N Bahagian ahli kitab
Ahli Kitab
1
Mengajak ahli kitab supaya
sama –sama berjuang menegakkan agama tauhid. Al Imran 64,69
Al Imran 64
;
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab,
marilah kepada satu kalimah yang bersama-sama antara kami dengan kamu , iaitu
kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengan-Nya
sesuatu juapun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian
yang lain untuk dijadikan orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari
Allah". Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan
menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: Saksikanlah kamu bahawa
sesungguhnya kami adalah orang Islam..
Ali Imran 69
Segolongan dari Ahli Kitab suka dan berangan-angan
kiranya mereka dapat menyesatkan kamu; padahal mereka tidak akan menyesatkan
melainkan dirinya sendiri, dan mereka pula tidak menyedari (akibat yang buruk
itu).
2
Balasan kepada ahli kitab
yang beriman.Al Imran 199
;
Dan sesungguhnya di antara Ahli Kitab, ada orang yang
beriman kepada Allah dan (kepada) apa yang diturunkan kepada kamu (Al-Qur'an)
dan juga (kepada apa yang diturunkan kepada mereka, sedang mereka khusyuk
kepada Allah, dengan tidak menukarkan ayat-ayat Allah untuk mengambil
keuntungan dunia yang sedikit. Mereka itu beroleh pahalanya disisi Tuhan
mereka. Sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisab-Nya.
3
Balasan kepada orang-orang
kafir dari ahli kitab. Al Bayyinah 6
Sesungguhnya orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab dan
orang-orang musyrik itu akan ditempatkan di dalam neraka Jahannam, kekallah
mereka di dalamnya. Mereka itulah sejahat-jahat makhluk.
4
Sifat-sifat haipokret
golongan ahli kitab. Al Imran 72
IfDan berkatalah segolongan dari Ahli Kitab (sesama
sendiri): "Berimanlah kamu kepada Al-Qur'an yang diturunkan kepada orang
yang beriman itu: pada sebelah pagi, dan kufurlah (ingkarlah) pada petangnya,
supaya mereka (merasa ragu-ragu, lalu) kembali menjadi kafir semula".
5
Ahli kitab dilaknat kerana
menukarkan ayat-ayat dalam kitab suci mereka. Al Maidah 13
Al Maidah 13
Maka dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia
mereka, Kami laknatkan mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu
(tidak mahu menerima kebenaran). Mereka sentiasa mengubah Kalimah-kalimah (yang
ada di dalam Kitab Taurat dengan memutarnya) dari tempat-tempatnya (dan
maksudnya) yang sebenar, dan mereka melupakan (meninggalkan) sebahagian dari
apa yang diperingatkan mereka dengannya.
Dan engkau ( wahai Muhammad) sentiasa dapat melihat perbuatan khianat
yang mereka lakukan, kecuali sedikit dari mereka kecuali sedikit dari mereka (yang tidak
berlaku khianat). Oleh itu, maafkanlah mereka (jika mereka sedia bertaubat) dan
janganlah dihiraukan, kerana sesungguhnya Allah suka kepada orang- orang yang
berusaha supaya baik amalannya
6
Kutukan terhadap ahli kitab
yang mempunyai kharafatdan taghut.
Al Nisa’ 51-52
(51) Tidakkah engkau perhatikan (dan merasa pelik wahai
Muhammad) kepada orang yang telah diberikan sebahagian dari Kitab (Taubat)?
Mereka percaya kepada benda-benda yang disembah yang lain dari Allah, dan
kepada Taghut, dan mereka pula berkata kepada orang kafir (kaum musyrik di
Mekah) bahawa mereka (kaum musyrik itu) lebih betul jalan agamanya daripada
orang yang beriman (kepada Nabi Muhammad, s.a.w.)(52) (Kaum Yahudi yang demikian
sikapnya) mereka itulah orang-orang yang dilaknat oleh Allah; dan sesiapa yang
dilaknat oleh Allah, maka engkau tidak sekali-kali akan mendapati sesiapa pun
yang boleh menolongnya.
7
Semua Nabi yang
dibangkitkan kepada ahli kitab telah membuat perjanjian dengan mereka supaya
mengikut Nabi Muhamad SAW apabila dia dibangkitkan. Al Imran 81
Ali Imran 81
?Dan
(ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari Nabi-nabi (dengan
firman-Nya): "Sesungguhnya apa jua Kitab dan Hikmat yang Aku berikan
kepada kamu, kemudian datang pula kepada kamu seorang Rasul yang mengesahkan
apa yang ada pada kamu, hendaklah kamu beriman sungguh-sungguh kepadanya, dan
hendaklah kamu bersungguh-sungguh menolongnya". Allah berfirman lagi
(bertanya kepada mereka): "Sudahkah kamu mengakui dan sudahkan kamu
menerima akan ikatan janjiku secara yang demikian itu?" Mereka menjawab:
"Kami berikrar (mengakui dan menerimanya)". Allah berfirman lagi:
"Jika demikian, maka saksikanlah kamu, dan Aku juga menjadi saksi bersama-sama
kamu."*
Yahudi
1
Umat Yahudi diseru supaya
beriman kepada Al Quran dan
mengingatkan kepada nikmat-nikamt
Allahyang telah dikurniakan kepada mereka. Al Baqarah 47,49,,52,53,54,56
Al
Baqarah 47
Wahai
Bani Israil! Kenangkanlah nikmat-nikmat-Ku yang Aku telah kurniakan kepada
kamu, dan (ingatlah) bahawasanya Aku telah melebihkan (nenek-moyang) kamu (yang
ta'at dahulu) atas orang (yang ada pada zamannya).
Al
Baqarah 49
?
Dan (kenangkanlah) ketika Kami selamatkan
kamu dari Fir'aun dan orangnya, yang sentiasa menyeksa kamu dengan seksa yang
seburuk-buruknya; mereka menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup
anak-anak perempuan kamu; sedang kejadian yang demikian itu mengandungi bala
bencana dan cubaan yang besar dari Tuhan kamu.
2
Penyakit orang-orang Yahudi.
Al Baqarah 63-65
(63)
Dan (ingatlah), ketika Kami mengambil perjanjian setia kamu semasa Kami
angkatkan gunung Tursina di atas kamu (sambil Kami berfirman):" Terimalah
Taurat yang telah Kami berikan kepada kamu (serta amalkanlah) dengan
bersungguh-sungguh, dan ingatlah (jangan lupakan) apa yang tersebut di
dalamnya, supaya kamu bertakwa.(64) Kemudian sesudah itu kamu membelakangkan
perjanjian setia kamu itu (tidak menyempurnakannya); maka kalau tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas
kasihan-Nya kepada kamu (dengan membuka pintu taubat), nescaya menjadilah kamu
dari golongan orang yang rugi.(65) Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui
(bagaimana buruknya akibat) orang di antara kamu yang melanggar (larangan) pada
hari Sabtu*, lalu Kami berfirman kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang
hina".**
3
Sifat-sifat dolak
dalih orang Yahudi.Al Baqarah 87-88
Al
Baqarah 87-88
;
Dan
sesungguhnya Kami telah memberikan kepada Nabi Musa Kitab Taurat, dan Kami
iringi kemudian daripadanya dengan beberapa orang Rasul, dan Kami berikan
kepada Nabi Isa Ibni Maryam beberapa mukjizat serta Kami teguhkan kebenarannya
dengan Ruhul Qudus (Jibrail). Maka patutkah, tiap-tiap kali datang kepada kamu
seorang Rasul membawa sesuatu (kebenaran) yang tidak disukai oleh hawa nafsu
kamu, kamu (dengan) sombong takbur (menolaknya), sehingga sebahagian dari
Rasul-rasul itu kamu dustakan, dan sebahagian yang lain pula kamu
membunuhnya?*(88) Dan mereka (kaum Yahudi) berkata pula: "Hati kami tertutup (tidak dapat
menerima Islam)". (Sebenarnya hati mereka tidak tertutup) bahkan Allah
telah melaknatkan mereka disebabkan kekufuran mereka*, oleh itu maka sedikit
benar mereka yang beriman.
4
Dua sifat keji orang
Yahudi. Al Imran 181-187
Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan
orang (Yahudi) yang mengatakan:
"Bahawasanya Allah miskin dan kami ialah orang kaya". Kami
(Allah) akan menuliskan perkataan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada
alasan yang membenarkannya, dan Kami akan katakan kepada mereka: "Rasalah
kamu akan azab seksa yang sentiasa membakar(182) "(Azab seksa) yang
demikian itu ialah disebabkan perbuatan yang telah dilakukan oleh tangan kamu
sendiri. Dan (ingatlah), sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada
hamba-hamba-Nya."(183) Orang (Yahudi itulah) yang berkata:
"Sebenarnya Allah telah perintahkan kami, supaya kami jangan beriman
kepada seseorang Rasul sehingga ia membawa kepada kami korban yang dimakan
api"*. Katakanlah (wahai Muhammad):
"Sesungguhnya telah datang kepada kamu beberapa Rasul dahulu daripadaku
dengan membawa keterangan-keterangan (mukjizat) yang nyata dan dengan (korban)
yang kamu katakan itu, maka mengapa kamu membunuh mereka, jika kamu orang yang
benar (dalam apa yang kamu dakwakan itu)?". (184) Oleh itu, jika mereka mendustakanmu
(wahai Muhammad, maka janganlah engkau berdukacita), kerana sesungguhnya
Rasul-rasul yang terdahulu daripadamu telah didustakan juga; mereka telah
membawa keterangan-keterangan (mukjizat) yang nyata dan Kitab-kitab (nasihat
pengajaran), serta Kitab (Syariat) yang terang jelas .(185) Tiap-tiap yang
bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari Kiamat sahajalah akan
disempurnakan balasan kamu. Ketika itu
sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya
ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala
kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi
orang yang terpedaya*(186) Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda
dan diri kamu. Dan demi sesungguhnya, kamu akan mendengar dari orang yang telah
diberikan Kitab dahulu daripada kami dan orang yang musyrik: banyak
(tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati. Dalam pada itu, jika kamu
bersabar dan bertaqwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari
perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya).(187) Dan
(ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari orang yang telah diberi
Kitab (iaitu): "Demi sesungguhnya! Hendaklah kamu menerangkan isi Kitab
itu kepada umat manusia, dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya".
Kemudian mereka membuang (perjanjian setia) itu kebelakang mereka, serta mereka
menukarnya dengan mengambil faedah dunia yang sedikit. Maka amatlah buruknya apa
yang mereka dapati dari penukaran (Kalamullah dan janji-Nya) itu.
5
Kebaculan orang-orang
Yahudi. Al Maidah 24
Mereka
(menolak dengan) berkata: "Wahai Musa, sesungguhnya kami tidak akan
memasuki negeri itu selama-lamanya selagi kaum itu masih berada di dalamnya;
oleh itu pergilah engkau bersama Tuhanmu
dan perangilah mereka. Sebenarnya
kami di sinilah duduk menunggu".
6
Sifat-sifat orang Yahudi
takutkan mati.Al Jumaah 6-8
Al
Jumaah 6-8
7
Bidaah-bidaah yang diadakan oleh orang Yahudi di dalam
hukum agama mereka. Al Imran 93,96,100
(93)Segala jenis makanan dahulu adalah halal
bagi Bani Israil, kecuali makanan yang diharamkan oleh Israil (Nabi Yakqub)
kepada dirinya sendiri sebelum diturunkan Kitab Taurat. Katakanlah (wahai Muhammad): "(Jika ada
makanan yang diharamkan kepada kamu - wahai Bani Israil - sebelum Kitab Taurat
diturunkan) maka bawalah kamu Kitab Taurat itu kemudian bacalah akan dia, kalau
betul kamu orang yang benar.
Ali
Imran 96
Sesungguhnya
Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya)
ialah Baitullah yang di Mekah, yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah
bagi umat manusia.
Ali
Imran 100
Wahai
orang yang beriman! Jika kamu ta'at akan sesuatu puak dari orang (Yahudi dan
Nasrani) yang diberikan Kitab itu, nescaya mereka akan mengembalikan kamu
menjadi orang kafir sesudah kamu beriman.
8
Orang Yahudi sama seperti
kaldai yang membawa kitab. Al Jumaat 5
Al
Jumaah 5
(Sifat-sifat
Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan dalam Kitab Taurat tetapi orang Yahudi
tidak juga mempercayainya, maka) bandingan orang (Yahudi) yang ditanggungkan
dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian
mereka tidak menyempurnakan tanggungan dan tugas itu, samalah seperti keldai
yang memikul bendela Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui
kandungannya) *. Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat
keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada
kaum yang zalim.
9
Orang Yahudi menuntut ilmu
sihir yang menjatuhkan mereka.
Al Baqarah 102
Mereka
(membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan
oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi
Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi
puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah
yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat:
Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar
seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata:
"Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu
janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga
orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara
seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali
memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan
dengan izin Allah*. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya
membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi
sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telah pun mengetahui bahawa sesiapa yang
memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat.
Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka,
kalaulah mereka mengetahui.
10 Orang Yahudi telah menukar ganti ayat-ayat di dalam kitab suci mereka.
Al Baqarah 75,78,79
Al
Baqarah 75
(Sesudah
kamu-wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu-mengetahui tentang kerasnya hati
orang Yahudi itu) maka bolehkah kamu menaruh harapan bahawa mereka akan beriman
kepada seruan Islam yang kamu sampaikan itu, padahal sesungguhnya telah ada
satu puak dari mereka yang mendengar Kalam Allah (Taurat), kemudian mereka
mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka mengetahui (bahawa perbuatan
itu salah)?
Al
Baqarah 78-79
;
Dan
di antara mereka pula ada orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan
isi Kitab Taurat selain dari penerangan-penerangan bohong (dari ketua-ketua
mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja.(79)
Kecelakaan besar bagi orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu
membantah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata:
"Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka dengan perbuatan itu dapat
membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka
disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi
mereka dari apa yang mereka usahakan itu.*
11 Orang Yahudi telah melanggar perintah Allah. Al Baqarah 83-85
Dan
(ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani
Israil (dengan berfirman): "Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada
kedua ibu-bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang miskin dan
katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah
sembahyang serta berilah zakat." Kemudian kamu berpaling membelakangkan
(perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya
kamu orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya.(84) Dan (ingatlah),
ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan kamu: "(Bahawa) janganlah
kamu menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan) sesama sendiri, dan janganlah kamu
usir-mengusir sesama sendiri dari kampung masing-masing." Kemudian kamu
telah berikrar mematuhi perjanjian setia itu dan kamu sendiri pula menjadi
saksi (yang mengakui kebenarannya).(85) Kemudian kamu ini (wahai Bani Israil),
kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri dan kamu usir satu puak dari kaum kamu
keluar dari kampungnya; kamu pula bantu-membantu (dengan orang lain) untuk
menentang mereka dengan melakukan dosa dan penganiayaan; padahal kalau mereka
datang kepada kamu sebagai orang tawanan, kamu tebus mereka; sedang perbuatan
mengusir mereka diharamkan juga atas kamu. Sesudah itu maka patutkah kamu hanya
percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan
sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian
itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari
Kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah),
Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.
12 Orang Yahudi berusaha menghalangi orang-orang beribadat di dalam
masjid-masjid. Al Baqarah 114
Al
Baqarah 114
Dan siapakah
yang lebih zalim daripada orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan
masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah di dalamnya, dan
ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang yang demikian,
tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh
hormat dan takut kepada Allah (bukan secara yang mereka lakukan itu). Mereka
(dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak
mereka mendapat azab seksa yang amat besar
13 Umat Yahudi telah diseksa dengan kehinaan .Al Baqarah 61
Dan
(kenangkanlah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa, kami tidak sabar (sudah
jemu) dengan makanan yang semacam sahaja; maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk
kami, supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi;
dari sayur-sayurannya, dan mentimunnya, dan bawang putihnya, dan kacang dalnya,
serta bawang merahnya". Nabi Musa menjawab: "Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang
kurang baik dengan meninggalkan yang lebih baik? Turunlah kamu ke bandar kerana
di sana kamu boleh dapati apa yang kamu minta itu". Dan mereka ditimpakan
dengan kehinaan dan kepapaan*, dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan
dari Allah. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka kufur (mengingkari)
ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mukjizat-mukjizat yang membuktikan
kebesaran-Nya); dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang
benar. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula
sentiasa menceroboh.
14 Larangan kepada orang-orang Islam supaya jangan terpengaruh kepada
percakapan Orang Yahudi. Al Imran 100
Wahai
orang yang beriman! Jika kamu ta'at akan sesuatu puak dari orang (Yahudi dan
Nasrani) yang diberikan Kitab itu, nescaya mereka akan mengembalikan kamu
menjadi orang kafir sesudah kamu beriman.
15 Para mukmin diseru memutuskan hubungan setiakawan dengan Orang Yahudi
dan Nasara. Al Maidah 51
Wahai
orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang Yahudi dan Nasrani itu
sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada
setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman
rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu. Sesungguhnya
Allah tidak memberikan petunjuk kepada kamu yang berlaku zalim
16 Kaum muslimin diingatkan bahawa Orang Yahudi dan musyrikin tetap
menjadi musuh ketat mereka dan orang Nasara mempunyai sikap yang lebih mesra
terhadap mereka. Al Maidah 82
Demi
sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali
permusuhannya kepada orang yang beriman ialah orang Yahudi dan orang musyrik.
Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang yang dekat sekali kasih mesranya
kepada orang yang beriman ialah orang yang berkata: "Bahawa kami ini ialah
orang Nasrani". Yang demikian itu,
disebabkan ada di antara mereka pendeta-pendeta dan ahli-ahli ibadat, dan
kerana mereka pula tidak berlaku sombong.
17 Peritiwa-peristiwa
sejarah yang membuktikan kedegilan dan kejahilan Orang Yahudi. Al Nisa’ 153-157
;
Ahli
Kitab (kaum Yahudi) meminta kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menurunkan
kepada mereka sebuah Kitab dari langit.
(Janganlah engkau merasa pelik), kerana sesungguhnya mereka telah
meminta kepada Nabi Musa lebih besar dari itu.
Mereka berkata: "Wahai Musa perlihatkanlah Allah kepada kami dengan
nyata (supaya kami dapat melihatNya dan percaya kepadanya)". Lalu mereka
disambar oleh petir dengan sebab kezaliman mereka (menderhaka kepada Allah);
kemudian mereka pula menyembah (patung) anak lembu sesudah datang kepada mereka
keterangan-keterangan (mukjizat), lalu kami maafkan mereka dari perbuatan yang
demikian itu (ketika mereka bertaubat).
Dan kami telah memberi kepada Nabi Musa kekuasaan yang nyata (untuk mengalahkan kaum yang kafir itu).(154) Dan
Kami telah mengangkat "Gunung Tursina" ke atas mereka disebabkan
(mereka ingkar akan) perjanjian setia mereka (mematuhi hukum-hukum Taurat), dan
Kami perintahkan mereka: "Masuklah kamu melalui pintu (negeri) itu dengan
merendahkan diri", dan Kami juga perintahkan mereka:"Janganlah kamu
melanggar perintah larangan yang ditentukan pada hari Sabtu", dan Kami
telah mengambil daripada mereka perjanjian setia yang teguh (yang mewajibkan
mereka mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya).(155) Maka
(Kami laknatkan mereka) dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka,
dan mereka kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, dan mereka pula
membunuh Nabi-nabi dengan tiada sesuatu alasan yang benar, dan mereka juga
mengatakan: "Hati kami tertutup (tidak dapat menerima ajaran Islam yang
dibawa oleh Nabi Muhammad)". (Sebenarnya hati mereka tidak tertutup),
bahkan Allah telah memeteraikan hati mereka disebabkan kekufuran mereka. Oleh
itu mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja (diantaranya)(156) Demikian
juga (Kami laknatkan mereka ) dengan sebab kekufuran mereka dan tuduhan mereka
terhadap Maryam (dengan tuduhan) yang amat besar dustanya(157) Dan juga
(disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: "Sesungguhnya Kami telah
membunuh al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah*. Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak
memalangnya (dikayu palang - salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang
mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan
sesungguhnya orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya
mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan
(pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain
daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan
yakin.
18 Sejarah
Bani Israel zaman purba. Al Isra’ 2-6
(2)
Dan Kami telah memberikan Nabi Musa Kitab Taurat, dan Kami jadikan Kitab itu
bagi petunjuk bagi Bani Israil* (serta Kami perintahkan mereka):
"Janganlah kamu jadikan yang lain daripada-Ku sebagai Tuhan (untuk
menyerahkan urusan kamu kepadanya)". (3) (Wahai) keturunan orang yang
telah Kami bawa bersama-sama dengan Nabi Nuh (di dalam bahtera)! Sesungguhnya
ia adalah seorang hamba yang bersyukur.*(4) Dan Kami menyatakan kepada Bani
Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di
bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh
dengan melampau-lampau.* (5) Maka apabila sampai masa janji (membalas
kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan
kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu
mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan
(sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.* (6) Kemudian
(setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk
mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan
dan anak-pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.
19 Peristiwa
pengusiran Bani Nadhir dari kota Madinah. Al Hasy 2-8
Dialah
yang telah mengeluarkan orang kafir di antara Ahli Kitab * - dari
kampung-kampung halaman mereka pada julung-julung kali mereka berhimpun hendak
memerangi Rasulullah. Kamu (wahai umat Islam) tidak menyangka bahawa mereka
akan keluar (disebabkan bilangannya yang ramai dan pertahanannya yang kuat), dan
mereka pula menyangka bahawa benteng-benteng mereka akan dapat menahan serta
memberi perlindungan kepada mereka (dari azab) Allah. Maka Allah menimpakan
(azab-Nya) kepada mereka dari arah yang tidak terlintas dalam fikiran mereka,
serta dilemparkan-Nya perasaan cemas takut ke dalam hati mereka, (lalu) mereka
membinasakan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri (dari dalam sambil
tangan orang yang beriman (yang mengepung mereka berbuat demikian dari luar).
Maka insaflah dan ambillah pelajaran (dari peristiwa itu) wahai orang yang
berakal fikiran serta celik mata hatinya. (3) Dan kalaulah tidak kerana Allah
telah menetapkan pengusiran (yang demikian buruknya) terhadap mereka, tentulah
Ia akan menyeksa mereka di dunia* ;dan mereka pula akan beroleh azab seksa
Neraka pada hari akhirat kelak. (4) (Mereka ditimpakan azab) yang demikian,
kerana mereka menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya. Dan (ingatlah), sesiapa
yang menentang (perintah) Allah, maka sesungguhnya Allah amatlah berat azab
seksa-Nya.(5) Mana-mana jua pohon kurma (kepunyaan musuh) yang kamu tebang atau
kamu biarkan tegak berdiri seperti keadaannya yang asal, maka yang demikian
adalah dengan izin Allah (kerana Ia hendak memberi kemenangan kepada orang
mukmin), dan kerana Ia hendak menimpakan kehinaan kepada orang yang fasik.(6)
Dan apa jua yang Allah kurniakan kepada Rasul-Nya dari peninggalan harta benda
mereka (yang telah diusir itu, maka kamu tidak berhak mendapatnya) *, kerana
kamu tidak memecut seekor kuda pun dan tidak menunggang seekor unta pun (untuk
berperang mengalahkan mereka); tetapi Allah memberikan kekuasaan kepada
Rasul-Rasul-Nya mengalahkan sesiapa yang dikehendaki-Nya (dengan tidak payah
berperang); dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.(7) Apa yang Allah
kurniakan kepada Rasul-Nya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau
desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan
Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang
miskin serta orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya
harta itu tidak hanya beredar di antara orang kaya dari kalangan kamu. Dan apa
jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w.) kepada kamu maka terimalah
serta amalkan, dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah
larangan-Nya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah
berat azab seksa-Nya (bagi orang yang melanggar perintah-Nya).(8) (Pemberian
itu hendaklah diuntukkan) kepada orang fakir yang berhijrah, yang telah diusir
dari kampung halamannya dan harta bendanya (kerana berpegang teguh kepada
ajaran Islam), untuk mencari limpah kurnia dari Allah dan keredhaan-Nya, serta
menolong (agama) Allah dan Rasul-Nya, mereka itulah orang yang benar (imannya
dan amalnya)
Nasara
1
Orang-orang Nasara yang
beriman akan mendapat dua kali ganda balasan . Al Hadid 28
Wahai
orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tetaplah beriman kepada
Rasul-Nya (Muhammad), supaya Allah memberi kepada kamu dua bahagian dari
rahmat-Nya, dan menjadikan bagi kamu cahaya untuk kamu berjalan dengannya (pada
hari kiamat kelak), serta diampunkannya dosa kamu; dan (ingatlah), Allah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
2
Tradisi kerahiban dalam
masyarakat Nasara adalah rekaan dari padri-padri mereka sahaja. Al Hadid 27
Kemudian
Kami iringi sesudah mereka: Rasul-rasul kami silih berganti, dan Kami iringi
lagi dengan Nabi 'Isa ibni Maryam, serta kami berikan kepadanya: Kitab Injil;
dan kami jadikan dalam hati orang yang mengikutnya perasaan belas kasihan (sesama
sendiri). Dan (perbuatan mereka beribadat secara) "Rahbaniyah"* -
merekalah sahaja yang mengadakan dan merekanya; Kami tidak mewajibkannya atas
mereka; (mereka berbuat demikian) kerana mencari keredhaan Allah; dalam pada
itu mereka tidak menjaga dan memeliharanya menurut yang sewajibnya. Oleh
itu, orang yang beriman (kepada Nabi
Muhammad) di antara mereka, Kami berikan pahalanya, dan (sebaliknya) banyak di
antara mereka yang fasik - derhaka.
No comments:
Post a Comment