dibangkitkan
hidup semula (pada hari Kiamat)."
Allah membuat 4 perjanjian dengan Nabi Isa AS
Al Maidah 110-115
(110) (Ingatlah) tatkala Allah berfirman:
"Wahai Isa ibni Maryam! Kenanglah
ni'matKu kepadamu dan kepada ibumu, ketika Aku menguatkanmu dengan Ruhul-Qudus
(Jibril), iaitu engkau dapat berkata-kata dengan manusia (semasa engkau masih
kecil) dalam buaian, dan sesudah dewasa; dan (ingatlah) ketika Aku mengajarmu
menulis membaca, dan hikmat pengetahuan, khasnya Kitab Taurat dan Kitab Injil;
dan (ingatlah) ketika engkau jadikan
dari tanah seperti bentuk burung dengan izin-Ku, kemudian engkau tiupkan
padanya, lalu menjadilah ia seekor burung dengan izin-Ku; dan (ingatlah ketika)
engkau menyembuhkan orang buta dan orang sopak dengan izin-Ku; dan (ingatlah)
ketika engkau menghidupkan orang yang mati dengan izin-Ku; dan (ingatlah)
ketika Aku menghalangi Bani Israil daripada membunuhmu, ketika engkau datang
kepada mereka dengan membawa keterangan-keterangan (mukjizat), lalu orang yang
kafir di antara mereka berkata: "Bahawa ini hanyalah sihir yang terang
nyata".(111) Dan (ingatlah) ketika Aku ilhamkan kepada orang Hawariyiin
(sahabat-sahabat karib Nabi Isa): "Berimanlah kamu kepada-Ku dan kepada
Rasul-Ku!" Mereka menjawab: "Kami telah beriman, dan saksikanlah,
bahwa sesungguhnya kami orang Islam (yang menyerah diri kepada
Allah)".(112) Dan (ingatlah) ketika orang Hawariyiin berkata: "Wahai
Isa ibni Maryam! Dapatkah kiranya Tuhanmu berkenan menurunkan kepada kami satu
hidangan dari langit?" Nabi Isa
menjawab: "Bertakwalah kamu kepada Allah jika benar kamu orang yang
beriman"(113) Mereka berkata: "Kami hanya ingin hendak makan dari
hidangan itu (untuk mengambil berkat), dan supaya tenang tenteram hati kami,
dan juga supaya kami ketahui dengan yakin, bahawa sesungguhnya engkau telah
berkata benar kepada kami, dan supaya menjadilah kami orang yang menyaksikannya
sendiri.(114) Isa ibni Maryam (pun berdo'alah ke hadrat Allah dengan) berkata:
"Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah
kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi
kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang kami yang datang
kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan
kebesaran dan kekuasaan-Mu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau
jualah sebaik-baik Pemberi rezeki."(115) Allah berfirman:
"Sesungguhnya Aku akan menurunkan hidangan itu berulang-ulang kepada kamu,
kemudian sesiapa di antara kamu kufur ingkar sesudah (turunnya hidangan itu),
maka sesungguhnya Aku akan menyeksanya dengan azab sengsara yang tidak pernah
Aku seksakan seseorang pun dari sekalian makhluk"
3
Perjuangan Nabi Isa AS. Al Zukhruf 57-59,
Dan tatkala (Nabi Isa) anak Maryam dikemukakan
sebagai satu misal perbandingan, (untuk membantahmu wahai Muhammad), tiba-tiba
kaummu bersorak-sorak kesukaan terhadapnya (kerana menyangka bahawa mereka
telah menang).* (58) Dan mereka berkata lagi: "Manakah yang lebih baik,
benda-benda yang kami sembah atau Isa?" Dan (sebenarnya) mereka tidak mengemukakan perbandingan itu
kepadamu (wahai Muhammad) melainkan kerana membantah semata-mata (bukan kerana
mencari kebenaran); bahkan mereka itu adalah kaum yang suka sekali mengemukakan
bantahan.(59) Nabi Isa itu tidak lain hanyalah seorang hamba yang telah kami
kurniakan nikmat kepadanya (dengan pangkat Nabi), dan Kami jadikan dia satu
contoh (kekuasaan Kami yang menakjubkan)* bagi kaum Bani Israil.
.Al Zukhruf 63-65
Dan tatkala Nabi Isa
datang (kepada kaumnya) dengan membawa keterangan-keterangan yang nyata,
berkatalah ia: "Sesungguhnya aku datang kepada kamu dengan membawa hikmat
(ajaran Tuhan), dan untuk menerangkan kepada kamu: sebahagian dari
(perkara-perkara agama) yang kamu berselisihan padanya. Oleh itu, bertakwalah
kamu kepada Allah dan taatlah kepadaku.(64) "Sesungguhnya Allah ialah
Tuhanku dan Tuhan kamu, maka sembahlah Kamu akan Dia; inilah jalan yang
lurus".(65) Kemudian, golongan-golongan (dari kaumnya) itu berselisihan
sesama sendiri*. Maka kecelakaan dan kebinasaanlah bagi orang yang zalim itu,
dari (paluan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya, pada hari pembalasan.
Basyrah Isa AS
terhadap kebangkitan Nabi Muhamad SAW . Al Saf 6
Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi 'Isa
ibni maryam berkata: "Wahai Bani Israel, sesungguhnya aku ini Pesuruh
Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu
Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul
yang akan datang kemudian daripadaku - bernama: Ahmad" *. Maka tatkala ia datang kepada mereka
membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: "Ini ialah
sihir yang jelas nyata!"
Adam
1
Kisah Nabi Adam AS dan isterinya Hawa digoda
iblis. Taaha 116-126
(116) Dan (ingatkanlah peristiwa) tatkala Kami
berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka
sujud, melainkan Iblis, ia enggan sujud.(117) Maka Kami berfirman: "Wahai
Adam, sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu,
janganlah ia menyebabkan kamu berdua keluar dari syurga, kerana dengan yang
demikian engkau (dan isterimu) akan menderita.(118) "Sesungguhnya telah
dikurniakan berbagai nikmat bagimu, bahawa engkau tidak akan lapar dalam syurga
itu dan tidak akan bertelanjang.(119) "Dan sesungguhnya engkau juga tidak
akan dahaga dalam syurga itu, dan tidak akan merasa panas matahari".(120)
Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepadanya, dengan berkata:
"Wahai Adam, mahukah, aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan hidup
selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?"(121)
Kemudian mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka
aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun dari
syurga; dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan
(dari mencapai hajatnya).* (122) Kemudian Tuhannya memilihnya (dengan diberi
taufik untuk bertaubat), lalu Allah menerima taubatnya serta diberi
petunjuk.(123) Allah berfirman: "Turunlah kamu berdua dari syurga itu,
bersama-sama, dalam keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang
lain*; kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dari-Ku, maka sesiapa yang
mengikut pertunjuku itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan
menderita azab sengsara. (124) "Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari
ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang
sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari Kiamat dalam keadaan
buta".*(125) Ia berkata: "Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan
daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu celek?"(126) Allah berfirman:
"Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu,
lalu engkau melupakan serta meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari
ini dilupakan serta ditinggalkan".*
2
Taubat Adam AS dan Hawa. Al A’raf 23
Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami
telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami
dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang yang
rugi"*.
Inilah
kalimah-kalimah pengakuan taubat yang telah diilhamkan oleh Allah Ta'ala kepada
Nabi Adam dan isterinya Hawa, yang telah diamalkannya lalu diterima taubatnya,
Hud
1
Kisah Hud AS dengan kaumnya. Hud 50-60
(50) Dan kepada kaum Aad, Kami utuskan saudara mereka: Nabi Hud*
Ia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu
selain daripada-Nya. Kamu hanyalah orang yang mengada-adakan perkara-perkara
yang dusta (terhadap Allah)**. (51) "Wahai kaumku! Tiadalah aku meminta
sebarang upah daripada kamu tentang (ajaran yang aku sampaikan) itu. Upahku hanyalah dari Allah yang menciptakan
daku; maka mengapa kamu tidak mahu menggunakan akal (untuk mengetahui
kebenaran)?(52) "Dan wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu,
kemudian kembalilah ta'at kepada-Nya, supaya Ia menghantarkan kepada kamu hujan
lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada; dan janganlah kamu membelakangkan
seruanku dengan terus melakukan dosa!"*(53) Mereka berkata: "Wahai
Hud! Engkau tidak membawa kepada kami sebarang keterangan yang membuktikan
kebenaranmu, dan kami tidak akan meninggalkan penyembahan tuhan-tuhan kami
dengan sebab kata-katamu itu! Dan kami
tidak sekali-kali percaya kepadamu! (54) "Kami hanya boleh berkata bahawa
setengah dari tuhan-tuhan kami telah mengenakanmu sesuatu penyakit gila
(disebabkan engkau selalu mencaci penyembahan kami itu)". Nabi Hud
menjawab: "Sesungguhnya aku merayu
Allah menjadi saksi tentang kebenaranku, dan kamu juga saksikanlah bahawa aku
bersih dari dosa perbuatan syirik kamu –(55) "Menyembah yang lain dari
Allah. Maka rancangkanlah tipu helah kamu semua terhadapku, kemudian jalankan
terus, janganlah kamu beri tempoh kepadaku mempertahankan diri.(56)
"Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan
Tuhan kamu! Tiadalah sesuatu pun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka
bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di
atas jalan yang lurus*. (57) "Dalam pada itu, jika kamu membelakangkan
juga seruanku, maka tidaklah menjadi hal kepadaku kerana aku telah sampaikan
kepada kamu apa yang telah diutus oleh Allah untuk menyampaikannya, dan Tuhanku
akan menggantikan kamu dengan suatu kaum yang lain (setelah kamu dibinasakan);
dan kamu pula tidak akan dapat membahayakan-Nya sedikit pun. Sesungguhnya
Tuhanku Maha Pengawal dan Pemelihara tiap-tiap sesuatu"(58) Dan apabila
datang azab Kami, Kami selamatkan Nabi Hud beserta dengan umatnya yang beriman,
dengan rahmat dari Kami; dan Kami selamatkan mereka dari azab yang keras*. (59)
Dan itulah peristiwa kaum Aad, mereka mengingkari ayat-ayat keterangan Tuhan
mereka, serta mereka menderhaka kepada Rasul-rasulnya*; dan mereka menurut
perintah tiap-tiap ketua yang bermaharajalela, lagi degil dalam keingkarannya.
(60) Dan mereka ditimpa laknat (yang tidak putus-putus) dalam dunia ini dan
pada hari Kiamat. Ketahuilah!
Sesungguhnya kaum Aad itu telah kufur ingkar kepada Tuhan mereka. Ketahuilah!
Sesungguhnya kebinasaanlah akhirnya bagi Aad: kaum Nabi Hud
2
Kebinasaan kaum Hud AS.Al Mukminun 36-41
(36) "Jauh, amatlah jauh (dari kebenaran) apa yang dijanjikan
kepada kamu itu!(37) "Tiadalah hidup yang lain selain dari hidup kita di
dunia ini. Kita mati dan kita hidup
(silih berganti), dan tiadalah kita akan dibangkitkan hidup semula.* (38)
"Tiadalah dia (Nabi Hud) itu selain dari seorang lelaki yang
mengada-adakan perkara dusta terhadap Allah, dan kami tidak akan beriman
kepadanya".(39) Nabi Hud berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku,
belalah daku, kerana mereka telah mendustakan seruanku".(40) Allah
berfirman: "Dalam sedikit masa lagi mereka akan menjadi orang yang
menyesal".(41) Akhirnya mereka dibinasakan oleh letusan suara yang
menggempakan bumi, dengan benar lagi adil*, lalu Kami jadikan mereka sebagai
sampah sarap (yang dihanyutkan oleh banjir). Maka kebinasaanlah kesudahannya
bagi kaum yang zalim itu.
3
Contoh tauladan dari sejaran Nabi Hud AS . Al
Syu’ra’ 123-127,139
(123) (Demikian juga) kaum Aad telah mendustakan Rasul-rasul (yang
diutus kepada mereka.)* (124) Tatkala saudara mereka - Nabi Hud, berkata kepada
mereka: "Hendaknya kamu mematuhi pemerintah Allah dan menjauhi
larangan-Nya.(125) "Sesungguhnya aku ini seorang Rasul yang amanah, (yang
diutus oleh Allah) kepada kamu.(126) "Oleh itu, takutilah kamu akan
(kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.(127) "Dan aku tidak meminta
kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku);
balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.
Idris
1
Nikmat agong yang dikurniakan kepada Nabi
Nuh, Daud, Sulaiman, Ayub, Ismail, Idris, Zakaria dan Yunus. Al Ambia’ 76-90
(76) Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Nuh, ketika
ia menyeru (berdoa kepada Kami)* sebelum (Nabi-nabi yang tersebut) itu, lalu
Kami perkenankan doanya serta Kami selamatkan dia dan pengikut-pengikutnya dari
kesusahan yang besar. (77) Dan Kami membelanya dari angkara kaum yang
mendustakan ayat-ayat Kami; sesungguhnya adalah mereka kaum yang jahat; lalu
Kami tenggelamkan mereka semuanya (sehingga mati lemas dengan taufan).(78) Dan
(sebutkanlah peristiwa) Nabi Daud dengan Nabi Sulaiman, ketika mereka berdua menghukum mengenai
tanam-tanaman semasa ia dirosakkan oleh kambing kaumnya pada waktu malam; dan
sememangnya Kamilah yang memerhati dan mengesahkan hukuman mereka.(79) Maka
Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu*; dan
masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu
(yang banyak)**; dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami
bersama-sama dengan Nabi Daud***; dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya
itu. (80) Dan Kami mengajar Nabi Daud membuat baju-baju besi untuk kamu, untuk
menjaga keselamatan kamu dalam mana-mana peperangan kamu, maka adakah kamu
sentiasa bersyukur?(81) Dan (Kami mudahkan) bagi Nabi Sulaiman angin yang
kencang tiupannya*, bertiup menurut kehendaknya ke negeri yang Kami limpahi
berkat padanya**; dan adalah Kami mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (82) Dan
(Kami mudahkan) sebahagian dari Syaitan-syaitan untuk menyelam baginya, serta
melakukan kerja-kerja yang lain dari itu*; dan adalah Kami mengawal mereka
(daripada melanggar perintahnya). (83) Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub,
ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku
ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada
segala (yang lain) yang mengasihani".(84) Maka Kami perkenankan doa
permohonannya, lalu Kami hapuskan penyakit yang menimpanya, serta kami
kurniakan kepadanya: keluarganya, dengan seganda lagi ramainya, sebagai satu
rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang yang taat kepada Kami (supaya
bersabar dan mendapat balasan baik).* (85) Dan (demikianlah pula) Nabi Ismail
dan Idris serta Zulkifli; semuanya adalah dari orang yang sabar.(86) Dan Kami
masukkan mereka dalam (kumpulan yang dilimpahi) rahmat kami: sesungguhnya
mereka adalah dari orang yang salih.(87) Dan (sebutkanlah peristiwa)
Dzu'n-Nun*, ketika ia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang
menyebabkan ia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau
cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka ia pun menyeru dalam
keadaan yang gelap-gelita** dengan berkata: "Sesungguhnya tiada Tuhan
(yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan
aniaya, tolongkan daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang yang menganiaya
diri sendiri".**(88) Maka Kami kabulkan permohonan doanya, dan Kami
selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya; dan sebagaimana Kami
menyelamatkannya Kami akan selamatkan orang yang beriman (ketika mereka merayu
kepada Kami).* (89) Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika ia merayu
kepada Tuhannya dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan
daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat): dan Engkaulah jua
sebaik-baik yang mewarisi".* (90) Maka Kami perkenankan doanya, dan Kami
kurniakan kepadanya (anaknya) Yahya, dan Kami perelokkan keadaan isterinya yang
mandul, (untuk melahirkan anak) baginya. (Kami limpahkan berbagai ihsan kepada
Rasul-rasul itu ialah kerana) sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam
mengerjakan kebaikan, dan sentiasa berdoa kepada Kami dengan penuh harapan
serta gerun takut*; dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami.
Alyas
1
Kisah Nabi Alyas AS. Al Saafat 123-132
(123) Dan Sesungguhnya Nabi Ilyas adalah
dari Rasul-rasul (Kami) yang diutus. (124) (Ingatkanlah peristiwa) tatkala ia
berkata kepada kaumnya: "Hendaklah
kamu mematuhi suruhan Allah dan menjauhi larangan-Nya.(125) "Patutkah kamu
menyembah berhala Ba'al, dan kamu meninggalkan (ibadat kepada) sebijak-bijak
pencipta? (126) "Iaitu Allah Tuhan kamu, dan Tuhan datuk nenek kamu yang
telah lalu!" (127) Maka mereka mendustakannya; akibatnya mereka tetap akan dibawa hadir
(untuk diseksa),- (128) Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari
sebarang syirik (maka mereka akan terselamat, dan mendapat sebaik-baik
balasan). (129) Dan Kami kekalkan bagi Nabi Ilyas (maka mereka akan terselamat,
dan mendapat sebaik-baik balasan). (130) "Salam sejahtera kepada Nabi
Ilyas!" (131) Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang yang berusaha
mengerjakan kebaikan. (132) Sesunggunya Nabi Ilyas itu dari hamba-hamba Kami
yang beriman.
Ismail
2
Nikmat agong yang
dikurniakan kepada Nabi Nuh, Daud, Sulaiman,
Ayub, Ismail, Idris, Zakaria dan Yunus. Al Ambia’ 76-90
(Rujuk Idris 1)
3
Kisah Nabi Ibrahim, AS menjunjung perintah
Allah untuk mengorbankan anaknya Ismail. Al Saafat 100,102-108
(100) "Wahai
Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang
terhitung dari oang-orang yang salih!"
(102) Maka tatkala anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan
dia) berusaha bersama-sama dengannya,
Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa
aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan
kepadamu; insyaallah, ayah akan
mendapati daku dari orang yang sabar".(103) Setelah keduanya berserah
bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahin merebahkan
anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan
Ibrahim - dengan kesungguhan azamnya itu - telah menjalankan perintah kami),
(104) Serta Kami menyerunya: "Wahai
Ibrahim!- (105) "Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau
lihat itu". - Demikianlah
sebenarnya kami membalas orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. (106)
Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata; (107) Dan Kami tebus
anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar; (108) Dan Kami
kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang yang datang kemudian:
Lut
1
Kisah Nabi Lut dengan kaumnya. Hud 77-83
(77) Dan apabila datang utusan-utusan Kami kepada Nabi Lut*, ia
merasa dukacita dengan kedatangan mereka, dan merasa tidak terdaya untuk
mengawal mereka (dari gangguan kaumnya), sambil berkata: "Ini, adalah hari yang amat
mencemaskan"*(78) Dan kaumnya pun datang meluru kepadanya (dengan tujuan
hendak mengganggu tetamunya), sedang mereka sebelum itu sudah biasa melakukan
kejahatan. Nabi Lut berkata: "Wahai
kaumku! Di sini ada anak-anak
perempuanku*, mereka lebih suci bagi kamu (maka berkahwinlah dengan mereka). Oleh itu, takutlah kamu dengan Allah,
dan janganlah kamu memberi malu kepadaku mengenai tetamu-tetamuku. Tidakkah ada
di antara kamu seorang lelaki yang bijak berakal (yang dapat memberi nasihat)?"(79)
Mereka menjawab: "Sesungguhnya engkau telah pun mengetahui bahawa kami
tidak ada sebarang hajat kepada anak-anak perempuanmu, dan sebenarnya engkau
sedia mengetahui akan apa yang kami kehendaki." (80) Nabi Lut berkata: "Kalaulah
aku ada kekuatan untuk menentang kamu, atau aku dapat bertumpu ke sesuatu
tempat bertahan yang kuat (dari penyokong-penyokong, tentulah aku akan
membinasakan kamu)"*. (81) (Mendengarkan yang demikian), tetamunya
berkata: "Wahai Lut! Sesungguhnya kami (adalah malaikat) utusan Tuhanmu.
Kaum engkau yang jahat itu tidak sekali-kali akan dapat melakukan kepadamu
(sebarang bencana). Oleh itu, pergilah
berundur dari sini bersama-sama dengan keluargamu pada tengah malam, dan
janganlah seorang pun di antara kamu menoleh ke belakang. Kecuali isterimu,
sesungguhnya ia akan ditimpa azab yang akan menimpa mereka (kerana ia memihak
kepada mereka). Sesungguhnya masa yang dijanjikan untuk menimpakan azab kepada
mereka ialah waktu subuh; bukankah waktu subuh itu sudah dekat? (82) Maka apabila
datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu
tonggang balik (tertimbus segala yang ada di muka buminya*), dan Kami
menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu
(83)
2
Kisah Nabi Lut dengan kaumnya yang lucah .Al
Hijr 58-73
(58) Mereka menjawab: "Kami diutus kepada suatu kaum yang
berdosa (untuk membinasakan mereka).* (59) "Melainkan keluarga Nabi Lut;
sesungguhnya kami akan menyelamatkan mereka semuanya, -(60) "Kecuali
isterinya; kami telah tentukan (menurut keputusan Tuhan), bahawa sesungguhnya
ia dari orang yang tinggal (menerima kebinasaan)".(61) Maka apabila
(malaikat-malaikat) utusan itu datang kepada kaum Nabi Lut,(62) Nabi Lut
berkata: "Sesungguhnya kamu suatu kaum yang tidak dikenali (serta tidak
diketahui baiknya kedatangan kamu)".*(63) Mereka menjawab:
"(Kedatangan kami bukan untuk membawa azab yang mereka ragu-ragukan
kebenarannya.(64) "Juga membawa kepadamu perkara yang benar (tentang
kebinasaan mereka); dan sesungguhnya kami adalah orang yang benar.(65)
"Oleh itu, bawalah pergi keluargamu pada waktu malam serta ikutlah di
belakang mereka; dan janganlah seseorang pun di antara kamu berpaling (ke
belakang); serta pergilah terus ke arah yang diperintahkan kamu menujunya"(66)
Dan Kami wahikan kepadanya tentang kesudahan perkara itu; iaitu mereka akan
dibinasakan pada waktu pagi, sehingga mereka punah ranah dan terputus
keturunannya.(67) Dan (semasa kedatangan mereka) datanglah penduduk bandar itu*
dengan gembira. (68) Nabi Lut berkata:
"Sesungguhnya mereka ini tetamuku, maka janganlah kamu memberi malu
kepadaku.(69) "Dan takutlah kamu kepada Allah, serta janganlah kamu
menghina daku".* (70) Mereka menjawab: "Bukankah kami telah
melarangmu jangan menerima sebarang tetamu dari orang ramai (atau memberi
perlindungan kepada mereka)?(71) Nabi Lut berkata: "Di sini ada anak-anak
perempuanku*, kalau kamu mahu melakukan (secara halal)"*(72) Demi umurmu
(wahai Muhammad), sesungguhnya mereka membuta tuli dalam kemabukan maksiat
mereka.(73) Akhirnya mereka pun dibinasakan oleh letusan suara yang
menggempakan bumi, ketika matahari terbit.
3
Peristiwa keselamatan Nabi Ibrahim AS dan
Nabi Lut AS dari kejahatan kaum mereka. Al Ambia’ 68-75
(68)
(Setelah tidak dapat berhujah lagi, ketua-ketua) mereka berkata: "Bakarlah
dia dan belalah tuhan-tuhan kamu, jika betul kamu mahu bertindak
membelanya!"(69)
Kami berfirman: "Hai api, jadilah engkau
sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!"* (70) Dan mereka (dengan perbuatan
membakarnya itu) hendak melakukan angkara yang menyakitinya, lalu Kami jadikan
mereka orang yang amat rugi, (kalah dengan hinanya).(71) Dan Kami selamatkan
dia dan (sepupunya) Nabi Lut ke negeri yang Kami limpahkan berkat padanya untuk
umat manusia.* (72) Dan Kami kurniakan kepadanya: Ishaq (anaknya), dan Yakqub
(cucunya) sebagai tambahan; dan tiap-tiap seorang (dari mereka) Kami jadikan
orang yang salih.(73) Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua ikutan, yang memimpin
(manusia ke jalan yang benar) dengan perintah Kami, dan Kami wahikan kepada
mereka mengerjakan kebaikan, dan mendirikan sembahyang, serta memberi zakat;
dan mereka pula sentiasa beribadat kepada Kami.(74) Dan kepada Nabi Lut, Kami
berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu; dan Kami selamatkan dia dari bandar*
yang penduduknya selalu melakukan perkara-perkara yang keji; sesungguhnya
mereka itu adalah kaum jahat, yang fasik, derhaka. (75) Dan Kami masukkan Nabi
Lut dalam (kumpulan mereka yang dilimpahi) rahmat Kami; sesungguh ia dari orang
yang salih.
4
Contoh tauladan dari sejarah Nabi Lut AS . Al
Syu’ra’ 160-171
(160) (Demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan Rasul-rasul
(yang diutus kepada mereka).* (161) Tatkala saudara mereka - Nabi Lut, berkata
kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi
larangan-Nya.(162) "Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus
oleh Allah) kepada kamu. (163) "Oleh itu,
takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.(164) "Dan aku
tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari
Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.(165)
"Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dan kalangan
manusia, (166) "Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu
untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (Kamu
orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan
kebanyakan haiwan)!" (167) Mereka menjawab: "Sesungguhnya jika engkau
tidak berhenti wahai Lut (daripada mencaci dan menyalahkan kami), nescaya
engkau akan diusir keluar!" (168) Nabi Lut berkata: "Sesungguhnya aku
dari orang yang bencikan perbuatan kamu yang keji itu".(169) (Nabi Lut
berdoa): "Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dan keluarga serta
pengikut-pengikutku dari apa yang dilakukan oleh golongan (yang jahat)
itu". (170) Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya serta
pengikut-pengikutnya –semuanya (171) Kecuali seorang perempuan tua* tertinggal
dalam golongan kena azab itu.
5
Perjuangan Nabi Lut dan Nabi Syuib AS Al
Ankabut 33-34,36-37
(33)
Dan tatkala datang utusan-utusan Kami (*) kepada
Nabi Lut, ia merasa dukacita dengan kedatangan mereka, dan merasa tidak terdaya
untuk mengawal mereka (dari gangguan kaumnya); dan (setelah melihatkan halnya
yang demikian), utusan-utusan itu berkata: "Janganlah engkau takut dan
janganlah berdukacita, sesungguhnya kami akan menyelamatkanmu dan keluargamu
(serta pengikut-pengikutmu) - kecuali isterimu, ia adalah dari orang yang
dibinasakan. (34) "Sesunguhnya
kami (diutuskan) untuk menurunkan atas penduduk bandar ini azab dari langit,
disebabkan mereka melakukan kejahatan (kufur dan maksiat)".
(36) Dan (Kami utuskan) kepada penduduk
Madyan saudara mereka: Nabi Syu'aib*; lalu ia berkata: "Wahai kaumku,
sembahlah kamu akan Allah, dan kerjakanlah amal soleh dengan mengharapkan
pahala akhirat, dan janganlah kamu melakukan kerosakan di bumi". (37) Maka
mereka mendustakannya, lalu mereka dibinasakan oleh gempa bumi, serta
menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat tinggal masing-masing.
.Solleh
1
Kisah Nabi Soleh AS dengan kaumnya. Hud 61-68
;
(61) Dan kepada kaum Thamud, Kami utuskan
saudara mereka: Nabi Salih*. Ia berkata:
"Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! nya menyesatkan mereka
dari jalan-Mu (dengan sebab kekufuran mereka). Wahai Tuhan kami! Bian-bahan
bumi, serta mengkehendaki kamu memakmurkannya**. Oleh itu mintalah ampun kepada Allah dari
perbuatan syirik, kemudian kembalilah kepada-Nya dengan ta'at dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi
sentiasa memperkenankan permohonan hamba-Nya". (62) Mereka menjawab dengan
berkata: "Wahai Saleh, sesungguhnya engkau sebelum ini adalah orang yang
diharap dalam kalangan kami (untuk memimpin kami); patutkah engkau melarang
kami daripada menyembah apa yang disembah oleh datuk nenek kami? Dan (ketahuilah) sesungguhnya kami berada
dalam keadaaan ragu-ragu yang merunsingkan tentang apa yang engkau serukan kami
kepadanya" (63) Nabi Salih berkata: "Wahai kaumku! Bagaimana fikiran
kamu, jika aku berada dalam kebenaran yang berdasarkan bukti yang nyata
(mukjizat) dari Tuhanku, dan Ia pula mengurniakan rahmat (pangkat Nabi)
kepadaku sebagai pemberian daripada-Nya, maka siapakah yang akan menolongku
dari azab Allah kalau aku menderhaka kepada-Nya? Oleh itu, kamu tidak menambah
sesuatu kebaikan pun bagiku selain daripada perkara yang merugikan. (64)
"Dan wahai kaumku! Ini adalah unta betina dari Allah untuk kamu sebagai
tanda (mukjizat) yang membuktikan kebenaranku. Oleh itu, biarkanlah dia mencari
makan di bumi Allah dan janganlah kamu menyentuhnya dengan sesuatu yang
menyakitinya, (kalau kamu menyakitinya) maka kamu akan ditimpa azab seksa yang
dekat masa datangnya". (65) Mereka kemudiannya menyembelih unta itu, lalu
berkatalah Nabi Salih kepada mereka: "Bersenang-senanglah kamu di tempat
masing-masing selama tiga hari; tempoh yang demikian itu, ialah suatu janji
yang tidak dapat didustakan" (66) Maka tatkala datang azab Kami, Kami
selamatkan Nabi Salih berserta umatnya yang beriman, dengan rahmat dari Kami,
dan Kami selamatkan mereka dari azab serta kehinaan hari itu. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah Yang Maha Kuat,
lagi Maha Kuasa. (67) Dan orang yang zalim itu, dibinasakan oleh satu letusan
suara yang menggempakan bumi, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang
tersungkur ditempat tinggal masing-masing (68) (Mereka punah-ranah) seolah-olah
mereka tidak pernah tinggal di situ.
Ketahuilah! Sesungguhnya kaum Thamud itu kufurkan Tuhan mereka. Ketahuilah! Sesungguhnya kebinasaanlah akhirnya
bagi kaum Thamud.
Kisah Nabi Soleh AS Al Hijr 80-84
(80) Dan demi sesungguhnya, penduduk "Al-Hijr" telah
mendustakan Rasul-rasul.* (81) Dan Kami telah berikan kepada mereka tanda-tanda
(yang membuktikan kebenaran agama dan Rasul Kami); dalam pada itu, mereka terus
juga berpaling (mengingkarinya).(82) Dan mereka memahat sebahagian dari
gunung-ganang, sebagai tempat tinggal dengan keadaan aman (dari sesuatu bahaya)
(83) Meskipun demikian, mereka dibinasakan juga oleh letusan suara yang
menggempakan bumi, pada waktu pagi. (84) Maka apa yang mereka telah usahakan itu, tidak dapat
menolong mereka sedikit pun.
*
"Al-Hijr": nama sebuah tempat di
antara negeri Hijaaz dengan negeri Syam (Syria) dan penduduk tempat itu ialah
kaum Thamud, umat Nabi Salih (a.s.). Berhubung dengan peristiwa inilah, surah
ini dinamakan surah "Al-Hijr" (perihal penduduk Al-Hijr).
2
Contoh tauladan dari sejarah Nabi Soleh AS.
Al Syu’ra’ 141-145, 153-158. Al Naml 45, 52-53
(141) (Demikian juga) kaum Thamud telah
mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka),* (142) Ketika saudara
mereka- Nabi Salih, berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi
perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya (143) "Sesungguhnya aku ini Rasul
yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu. (144) "Oleh itu, takutilah kamu akan
(kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku. (145) "Dan aku tidak meminta
kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku),
balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.
(153) Mereka menjawab: "Sesungguhnya engkau ini hanyalah salah
seorang dari golongan yang kena sihir!* (154) "Engkau hanyalah seorang manusia seperti kami; oleh
itu, bawakanlah satu tanda (mukjizat) jika betul engkau dari orang yang
benar". (155) Nabi Salih berkata: "Ini adalah seekor unta betina, (di
antara cara-cara hidupnya ialah) air kamu hendaklah menjadi bahagian minumnya sehari,
dan bahagian kamu sehari, menurut giliran yang tertentu. (156) "Dan
janganlah kamu menyentuhnya dengan sesuatu yang menyakitinya; (jika kamu
menyakitinya) maka akibatnya kamu akan dibinasakan oleh azab seksa hari yang
besar (huru-haranya)". (157) Akhirnya mereka menikam mati unta itu,
kemudian mereka menyesal (setelah melihat kedatangan bala bencana). (158) Lalu
mereka ditimpa azab yang membinasakan. Sesungguhnya peristiwa yang demikian
mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu,
kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.
Al Naml 45
Dan demi sesungguhnya,
Kami telah mengutus kepada kaum Thamud, saudara mereka Nabi Salih, (menyeru
mereka dengan berkata): "Sembahlah kamu akan Allah!" Maka tiba-tiba
mereka menjadi dua puak (mukmin dan kafir) yang berbalah.*
Al, Namlu 52-53
. Kesudahannya rumah-rumah
mereka itu telah runtuh ranap, dengan sebab mereka berlaku zalim; sesungguhnya
kejadian yang demikian mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi
orang yang mahu mengetahui (akan sebab dan musababnya). (53) Dan Kami
selamatkan orang yang beriman*, serta yang selalu bertakwa.
Sulaiman
1 Nikmat agong yang dikurniakan kepada Nabi
Nuh, Daud, Sulaiman, Ayub, Ismail, Idris, Zakaria dan Yunus. Al Ambia’ 76-90
( Rujik Idris 1)
2 Kelebihan Nabi Sulaiman AS. Sad 30-40
(30) Dan Kami telah kurniakan kepada Nabi Daud (seorang anak
bernama) Sulaiman*; ia adalah sebaik-baik hamba (yang kuat beribadat), lagi
sentiasa rujuk kembali (bertaubat). (31) (Ingatkanlah peristiwa) tatkala Nabi Sulaiman
dipertunjukkan kepadanya pada suatu petang, satu kumpulan kuda yang terpuji
keadaannya semasa berdiri, lagi yang tangkas semasa berlari.(32) (Kerana
lekanya dengan pertunjukkan itu) maka Nabi Sulaiman berkata: "Sesungguhnya
aku telah mengutamakan kesukaanku kepada (kuda pembawa) kebaikan lebih daripada
mengingati (ibadatku kepada) Tuhanku, sehingga (matahari)melindungi dirinya
dengan tirai malam".(33) (Kemudian Nabi Sulaiman berkata kepada orangnya):
"Bawa balik kuda itu kepadaku"; maka ia pun tampil menyapu betis dan
leher kuda itu (seekor demi seekor).* (34) Dan demi sesungguhnya! Kami telah
menguji Nabi Sulaiman (dengan satu kejadian), dan Kami letakkan di atas takhta
kebesarannya satu jasad (yang tidak cukup sifatnya)*; kemudian ia kembali
(merayu kepada Kami):- (35) Katanya: "Wahai Tuhanku! Ampunkanlah
kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya
dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah
yang sentiasa Melimpah kurniaNya". (36) Maka (Kami kabulkan permohonannya
lalu) Kami mudahkan baginya menggunakan angin yang bertiup perlahan-lahan
menurut kemahuannya, ke arah mana sahaja yang hendak ditujunya; (37) Dan (Kami
mudahkan baginya memerintah) Jin Syaitan; (ia memerintah) golongan-golongan
yang pandai mendirikan bangunan, dan yang menjadi penyelam (bagi menjalankan
kerja masing-masing). (38) Dan Jin-jin Syaitan yang lain dipasung dalam
rantai-rantai belenggu. (39) (Serta Kami katakan kepadanya): "Inilah
pemberian Kami (kepadamu), maka berikanlah (kepada sesiapa yang engkau suka),
atau tahankanlah pemberian itu; (terserahlah kepadamu) dengan tidak ada
sebarang hitungan (untuk menyalahkanmu)". (40) Dan sesungguhnya ia
mempunyai kedudukan yang dekat lagi mulia di sisi Kami, serta tempat kembali
yang sebaik-baiknya (pada hari akhirat kelak).
3 Kisah Nabi Sulaiman AS dengan Ratu Balqis.
Al Naml 28-44
(28) "Pergilah bawa suratku ini, serta
campakkanlah kepada mereka, kemudian berundurlah dari mereka; dalam pada itu
perhatikanlah apa tindak balas mereka".(29) (Setelah membaca surat itu),
berkatalah raja perempuan negeri Saba': "Wahai ketua-ketua kaum! Sesungguhnya telah disampaikan
kepadaku sepucuk surat yang mulia. (30) "Sesungguhnya surat itu dari Nabi
Sulaiman, dan kandungannya (seperti berikut): 'Dengan nama Allah, Yang Maha
Pemurah, lagi Maha Mengasihani, (31) "'Bahawa janganlah kamu meninggi diri
terhadapku, dan datanglah kamu kepadaku dengan menyerah diri (beriman dan
mematuhi ajaran agama Allah).'"(32) Raja perempuan itu berkata lagi:
"Wahai ketua-ketua kaum, berilah penjelasan kepadaku mengenai perkara yang
aku hadapi ini; aku tidak pernah memutuskan sesuatu perkara sebelum kamu hadir
memberi pendapat dan mempersetujuinya". (33) Mereka menjawab: Kita adalah
orang yang kuat gagah*, dan amat berani menempuh peperangan; dan perkara itu
(walau bagaimanapun) terserahlah kepadamu; oleh itu fikirkanlah apa yang engkau
hendak perintahkan.*(34) Raja perempuan itu berkata: "Sesungguhnya raja-raja,
apabila masuk ke sebuah negeri, mereka merosakkannya, dan mereka menjadikan
penduduknya yang mulia: hina-dina; dan demikian itulah mereka akan lakukan.
(35) "Dan bahawa aku hendak menghantarkan hadiah kepada mereka, kemudian
aku akan menunggu, apakah balasan yang
akan dibawa balik oleh utusan-utusan kita".*(36) Maka apabila (utusan
pembawa hadiah itu) datang mengadap Nabi Sulaiman, berkatalah Nabi Sulaiman
(kepadanya): "Tidaklah patut kamu memberikan kepadaku pemberian harta
benda, kerana apa yang telah diberikan Allah kepadaku lebih baik dari apa yang
telah diberikan-Nya kepada kamu; (bukan aku yang memandang kepada pemberian
hadiah) bahkan kamulah yang bergembira
dengan harta kekayaan yang dihadiahkan kepada kamu (atau yang kamu hadiahkan
dengan perasaan megah).* (37) "Kembalilah kepada mereka*, (jika mereka
tidak juga mahu beriman) maka demi sesungguhnya kami akan mendatangi mereka
dengan angkatan tentera yang mereka tidak terdaya menentangnya, dan kami akan
mengeluarkan mereka dari negeri Saba dengan keadaan hina, menjadi orang
tawanan." (38) Nabi Sulaiman berkata pula (kepada golongan bijak
pandainya): "Wahai pegawai-pegawaiku, siapa di antara kamu yang dapat
membawa kepadaku singgahsananya sebelum mereka datang menghadapku dalam keadaan
berserah diri memeluk Islam?"* (39) Berkatalah 'Ifrit* dari golongan jin:
"Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat
dudukmu, dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi
amanah". (40) Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari
Kitab Allah*: "Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata!"
Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah
ia: "Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku
bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberian-Nya. Dan (sebenarnya)
sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada
dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal
kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya*, lagi Maha Pemurah".
(41) Nabi Sulaiman berkata pula (kepada orangnya): "Ubahkanlah keadaan
singgahsananya itu, supaya kita melihat adakah ia dapat mencapai pengetahuan
yang sebenar (untuk mengenal singgahsananya itu) atau ia termasuk dalam
golongan yang tidak dapat mencapai pengetahuan yang demikian".(42) Maka
tatkala ia datang mengadap, Nabi Sulaiman bertanya kepadanya: "Serupa
inikah singgahsanamu?" Ia menjawab: "Boleh jadi inilah dia*; dan
kami** telah diberikan ilmu pengetahuan sebelum berlakunya (mukjizat) ini, dan
kami pula adalah tetap berserah diri (menjunjung perintah Allah)". (43)
Dan ia dihalangi (daripada memeluk Islam pada masa yang lalu): apa yang ia
pernah menyembahnya (dari benda-benda) yang lain dari Allah; sesungguhnya
adalah ia (pada masa itu) dari puak yang kafir.* (44) (Setelah itu) dikatakan
kepadanya*: "Di persilakan masuk ke dalam istana ini". Maka tatkala ia melihatnya, disangkanya
halaman istana itu sebuah kolam air, serta iapun menyingsingkan pakaian dari dua betisnya.
Nabi Sulaiman berkata: "Sebenarnya
ini adalah sebuah istana yang diperbuat licin berkilat dari kaca". (Mendengar yang demikian), Balqis berdoa:
"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri; dan
(sekarang aku menegaskan bahawa) aku berserah diri memeluk Islam bersama-sama
Nabi Sulaiman, kepada Allah Tuhan sekalian alam".**
. Syuib.
1
Kisah
Nabi Syuib dengan kaumnya. Hud 84-95
(84) Dan kepada penduduk "Madyan"
Kami utuskan saudara mereka: Nabi Syuaib*. Ia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah!
(Sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripada-Nya. Dan janganlah kamu
mengurangi sukatan dan timbangan. Sesungguhnya aku melihat kamu berada dalam
kemewahan; dan sesungguhnya aku bimbang, kamu akan ditimpa azab hari yang meliputi (orang yang bersalah). (85)
"Dan wahai kaumku! Sempurnakanlah sukatan dan timbangan dengan adil, dan
janganlah kamu kurangkan manusia akan benda-benda yang menjadi haknya, dan janganlah
kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi. (86) "Limpah kurnia Allah
kepada kamu lebih baik bagi kamu (daripada yang kamu ambil secara haram itu),
jika betul kamu orang yang beriman. Dan aku bukanlah orang yang menjaga dan
mengawas perbuatan kamu"* (87) Mereka berkata: "Wahai Syuaib! Adakah
sembahyangmu (yang banyak itu) menyuruhmu perintahkan kami supaya meninggalkan
apa yang disembah oleh datuk nenek kami, atau supaya kami tinggalkan apa yang
kami suka melakukannya dalam menguruskan harta kami*? Sesungguhnya engkau (wahai Syuaib) adalah
orang yang penyabar, lagi bijak berakal (maka bagaimana pula engkau menyuruh
kami melakukan perkara yang bertentangan dengan kebiasaan kami)?" (88)
Nabi Syuaib berkata: "Wahai kaumku! Bagaimana fikiran kamu, jika aku
berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhanku, dan Ia pula mengurniakan daku
pangkat Nabi sebagai pemberian daripada-Nya, (patutkah aku berdiam diri dari
melarang kamu) sedang aku tidak bertujuan hendak melakukan sesuatu yang aku
melarang kamu daripada melakukannya? Aku
hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan
beroleh taufik* untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada
Allah jualah aku berserah diri dan kepada-Nyalah aku kembali. (89) "Dan
wahai kaumku! Janganlah permusuhan kamu terhadapku menyebabkan kamu ditimpa
bala bencana sebagaimana yang telah menimpa kaum Nabi Nuh, atau kaum Nabi Hud,
atau kaum Nabi Salih. Dan kaum Nabi Lut pun
tidaklah jauh dari kaum (kamu sedia mengetahui apa yang telah menimpa mereka).(90)
"Dan mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah ta'at
kepada-Nya. Sesungguhnya Tuhanku Maha Mengasihani, lagi Maha Pengasih".
(91) Mereka berkata: "Wahai Syuaib,
kami tidak mengerti kebanyakan dari apa yang engkau katakan itu, dan
sesungguhnya kami melihat engkau orang yang lemah dalam kalangan kami; dan
kalau tidaklah kerana kaum keluargamu, tentulah kami telah melemparmu (dengan
batu hingga mati). Dan engkau pula bukanlah orang yang dipandang mulia dalam
kalangan kami!" (92) Nabi Syuaib berkata: "Wahai kaumku! (Mengapa kamu
bersikap demikian)? Patutkah kaum keluargaku kamu pandang lebih mulia daripada
Allah serta kamu pula jadikan perintah-Nya sebagai sesuatu yang dibuang dan
dilupakan di-belakang kamu? Sesungguhnya Tuhanku Amat Meliputi pengetahuan-Nya
akan apa yang kamu lakukan. (93) "Dan wahai kaumku, buatlah sedaya upaya
kamu (untuk menentang Agama Allah yang aku sampaikan itu), sesungguhnya aku
juga tetap berusaha dengan bersungguh-sungguh (untuk mengembangkannya). Kamu akan ketahui siapakah yang akan
didatangi azab yang menghinakannya, dan siapa pula yang berdusta. Dan tunggulah, sesungguhnya aku juga turut
menunggu bersama-sama kamu". (94) Dan tatkala datang (masa perlaksanaan)
perintah Kami, Kami selamatkan Nabi Syuaib beserta dengan umatnya yang beriman,
dengan rahmat dari Kami; dan orang yang zalim itu dibinasakan oleh letusan
suara yang menggempakan bumi, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang
tersungkur di tempat masing-masing. (95) (Mereka punah-ranah) seolah-olah
mereka tidak pernah tinggal di situ. Ketahuilah! Kebinasaanlah akhirnya bagi
penduduk Madyan, sebagaimana binasanya kaum Thamud.
2 Contoh tauladan dari sejarah Nabi Syuib AS
dengan penduduk Iqah. Al Syu’ra’ 176-190
(176) (Demikian juga) penduduk "Aikah"
telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka),* (177) Tatkala Nabi
Syuaib berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan
menjauhi larangan-Nya.(178) "Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang
diutus oleh Allah) kepada kamu.(179) "Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan)
Allah, dan taatlah kepadaku.(180) "Dan aku tidak meminta kepada kamu
sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku
hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam. (181) "Hendaklah kamu menyempurnakan
sukatan cupak-gantang, dan janganlah kamu menjadi golongan yang merugikan orang
lain. (182) "Dan timbanglah dengan neraca yang betul timbangannya.(183)
"Dan janganlah kamu mengurangi hak-hak orang ramai, dan janganlah kamu
bermaharajalela melakukan kerosakan di bumi. (184) "Dan (sebaliknya)
berbaktilah kepada Allah yang telah menciptakan kamu dan umat-umat yang telah
lalu" (185) Mereka menjawab: "Sesungguhnya engkau ini (hai Syuaib)
hanyalah salah seorang dari golongan yang kena sihir. (186"Dan engkau
hanyalah seorang manusia seperti kami; dan sesungguhnya kami fikir engkau ini
dari orang yang dusta. (187) Oleh itu, gugurkanlah atas kami ketul-ketul (yang
membinasakan) dari langit, jika betul engkau dari orang yang benar!" (188)
Nabi Syuaib berkata: "Tuhanku lebih mengetahui akan apa yang kamu
lakukan". (189) Maka mereka tetap juga mendustakannya, lalu mereka ditimpa
azab seksa hari awan mendung*; sungguhnya kejadian itu adalah merupakan azab
seksa hari yang amat besar - (huru-haranya). (190) Sesungguhnya peristiwa yang demikian,
mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu,
kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.
3 Perjuangan
Nabi Lut dan Nabi Syuib AS Al Ankabut 33-34,36-37
(33) Dan tatkala datang utusan-utusan Kami (*) kepada Nabi Lut, ia
merasa dukacita dengan kedatangan mereka, dan merasa tidak terdaya untuk
mengawal mereka (dari gangguan kaumnya); dan (setelah melihatkan halnya yang
demikian), utusan-utusan itu berkata: "Janganlah engkau takut dan
janganlah berdukacita, sesungguhnya kami akan menyelamatkanmu dan keluargamu
(serta pengikut-pengikutmu) - kecuali isterimu, ia adalah dari orang yang
dibinasakan. (34) "Sesunguhnya kami (diutuskan) untuk menurunkan atas
penduduk bandar ini azab dari langit, disebabkan mereka melakukan kejahatan
(kufur dan maksiat)".
(36) Dan (Kami utuskan)
kepada penduduk Madyan saudara mereka: Nabi Syu'aib*; lalu ia berkata:
"Wahai kaumku, sembahlah kamu akan Allah, dan kerjakanlah amal soleh dengan
mengharapkan pahala akhirat, dan janganlah kamu melakukan kerosakan di
bumi" (37) Maka mereka mendustakannya, lalu mereka dibinasakan oleh gempa
bumi, serta menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat tinggal
masing-masing..
*
Mulai ayat ini, Allah Ta'ala menerangkan pula
perihal Nabi Syu'aib yang juga telah mendapat tentangan dari kaumnya, akhirnya
mereka dibinasakan.
Yunus.
Yu
1 Kisah Nabi Yunus AS ditelan ikan paus. Al
Saafat 139-148
(139) Dan sesungguhnya
Nabi Yunus adalah dari Rasul-rasul (Kami) yang diutus.(140) (Ingatkanlah
peristiwa) tatkala ia melarikan diri ke kapal yang penuh sarat. (141) (Dengan satu keadaan yang memaksa) maka iapun turut mengundi, lalu menjadilah
ia dari orang yang kalah yang digelunsurkan
(ke laut). (142) Setelah itu ia
ditelan oleh ikan besar, sedang ia berhak ditempelak.* (143) Maka kalaulah ia
bukan dari orang yang sentiasa mengingati Allah (dengan zikir dan tasbih),*
(144) Tentulah ia akan tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia
dibangkitkan keluar dari kubur. (145) Oleh itu Kami campakkan dia keluar (dari
perut ikan) ke tanah yang tandus (ditepi pantai), sedang ia berkeadaan sakit,
(146) Dan Kami tumbuhkan (untuk melindunginya) sebatang pokok yang berdaun
lebar. (147) Dan (Nabi Yunus yang tersebut kisahnya itu) Kami utuskan kepada
(kaumnya yang seramai) seratus ribu atau lebih. (148) (Setelah berlaku apa yang
berlaku) maka mereka pun beriman, lalu
Kami biarkan mereka menikmati kesenangan hidup hingga kesuatu masa (yang
ditetapkan bagi masing-masing).
Zakaria
1 Kisah Nabi Zakaria AS . Maryam 2- 15
(2) (Ini ialah) perihal limpah rahmat Tuhanmu
(wahai Muhammad), kepada hamba-Nya Zakaria.* (3) (Ingatlah peristiwa) tatkala Nabi Zakaria berdoa kepada
Tuhan-Nya, dengan doa permohonan secara perlahan. (4) Ia merayu dengan berkata:
"Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang-tulangku, dan telah
putih melepaklah uban kepalaku; dan aku - wahai Tuhanku - tidak pernah merasa
hampa dengan doa permohonanku kepada-Mu.* (5) "Dan sesungguhnya aku merasa
bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas agama
sepeninggalanku; dan isteriku pula adalah seorang yang mandul; oleh itu kurniakanlah
daku dari sisimu seorang anak lelaki.* (6) "Yang layak mewarisi daku, juga
mewarisi keluarga Nabi Yaakub*; dan jadikanlah dia - wahai Tuhanku - seorang
yang diredhai serta disukai. (7) (Nabi Zakaria diseru setelah dikabulkan
doanya): "Wahai Zakaria! Sesungguhnya Kami memberikan khabar yang
menggembirakanmu, dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya, yang
Kami tidak pernah jadikan sebelum itu, seorangpun yang senama
dengannya."*(8) Nabi Zakaria bertanya: "Wahai Tuhanku! Bagaimanakah
caranya aku akan beroleh seorang anak, sedang isteriku adalah seorang yang
mandul, dan aku sendiri pula telah sampai had umur yang setua-tuanya?" (9)
Penyeru itu menjawab*: "Demikian keadaannya - janganlah hairankan; Tuhanmu
berfirman: Hal itu mudah bagi-Ku kerana sesungguhnya Aku telah menciptakanmu
dahulu, sedang engkau pada masa itu belum ada sebarang apa pun. (10) Nabi
Zakaria merayu lagi: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah satu tanda bagiku (yang
menunjukkan isteriku mengandung)". Allah Ta'ala berfirman: "Tandamu
itu ialah engkau tidak akan dapat berkata-kata dengan orang ramai selama tiga
malam, sedang engkau dalam keadaan sihat".(11) Maka iapun keluar
mendapatkan kaumnya dari Mihrab (tempat sembahyangnya), lalu ia memberi isyarat
kepada mereka*: "Hendaklah kamu bertasbih (mengerjakan ibadat kepada
Allah) pagi dan petang. (12) "Wahai Yahya, terimalah Kitab itu (serta
amalkanlah) dengan bersungguh-sungguh*!" Dan Kami berikan kepada Hikmat
kebijaksanaan semasa ia masih kanak-kanak.**(13) Dan (Kami mengurniakannya)
rahmat dari sisi Kami, serta kelebihan yang kembang manfaatnya; dan ia adalah
seorang yang bertakwa.(14) Dan ia taat serta berbuat baik kepada ibu bapanya,
dan ia pula tidak sombong angkuh atau derhaka.(15) Dan (Kami limpahkan)
kepadanya selamat sejahtera pada hari ia diperanakkan, dan pada hari ia mati,
serta pada hari ia dibangkitkan hidup semula (pada hari Kiamat).
2 Nikmat agong yang dikurniakan kepada Nabi Nuh,
Daud, Sulaiman, Ayub, Ismail, Idris, Zakaria dan Yunus. Al Ambia’ 76-90
(rujuk Idris 1)
(76) Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Nuh, ketika
ia menyeru (berdoa kepada Kami)* sebelum (Nabi-nabi yang tersebut) itu, lalu
Kami perkenankan doanya serta Kami selamatkan dia dan pengikut-pengikutnya dari
kesusahan yang besar. (77) Dan Kami membelanya dari angkara kaum yang
mendustakan ayat-ayat Kami; sesungguhnya adalah mereka kaum yang jahat; lalu
Kami tenggelamkan mereka semuanya (sehingga mati lemas dengan taufan).(78) Dan
(sebutkanlah peristiwa) Nabi Daud dengan Nabi Sulaiman, ketika mereka berdua menghukum mengenai
tanam-tanaman semasa ia dirosakkan oleh kambing kaumnya pada waktu malam; dan
sememangnya Kamilah yang memerhati dan mengesahkan hukuman mereka.(79) Maka
Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu*; dan
masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu
(yang banyak)**; dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami
bersama-sama dengan Nabi Daud***; dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya
itu. (80) Dan Kami mengajar Nabi Daud membuat baju-baju besi untuk kamu, untuk
menjaga keselamatan kamu dalam mana-mana peperangan kamu, maka adakah kamu
sentiasa bersyukur?(81) Dan (Kami mudahkan) bagi Nabi Sulaiman angin yang
kencang tiupannya*, bertiup menurut kehendaknya ke negeri yang Kami limpahi
berkat padanya**; dan adalah Kami mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (82) Dan
(Kami mudahkan) sebahagian dari Syaitan-syaitan untuk menyelam baginya, serta
melakukan kerja-kerja yang lain dari itu*; dan adalah Kami mengawal mereka
(daripada melanggar perintahnya). (83) Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub,
ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku
ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada
segala (yang lain) yang mengasihani".(84) Maka Kami perkenankan doa
permohonannya, lalu Kami hapuskan penyakit yang menimpanya, serta kami
kurniakan kepadanya: keluarganya, dengan seganda lagi ramainya, sebagai satu
rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang yang taat kepada Kami
(supaya bersabar dan balasan baik).* (85) Dan (demikianlah pula) Nabi Ismail
dan Idris serta Zulkifli; semuanya mendapat adalah dari orang yang sabar.(86)
Dan Kami masukkan mereka dalam (kumpulan yang dilimpahi) rahmat kami:
sesungguhnya mereka adalah dari orang yang salih.(87) Dan (sebutkanlah
peristiwa) Dzu'n-Nun*, ketika ia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan
marah, yang menyebabkan ia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya
kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka ia pun
menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita** dengan berkata: "Sesungguhnya
tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau
(daripada melakukan aniaya, tolongkan daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang
yang menganiaya diri sendiri".**(88) Maka Kami kabulkan permohonan doanya,
dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya; dan sebagaimana
Kami menyelamatkannya Kami akan selamatkan orang yang beriman (ketika mereka
merayu kepada Kami).* (89) Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika ia
merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau
biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat): dan Engkaulah jua
sebaik-baik yang mewarisi".* (90) Maka Kami perkenankan doanya, dan Kami
kurniakan kepadanya (anaknya) Yahya, dan Kami perelokkan keadaan isterinya yang
mandul, (untuk melahirkan anak) baginya. (Kami limpahkan berbagai ihsan kepada
Rasul-rasul itu ialah kerana) sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam
mengerjakan kebaikan, dan sentiasa berdoa kepada Kami dengan penuh harapan
serta gerun takut*; dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami.
No comments:
Post a Comment