T Bahagian Qisah Umum
Abu Lahab
1
Kutukan Allah terhadap Abu
Lahab dan isterinya serta keseksaan yang akan menimpa mereka pada hari akhirat.
Al Lahab 1-5
Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab,
dan binasalah ia bersama!* (2) Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak
dapat menolongnya.(3) Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat
menolongnya.(4) Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. –(5)
Dilehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal.
Ad
1
Kemusnahan Kaum Ad dan
Thamud kerana menolak seruan tauhid. Fusilat 13-18 dan al Haaqah 4-8
Fusilat 13- 18
Oleh itu, kalau mereka (yang musyrik) berpaling (daripada
mengesakan Allah dan menurut jalan yang lurus), maka katakanlah (wahai
Muhammad): "Aku memberi amaran kepada kamu dengan (azab yang dahsyat,
iaitu) petir, seperti petir yang telah menyambar kaum Aad dan kaum
Thamud!"(14) (Mereka ditimpa azab itu) kerana semasa mereka didatangi
Rasul-rasul (memberikan berbagai penjelasan) mengenai keadaan hidup mereka di
dunia dan di akhirat (sambil melarang mereka): "Janganlah kamu menyembah
melainkan Allah), mereka menjawab: "Jika Tuhan kami hendak (mengutus
Rasul-rasul) tentulah Ia akan menurunkan malaikat; oleh itu sesungguhnya kami
kufur ingkar akan apa yang (kamu katakan); kamu diutus membawanya!".(15)
Adapun kaum 'Aad, maka mereka berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tiada
sebarang alasan yang benar, serta berkata: "Siapakah yang lebih kuat dari
kami?" Dan (mengapa mereka bersikap
demikian?) Tidakkah mereka memerhatikan bahawa Allah yang menciptakan mereka
(dari tiada kepada ada) adalah lebih besar kekuatanNya dari mereka? Dan
sememangnya mereka sengaja mengingkari tanda-tanda kekuatan Kami (sedang mereka
sedia mengetahuinya).(16) Lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut yang
kencang dalam beberapa hari yang nahas malang, kerana Kami hendak merasakan
mereka azab seksa yang menghina dalam kehidupan dunia; dan sesungguhnya azab
seksa hari akhirat lebih besar kehinaannya; sedang mereka tidak diberikan
pertolongan (menghindarkan azab itu).(17) Adapun kaum Thamud, maka Kami beri
petunjuk kepadanya, lalu mereka mengutamakan kesesatan dari hidayah petunjuk;
mereka pun disambar oleh petir azab yang menghina dengan sebab apa yang mereka
telah lakukan.(18) Dan Kami selamatkan orang yang beriman serta mereka tetap
bertakwa.
Haaqah 4-8
Kaum Thamud dan Aad telah mendustakan hari (kiamat) yang
menggemparkan dan mengharu-birukan itu.(5) Maka (masing-masing menerima azab
dunianya) - adapun Thamud (kaum Nabi Salih), maka mereka telah dibinasakan
dengan (petir) yang melampau-lampau dahsyatnya.(6) Adapun Aad (kaum Nabi Hud),
maka mereka telah dibinasakan dengan angin ribut yang kencang yang
melampau-lampau kencangnya, -(7) Yang diarahkannya menyerang mereka tujuh malam
lapan hari terus-menerus; (kalaulah engkau menyaksikannya) maka engkau akan melihat
kaum itu bergelimpangan mati, seolah-olah mereka: batang-batang pohon kurma
yang (tumbang dan) lompang.(8) Dengan yang demikian, dapatkah engkau melihat
lagi sisa-sisa mereka (yang masih hidup)?
2
Kebinasaan Kaum Ad . Al
Ahqaf 21,24,25,26
Dan ingatlah peristiwa (Nabi Hud) saudara kaum Aad *, tatkala
ia memberi amaran kepada kaumnya yang tinggal di lembah "Al-Ahqaaf"
**, - sedang (amarannya itu samalah seperti) amaran-amaran yang telah diberikan
oleh Rasul-Rasul yang terdahulu daripadanya dan yang datang sesudahnya -
(dengan berkata): "Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, sesungguhnya
aku bimbang kamu akan beroleh azab hari yang besar (huru-haranya)".
Ahqaf 24-26
24) Maka apabila mereka melihat azab itu
sebagai awan yang menghala ke lembah-lembah mereka, mereka berkata: "Ini
ialah awan yang akan membawa hujan kepada kita!" (Mendengarkan kata-kata
yang demikian, Nabi Hud berkata): "Tidak! Bahkan itulah (azab) yang kamu
minta disegerakan kedatangannya iaitu angin yang membawa azab seksa yang tidak
terperi sakitnya;(25) "Yang menghancur leburkan segala-galanya dengan izin
dari Tuhannya". (Setelah azab itu menimpa mereka) maka menjadilah mereka
(punah ranah)- tidak ada yang kelihatan melainkan tempat-tempat tinggal mereka.
Demikianlah Kami membalas kaum yang berdosa.(26) Dan demi sesungguhnya! Kami
telah meneguhkan kedudukan mereka (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak
Kami berikan kamu menguasainya (wahai kaum musyrik Mekah), dan Kami telah
jadikan bagi mereka pendengaran dan penglihatan serta hati; dalam pada itu,
pendengaran dan penglihatan serta hati mereka tidak memberi faedah sedikit pun
kepada mereka, kerana mereka sentiasa mengingkari ayat-ayat keterangan Allah;
dan (dengan yang demikian) mereka diliputi oleh azab yang mereka telah
ejek-ejek itu.
3
Kisah Kaum Ad dibinasakan
dengan ribur taufan. Al Qamar 23,31
(Demikian juga) kaum Thamud telah mendustakan peringatan dan
amaran (yang disampaikan oleh Rasul mereka - Nabi Salih).
Sesungguhnya Kami hantarkan
kepada mereka satu pekikan (yang dahsyat), lalu menjadilah mereka
(hancur) seperti ranting-ranting dan daun-daun yang pecah hancur, yang
dikumpulkan oleh tuanpunya kandang binatang ternak.
Firaun
1 Kisah keluarga Firaun menentang firaun . Al Mu’min
28-31, 33
Dan (pada saat itu) berkatalah pula seorang lelaki yang
beriman dari orang Firaun yang menyembunyikan imannya: "Patutkah kamu
membunuh seorang lelaki kerana ia menegaskan: "Tuhanku ialah Allah?'' -
sedang ia telah datang kepada kamu membawa keterangan-keterangan dari Tuhan
kamu? Kalau ia seorang yang berdusta maka dialah yang akan menanggung dosa
dustanya itu, dan kalau ia seorang yang benar nescaya kamu akan ditimpa oleh
sebahagian dari (azab) yang dijanjikannya kepada kamu. Sesungguhnya Allah tidak
memberi hidayah petunjuk kepada orang yang melampaui batas, lagi pendusta.(29)
"Wahai kaumku! Pada hari ini kepunyaan kamulah kuasa memerintah dengan
bermaharajalela di muka bumi (Mesir dan sekitarnya; tetapi kiranya keadaan
bertukar) maka siapakah yang akan membela kita dari azab Allah kalau azab itu
datang menimpa kita?" Firaun berkata: "Aku tidak mengesyorkan kepada
kamu melainkan dengan apa yang aku pandang (elok dijalankan), dan aku tidak
menunjukkan kepada kamu melainkan jalan yang benar".(30) Dan berkatalah
pula orang yang beriman itu: "Wahai kaumku! Sesungguhnya aku bimbang kamu
akan ditimpa (kebinasaan) sebagaimana yang telah menimpa kaum-kaum yang
bergabung (menentang Rasul-rasulnya)!(31) "(Iaitu) seperti keadaan kaum
Nabi Nuh, dan Aad (kaum Nabi Hud), dan Thamud (kaum Nabi Salih), serta orang
yang datang kemudian daripada mereka (seperti kaum Nabi Lut). Dan (ingatlah)
Allah tidak menghendaki berbuat
kezaliman kepada hamba-hamba-Nya.
"(Iaitu) hari kamu berpaling undur melarikan diri;
padahal semasa itu tidak ada sesiapapun yang dapat menyelamatkan kamu dari azab
Allah. Dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang
salah), maka tiada sesiapapun yang dapat memberi hidayah petunjuk Kepada-Nya.
2 Kisah keluarga Firaun menyeru kaumnya kepada tauhid.
Al Mu’min
38-46
Dan berkatalah pula orang yang beriman
itu: "Wahai kaumku! Turutlah (nasihatku), aku akan
menunjukkan kepada kamu jalan yang benar.(39) "Wahai kaumku! Sesungguhnya
kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja), dan
sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal.(40) "Sesiapa
yang mengerjakan sesuatu perbuatan jahat maka ia tidak dibalas melainkan dengan
kejahatan yang sebanding dengannya; dan
sesiapa yang mengerjakan amal salih - dari lelaki atau perempuan - sedang ia beriman, maka mereka itu akan
masuk Syurga; mereka beroleh rezeki di dalam Syurga itu dengan tidak
dihitung.(41) "Dan wahai kaumku! Apahalnya aku dengan kamu? Aku mengajak
kamu kepada keselamatan, dan kamu pula mengajakku ke Neraka?(42) "Kamu
mengajakku supaya aku kufur (tidak percayakan keesaan) Allah dan
mempersekutukan-Nya dengan apa yang aku tidak mempunyai pengetahuan
mengenainya, padahal aku mengajak kamu beriman kepada Allah yang Maha Kuasa, lagi
Maha Pengampun?(43) 'Tidak syak lagi, bahawa makhluk-makhluk yang kamu ajak aku
menyembahnya itu tidak dapat menyahut sebarang seruan (atau memberikan sebarang
pertolongan) sama ada di dunia atau di akhirat; dan sesungguhnya tempat kembali
kita semua ialah kepada Allah, dan sebenarnya orang yang melampau-melampau
kejahatannya itu, merekalah ahli Neraka.(44) "(Kiranya kamu tetap berdegil
sekarang) maka kamu sudah tentu akan mengetahui kebenaran apa yang aku katakan
kepada kamu; dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah
(untuk memeliharaku); sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan
hamba-hamba-Nya".(45) (Dengan keikhlasannya dan penyerahan dirinya kepada
Allah) maka ia diselamatkan oleh Allah dari angkara tipu daya mereka; dan Firaun
bersama-sama kaumnya ditimpa azab seksa yang seburuk-seburuknya,(46) Mereka
didedahkan kepada bahang api Neraka pada waktu pagi dan petang (semasa mereka
berada dalam alam Barzakh)*; dan pada hari berlakunya kiamat (diperintah kepada
malaikat): "Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab
seksa api Neraka yang seberat-beratnya!"
.
3 Kebinasaak kaun Firaun. Al Dukhan 22-29
;
(Setelah Nabi Musa berputus asa daripada iman mereka), maka ia
pun merayu kepada Tuhannya lalu berkata: "Sesungguhnya orang ini adalah
kaum yang berdosa, (yang telah sebati dengan kekufurannya, dan berhaklah mereka
menerima balasan yang seburuk-buruknya)".(23) Lalu (diperintahkan
kepadanya): "Bawalah hamba-hambaku (pengikut-pengikutmu) keluar pada waktu
malam, kerana sesungguhnya kamu akan dikejar (oleh Firaun dan orangnya).(24)
"Dan tinggalkanlah laut itu dalam keadaan tenang - terbelah*, kerana
sesungguhnya mereka (yang mengejarmu itu) ialah tentera yang akan
ditenggelamkan (sehingga binasa)". (25) Banyak sungguh kebun-kebun dan
mataair, mereka tinggalkan.(26) Dan juga berbagai jenis tanaman serta
tempat-tempat kediaman yang indah - mulia,(27) Dan juga kemewahan hidup, yang
mereka sekian lama menikmatinya.(28) Demikianlah keadaannya (hukum Kami ke atas
orang yang derhaka); dan Kami jadikan semua peninggalan Firaun dan orangnya:
milik kaum yang lain (kaum Bani Israil).(29) Mereka (ketika dibinasakan) itu
tidak ditangisi oleh langit dan bumi (atau penduduk keduanya)* dan mereka pula
tidak diberi tempoh lagi.
al Haaqah 9-10
Dan (selain dari mereka) datanglah
Firaun, dan orang yang terdahulu daripadanya, serta penduduk negeri-negeri yang
telah ditunggang balikkan *- dengan
melakukan perkara-perkara yang salah. (10) Iaitu masing-masing menderhaka
kepada Rasul (yang diutuskan oleh) Tuhan mereka, lalu Allah menyeksa mereka
dengan azab yang sentiasa bertambah.
4 Mayat Maharaja Firaun yang menindas Nabi Musa AS telah
diselamatkan Allah untuk dijadikan bukti kepada orang-orang kemudian. Yunus 92
"Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Fir'aun)
terlepas dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk
menjadi tanda bagi orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil iktibar). Dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai
daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami!"*
5 Perjuangan Nabi Musa menentang Firaun. Al Dukhan 46-56
ISeperti mendidihnya air yang
meluap-luap panasnya.(47) (Lalu diperintahkan kepada malaikat penjaga Neraka):
"Renggutlah orang yang berdosa itu dan seretlah dia ke tengah-tengah
Neraka.(48) "Kemudian curahkanlah di atas kepalanya-azab seksa-dari air
panas yang menggelegak".(49) (Serta dikatakan kepadanya secara mengejek):
"Rasalah azab seksa, sebenarnya engkau adalah orang yang berpengaruh dan
terhormat (dalam kalangan masyarakatmu)!"(50) (Kemudian dikatakan kepada
ahli Neraka umumnya): "Sesungguhnya inilah dia (azab seksa) yang kamu
dahulu ragu-ragu terhadapnya!"(51) Sesungguhnya orang yang bertaqwa (akan
ditempatkan) di tempat tinggal yang aman sentosa,-(52) Iaitu di dalam beberapa
taman Syurga, dengan mata air-mata air terpancar padanya.(53) Mereka memakai
pakaian dari kain sutera yang halus dan kain sutera tebal yang bersulam;
(mereka duduk di tempat perhimpunan) sentiasa berhadap-hadapan (di atas pelamin
masing-masing).(54) Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan kawan teman mereka
bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya.(55) Mereka
meminta - di dalam Syurga itu - tiap-tiap jenis buah-buahan (yang mereka
ingini), dalam keadaan aman sentosa.(56) Mereka tidak merasai kematian dalam
Syurga itu selain daripada mati yang mereka rasai ( di dunia ) dahulu; dan
Allah selamatkan mereka dari azab Neraka;*
6 Firaun mengaku dirinya sebagai Allah. Al Naaziat 15-25
;
Sudahkah sampai kepadamu (wahai
Muhammad) perihal Nabi Musa?* (16) Ketika ia diseru oleh Tuhannya di "Wadi
Tuwa" *yang suci;-(17) (Lalu diperintahkan kepadanya): "Pergilah
kepada Fir'aun, sesungguhnya ia telah melampaui batas (dalam kekufuran dan
kezalimannya);(18) "Serta katakanlah kepadanya: 'Adakah engkau suka hendak
mensucikan dirimu (dari kekufuran)?(19) 'Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan
mengenal Tuhanmu, supaya engkau merasa takut (melanggar
perintahNya)?'"(20) (Setelah Nabi Musa menyempurnakan perintah Tuhannya,
dan Fir'aun pun meminta bukti kebenarannya); maka Nabi Musa memperlihatkan
kepada Fir'aun: mu'jizat yang besar.* (21) Lalu Fir'aun mendustakan (Nabi Musa)
dan menderhaka (kepada Allah);(22) Kemudian ia berpaling ingkar sambil
menjalankan usahanya (menentang Nabi Musa).(23) Lalu ia menghimpunkan
orang-orangnya dan menyeru,-(24) Dengan berkata: "Akulah tuhan kamu, yang
tertinggi".(25) Maka Allah menyeksa Fir'aun di akhirat dan di dunia ini,
dengan azab yang menakutkan sesiapa yang mengetahuinya.*
Qisah Ashhabul
kahfi
1
Kisah ashabul kahfi . Al
Kahfi 9-26
Adakah engkau menyangka (wahai
Muhammad). bahawa kisah "Ashaabul-Kahfi" dan "Ar-Raqiim"
itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan
Kami?* (10) (Ingatkanlah peristiwa) tatkala serombongan orang muda pergi ke
gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari
sisi-Mu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk
keselamatan agama kami".* (11) Lalu Kami tidurkan mereka dengan nenyaknya
dalam gua itu, bertahun-tahun, yang banyak bilangannya.(12) Kemudian Kami
bangkitkan mereka (dari tidurnya), untuk Kami menguji: siapakah dari dua
golongan di antara mereka yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mereka
hidup (dalam gua itu).* (13) Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad) perihal
mereka* dengan benar**; sesungguhnya mereka itu orang muda yang beriman kepada
Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.(14) Dan Kami
kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun
(menegaskan tauhid) lalu berkata* : "Tuhan kami ialah tuhan yang menciptakan
dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan
yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami
memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran." (15) (Mereka
berkata pula sesama sendiri): "Kaum kita itu, menyembah beberapa tuhan
yang lain dari Allah; sepatutnya mereka mengemukakan keterangan yang nyata yang
membuktikan ketuhanan makhluk-makhluk yang mereka sembah itu? (Tetapi mereka
tidak dapat berbuat demikian); Maka tidak ada yang lebih zalim dari orang yang
berdusta terhadap Allah.(16) "Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri
dari mereka dan dari apa yang mereka sembah yang lain dari Allah, maka pergilah
kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan dari rahmat-Nya kepada
kamu, dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk (menjayakan) urusan kamu dengan
memberikan bantuan yang berguna.*(17) Dan engkau akan melihat matahari ketika
terbit, cenderung ke kanan dari gua mereka; dan apabila ia terbenam,
meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka berada dalam satu lapangan gua
itu*. Yang demikian ialah dari tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan) Allah. Sesiapa yang diberi hidayah
petunjuk oleh Allah, maka dialah yang berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa
yang disesatkan-Nya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang
penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya. (18) Dan engkau
sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam
tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri*; sedang anjing mereka
menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka,
tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau
akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka(19) Dan demikianlah pula
Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya)*, supaya mereka tertanya-tanya sesama
sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya: "Berapa lama kamu
tidur?" (sebahagian dari) mereka menjawab: "Kita telah tidur selama
sehari atau sebahagian dari sehari". (Sebahagian lagi dari) mereka
berkata: "Tuhan kamu lebih mengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang
utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar;
kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih
baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu
sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia berlemah lembut dengan
bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang
menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu. (20) "Sesungguhnya,
kalaulah mereka mengetahui hal kamu, tentulah mereka akan merejam dengan
membunuh kamu, atau mereka akan mengembalikan kamu kepada agama mereka (secara
paksa); dan jika berlaku demikian, kamu tidak sekali-kali akan berjaya selama-lamanya".(21)
Dan demikianlah Kami dedahkan hal mereka kepada orang ramai supaya orang itu
mengetahui bahawa janji Allah meghidupkan semula orang mati adalah benar, dan
bahawa hari kiamat itu tidak ada sebarang syak padanya*; pendedahan itu berlaku
semasa orang itu berbantahan sesama sendiri mengenai perkara hidupnya semula
orang mati. Setelah itu maka (sebahagian dari) mereka berkata: "Dirikanlah
sebuah bangunan di sisi gua mereka, Allah jualah yang mengetahui akan hal ehwal
mereka". Orang yang berkuasa atas urusan mereka (pihak raja) pula berkata:
'Sebenarnya kami hendak membina sebuah masjid di sisi gua mereka"(22)
(Sebahagian dari) mereka* akan berkata; "Bilangan Ashaabul-Kahfi itu tiga
orang, yang keempatnya ialah anjing mereka"; dan setengahnya pula berkata:
"Bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka", -
secara meraba-raba dalam gelap akan sesuatu yang tidak diketahui; dan
setengahnya yang lain berkata: "Bilangan mereka tujuh orang, dan yang
kelapannya ialah anjing mereka". Katakanlah (wahai Muhammad):
"Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui
bilangannya melainkan sedikit". Oleh itu, janganlah engkau berbahas dengan
sesiapa pun mengenai mereka melainkan dengan bahasan (secara sederhana) yang
nyata (keterangannya di dalam Al-Qur'an), dan janganlah engkau meminta
penjelasan mengenai hal mereka kepada seseorang pun dari golongan (yang
membincangkannya).(23) Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang
hendak dikerjakan): "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian
nanti"(24) Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata):
"insya-Allah*". Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau
lupa**; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan
petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini".(25) Dan mereka telah
tinggal tidur dalam gua mereka: tiga ratus tahun (dengan kiraan Ahli Kitab),
dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu).(26) Katakanlah (wahai Muhammad):
"Allah jua yang mengetahui tentang masa mereka tidur*; bagiNyalah tertentu
ilmu pengetahuan segala rahsia langit
dan bumi; terang sungguh penglihatan-Nya dan jelas sungguh pendengaran-Nya
(terhadap segala-galanya)! Tidak ada bagi penduduk langit dan bumi pengurus
selain daripada-Nya) dan Ia tidak menjadikan sesiapapun masuk campur dalam
hukum-Nya.
Kisah
perbandingan kaum zaman lampau yang menentang rasul-rasul yang penuh dengan
kedegilan. Yaasin 13-17
Dan ceritakanlah kepada mereka satu
keadaan yang ajaib mengenai kisah penduduk sebuah bandar (yang tertentu)*, iaitu
ketika mereka didatangi Rasul-rasul (Kami), (14) Ketika Kami mengutus kepada
mereka dua orang Rasul lalu mereka mendustakannya; kemudian Kami kuatkan (kedua
Rasul itu) dengan Rasul yanbg ketiga, lalu Rasul-rasul itu berkata:
"Sesungguhnya kami ini adalah diutuskan kepada kamu".(15) Penduduk
bandar itu menjawab: "Kamu ini tidak lain hanyalah manusia seperti kami
juga, dan Tuhan Yang Maha Pemurah tidak menurunkan sesuatu pun (tentang yang
kamu dakwakan); kamu ini tidak lain hanyalah berdusta".(16) Rasul-rasul
berkata:"Tuhan kami mengetahui bahawa sesungguhnya kami adalah Rasul-rasul
yang diutus kepada kamu.(17) "Dan tugas kami hanyalah menyampaikan
perintah-perintah-Nya dengan cara jelas nyata.
2
Manusia diseru supaya
menagmbil contoh tauladan dari kebinasaan umat-umat purba. Qaf 36-37
Dan
berapa banyak kaum-kaum (yang ingkar) yang terdahulu daripada orang musyrik
Mekah itu Kami telah binasakan *. Kaum-kaum itu keluar
mencari perlindungan di merata-rata negeri. (Meskipun demikian keadaannya)
dapatkah (mereka menyelamatkan diri? (37) Sesungguhnya (keterangan-keterangan
dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut
itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai
hati (yang sedar pada masa membacanya), atau yang menggunakan pendengarannya
dengan bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan
fikiran kepada-Nya
.
3
Sebuah contoh dari kisah tuan punya ladang yang enggan
menolong orang-orang miskin . Al Mulk 17-27
Atau patutkah kamu merasa aman tidak takut) kepada Allah yang
pusat pemerintahan-Nya di langit itu: menghantarkan kepada kamu angin ribut
yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak
bagaimana buruknya kesan amaran-Ku?.(18) Dan demi sesungguhnya! Orang (kafir)
yang terdahulu daripada mereka telah mendustakan (rasul-rasulnya lalu mereka
dibinasakan); dengan yang demikian, (perhatikanlah) bagaimana buruknya kesan
kemurkaan-Ku.(19) Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan
(kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah
yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembangkan sayapnya dan
mengatupnya? Tidak ada yang menahannya (daripada
jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha
Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.(20) Bahkan siapa dia yang
menjadi tentera bagi kamu, yang akan menolong kamu selain dari Allah Yang Maha
Pemurah? (Sebenarnya) orang yang kafir tidak lain hanyalah berada dalam keadaan
terpedaya.(21) Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah
menahan rezeki-Nya? (Tidak ada sesiapa pun), bahkan mereka (yang musyrik itu)
kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari
kebenaran).(22) Maka adakah orang yang berjalan (melalui jalan yang tidak
betul, yang menyebabkan dia selalu jatuh) tertumus di atas mukanya: boleh
mendapat hidayah - atau orang yang berjalan tegak betul, melalui jalan yang
lurus rata? * (23) Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah yang menciptakan
kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan
penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu
bersyukur".(24) Katakanlah lagi: "Dialah yang mengembangkan kamu di
bumi, dan kepada-Nyalah kamu akan dihimpunkan".(25) Dan mereka (yang
ingkar) berkata: "Bilakah datangnya (hari kiamat) yang dijanjikan itu,
jika betul kamu orang yang benar?"(26) Katakanlah (wahai Muhammad):
"Sesungguhnya ilmu pengetahuan (tentang masa kedatangannya) hanya ada pada
sisi Allah, dan sesungguhnya aku hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan dan
amaran yang terang nyata".(27) Kemudian apabila (datang kiamat dan) mereka
melihat (azab) yang dijanjikan itu secara dekat, muramlah muka orang yang kafir
itu, serta dikatakan (kepada mereka): "Inilah dia yang dahulu kamu
kerapkali minta disegerakan kedatangannya!"
4
Kisah umat-uamt lampau yang
telah dibinasakan Allah kerana
kejahatan dan kekufuran mereka. Al Fajr
6-14
(Kami tetap akan membinasakan orang-orang yang menentangmu
wahai Muhammad), tidakkah engkau perhatikan, bagaimana Tuhanmu telah melakukan
terhadap kaum 'Aad* (yang kufur derhaka), (7) Iaitu penduduk "Iram"
yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi tiangnya, (sesuai dengan
penduduknya),(8) Yang belum pernah diciptakan sepertinya (tentang besar dan
kukuhnya) di segala negeri (pada zamannya)?(9) Dan (terhadap) kaum Thamud* yang
memahat batu-batu besar dilembah ("Wadi'l-Qura" - tempat tinggalnya)?
(10) Dan (terhadap) Firaun yang menguasai bangunan-bangunan yang handal kukuh?(11)
(Semuanya itu ialah) orang-orang yang telah bermaharajalela di negeri (masing-
masing).(12) Lalu mereka melakukan dengan banyaknya kerosakan dan bencana di
negeri-negeri itu.(13) Dengan yang demikian, Tuhanmu mencurahkan ke atas mereka
berbagai paluan azab;(14) Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas,
(terutama balasan akhirat)
5
Kisah kemusnahan tentera
bergajah yang hendak membinasakan syiar Allah. Al Fiil 1-5
Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan
kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak
meruntuhkan Kaabah)?* (2) Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat
mereka dalam keadaan yang merugi dan memusnahkan mereka?(3) Dan Ia telah
menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasuk,-(4) Yang
melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras,-(5)
Lalu Ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan
ulat.
6
Dolak dalih
qabilah-qabilah yang lemah iman yang
tidak menyertai angkatan Rasulullah ke Mekah untuk mengerjakan umrah. Al Fath
11,1,2,15
Orang "A'raab" (kaum Arab Badwi) yang ketinggalan
tidak turut (bersama-sama denganmu ke Hudaibiyah), akan berkata kepadamu (wahai
Muhammad): "Kami telah dihalangi oleh urusan menjaga keselamatan harta
benda dan anak isteri kami; oleh itu, pohonkanlah ampun kepada Alah untuk
kami". Mereka berkata dengan
lidahnya apa yang tidak ada dalam hatinya.
Katakanlah (wahai Muhammad: "Jika demikian sebab ketinggalan kamu)
maka adakah sesiapa yang berkuasa mempertahankan kamu daripada terkena atau
menerima sesuatu ketetapan dari Allah jika Ia tetapkan kamu ditimpa bahaya atau
beroleh manfaat? (Tidak ada sesiapa pun, dan apa yang kamu katakan itu bukanlah
menjadi sebab) bahkan Allah adalah Maha Mendalam pengetahuan-Nya tentang sebab
ketinggalan yang kamu lakukan itu (dan Ia akan membalasnya).(12) "(Itu
bukanlah sebabnya) bahkan sebabnya kamu telah menyangka bahawa Rasulullah dan
orang yang beriman (yang pergi berperang akan binasa semuanya dan) tidak akan
kembali lagi kepada anak isteri dan keluarga masing-masing selama-lamanya; dan
sangkaan yang demikian itu diperelokkan (oleh Syaitan) di dalam hati kamu
(serta kamu menerimanya); dan lagi kamu telah menyangka berbagai-bagai sangkaan
yang buruk (terhadap agama Allah yang dibawa oleh Rasul-Nya); dan (dengan itu)
menjadilah kamu kaum yang rosak binasa".
Orang (munafik) yang tidak turut berjuang
(bersama-sama kamu) akan berkata semasa kamu pergi (mengepong musuh serta)
mendapat harta rampasan perang * : "Biarkanlah kami turut serta dengan
kamu!" Mereka (dengan itu) hendak
mengubah janji Allah (yang menentukan hanya orang yang turut hadir di
Hudaibiyah sahaja yang berhak mendapat harta rampasan perang itu). Katakanlah (wahai Muhammad): "Kamu tidak
dibenarkan sama sekali turut serta dengan kami; demikianlah Allah menegaskan
(larangan itu) semenjak dahulu lagi".
Mereka akan berkata pula: "(Bukan Tuhan yang melarang) bahkan kamu
dengki kepada kami". (apa yang mereka katakan itu tidaklah benar), bahkan
mereka tidak faham kecuali sedikit sahaja;
(mereka hanya faham tentang kehidupan dan kesenangan dunia semata-mata).
7
Kisah mithali kaum Ansar.
Al Hasy 9-10
Dan orang (Ansar) yang mendiami negeri
(Madinah) serta beriman sebelum mereka *, mengasihi orang yang berhijrah ke
negeri mereka, dan tidak ada pula di dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa
yang telah diberi kepada orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka
sendiri, sekalianpun mereka dalam keadaan kekurangan dan sangat-sangat
berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya
daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang yang berjaya.
(10) Dan orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan)
berkata: "Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan dosa
saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau
jadikan dalam hati kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang yang
beriman. Wahai Tuhan kami! sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas Kasihan dan
Rahmat-Mu".
8
Kisah pengkhianatan kaum
Munafikin terhadap orang-orang yang bersetiakawan dengan mereka.Al Hasy 11-15
Tidakkah engkau melihat dan merasa
hairan (wahai Muhammad) terhadap sikap orang munafik itu? Mereka tergamak
berkata kepada saudara-saudara mereka yang kafir dari kalangan (kaum Yahudi)
ahli Kitab: "Sesungguhnya, kalau kamu dihalau keluar sudah tentu kami akan
keluar bersama-sama kamu, dan kami tidak akan tunduk taat kepada sesiapa pun
menentang kami selama-lamanya; dan kalau kamu diperangi, sudah tentu kami akan
membela kamu!" Padahal Allah mengetahui dan menyaksikan bahawa sebenarnya
mereka adalah pendusta.(12) Demi sesungguhnya! Jika orang (Yahudi) itu dihalau
keluar (dari Madinah), mereka (yang munafik) ini tidak akan keluar
bersama-samanya; dan demi sesungguhnya, jika ditakdirkan mereka membelanya
sekalipun, sudah tentu mereka (semuanya - Yahudi dan munafik) akan melarikan
diri; kemudian mereka tidak akan mendapat pertolongan, -(13) (Kerana) sesungguhnya
kamu - dalam hati mereka, - sangat ditakuti lebih dari Allah; yang demikian itu
kerana mereka ialah kaum yang tidak mengerti (akan kekuasaan Allah dan
kebesaran-Nya).(14) (Orang Yahudi dan orang munafik), dengan keadaan
bersatu-padu sekalipun, tidak berani memerangi kamu melainkan dikampung-kampung
yang berbenteng kukuh, atau dari sebalik tembok. (Sebabnya permusuhan di antara
mereka sesama sendiri amatlah keras; engkau menyangka mereka bersatu-padu,
sedang hati mereka berpecah belah (disebabkan berlainan kepercayaan mereka).
Yang demikian itu, kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami (perkara yang
sebenarnya yang memberi kebaikan kepada mereka).(15) (Keadaan kaum Yahudi itu)
samalah seperti orang (dari suku Yahudi)* yang terdahulu sedikit dari mereka
**, yang telah merasai akibat yang buruk (di dunia) dengan sebab bawaan kufur
mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya
(pada hari akhirat kelak).
.
Lukman Al Hakim
1
Nasihat Lukmanul Hakim .
Luqman 12-19
Dan sesungguhnya Kami telah memberi
kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan*, (serta Kami perintahkan kepadanya):
"Bersyukurlah kepada Allah ( akan segala nikmat-Nya kepadamu)". Dan
sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulanglah kepada dirinya
sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada
Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. (13) Dan
(ingatlah) tatkala Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat
kepadanya: "Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan
Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu
kezaliman yang besar".(14) Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada
kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan (dari
awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah
dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada
kedua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima
balasan).(15) Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan
dengan-Ku sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui
sungguh adanya, maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaullah dengan
mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang yang rujuk
kembali kepada-Ku (dengan tauhid dan amal-amal salih). Kemudian kepada Akulah
tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang
kamu telah kerjakan..(16) (Luqman menasihati anaknya dengan berkata):
"Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik
atau yang buruk) sekalipun seberat biji sawi, serta ia tersembunyi di dalam
batu besar atau di langit ataupun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk
dihakimi dan dibalas-Nya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus
pengetahuan-Nya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.(17)
"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat
kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan
bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian
itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat
melakukannya.(18) "Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana
memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan
berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang
sombong takbur, lagi membanggakan diri.(19) "Dan sederhanakanlah langkahmu
semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya
seburuk-buruk suara ialah suara keldai".
.
Kaum Lut
1
Kisah Kaum Lut diazabkan
denga taupan batu. Al qamar 33,34,38,39
(Demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan peringatan dan amaran (yang
disampaikan oleh Rasulnya).(34) Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada
mereka angin ribut yang menghujani mereka dengan batu, kecuali keluarga Nabi
Lut, Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada
waktu jauh malam,-
Dan demi sesungguhnya! Mereka telah ditimpa azab yang kekal
pada pagi-pagi hari (esoknya).(39) Lalu (dikatakan kepada mereka):
"Rasalah azab-Ku, dan kesan amaran-amaran-Ku!"
Najran
1
Kisah pembesar-pembesar
Najran yang membakar orang-orang Mukmin dalam parit-parir yang disediakan khas
bagi tujuan itu.. Al Buruuj 4-8
;Celakalah kaum
yang menggali parit,(5) (Parit) api yang penuh dengan bahan bakaran,(6) (Mereka
dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya,(7) (Mereka dilaknat) ketika
mereka duduk di kelilingnya,(8) (Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di
kelilingnya,
Nuh
1
Kisah Kaum Nuh dibinasakan
Tuhan dengan banjir yang besar. Al Qamar 9-12
Sebelum mereka, kaum Nabi Nuh juga
telah mendustakan (Rasulnya); iaitu mereka mendustakan hamba Kami (Nabi Nuh)
serta mereka menuduhnya dengan berkata: "Ia seorang gila"; dan ia
telah diancam (dan dihalang daripada menjalankan dakwah agama).(10) Lalu ia
berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ini
dikalahkan (oleh kaumku yang ingkar), oleh itu menangkanlah daku (terhadap mereka)!"(11)
Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang
mencurah-curah.(12) Dan Kami jadikan bumi memancarkan mata air-mata air (di
sana sini), lalu bertemulah air (langit dan bumi) itu untuk (melakukan) satu
perkara yang telah ditetapkan. *
Qarun
Kisah kebinasaan harta Qarun . Al Qasas 76,79,81
Sesungguhnya Qaarun adalah ia dari
kaum Nabi Musa, kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka*; dan
Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya
menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat
sasa. (Ia berlaku sombong) tatkala kaumnya berkata kepadanya: "Janganlah
engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada
orang yang bermegah-megah" (seperti lagakmu itu).
Kemudian Qaarun keluar kepada kaumnya
dengan memakai perhiasannya*. (Pada saat itu) berkatalah orang yang semata-mata
inginkan kesenangan kehidupan dunia: "Alangkah baiknya kalau kita ada
kekayaan seperti yang didapati oleh Qaarun!
Sesungguhnya dia adalah seorang yang bernasib baik".
Lalu Kami timbuskan dia
bersama-sama dengan rumahnya di dalam tanah, maka tidaklah ia mendapat sebarang
golongan yang boleh menolong dari azab Allah, dan ia pula tidak dapat menolong
dirinya sendiri...
Quraisy
Orang-orang Quraisy diseru supaya menyembah Allah sebagai kesyukuran
terhadap nikmat Allah yang telah mengamankan perjalanan-perjalanan perniagaan
mereka di musim sejuk dan musim panas.
Quraisy 3-4
Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah
(Kaabah) ini,(4) Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah
(Kaabah) ini,
Rum
Kerajaan Rum Mengalahkan kerajaan Parsi Al Rum 2-6
;
Orang Rom telah dikalahkan*- (3) Di
negeri yang dekat sekali*; dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan
lawannya- (4) Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. Kepada pentadbiran Allah
jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan
pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang yang beriman akan
bergembira-(5) Dengan kemenangan yang diberi Allah*. Ia memberi kemenangan
kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Dialah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha
Mengasihani. (6) Demikian dijanjikan Allah.
Allah tidak pernah mengubah janji-Nya*, akan tetapi kebanyakan manusia
tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
Thamud
1
Kemusnahan kaum Ad dan
Thamud kerana menolak seruan tauhid. Fusilat 13-18 dan Al Haaqah 1-10
Oleh itu, kalau mereka (yang musyrik) berpaling (daripada mengesakan Allah
dan menurut jalan yang lurus), maka katakanlah (wahai Muhammad): "Aku
memberi amaran kepada kamu dengan (azab yang dahsyat, iaitu) petir, seperti
petir yang telah menyambar kaum Aad dan kaum Thamud!"(14) (Mereka ditimpa
azab itu) kerana semasa mereka didatangi Rasul-rasul (memberikan berbagai
penjelasan) mengenai keadaan hidup mereka di dunia dan di akhirat (sambil
melarang mereka): "Janganlah kamu menyembah melainkan Allah), mereka menjawab:
"Jika Tuhan kami hendak (mengutus Rasul-rasul) tentulah Ia akan menurunkan
malaikat; oleh itu sesungguhnya kami kufur ingkar akan apa yang (kamu katakan);
kamu diutus membawanya!".(15) Adapun kaum 'Aad, maka mereka berlaku
sombong takbur di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar, serta
berkata: "Siapakah yang lebih kuat dari kami?" Dan (mengapa mereka bersikap demikian?)
Tidakkah mereka memerhatikan bahawa Allah yang menciptakan mereka (dari tiada
kepada ada) adalah lebih besar kekuatanNya dari mereka? Dan sememangnya mereka
sengaja mengingkari tanda-tanda kekuatan Kami (sedang mereka sedia
mengetahuinya).(16) Lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut yang kencang
dalam beberapa hari yang nahas malang, kerana Kami hendak merasakan mereka azab
seksa yang menghina dalam kehidupan dunia; dan sesungguhnya azab seksa hari
akhirat lebih besar kehinaannya; sedang mereka tidak diberikan pertolongan
(menghindarkan azab itu).(17) Adapun kaum Thamud, maka Kami beri petunjuk
kepadanya, lalu mereka mengutamakan kesesatan dari hidayah petunjuk; mereka pun
disambar oleh petir azab yang menghina dengan sebab apa yang mereka telah
lakukan.(18) Dan Kami selamatkan orang yang beriman serta mereka tetap
bertakwa.
Al Haaqah 1-10
Saat yang tetap berlaku itu –(2)
Apakah dia sifat dan keadaan saat yang tetap berlaku itu?(3) Dan apa jalannya
engkau dapat mengetahui tentang sifat dan keadaan saat yang tetap berlaku itu?
(Saat itu ialah hari kiamat).(4) Kaum Thamus dan Aad telah mendustakan hari
(kiamat) yang menggemparkan dan mengharu-birukan itu.(5) Maka (masing-masing
menerima azab dunianya) - adapun Thamud (kaum Nabi Salih), maka mereka telah
dibinasakan dengan (petir) yang melampau-lampau dahsyatnya.(6) Adapun Aad (kaum
Nabi Hud), maka mereka telah dibinasakan dengan angin ribut yang kencang yang
melampau-lampau kencangnya, -(7) Yang diarahkannya menyerang mereka tujuh malam
lapan hari terus-menerus; (kalaulah engkau menyaksikannya) maka engkau akan
melihat kaum itu bergelimpangan mati, seolah-olah mereka: batang-batang pohon
kurma yang (tumbang dan) lompang.(8) Dengan yang demikian, dapatkah engkau
melihat lagi sisa-sisa mereka (yang masih hidup)?(9) Dan (selain dari mereka)
datanglah Firaun, dan orang yang terdahulu daripadanya, serta penduduk
negeri-negeri yang telah ditunggang balikkan
*- dengan melakukan perkara-perkara yang salah. (10) Iaitu masing-masing
menderhaka kepada Rasul (yang diutuskan oleh) Tuhan mereka, lalu Allah menyeksa
mereka dengan azab yang sentiasa
bertambah.
2
Kisah kaun Thamud di azab
dengan gempa. Al qamar 23,31
(Demikian juga) kaum Thamud telah mendustakan
peringatan dan amaran (yang disampaikan oleh Rasul mereka - Nabi Salih).
Sesungguhnya Kami hantarkan
kepada mereka satu pekikan (yang dahsyat), lalu menjadilah mereka
(hancur) seperti ranting-ranting dan daun-daun yang pecah hancur, yang
dikumpulkan oleh tuanpunya kandang binatang ternak.
3
Kebinasaan umat thamud
kerana menyembelih unta mukjizat .
Al Syamsi 11-15
(Ingatlah), kaum Thamud telah mendustakan (Rasulnya) dengan
sebab perbuatan derhaka mereka yang melampaui batas;(12) Ketika orang yang
sehabis-habis jahat di antara mereka menerima perintah dari mereka (supaya
membunuh unta yang menjadi mukjizat),(13) Maka berkatalah Rasul Allah (Nabi
Salih) kepada mereka: "(Janganlah kamu ganggu) unta betina dari Allah
itu*, dan (janganlah kamu menyekatnya daripada mendapat) air minumnya (supaya
kamu tidak ditimpa azab)!" (14) (Setelah Nabi Salih memberi amaran) lalu
mereka mendustakannya serta menyembelih unta itu. Dengan sebab dosa mereka, maka Tuhan menimpakan mereka
dengan azab yang membinasakan serta Ia meratakan azab itu meliputi mereka
(sehingga punah-ranah semuanya).(15) Dan Allah tidak hiraukan kesudahan
(mereka) yang demikian, (kerana itu adalah balasan yang adil).
Zulqarnain
Kisah Zulqarnain dan Ya’juk
wamakjuk . Al Kahfi 83-89
Dan mereka bertanya kepadamu (wahai
Muhammad), mengenai Zulkarnain*. Katakanlah: "Aku akan bacakan kepada kamu
(wahi dari Allah yang menerangkan) sedikit tentang perihalnya": (84)
Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi, dan
Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya.*(85)
Lalu ia menurut jalan (jalan menyampaikan maksudnya) (86) Sehingga apabila ia
sampai ke daerah matahari terbenam, ia mendapatinya terbenam di sebuah mata air
yang hitam berlumpur*, dan ia dapati di sisinya satu kaum (yang kufur ingkar).
Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): "Wahai Zulkarnain!
Pilihlah sama ada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara
baik terhadap mereka".*(87) Ia berkata: "Adapun orang yang melakukan
kezaliman (kufur derhaka), maka kami akan menyeksanya; kemudian ia akan
dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya dengan azab seksa yang
seburuk-buruknya.(88) "Adapun orang yang beriman serta beramal soleh, maka
baginya balasan yang sebaik-baiknya; dan kami akan perintahkan kepadanya perintah-perintah
kami yang tidak memberati".(89) Kemudian ia berpatah balik menurut jalan
yang lain.*
No comments:
Post a Comment