M Bahagian Ilmu
1
Masyarakat Islam diseru
mewujudkan golongan yang bertugas dalam mendalami ilmu syariah. Al Taubat 122
Al
Taubah 122
‚
Dan tidaklah (betul dan elok) orang
yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian
sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang (yang tinggal) itu
mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya
mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang itu kembali
kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan
Allah).
2
Nilai pengetahuaan hikmah .
Al Baqarah 269
Al
Baqarah 269
Allah
memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang
dikehendaki-Nya (menurut aturan yang ditentukan-Nya). Dan sesiapa yang
diberikan Hikmat itu maka sesungguhnya ia telah berikan kebaikan yang
banyak. Dan tiadalah yang dapat
mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang yang menggunakan akal
fikirannya. Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada
sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan yang ditentukan-Nya). Dan sesiapa
yang diberikan Hikmat itu maka sesungguhnya ia telah berikan kebaikan yang
banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil
pengajaran (dan peringatan) melainkan orang yang menggunakan akal fikirannya.
3
Kelebihan mata pena dan
hasil tulisannya. Al Qalam 1
Al
qalam 1
Nuun
*. Demi Pena dan apa yang mereka tulis,
-
4
Manusia diseru
supaya mencari kepandaian membaca dan menulis.
Al `Alaq 1-4
Bacalah
(wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),(2) Ia
menciptakan manusia dari sebuku darah beku; (3) Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha
Pemurah, -(4) Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -
5
Manusia diseru menggunakan
akal fikiran mereka untuk memahami
ajaran-ajaran Allah. Yunus 24
Sesungguhnya
bandingan kehidupan dunia hanyalah seperti air hujan yang Kami turunkan dari
langit, lalu (tumbuhlah dengan suburnya) tanam-tanaman di bumi dari jenis-jenis
yang dimakan oleh manusia dan binatang - bercampur-baur dan berpaut-pautan
(pokok-pokok dan pohonnya) dengan sebab air itu; hingga apabila bumi itu lengkap sempurna
dengan keindahannya dan berhias (dengan bunga-bungaan yang berwarna-warni), dan penduduknya pun menyangka bahawa mereka
dapat berbagai-bagai tanaman serta menguasainya (mengambil hasilnya), datanglah
perintah Kami menimpakannya dengan bencana pada waktu malam atau pada siang
hari, lalu Kami jadikan dia hancur-lebur, seolah-olah ia tidak ada sebelum itu. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat
keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu berfikir (dan mengambil
iktibar daripadanya).*
6
Nikmat kepandaian
mengungkapkan isi hati yang jelas. Al Rahman 4
Ar
Rahman 4
Dialah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi
dan menerima penyataan.
No comments:
Post a Comment