H Bahagian Akhlak
1
Nabi Muhamad SAW mempunyai
akhlak yang amat tinggi.Al
Qalam 2,4,5,6,8
(2) Engkau (Wahai Muhammad) - dengan sebab nikmat pemberian Tuhanmu -
bukanlah seorang gila (sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik, bahkan
engkau adalah seorang yang bijaksana).
(4) Dan bahawa
sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang sangat-sangat mulia. (5) Maka (tidak
lama lagi) engkau akan melihat, dan mereka juga akan melihat,- (6) Siapakah orangnya yang gila di
antara kamu semua.
/H† Gëà//G•
(8) Oleh itu (berpegang
teguhlah pada ajaran Islam yang sedang engkau amalkan, dan) janganlah
engkau menurut kemahuan orang yang
mendustakan (agama Allah).
2
Sikap Rasulullah SAW dan
para mukmin dalam hubungan mereka dengan orang-orang kafir dan perhubungan mereka
dengan sesama Islam dan kegiatan mereka dalam kehidupan sehari-hari. Al Fatah
29
Nabi Muhammad (s.a.w.) ialah Rasul Allah; dan orang yang
bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang kafir yang (memusuhi
Islam), dan sebaliknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri
(umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan
mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan
keredhaan-Nya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang yang salih)
terdapat pada muka mereka - dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas).
Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka
di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok
tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu
menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat lalu ia tegap berdiri di atas
(pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang yang menanamnya.
(Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w. dan pengikut-pengikutnya
kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang
kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki - dengan kembang biaknya
umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang yang beriman dan
beramal salih dari mereka, keampunan dan pahala yang besar.
3
Beberpa contoh tauladan
dari kehidupan Rasulullah SAW bersama isterinya . Al Tahrim 1-3
(1) Wahai Nabi! Mengapa engkau haramkan (dengan
bersumpah menyekat dirimu daripada menikmati) apa yang dihalalkan oleh Allah
bagimu *, (kerana) engkau hendak mencari keredhaan isteri-isterimu? (Dalam pada
itu, Allah ampunkan kesilapanmu itu) dan Allah sememangnya Maha Pengampun, lagi
Maha Mengasihani (2) Sesungguhnya Allah telah menetapkan bagi kamu (wahai Nabi
dan umatmu untuk) melepaskan diri dari sumpah kamu (dengan membayar denda -
kaffarah); dan Allah ialah Pelindung yang mentadbirkan keadaan kamu, dan Ia
Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (3) Dan (ingatlah), ketika Nabi
memberitahu suatu perkara secara rahsia kepada salah seorang dari
isteri-isterinya. Kemudian apabila
isterinya itu menceritakan rahsia yang tersebut (kepada seorang madunya), dan
Allah menyatakan pembukaan rahsia itu kepada Nabi, (maka Nabi pun menegur
isterinya itu) lalu menerangkan kepadanya sebahagian (dari rahsia yang telah
dibukanya) dan tidak menerangkan yang sebahagian lagi (supaya isterinya itu
tidak banyak malunya). Setelah Nabi menyatakan hal itu kepada
isterinya, isterinya bertanya: "Siapakah yang memberitahu hal ini kepada
tuan?" Nabi menjawab: "Aku
diberitahu oleh Allah Yang Maha Mengetahui, lagi Amat Mendalam Pengetahuan-Nya
(tentang segala perkara yang nyata dan yang tersembunyi)"
4
Dengan sifat lemah lembut
Rasulullah SAW berjaya menyatu padukan umatnya. Al Imran 159
G• DI
Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah
(kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat
dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah
mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan
yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga
bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal-soal keduniaan)
itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat
sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang
yang bertawakal kepada-Nya.
5
Akhlak orang-orang mukmin .
Al Furqan 63-77
Dan hamba-hamba (Allah) ar-Rahmaan (yang di
redhai-Nya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan
apabila orang yang berkelakuan kurang adab, dan hadapkan kata-kata kepada
mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak
diingini;* (64) Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun
mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan
berdiri, (65) Dan juga mereka yag berdoa dengan berkat: "Wahai Tuhan kami,
sisihkanlah azab Neraka Jahanam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu
adalah mengertikan (66) "Sesungguhnya Neraka Jahanam itu tempat penetapan
dan tempat tinggal yang amat buruk"; (67) Dan juga mereka (yang diredhai
Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas
dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul
sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu. (68) Dan juga mereka
yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh
jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang
dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang
demikian, akan mendapat balasan dosanya; (69) Akan digandakan baginya azab
seksa pada hari Kiamat, dan ia pula akan kekal di dalam azab itu dengan
menerima kehinaan,- (70) Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta
mengerjakan amal yang baik, maka orang itu, Allah akan menggantikan (pada
tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi
Maha Mengasihani.* (71) Dan sesiapa yang bertaubat
serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan
itu) ia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat; (72) Dan
mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat
melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan
sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri
daripadanya. (73) Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang) yang
apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, tidaklah
mereka tunduk mendengarnya secara orang yang pekak dan buta.* (74) Dan juga
mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang) yang berdoa dengan berkata:
"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat
keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah
kami imam ikutan bagi orang yang (mahu) bertakwa.* (75) Mereka itu semuanya
akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran
mereka*, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di
dalamnya. (76) Mereka kekal di dalam Syurga itu; amatlah eloknya Syurga menjadi
tempat penetapan dan tempat tinggal.(77) Katakanlah (wahai Muhammad kepada
golongan yang ingkar): "Tuhanku tidak akan menghargai kamu kalau tidak
adanya doa ibadat kamu kepada-Nya; (apabila kamu telah mengetahui bahawa
Tuhanku telah menetapkan tidak menghargai seseorang pun melainkan kerana doa
ibadatnya) maka sesungguhnya kamu telah pun menyalahi (ketetapan Tuhanku itu);
dengan yang demikian, sudah tentu balasan azab (disebabkan kamu menyalahi itu)
akan menimpa kamu".
6
Ciri-ciri utama orang-orang
mukmin. Al Rum 30, 31,38
(30) (Setelah
jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari
kesesatan; (turutlah terus) "agama Allah" - iaitu agama yang Allah
menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk
menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu*;
itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (31)
Hendaklah kamu (wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) sentiasa rujuk kembali
kepada Allah (dengan mengerjakan amal-amal bakti) serta bertakwalah kamu
kepada-Nya; dan kerjakanlah sembahyang dengan betul sempurna; dan janganlah
kamu menjadi dari mana-mana golongan yang musyrik -
< DIäà/R/¾/šOZ
Maka (bagi menyatakan sikap syukur) berikanlah
kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing*;
pemberian yang demikian adalah baik bagi orang yang bertujuan memperoleh
keredhaan Allah, dan mereka itulah orang yang berjaya.
.
7
Sifat-sifat dan akhlak
orang mukmin. Al Baqarah 111-112
melainkan orang yang beragama Yahudi atau Nasrani". Yang
demikian itu hanyalah angan-angan mereka sahaja. Katakanlah (wahai
Muhammad): "Bawalah kemari
keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu,
jika betul kamu orang yang benar". (112) (Apa yang kamu katakan itu
tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi
perintah-Nya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan
beroleh pahalanya di sisi Tuhannya, dan tidaklah ada kebimbangan (dari
berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak
akan berdukacita.
8
Perubahan hati manusia
apabila diterangi nur Islam. Al Zumar 22-23
(22) Jika demikian,
adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu ia
tetap berada dalam cahaya (hidayah petunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang
yang tertutup matahatinya dengan selaput kederhakaan)? Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya
daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian
keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata. (23) Allah telah menurunkan
sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Qur'an yang bersamaan isi
kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang
berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana
mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang yang takut kepada Tuhan mereka
menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram
hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah petunjuk
dengan Al-Qur'an itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang
peraturanNya); dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan
pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah
petunjuk kepada-Nya.
9
Meninggikan akhlak dengan
ibadat. Al Baqarah 152,153,158.
(152) Oleh itu, ingatlah kamu kepadaKu
(dengan mematuhi hukum dan undang-undang-Ku), supaya Aku membalas kamu dengan
kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan
nikmatKu). (153) Wahai sekalian orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk
menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan
bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah
menyertai (menolong) orang yang sabar.
(158) Sesungguhnya
"Safa" dan "Marwah" itu ialah sebahagian daripada Syiar
(lambang) agama Allah; maka sesiapa yang menunaikan ibadat Haji ke Baitullah,
atau mengerjakan Umrah, maka tiadalah menjadi salah ia bersaie (berjalan dengan
berulang-alik) antara keduanya. Dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan
perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah memberi balasan pahala, lagi Maha
Mengetahui.
10 Perbandingan akhlak orang-orang munafikin dengan akhlak orang- orang mukmin. Al Baqarah
67,68,71
HeÂ///H“G~Gv£/////G– D- H
(67) Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata
kepada kaumnya: "Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih
seekor lembu betina" *. Mereka berkata: "Adakah engkau hendak
menjadikan kami ini permainan?" Nabi Musa menjawab: "Aku berlindung
kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil (yang
melakukan sesuatu yang tidak patut)" (68) Mereka berkata pula:
"Berdo'alah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkan-Nya kepada kami
bagaimana (sifat-sifat) lembu itu?"
Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu
betina) itu ialah seekor lembu yang tidak terlalu muda, pertengahan (umurnya)
di antara itu; maka kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu
melakukannya".
11 Keburukan akhlak penentang Nabi SAW. Al Qalam 2,4,5,6,8,9,10,11,
12,13,14,15,16
*
(2)
Engkau (Wahai
Muhammad) - dengan sebab nikmat
pemberian Tuhanmu - bukanlah seorang gila (sebagaimana yang dituduh oleh kaum
musyrik, bahkan engkau adalah seorang yang bijaksana).
(4) Dan bahawa
sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang sangat-sangat mulia. (5) Maka (tidak
lama lagi) engkau akan melihat, dan mereka juga akan melihat,- (6) Siapakah orangnya yang gila di
antara kamu semua.
Oleh itu (berpegang teguhlah pada ajaran Islam yang sedang
engkau amalkan, dan) janganlah engkau
menurut kemahuan orang yang mendustakan (agama Allah).(9) Mereka suka
kalaulah engkau bertolak ansur (menurut kemahuan mereka), supaya mereka juga
bertolak ansur berlemah lembut (pada zahirnya terhadapmu). (10) Dan janganlah
engkau (berkisar dari pendirianmu yang benar, dan jangan) menurut kemahuan
orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya), - (11)
Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan
orang ramai), - (12) Yang sangat-sangat menghalangi amalan-amalan kebajikan,
agama, lagi yang sangat-sangat berdosa, - (13) Yang jahat kejam, yang selain
itu tidak tentu pula bapanya.(14) Adakah kerana ia seorang hartawan dan ramai
anak-pinaknya (maka ia mendustakan agama Kami)? – (15) Apabila dibacakan
kepadanya ayat-ayat keterangan Kami, ia berkata: "(Ini ialah)
cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala".(16) (Orang yang bersifat
demikian, akan didedahkan kehinaannya) - Kami akan adakan tanda di atas
hidungnya (yang berupa belalai itu).
12 Disiplin-disiplin asasi bagi hubungan manusia dengan khaliqnya dan di
antara manusia sesama manusia. Al Isra’ 23-29
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak
menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik
kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya
sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah
engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan
"Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi
katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan-santun). (24) Dan
hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih
sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku!
Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan
kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil".* (25) Tuhan kamu
lebih mengetahui akan apa yang ada pada hati kamu; kalaulah kamu orang yang
bertujuan baik mematuhi perintah-Nya, maka sesungguhnya Ia adalah Maha
Pengampun bagi orang yang bertaubat.* (26) Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang
musafir akan haknya masing-masing*; dan janganlah engkau membelanjakan hartamu
dengan boros yang melampau-lampau. (27) Sesungguhnya orang yang boros itu
adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang
sangat kufur kepada Tuhannya.* (28) Dan jika engkau terpaksa berpaling - tidak
melayani mereka, kerana menunggu rezeki dari Tuhanmu yang engkau harapkan, maka
katakanlah kepada mereka kata-kata yang menyenangkan hati.* (29) Dan janganlah
engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu, dan janganlah pula engkau
menghulurkan dengan sehabis-habisnya, akibatnya akan tinggallah engkau dengan
keadaan yang tercela serta kering keputusan.*
13 Orang Islam diseru supaya bercakap benar. Al Ahzab 70-71
70)
Wahai
orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang
tepat - benar (dalam segala perkara),-(71) Supaya Ia memberi taufik dengan
menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah
dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar
kejayaan.
14 Nilai berbudi bahasa dengan ibu bapa. Al Ahqaf 15-16
-
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada
kedua ibu bapanya*; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah
dan telah melahirkannya dengan bersusah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan
susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat
dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh
tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya
tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu
bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal salih yang Engkau redhai; dan
jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku.
Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang Islam
(yang tunduk patuh kepadamu)". (16) Mereka (yang bersifat dengan
sifat-sifat yang terpuji seperti itu ialah orang yang Kami terima dari mereka
amalnya yang baik yang mereka telah kerjakan, dan Kami ampunkan
kesalahan-kesalahannya; (mereka akan dimasukkan) dalam kumpulan ahli syurga;
sebagai memenuhi janji yang benar, yang telah dijanjikan kepada mereka.
15 Kewajipan sesorang muslim terhadap ibu bapa, keluarga dan anak-anak
yatim .Al Nisa’ 36
Qç///G¿///Q///G¥////////GÃ
Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu
sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada
kedua ibubapa, dan kaum kerabat, dan
anak-anak yatim, dan orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran
tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan
juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong takbur
dan membangga-banggakan diri;
16 Rasulullah SAW dan para mukmin diseru supaya patuh kepada Allah dan
bersikap tegas terhadap orang-orang kafir. Al Ahzab 1-3
GŠÂ///Hž£//G›
Wahai Nabi! Tetaplah bertakwa kepada Allah, dan janganlah
engkau patuhi kehendak orang kafir dan orang munafik*. Sesungguhnya Allah
adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. 920 Dan turutlah akan apa yang
diwahikan kepadamu dari Tuhanmu, (dan janganlah menurut adat resam Jahiliyah);
sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu
lakukan.(3) Dan berserahlah kepada Allah (dan janganlah menumpukan harapanmu
kepada yang lain), kerana cukuplah Allah menjadi Pentadbir urusanmu.
17 Rasulullah SAW disuruh bersabar menghadapi perang dingin yang
dilancarkan oleh kaum musyrikin. Taaha 130-132.
Oleh itu, bersabarlah
engkau (wahai Muhammad) akan apa yang mereka katakan, dan beribadatlah dengan
memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit dan sebelum terbenamnya; dan
beribadatlah pada saat-saat dari waktu malam dan pada sebelah-sebelah siang;
supaya engaku redha (dengan mendapat sebaik-baik balasan). (131) Dan janganlah
engkau menunjukkan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang
telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu
menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji
mereka padanya; sedang limpah kurnia Tuhanmu di Akhirat lebih baik dan lebih
kekal.* (132) Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan
sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak
meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan
(ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertakwa.*
18 Para mukmin diseru supaya berhati-hati menerima berita dari orang-orang
fasik. Al Hujrat 6-7
(6) Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang
yang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan)
kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang
tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga
menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (7) Dan ketahuilah!
Bahawasanya dalam kalangan kamu ada Rasulullah (maka janganlah kemahuan atau
pendapat kamu mendahului pentadbirannya); kalaulah ia menurut kehendak kamu dalam
kebanyakan perkara, tentulah kamu akan mengalami kesukaran; akan tetapi
(Rasulullah tidak menurut melainkan perkara yang diwahikan kepadanya, dan kamu
wahai orang yang beriman hendaklah bersyukur kerana) Allah menjadikan iman
suatu perkara yang kamu cintai serta diperhiaskannya dalam hati kamu, dan
menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu:
perkara-perkara yang kamu benci; mereka yang bersifat demikian ialah orang yang
tetap menurut jalan yang lurus; -
19 Para mukmin dilarang bercakap lain berbuat lain. Al Saf 2-3
G† ;â/// G›Z; Y ;ãžIàR/šOZ
Wahai orang yang beriman!
Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! *
(3) Amat besar kebenciannya di sisi Allah -
kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
20 Larangan kepada orang Islam menggunakan kata-kata keji yang digunakan
oleh orang Yahudi. Al Baqarah 104 ,106
Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu
mengatakan: "raai'ina"*, (ketika kamu berkata-kata dengan Nabi
Muhammad), sebaliknya katakanlah: "unzurna" , dan dengarlah kamu
(segala perintah dengan sebulat hati menerimanya); dan (ingatlah, bahawa orang
kafir itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
Apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansuhkan
(batalkan), atau yang Kami tinggalkan (atau tangguhkan), Kami datangkan ganti
yang lebih baik daripadanya, atau yang sebanding dengannya. Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya
Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu?
21 Contoh tauladan akhlak dari isteri Nabi Nuh dan Lud AS juga contoh
akhlak dari isteri Firaun dan Mariam bt Amran. Al Tahrim 10-12
(10) Allah
mengemukakan satu misal perbandingan * (yang menyatakan tidak ada manfaatnya)
bagi orang kafir (berhubung rapat dengan orang mukmin selagi mereka tidak
beriman dengan sebenar-benarnya), iaitu: perihal isteri Nabi Nuh dan isteri
Nabi Lut; mereka berdua berada di bawah jagaan dua orang hamba yang salih
sewajibnya mereka berdua taati); dalam pada itu mereka berlaku khianat kepada
suami masing-masing; maka kedua-dua suami mereka (yang berpangkat Nabi itu)
tidak dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka dari (azab) Allah,
dan (sebaliknya) dikatakan kepada mereka berdua (pada hari pembalasan):
"Masuklah kamu berdua ke dalam Neraka bersama-sama orang yang masuk (ke
situ)" (11) Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang menyatakan
tidak ada mudaratnya) kepada orang mukmin (berhubung rapat denan orang kafir
kalau tidak terjejas keadaan imannya), iaitu: perihal isteri Firaun, ketika ia
berkata: "Wahai Tuhanku! Binalah
untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam syurga, dan selamatkanlah daku dari Firaun
dan perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah daku dari kaum yang
zalim" (12) Dan juga (satu misal perbandingan lagi, iaitu): Maryam binti
Imran (ibu Nabi Isa, seorang perempuan) yang telah memelihara kehormatan dan
kesuciannya (dari disentuh oleh lelaki; tetapi oleh sebab Kami telah takdirkan
dia mendapat anak) maka Kami perintahkan Jibril meniup masuk ke dalam kandungan
tubuhnya dari roh (ciptaan) Kami; dan (sekalipun Maryam itu hidup di antara
kaum kafir) ia mengakui kebenaran Kalimah-kalimah Tuhannya serta Kitab-kitab-Nya; dan ia
menjadi dari orang yang tetap taat
22 Kewajipan mendamaikan di antara dua golongan muslimin yang bersengketa. Al Hujrat 10
Sebenarnya orang
yang beriman itu adalah bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu
(yang bertelingkah) itu; dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh
rahmat.
23 Masyarakat Islam dilarang berpecah belah . Al Imran 105
Dan janganlah kamu menjadi seperti orang (Yahudi dan Nasrani)
yang telah bercerai-berai dan berselisih (dalam agama mereka) sesudah datang
kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh
Nabi-nabi Allah). Dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa
yang besar.
24 Manusia diingatkan supaya meniliti kecuaian mereka. Yunus 61,63,64
(61) Dan tidaklah
engkau (wahai Muhammad) dalam menjalankan sesuatu urusan, dan tidaklah engkau
dalam membaca sesuatu surah atau sesuatu ayat dari Al-Qur'an, dan tidaklah kamu
(Wahai umat manusia) dalam mengerjakan sesuatu amal usaha, melainkan adalah
Kami menjadi saksi terhadap kamu, ketika kamu mengerjakannya. Dan tidak akan hilang lenyap dari pengetahuan
Tuhanmu sesuatu dari sehalus-halus atau seringan-ringan yang ada di bumi atau
di langit, dan tidak ada yang lebih kecil dari itu dan tidak ada yang lebih
besar, melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab yang terang nyata
(63) (Wali-wali Allah itu ialah) orang yang
beriman serta mereka pula sentiasa bertakwa.* (64) Untuk mereka sahajalah
kebahagiaan yang menggembirakan di dunia dan di akhirat; tidak ada (sebarang)
perubahan pada janji-janji Allah; yang demikian itulah kejayaan yang besar.
.Manusia adalah makhluk yang
amat degil, suka berdebat dan berdalih.
Al
Kahfi 54-57
(54) Dan demi sesungguhnya Kami telah huraikan
dengan berbagai-bagai cara di dalam Al-Qur'an ini untuk umat manusia, dari
segala jenis contoh bandingan; dan sememangnya manusia itu, sejenis makhluk
yang banyak sekali bantahannya.* (55) Dan tiada yang menghalang manusia
daripada beriman, tatkala datang petunjuk Al-Qur'an kepada mereka, dan daripada
memohon ampun kepada Tuhan mereka, melainkan (kerana kedegilan mereka dan
kerana mereka) menunggu didatangi azab yang memusnahkan yang telah menimpa
orang dahulu, atau di datangi azab yang dilihat dan dihadapi. (56) Dan tidak
Kami mengutus Rasul-rasul, melainkan sebagai pemberi berita gembira dan pemberi
amaran; dan orang yang kafir membantah dengan alasan yang salah untuk
menghapuskan kebenaran dengan bantahan itu; dan mereka jadikan ayat-ayat-Ku,
dan amaran yang diberikan kepada mereka, sebagai ejek-ejekan.(57) Dan tidaklah
ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat
Tuhannya, lalu ia berpaling daripadanya dan lupakan apa yang telah dilakukan
oleh kedua tangannya; sesungguhnya (disebabkan bawaan mereka yang buruk itu)
Kami jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, menghalang mereka
daripada memahaminya, dan (Kami jadikan) pada telinga mereka penyumbat (yang
menyebabkan mereka pekak). Dan jika engkau menyeru mereka kepada petunjuk, maka
dengan keadaan yang demikian, mereka tidak sekali-kali akan beroleh hidayah
petunjuk selama-lamanya.
25 Tabiat manusia tidak mengenang budi. Ibrahim 34
Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari
tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah
nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang
ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya, lagi sangat tidak
menghargai nikmat Tuhannya.*
26 Tabiat manusia cepat berputus asa dan cepat lupa daratan. Fusilat 49-51
(49) Manusia tidak jemu-jemu memohon kebaikan. Dan kalau ia ditimpa kesusahan maka
menjadilah ia seorang yang sangat berputus asa, lagi sangat nyata kesan putus
harapnya (dari rahmat pertolongan Allah).(50) Dan demi sesungguhnya! Jika Kami
beri dia merasai sesuatu rahmat dari Kami sesudah ia ditimpa sesuatu kesusahan,
berkatalah ia (dengan sikap tidak bersyukur): "Ini ialah hakku (hasil
usahaku semata-mata), dan aku tidak fikir bahawa hari kiamat akan berlaku; dan
kalaulah aku dikembalikan kepada Tuhanku (sekalipun), sudah tentu aku akan
beroleh kebaikan di sisi-Nya (seperti kesenanganku sekarang ini)!" Maka
demi sesungguhnya! Kami akan memberi tahu kepada orang yang kufur ingkar itu
akan keburukan apa yang mereka telah kerjakan, dan Kami akan beri mereka
merasai azab seksa yang seberat-beratnya.(51) Dan apabila Kami kurniakan nikmat
kepada manusia, berpalinglah dia serta menjauhkan diri (dari bersyukur); dan
apabila ia ditimpa kesusahan, maka ia berdoa - merayu dengan panjang lebar.
27 Tabiat manusia gopoh dan tamak.Kedua-kedua sifat inilah yang
menjerumuskan manusia ke dalam kekufuran.. Al Muarij 18-35
Dan yang mengumpulkan harta kekayaan lalu
menyimpannya (dengan tidak membayar zakatnya). (19) Sesungguhnya manusia itu
dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut);- (20) Apabila ia
ditimpa kesusahan, ia sangat resah gelisah; (21) Dan apabila ia beroleh
kesenangan, ia sangat bakhil kedekut; (22) Kecuali orang-orang yang mengerjakan
sembahyang- (23) Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya; (24) Dan
mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak yang
termaklum- (25) Bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan
diri (daripada meminta); (26) Dan mereka yang percayakan hari pembalasan
(dengan mengerjakan amal-amal yang salih sebagai buktinya); (27) Dan mereka
yang cemas takut daripada ditimpa azab Tuhannya,- (28) Kerana sesungguhnya azab
Tuhan mereka, tidak patut (bagi seseorangpun) merasa aman terhadapnya; (29) Dan
mereka yang menjaga kehormatannya,*- (30) Kecuali kepada isterinya atau kepada
hambanya*, maka sesungguhnya mereka tidak tercela; (31) Kemudian sesiapa yang
mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui
batas;* (32) Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;* (33) Dan mereka yang
memberikan keterangan dengan benar lagi adil (semasa mereka menjadi saksi);
(34) Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;* (35) Mereka (yang
demikian sifatnya) ditempatkan di dalam syurga dengan diberikan penghormatan.*
28 Tabiat manusia itu amat kufur dan amat kasihkan harta. Al Aadiat 6-8
Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat
Tuhannya;( 7) Dan sesungguhnya ia (dengan bawaannya) menerangkan dengan jelas
keadaan yang demikian;(8) Dan sesungguhnya ia melampau sangat sayangkan harta
(secara tamak haloba).
29 Ragam manusia yang beriman apabila senang dan kembali kafir bila susah.
Al Haj 11-13
(11) Dan ada di antara manusia yang menyembah
Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh
kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa
fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya
itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata. (12)
Ia menyeru dan menyembah makhluk-makhluk yang lain dari Allah, yang tidak dapat
membahayakanya dan tidak dapat mendatangkan kebaikan kepadanya; itulah
kesesatan yang jauh terpesong (13) Ia menyeru dan menyembah makhluk-makhluk
yang - dengan perbuatan demikian - mudaratnya lebih dekat dari manfaat yang
diharapkannya; demi sesungguhnya seburuk-buruk penolong dan seburuk-buruk
sahabat karib ialah makhluk yang diseru dan disembahnya.
30 Sikap musyrikin ketika ditimpa bala dan ketika menerima nikmat.
Al
Zumar 49-52
(49)
Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya,
ia segera berdoa kepada Kami; kemudian bila Kami memberikannya sesuatu nikmat
(sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah ia (dengan sombongnya): "Aku
diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada
padaku". (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian
nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah ia bersyukur atau sebaliknya), akan
tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu).(50) Sebenarnya orang
yang terdahulu daripada mereka telah juga mengatakan yang demikian*, maka
segala yang mereka usahakan itu tidak dapat menyelamatkan mereka (dari azab
Allah). (51) Lalu mereka ditimpa keburukan padah perbuatan-perbuatan jahat yang
mereka lakukan; dan orang yang zalim di antara golongan (yang musyrik) ini akan
ditimpa juga akibat buruk perbuatan-perbuatan buruk perbuatan jahat yang mereka
lakukan, dan mereka tidak akan dapat melepaskan diri.
31 Manusia diingatkan supaya jangan terpesona dengan kemewahn hidup
dunia.Luqman 33
Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan kamu, dan
takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat
melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat
melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun.
Sesungguhnya, janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh
kehidupan dunia, dan janganlah pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan
Syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah.
32 Isteri-isteri Nabi dan isteri-isteri pemimpin Islam diingatkan supaya jangan terpesona
dengan kemewahan hidup.Al Ahzab 28-30
Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu:
"Sekiranya kamu semua mahukan kehidupan dunia (yang mewah) dan
perhiasannya (yang indah), maka marilah supaya aku berikan kepada kamu
pemberian mut'at (sagu hati), dan aku lepaskan kamu dengan cara yang
sebaik-baiknya. (29) "Dan sekiranya kamu semua mahukan (keredhaan) Allah
dan Rasul-Nya serta (nikmat kemewahan) di negeri akhirat, maka sesungguhnya
Allah menyediakan bagi orang yang berbuat baik di antara kamu: pahala yang
besar".* (30) Wahai isteri-isteri Nabi, sesiapa di antara kamu yang
melakukan sesuatu perbuatan keji yang nyata, nescaya akan digandakan azab seksa
baginya dua kali ganda. Dan (hukuman)
yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya.
33 Para mukmin diseru supaya bertaubat dengan betul-betul ikhlas kepada
Allah. Al tahrim 8
Wahai orang yang
beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah
dengan 'Taubat Nasuha" *, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan
kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di
bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang
yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal salih) mereka,
bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka
berjalan); mereka berkata (ketika orang munafik meraba-raba dalam
gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami,
dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas
tiap-tiap sesuatu"
34 Kewajipan para mukmin memelihara diri mereka dan keluarga mereka dari
api neraka. Al Tahrim 6
Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu
dan keluarga kamu api Neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu
(berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras
kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang
diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang
diperintahkan*.
Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman,* (2)
Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;* (3) Dan mereka yang menjauhkan
diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;(4) Dan mereka yang berusaha
membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);(5) Dan mereka yang
menjaga kehormatannya,-* (6) Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya*,
maka sesungguhnya mereka tidak tercela:- (7) Kemudian, sesiapa yang mengingini
selain dari yang demikian, maka merekalah orang yang melampaui batas;* (8) Dan
mereka yang menjaga amanah dan janjinya;* (9) Dan mereka yang tetap memelihara
Patutkah manusia
yang demikian keadaannya (terpedaya dengan kuatkuasa yang ada padanya dan)
menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang dapat mengatasi kuatkuasanya (dan
menyeksakannya)?(6) Manusia yang demikian keadaannya (tidaklah patut ia
bermegah-megah dengan kekayaannya dan) berkata: "Aku telah habiskan
harta-benda yang banyak (dalam usaha menegakkan nama dan bangsa)".(7)
Adakah ia menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang melihatnya (dan mengetahui
tujuannya menghabiskan hartabendanya itu)?(8) (Mengapa manusia terpedaya dan
bermegah-megah)? Tidakkah Kami telah menjadikan baginya: dua mata (untuk ia
memerhatikan kekuasaan dan kekayaan Kami)?(9) Dan lidah serta dua bibir (untuk
ia menyempurnakan sebahagian besar dari hajat-hajatnya)?(10) Dan Kami telah
menunjukkan kepadanya dua jalan, - (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan
kejahatan untuk dijauhi)?
35 Kelebihan orang yang dermawan dan kehinaan yang bakhil.Al Lail 4-11
Sesungguhnya amal usaha kamu
adalah berbagai-bagai keadaannya.* (5) Jelasnya: adapun orang yang memberikan
apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertaqwa (mengerjakan suruhan Allah
dan meninggalkan segala laranganNya), -(6) Serta ia mengakui dengan yakin akan
perkara yang baik,* (7) Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan
untuk mendapat kesenangan (Syurga).(8) Sebaliknya: orang yang bakhil (daripada
berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya, -(9)
Serta ia mendustakan perkara yang baik,* (10) Maka sesungguhnya Kami akan
memberikannya kemudahan untuk mendapatkan kesusahan dan kesengsaraan;(11) Dan
apakah pertolongan yang dapat diberi kepadanya oleh hartanya apabila ia telah
terjerumus (ke dalam azab seksa hari akhirat)?
36 Matlamat hidup muslimin Al Haj 77-78
(77) Wahai orang yang
beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah
kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkan-Nya), serta kerjakanlah amal-amal
kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).78) Dan berjihadlah
kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya*; Dialah memilih kamu
(untuk mengerjakan suruhan agamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung
suatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama**, agama bapa kamu
Ibrahim***. Ia menamakan kamu:" orang Islam" semenjak dahulu dan di
dalam (Al-Qur'an) ini****, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang
menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang
yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah).
Oleh itu, dirikanlah
sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kepada Allah! Dialah
Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifat-Nya) Dialah sahaja sebaik-baik
pelindung dan sabaik-baik Pemberi pertolongan.
****
Sifat-sifat orang muslim.
Al Najm 31-32
Dan Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan
yang ada di bumi; (diciptakan semuanya itu) untuk membalas orang yang berbuat
jahat menurut apa yang mereka lakukan, dan membalas orang yang berbuat baik
dengan balasan yang sebaik-baiknya.(32) (Iaitu) orang yang menjauhi dosa-dosa
besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil
(yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu
Maha Luas keampunan-Nya. Ia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak ia
mencipta kamu (berasal) dari tanah, dan semasa kamu berupa anak yang sedang
melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu
memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dialah sahaja yang
lebih mengetahui akan orang yang bertakwa.
37 Orang-orang kafir tidak akan
insaf melainkan setelah datang
hari kiamat. Al Muaarij 42-44
Oleh itu, biarkanlah mereka (wahai Muhammad) tenggelam dalam
kesesatannya dan leka bermain-main (dalam dunianya), sehingga mereka menemui
hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan)!-(43) Iaitu hari
mereka segera keluar dari kubur masing-masing menuju (ke Padang Mahsyar) dengan
keadaan seolah-olah mereka berkejaran ke (tempat) berhala-berhala (yang mereka
sembah dahulu),(44) Sambil pandangan mereka tunduk, serta mereka diliputi
kehinaan; itulah hari yang telah dijanjikan kepada mereka.
38 Kutukan Allah terhadap tukang-tukang caci dan pembuat fitnah.
Al Humazah 1
* >--|GàhIá//H¼//hIš +á/?//žGz
Kecelakaan besar bagi
tiap-tiap pencaci, pengeji.*
39 Kecaman Allah terhadap orang yang menindas anak yatim dan membiarkan
fakir miskin Al Maa’un 1-3
Tahukah engkau akan orang yang mendustakan ugama (meliputi
hari pembalasan)?(2) Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada
anak yatim,(3) Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak
diterima oleh orang miskin.
40 Adab sopan bergaul dengan Rasulullah SAW. Al Hujrat 1-5
// *
Wahai orang yang beriman!
Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat
hukum atau kebenaran) Allah dan Rasul-Nya; dan bertakwalah kamu kepada Allah;
sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.(2) Wahai orang yang
beriman! Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi, dan
janganlah kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya
sebagaimana setengah kamu menyaringkan suaranya semasa bercakap dengan setengah
yang lain. (Larangan yang demikian) supaya amal-amal kamu tidak hapus
pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya.(3) Sesungguhnya orang yang
merendahkan suaranya semasa mereka berada di sisi Rasulullah (s.a.w.), -
merekalah orang yang telah dibersihkan Allah hati mereka untuk bertakwa; mereka
beroleh keampunan dan pahala yang besar.(4) Sesungguhnya orang yang memanggilmu
dari luar bilik-bilik (tempat ahlimu, wahai Muhammad), kebanyakan mereka tidak
mengerti (adab dan tata tertib) * . (5) Dan kalaulah mereka bersabar menunggu
sehingga engkau keluar menemui mereka, tentulah cara yang demikian lebih baik
bagi mereka; dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
41 Adab sopan di majlis ramai. Al Mujidalah 11
Gá//Ã//I– ZGeI™;z ?Dâ//H¼/Gš
<ä/à/R
Wahai orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi
lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain), maka lapangkanlah
seboleh-bolehnya, supaya Allah melapangkan (serba-serbinya) untuk kamu. Dan
apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat
orang yang beriman di antara kamu, dan orang yang diberi ilmu pengetahuan agama
(dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam
Pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan.
42 Adab sopan memanggil Rasulullah SAW. Al Nur 63.
Janganlah engkau jadikan seruan atau panggilan
Rasulullah di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu*,
sesungguhnya Allah mengetahui orang di antara kamu yang menarik diri keluar
(dari majlis Nabi) secara berselindung dan bersembunyi**. Oleh itu, hendaklah
mereka yang mengingkari perintahnya, beringat serta berjaga-jaga jangan mereka
ditimpa bala bencana, atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
43 Prinsip pakaian sopan bagi wanita Islam. Al Ahzab 59-61
PQçG//œ Rã//IÁ/I¤/
(59) Wahai Nabi,
suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan
yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka
keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan
yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun,
lagi Maha Mengasihani.(60) Demi
sesungguhnya, jika orang munafik, dan orang yang ada penyakit (syak- ragu-ragu)
dalam hatinya, serta orang yang menyebarkan berita-berita dusta di Madinah itu
tidak berhenti (dari perbuatan jahat masing-masing), nescaya Kami akan
mendesakmu memerangi mereka; sesudah itu mereka tidak akan tinggal berjiran
denganmu di Madinah lagi melainkan sebentar sahaja,(61) Serta mereka tetap
ditimpa laknat. Di mana sahaja mereka
ditemui, mereka ditangkap dan dibunuh habis-habisan.
44 Manusia yang angkuh dan anti tuhan adalah manusia yang tidak mensyukuri
nikmat Allah. Al Mukminun 61-63
Mereka itulah* orang yang segera mengerjakan
kebaikan, dan merekalah orang yang mendahului pada mencapainya. (62) Dan Kami
tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya*; dan di sisi Kami
ada sebuah Kitab (suratan amal) yang menyatakan segala-galanya dengan benar,
sedang mereka tidak dianiaya.**(63) (Sekalipun demikian, orang yang ingkar
tidak juga berfikir) bahkan hati mereka tenggelam di dalam kejahilan, lalai
daripada (memahami ajaran Al-Qur'an) ini; dan mereka pula mempunyai lagi amal-amal
(yang jahat) selain dari itu, yang
mereka terus-menerus mengerjakannya;
45 Kutukan tuhan terhadap orang yang asyik mengumpul harta demi
bermegah-megah dengan harta. Al Humazah 2-4
Yang mengumpulkan harta
dan berulang-ulang menghitung kekayaannya;(3) Ia menyangka bahawa hartanya itu
dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)! (4) Tidak! Sesungguhnya dia akan
dicampakkan ke dalam "Al-Hutamah".
46 Manusia sering takabbur bila mendapat kekeyaan. Al `Alaq 6-8
Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap
melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya),* (7) Dengan sebab ia
melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya. (8) (Ingatlah) sesungguhnya kepada
Tuhanmulah tempat kembali (untuk menerima balasan).
47 Penyakit kekeyaan yang
membawa kepada kemurkan Allah.Al Fajr 17-20
Jangan demikian, (sebenarnya
kata-kata kamu itu salah)*. Bahkan
(perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana)
kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang ia berhak
menerimanya); (18) Dan kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan (yang
berhak diterima oleh) orang miskin;-(19) Dan kamu sentiasa makan harta pusaka
secara rakus (dengan tidak membezakan halal haramnya),(20) Serta kamu pula
sayangkan harta secara tamak haloba!
48 Orang-orang beriman diseru supaya jangan dilalaikan oleh harta kekayaan
mereka. Al Munafiqun 9-10
Wahai orang yang beriman!
Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) hartabenda kamu dan anak-pinak kamu
daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintah-Nya). Dan (ingatlah),
sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang yang rugi.* (10) Dan
belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada
kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka
ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: "Wahai Tuhanku! Alangkah
baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang
sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi
dari orang yang salih".
49 Tata susila berkunjung ke rumah orang Al Nur 27-29
Wahai orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke
dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta
izin serta memberi salam kepada penduduknya; yang demikian adalah lebih baik bagi
kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan).*(28) Maka
sekiranya kamu tidak mendapati sesiapa (yang berhak memberi izin) maka
janganlah masuk ke dalam rumah itu sehingga kamu diberi izin; dan jika
dikatakan kepada kamu "baliklah"*, maka hendaklah kamu berundur
balik; cara yang demikian adalah lebih suci
bagi kamu; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu
lakukan. (29) Tidaklah menjadi
salah kamu memasuki (dengan tidak meminta izin) mana-mana rumah yang tidak
didiami orang, yang ada keperluan kamu padanya*; dan (ingatlah) Allah
mengetahui akan apa yang kamu zahirkan dan apa yang kamu sembunyikan.
.
50 Peraturan bagi memasuki bilik bagi hamba sahaya dan kanak-kanak
Al
Nur 58-60
(58) Wahai orang yang
beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang yang belum baligh dari kalangan
kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa;
(iaitu) sebelum sembahyang Subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan
tengah hari, dan sesudah sembahyang Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang
biasanya terdedah aurat kamu padanya). Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa
yang tersebut, (kerana mereka) orang yang selalu keluar masuk kepada kamu, dan
kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat antara satu sama lain. Demikianlah
Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya (yang menjelaskan hukum-hukum-Nya);
dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha
Bijaksana.* (59) Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah
baligh, maka hendaklah mereka meminta izin sama seperti cara orang (yang telah
cukup umur) yang tersebut dahulu, meminta izin. Demikianlah Allah menerangkan
kepada kamu ayat-ayat-Nya (yang menjelaskan hukum-hukum-Nya); dan (ingatlah) Allah
Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.(60) Dan mana-mana perempuan tua yang
telah putus kedatangan haid, yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi maka
tidak ada salahnya mereka menanggalkan pakaian luarnya, dengan tidak bertujuan
mendedahkan perhiasan mereka; dalam pada itu perbuatan mereka menjaga
kehormatannya (dengan tidak menanggalkan pakaian luarnya itu adalah) lebih baik
bagi mereka; dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
.
51 Peraturan makan minum di rumah keluarga. Al Nur 61
Tidak ada salahnya bagi
orang buta, dan tidak ada salahnya bagi orang tempang, dan tidak ada salahnya
bagi orang sakit (jika masing-masing tidak menjalankan sesuatu perintah
disebabkan keuzurannya menghendaki ia berlaku demikian)*, dan juga tidak ada
salahnya bagi kamu** (termasuk orang yang tersebut turut sama) makan di rumah
kamu sendiri, atau di rumah bapa kamu, atau di rumah ibu kamu, atau di rumah
saudara kamu yang lelaki, atau di rumah saudara kamu yang perempuan, atau di
rumah bapa saudara kamu (sebelah bapa), atau di rumah emak saudara kamu
(sebelah bapa), atau di rumah bapa saudara kamu (sebelah ibu), atau di rumah
emak saudara kamu (sebelah ibu), atau di rumah yang kamu kuasai kuncinya***,
atau di rumah sahabat kamu****; tidak juga menjadi salah bagi kamu, makan
bersama-sama atau berasing-asing*****. Maka apabila kamu masuk ke mana-mana
rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan
memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik. Demikianlah Allah
menerangkan ayat-ayat (yang menjelaskan hukum-hukumNya), supaya kamu
memahaminya.
52 Allah mengencam orang-orang yang lalai dari solat dan orang-orang yang
mendirikan solat kerana riak. Al Maa’un
4-6
(Kalau
orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama),
maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang-(5) (Iaitu) mereka yang
berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;* (6) (Juga bagi)
orang-orang yang berkeadaan riak* (dalam ibadat dan bawaannya),
Perintah mendirikan
solat Aidil Adha dan menyembelehkan qurban.
Al Kauthar 2
Oleh itu, kerjakanlah
sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai
bersyukur).*
53 Dilarang berjual beli apabila azan dikumandangkan.Al Jumaah 9-10
Wahai orang yang beriman! Apabila diserukan azan
(bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi
(ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan
tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi
kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya), * (10) Kemudian setelah
selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan
urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah,
serta ingatkanlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu
berjaya (di dunia dan di akhirat).-
No comments:
Post a Comment