I Qiblat
1
Qiblat yang sebenar ialah
Baitullahil Haram. Al Baqarah 125-129
Dan (ingatlah) ketika Kami
jadikan Rumah Suci (Baitullah) itu tempat tumpuan bagi umat manusia (untuk
ibadat Haji) dan tempat yang aman; dan jadikanlah oleh kamu Makam Ibrahim* itu
tempat sembahyang. Dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail
(dengan berfirman): "Bersihkanlah Rumah-Ku (Kaabah dan Masjid Al-Haram
dari segala perkara yang dilarang) untuk orang yang bertawaf, dan orang yang
beriktikaf (yang tetap tinggal padanya), dan orang yang rukuk dan sujud".
(126) Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdo'a dengan berkata: "Wahai
Tuhanku! Jadikanlah (negeri Mekah) ini, negeri yang aman sentosa, dan
berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu
orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka". Allah berfirman:" (Permohonanmu itu
diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan engkar maka Aku akan beri juga ia
bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku
memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk
tempat kembali".(127) Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi
Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil
keduanya berdo'a dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada
kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha
Mengetahui; (128) "Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang Islam
(yang berserah diri) kepada-Mu , dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat
Islam (yang berserah diri) kepada-Mu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan
cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha
Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani; (129) "Wahai Tuhan kami! Utuslah
kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan
kepada mereka ayat-ayat (firman)Mu dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab
(Al-Qur'an) serta Hikmat kebijaksanaan,
dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya
Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".*
2
Perintah mengadab qiblat.
Al Baqarah 149-151
////àR¾šOZ £///;›;z E-;ß/////àIN//…Rf ã///I›
SÝ////G©//M¾//Gš
(149) Dan dari mana
sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke
arah Masjid Al-Haram (Kaabah); dan sesungguhnya perintah berkiblat ke Kaabah
itu adalah benar dari Tuhanmu. Dan
(ingatlah) Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan. Dan
dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah
mukamu ke arah Masjid Al-Haram (Kaabah); dan sesungguhnya perintah berkiblat ke
Kaabah itu adalah benar dari Tuhanmu. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali
lalai akan segala apa yang kamu lakukan.(150) Dan dari mana sahaja engkau
keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjid
Al-Haram (Kaabah); dan sesungguhnya perintah berkiblat ke Kaabah itu adalah
benar dari Tuhanmu. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali lalai akan segala
apa yang kamu lakukan.(151) (Nikmat berkiblatkan Kaabah yang Kami berikan
kepada kamu itu), samalah seperti (nikmat) Kami mengutuskan kepada kamu seorang
Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami
kepada kamu; dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan maksiat), dan yang
mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Qur'an) serta Hikmat kebijaksanaan*, dan
mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui.
No comments:
Post a Comment