Saturday, July 12, 2014

J IBADAT



J    Ibadat

 Ibadat
1      Satu-satunya matlamat dicipta manusia ialah supaya beribadat kepada Allah Al Zariat 56-58

* IxÂà/fDan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku.(57) Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepada-Ku.(58) Sesungguhnya Allah, Dialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhluknya, dan Dialah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.

2      Amalan-amalan ibadat asasi agama yang benar. Al Bayinah 5
H
Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Ugama yang benar.

3      Seluruh amal ibadat orang-orang kafir tidak  dinilai sedikit pun di sisi Allah Al Kahfi 102-108
G/œM¬///////G¥àM“G~ ó///RœI
Maka adakah orang kafir menyangka bahawa mereka mengambil hamba-hamba-Ku sebagai makhluk-makhluk yang disembah, selain daripada-Ku, dapat menolong mereka? Sesungguhnya Kami telah sediakan Neraka Jahanam bagi orang kafir itu sebagai tempat tetamu. (103) Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah, kami khabarkan kepada kamu akan orang yang rugi serugi-ruginya amal-amal perbuatannya?(104) "(Iaitu) orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".(105) Merekalah orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan dengan-Nya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatnya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari Kiamat kelak.* (106) (Mereka yang bersifat) demikian, balasannya Neraka Jahanam, disebabkan mereka kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayat-Ku dan Rasul-rasul-Ku sebagai ejek-ejekan.(107) Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah).(108) Mereka kekal di dalamnya, (dan) tidak ingin berpindah daripadanya.*
  
 
4      Nilai amalan ibadat orang kafir dan nilai ibadat orang beriman.
 Muhamad 1-3
Y ;ã///žI­/àR/šOZ;z
 * ?â///HÁ///G(1) Orang yang kafir serta menghalangi (dirinya dan orang lain) dari jalan Allah. Allah sia-siakan segala amal mereka.* (2) Dan (sebaliknya) orang yang beriman dan mengerjakan amal yang salih serta beriman kepada Al-Qur'an yang diturunkan kepada Nabi Muhammad (s.a.w) - yang ialah kebenaran dari Tuhan mereka, - Allah mengampunkan dosa-dosa mereka, dan menjayakan keadaan mereka (di dunia dan di akhirat)*. (3) Berlakunya yang demikian, kerana sesungguhnya orang yang kafir menurut perkara yang salah, dan sesungguhnya orang yang beriman menurut perkara yang benar dari Tuhan mereka. Demikianlah Allah menerangkan kepada umat manusia akan sifat dan akibat bawaan mereka masing-masing.
  
5      Pengumusan dasar kebiasaan beragama dan beribadat. Al Kafirun  6

"Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku".*
  
6        Pengumusan ikrar para mukmin memutuskan  hubungan mereka dalam semua aspek ibadat yang kafir . Al Kafirun 1-5

Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!(2) "Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.(3) "Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.(4) "Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.(5) "Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.

7      Setiap manusia itu bertanggungjawab atas amalannya. Al Muddathir 38
                                                                                                                     i.Kæ///
Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat)
yang dikerjakannya,-

      Solat
1      Perbuatan ibadat solah dalam pencegahan kejahatan. Al Ankabut 45
IYó/G²/M©//G¹//MšOZ Iã//G“ Qç/GÁ//MÀ///G† àGš;z EI®/G¼/À//H¿/MšOZ;z
Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahikan kepadamu dari Al-Qur'an, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.*
  
 
2      Mendirikan solat dalam medan perang. Al Nisa’ 101-103

//NI
Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa "mengqasarkan" (memendekkan) sembahyang jika kamu takut diserang oleh orang kafir.  Sesungguhnya orang kafir itu adalah musuh yang amat nyata bagi kamu(102) Dan apabila engkau (wahai Muhammad) berada dalam kalangan mereka (semasa perang), lalu engkau mendirikan sembahyang dengan (menjadi imam) mereka, maka hendaklah sepuak dari mereka berdiri (mengerjakan sembahyang) bersama-samamu, dan hendaklah mereka menyandang senjata masing-masing; kemudian apabila mereka telah sujud, maka hendaklah mereka berundur ke belakang (untuk menjaga serbuan musuh); dan hendaklah datang pula puak yang lain (yang kedua) yang belum sembahyang (kerana menjaga serbuan musuh), maka hendaklah mereka bersembahyang (berjemaah) bersama-samamu, dan hendaklah mereka mengambil langkah berjaga-jaga serta menyandang senjata masing-masing.  Orang kafir memang suka kalau kamu cuai lalai akan senjata dan hartabenda kamu, supaya dengan jalan itu mereka dapat menyerbu kamu beramai-ramai dengan serentak.  Dan tidaklah kamu berdosa meletakkan senjata masing-masing, jika kamu dihalangi sesuatu yang menyusahkan disebabkan hujan atau kamu sakit.  Dan  hendaklah kamu mengambil langkah berjaga-jaga.  Sesungguhnya Allah telah menyediakan bagi orang kafir itu azab seksa yang amat menghina(103) Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk,dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang yang beriman, yang tertentu waktunya

Puasa
1      Hukum puasa  Al Baqarah 185

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Qur'an, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka) sebanyak sehari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur.

Zakat/ Sedekah

1      Kewajipan mengeluarkan zakat dari harta yang baik. Al Baqarah 267-269
 DIl?fGìM--OZ ;ã//NI› â/H¼Gš £//
Wahai orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.(268) Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (Jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil dan kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan keampunan daripada-Nya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah kurnia-Nya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.(269) Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan yang ditentukan-Nya). Dan sesiapa yang diberikan Hikmat itu maka sesungguhnya ia telah berikan kebaikan yang banyak.  Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang yang menggunakan akal fikirannya.

2      Peraturan sedekah. Al Baqarah 264-265
                ó
 Wahai orang yang beriman!  Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjukkan kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.(265) Dan bandingan orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat, maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan.


3      Sifat-sifat pemberi atau pengorban yang ikhlas. Al Lail 17-21 
  
17 )Dan (sebaliknya) akan dijauhkan (azab neraka) itu daripada orang yang sungguh bertaqwa, (18)-Yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan hartabendanya,(19) Sedang ia tidak menanggung budi sesiapapun, yang patut di balas,(20) Hanyalah mengharapkan keredhaan Tuhannya Yang Maha Tinggi;(21) Dan demi sesungguhnya, ia tetap akan berpuas hati (pada hari akhirat, dengan mendapat segala yang diharapkannya). N. 

4      Orang-orang mukmin diseru supaya membelanjakan harta mereka untuk sabilillah Muhamad 8
  
Dan (sebaliknya) orang yang kafir, maka kecelakaanlah bagi mereka, dan (Allah) mensia-siakan amal-amal mereka.

 Hadid 7,8,10

 (7)Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian dari harta benda (pemberian Allah) yang dijadikannya kamu menguasainya sebagai wakil. Maka orang yang beriman di antara kamu serta mereka membelanjakan (sebahagian dari harta itu pada jalan Allah); mereka tetap beroleh pahala yang besar.(8) Dan mengapa kamu tidak beriman kepada Allah? Sedang Rasulullah mengajak kamu untuk beriman kepada Tuhan kamu, dan Allah telah mengambil janji setia dari kamu (untuk beriman); jika kamu hendak beriman (maka telah jelaslah dalil-dalilnya)..
  
(10)Dan mengapa kamu tidak membelanjakan harta benda kamu pada jalan Allah? - Padahal Allah jualah yang mewarisi langit dan bumi (serta segala isinya). Tidaklah sama di antara kamu, orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sebelum kemenangan (Nabi menguasai Mekah). Mereka itu lebih besar darjatnya daripada  orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sesudah itu. Dan tiap-tiap satu puak dari keduanya, Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya akan apa yang kamu kerjakan.

     
Haji

1      Menyempurnakan ibadat haji. Al Baqarah 196
G¿/////G•¿//G•

196)  Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah; maka sekiranya kamu dikepong (dan di halang daripada menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram, maka kamu bolehlah bertahalul*, serta) sembelihlah Dam yang mudah didapati**; dan janganlah kamu mencukur kepala kamu (untuk bertahalul), sebelum binatang Dam itu sampai (dan disembelih) di tempatnya. Maka sesiapa di antara kamu sakit, atau terdapat sesuatu yang menyakiti di kepalanya (lalu ia mencukur rambutnya), hendaklah ia membayar fidyah iaitu berpuasa, atau bersedekah, atau menyembelih Dam. Kemudian apabila kamu berada kembali dalam keadaan aman, maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah, (dan terus menikmati kemudahan itu) sehingga masa (mengerjakan) ibadat Haji, (Bolehlah ia melakukannya kemudian Wajiblah ia) menyembelihkan Dam yang mudah di dapati. Kalau ia tidak dapat (mengadakan Dam), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing); semuanya itu sepuluh (hari) cukup sempurna. Hukum ini ialah bagi orang yang tidak tinggal tetap (disekitar) masjid Al-Haram (Mekah). Dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah; dan ketahuilah bahawasanya Allah Maha berat balasan siksa-Nya (terhadap orang yang melanggar perintah-Nya).
    
  
2      It Ibadat Qorban telah disyariatkan kepada umat-umat yang lalu. Al Haj 34,36,37

(Al Hajj 34) Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaan-Nya kepada mereka; binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepada-Nya; dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang yang tunduk taat-

(36) Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Mekah itu) sebahagian dari syiar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu;  oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya*; maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu menyembelihnya) supaya kamu bersyukur.(37) Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu*.  Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjuk-Nya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang yang berusaha supaya baik amalnya.
  
3      Para mukmin diingatkan bahawa binatang-binatang di tanah haram tidak boleh dibunuh.          Al Maidah 94-95
;
 (94) Wahai orang yang beriman! Demi sesungguhnya Allah akan menguji kamu (semasa kamu berihram) dengan sesuatu dari binatang buruan yang mudah ditangkap oleh tangan kamu dan (mudah terkena tikaman lembing-lembing  kamu, supaya Allah ketahui wujudnya sesiapa yang takut kepada-Nya semasa ia tidak melihat-Nya dan semasa ia tidak dilihat orang.  Oleh itu, sesiapa yang melampaui batas sesudah yang demikian maka baginya azab yang tidak terperi sakitnya.(95) Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu membunuh binatang-binatang buruan ketika kamu sedang berihram. Dan sesiapa diantara kamu yang membunuhnya dengan sengaja, maka dendanya (menggantinya) dengan binatang ternak yang sama dengan binatang yang dibunuh itu, yang akan ditetapkan hukumnya oleh dua orang yang adil di antara kamu, sebagai hadiah yang disampaikan ke Kaabah (untuk disembelih dan dibahagikan kepada fakir miskin di Tanah Suci), atau bayaran kafarah, iaitu memberi makan orang miskin, atau berpuasa sebanyak bilangan cupak yang diberikan kepada orang miskin; supaya dapat ia merasai kesan yang buruk dari perbuatannya.  Allah maafkan apa yang telah lalu; dan sesiapa yang mengulangi (kesalahan itu) maka Allah akan menyeksanya; dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Berkuasa membalas dengan azab seksa.

      Hijrah

1      Kelebihan hijrah Al Nahl 41

Dan orang yang berhijrah kerana Allah, sesudah mereka dianiaya (ditindas oleh musuh-musuh Islam)*, Kami akan menempatkan mereka di dunia ini pada tempatnya yang baik**; dan sesungguhnya pahala (amal mereka yang baik itu) lebih besar di akhirat kelak, kalaulah mereka mengetahui.
  
2      .Kelebihan orang yang terkorban di dalam hijrah. Al Haj 58-59

 Dan orang yang berhijrah pada jalan Allah, kemudian mereka terbunuh atau mati, sudah tentu Allah akan mengurniakan kepada mereka limpah kurnia yang baik. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik pemberi limpah kurnia.* (59) Sudah tentu Allah akan memasukkan mereka (yang tersebut itu) ke tempat yang mereka sukai (Syurga), dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar.
  
3        Para mukmin diseru supaya berhijrah  apabila keimanan mereka terancam. Al Ankabut 56-57


(56) Wahai hamba-hamba-Ku yang beriman! Sesungguhnya bumi-Ku adalah luas (untuk kamu bebas beribadat); oleh itu, (di mana sahaja kamu dapat berbuat demikian) maka hendaklah kamu ikhlaskan ibadat kamu kepada-Ku.* (57) Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan).*
  
4      I Balasan terhadap orang-orang yang mengambil keputusan menetap dalam negeri kafir walau pun mereka ditindas. Al Nisa’ 97
RÀ///H˜ ‚ZÂ///Hš£//
/G– Sesungguhnya orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya  diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik)*, mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: "Apakah yang kamu telah lakukan mengenai agama kamu?"  Mereka menjawab: "Kami dahulu adalah orang yang tertindas di bumi".  Malaikat bertanya lagi: "Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?" Maka orang yang demikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan Neraka Jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.
  
5        Kewajipan memberi perlindungan kepada kaum muslimat yang turut berhijrah bersama Rasulullah SAW dan menerima baiah mereka. Al Mumtahanah 10-12
Wahai orang yang beriman! Apabila orang perempuan yang mengaku beriman datang berhijrah kepada kamu, maka ujilah (iman) mereka; Allah lebih mengetahui akan iman mereka; dengan yang demikian, sekiranya kamu mengetahui bahawa mereka beriman, maka janganlah kamu mengembalikan mereka kepada orang yang kafir. Mereka tidak halal bagi orang kafir itu (sebagai suami). Dan berilah kepada suami-suami (yang kafir) itu apa yang mereka telah belanjakan. Dan tidaklah menjadi salah kamu berkahwin dengan mereka (perempuan-perempuan yang berhijrah itu) apabila kamu memberi kepada mereka mas kahwinnya. Dan janganlah kamu (wahai orang Islam) tetap berpegang kepada akad perkahwinan kamu dengan perempuan-perempuan yang (kekal dalam keadaan) kafir *, dan mintalah balik mas kahwin yang kamu telah berikan, dan biarkanlah mereka (suami-suami yang kafir itu)** meminta balik apa yang mereka telah belanjakan. Demikianlah hukum  Allah; Ia hukumkan di antara kamu (dengan adil). Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (11) Dan sekiranya kamu tidak dapat menerima balik sesuatu dari mas kahwin isteri-isteri kamu (yang menjadi murtad serta) melarikan diri ke pihak orang kafir, kemudian kamu menyerang puak yang kafir itu serta mendapat harta rampasan maka berikanlah kepada orang (Islam) yang lari isteri-isteri itu ganti mas kahwinnya sebanyak yang mereka telah bayar. Dan bertakwalah kamu kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya. (12) Wahai Nabi! Apabila orang perempuan yang beriman datang kepadamu untuk memberi pengakuan taat setia, bahawa mereka tidak akan melakukan syirik kepada Allah dengan sesuatu pun, dan mereka tidak akan mencuri, dan mereka tidak akan berzina, dan mereka tidak akan membunuh anak-anaknya, dan mereka tidak akan melakukan sesuatu perkara dusta yang mereka ada-adakan dari kemahuan hati mereka *, dan mereka tidak akan menderhaka kepadamu dalam sesuatu perkara yang baik, - maka terimalah pengakuan taat setia mereka dan pohonkanlah kepada Allah mengampuni dosa mereka; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
  
6      Manusia diseru mengingati nikmat hujan Al Nahl 10-11

â//HDialah yang menurunkan hujan dari langit; sebahagian daripadanya untuk minuman kamu dan sebahagian lagi menyebabkan tumbuhnya pokok-pokok (tumbuh-tumbuhan) untuk kamu melepaskan binatang-binatang ternak: makan padanya.(11) Ia juga menumbuhkan bagi kamu dengan sebab hujan itu tanam-tanaman dan pokok-pokok zaitun dan tamar (kurma) serta anggur; dan juga dari segala jenis buah-buahan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kamu yang mahu berfikir.

7      Manusia yang kufur terhadap Allah diseru supaya mengenangkan asal kejadian-kejadia yang menjadi punca rezeki mereka. Al Nahl 4-8
+-?â E£//
Ia menciptakan manusia dari air benih, (setelah sempurna kejadiannya), tiba-tiba menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya*. (5) Dan binatang-binatang ternak itu, Ia juga menciptakannya untuk kamu; terdapat padanya benda-benda yang memanaskan tubuh dari sejuk dan beberapa faedah yang lain; dan daripadanya juga kamu makan.* (6) Dan bagi kamu pada binatang-binatang ternak itu, keindahan (yang menarik hati) ketika kamu membawanya balik untuk berehat (pada waktu petang), dan ketika kamu membawanya keluar (pada waktu pagi)(7) Dan binatang-binatang itu pula membawa barang-barang kamu ke mana-mana negeri yang kamu tidak dapat sampai kepadanya melainkan dengan menanggung susah payah. Sesungguhnya Tuhan kamu Amat melimpah belas kasihan dan rahmat-Nya.(8) Dan (Allah menjadikan) kuda dan baghal serta keldai untuk kamu menunggangnya, dan untuk menjadi perhiasan; dan Ia menjadikan apa yang kamu tidak mengetahuinya.*
  
8      Perbincangan sulit yang bertujuan jahat dikecam oleh Allah.
Al Mujadalah 7-10

â/H‡-
Gtz(7) Tidakkah engkau memikirkan, bahawa sesungguhnya Allah mengetahui segala ada di langit dan yang ada di bumi? Tiada berlaku bisikan antara tiga orang melainkan Dialah yang ke empatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dialah yang ke enamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai, melainkan Ia ada bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada *. Kemudian Ia akan memberi tahu kepada mereka - pada hari kiamat - apa yang mereka telah kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (8) Tidakkah engkau memerhatikan (wahai Muhammad) akan orang (Yahudi) yang telah dilarang daripada perbuatan berbisik-bisik, kemudian mereka berbalik melakukan perbuatan yang telah dilarang itu serta mereka berbisik-bisik berkenaan dengan dosa dan pencerobohan serta kederhakaan kepada Rasulullah? Dan lagi apabila mereka datang kepadamu, mereka memberi salam hormat bukan dengan lafaz salam hormat yang diberikan Allah kepadamu; dan mereka berkata sesama sendiri: "(Kalau benar Muhammad utusan Tuhan, maka) sepatutnya kami diseksa oleh Allah disebabkan (kata-kata buruk) yang kami ucapkan itu?" Cukuplah untuk mereka Neraka Jahanam, yang mereka akan dibakar di dalamnya; maka itulah seburuk-buruk tempat kembali.(9) Wahai orang yang beriman! Apabila kamu berbisik-bisik sesama sendiri, maka janganlah kamu berbisik-bisik untuk melakukan dosa dan pencerobohan serta perbuatan derhaka kepada Rasulullah; dan (sebaliknya) berbisiklah untuk berbuat kebajikan dan bertakwa. Dan hendaklah kamu tetap bertakwa kepada Allah yang kepada-Nya kamu semua akan dihimpunkan (pada hari kiamat untuk di hitung amal kamu dan menerima balasan.)(10) Sesungguhnya perbuatan berbisik (dengan kejahatan) itu adalah dari (hasutan) Syaitan, untuk menjadikan orang yang beriman berdukacita; sedang bisikan itu tidak akan dapat membahayakan mereka sedikitpun melainkan dengan izin Allah; dan kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman berserah diri.
     .
9      Perbuatan membuat fitnah terhadap orang-orang mukmin itu dari kelakuan syaitan. Al Nur 21

Wahai orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

10   Para mukmin dilarang membuat pertanyaan yang cerewet. Al Maidah 101
 OZ £/G Gã///Ã/////IŠ

Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu bertanyakan (kepada Nabi) perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu, dan jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan Al-Qur'an, tentulah akan diterangkan kepada kamu.  Allah maafkan (kamu) dari (kesalahan bertanyakan) perkara-perkara itu (yang tidak dinyatakan di dalam Al-Qur'an); kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.

11   Orang mukmin dilarang mengadakan setiakawan dengan orang bukan Islam. Al Imran 118

Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.

      Al Mujahadah

1      Jalan-jalan mujahadah merebut keredhaan Allah. Al Balad 11-18

Dalam pada itu manusia tidak (memilih jalan kebaikan) merempuh masuk mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan;(12) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu?(13) (Di antara amal-amal itu-bagi orang yang mampu) ialah: memerdekakan hamba abdi;(14) Atau memberi makan pada hari kelaparan(15) Kepada anak yatim dari kaum kerabat,(16) Atau kepada orang miskin yang terlantar di atas tanah.(17) Selain dari (tidak mengerjakan amal-amal itu, ia (tidak pula) menjadi dari orang-orang yang beriman dan berpesan-pesan dengan sabar serta berpesan-pesan dengan kasih sayang.(18) (Ketahuilah! Bahawa orang-orang yang beriman serta berusaha mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan), merekalah golongan pihak kanan (yang akan beroleh Syurga).

Taqwa
1      Ciri-ciri orang yang bertaqwa. Al Baqarah 3-5

Iaitu orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib*, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. (4)Dan juga orang yang beriman kepada Kitab "Al-Qur'an" yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari Akhirat (dengan sepenuhnya).(5) Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang yang berjaya.

2      Taqwa bertindah sebagai nur yang membolehkan seseorang membezakan di antara yang hak dan yang batil. Al Anfal 29

Wahai orang yang beriman! Jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Ia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar.


3      Tanda taqwa ialah menghormati lambang-lambang Allah. Al Haj 32
  
Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa yang menghormati Syiar-syiar agama Allah*, maka (dialah orang yang bertakwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat takwa hati orang mukmin.
   .
      Zikir Allah.

1      Hati yang sepi dari zikir Allah akan membuka pintu kepada kemasukan syaitan. Al Zukhruf 36-39
  
Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Qur'an yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan bagi-Nya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.(37) Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahwa mereka orang yang mendapat hidayah petunjuk.(38) Sehingga apabila ia (yang terjerumus dalam kesesatan itu) datang kepada Kami (pada hari kiamat), berkatalah ia (kepada Syaitannya): "Alangkah baiknya (kalau di dunia dahulu ada sekatan yang memisahkan) antaraku denganmu sejauh Timur dengan Barat! Kerana (engkau) adalah sejahat-jahat teman".(39) (Lalu dikatakan kepada mereka): "Pada hari ini, setelah nyata bahawa kamu telah menganiaya diri sendiri, (maka apa yang kamu cita-citakan itu)* tidak sekali-kali akan memberi faedah  kepada kamu,  kerana sesungguhnya kamu dan teman-teman kamu itu tetap menderita bersama-sama di dalam azab".
  
Doa

1      Doa yang sempurna. Al Baqarah 200,201,204


(200) Kemudian apabila kami telah selesai mengerjakan amalan ibadat Haji Kami, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan mengingat Allah (dengan membesarkanNya) sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan dengan sebutan yang lebih lagi. Dalam pada itu, ada di antara manusia yang (berdo'a dengan ) berkata: "Wahai Tuhan Kami! Berilah kami (kebaikan) di dunia". (Orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat.(201) Dan di antara mereka pula ada yang (berdo'a dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami; berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka".


Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya), dan ia (bersumpah dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya*, padahal ia adalah orang yang sangat-sangat keras permusuhannya (kepadamu).
  
2      Doa lengkap memohon perlindungan kepada Allah dari berbagai bencana alam dan mala petaka akibat perbuatan jahat manusia. Al Falaq 1-4

Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk,* (2) "Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan;(3) "Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk;(4) "Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan);(5) "Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya".  
.
3      Doa lengkap memohon perlindungan kepada Allah dari segala kongkongan fikiran-fikiran jahat yang dibisikkan  oleh syaitan , jin dan manusia. An Nas 1-6


Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia. (2) "Yang Menguasai sekalian manusia,(3) "Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,(4) "Dari kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tenggelam*,- (5) "Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia,-(6) "(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".*

Al Baqarah 127

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdo'a dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui;(128) "Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang Islam (yang berserah diri) kepada-Mu , dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepada-Mu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani;(129) "Wahai Tuhan kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firman)Mu dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Qur'an) serta Hikmat  kebijaksanaan, dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".*
  

Al Baqarah (186)

Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdo'a apabila ia berdo'a kepadaKu*. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik dan betul.
  
Al Baqarah  (250)

Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdo'a dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami, serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir".


Al Baqarah 285, 286

(285) Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikat-Nya, dan Kitab-kitab-Nya, dan Rasul-rasul-Nya. (Mereka berkata):  "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain dari Rasul-rasulnya".  Mereka berkata lagi: "Kami dengar dan kami ta'at. (Kami pohonkan) keampunan-Mu wahai Tuhan kami, dan kepada-Mu jualah tempat kembali".
(286) Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdo'a dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada dkami bebanan yang berat sebagaimana yang telah engkau bebankan kepada orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".

 Imran 8 , 9

 (Mereka berdo'a dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah  rahmat dari sisi-Mu; sesungguhnya Engkau jualah  Tuhan Yang melimpah-limpah pemberian-Nya.

Imran 9 "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari Kiamat) yang tidak ada syak padanya". Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji-Nya.

Imran (16)

(Iaitu) orang yang berdo'a dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka".

Imran (38)

Ketika itu Nabi Zakaria berdo'a kepada Tuhan-Nya, katanya: "Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do'a permohonan".

Imran (147)

  Dan tidaklah ada yang mereka ucapkan (semasa berjuang), selain daripada berdo'a dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau-lampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak perdirian kami (dalam perjuangan); dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir".




No comments:

Post a Comment