Saturday, July 12, 2014

Pengenalan Al Quran


Quran

Quran adalah Kalamullah yang  bermu’jizat yang diturunkan ke atas  Nabi Muhamad SAW, dengan  perantaraan Jibrail  yang tertulis di  dalam mashaf dan dipindahkan kepada  kami secara mutawatir, bermula dari  surah Al Fatihah dan diakhiri dengan  surah An Nas, dan membacanya adalah  ibadat

Quran merupakan semulia-mulia kitab, hukum-hukum di dalamnya kekal sehingga hari kiamat. Quran memansukhkan semua kitab yang terdahulu. Ia merupakan mu’jizat yang besat kepada Nabi Muhammad SAW. Ianya tidak akan berubah walaupun satu ayat.
Quran menjadi petunjuk kepada seluruh umat Muhammad SAW. Sesiapa yang berpegang teguh dengan al Quran, tidak akan sesat selama-lamanya.

Tujuan Quran diturunkan adalah untuk membawa petunjuk hidayah kepada umat manusia agar mereka terselamat dari kesesatan dan tidak selama-lamanya tenggelam di dalam kebatilan, di samping mengenalkan kepada mereka hakikat kebenaran dan keadilan supaya mereka menghayati dalam kehidupan mereka.

Quran adalah kitab hidayah dan I’jaz. Hidayah ertinya petunjuk. Al Quran memberi petunjuk kepada manusia untuk mencari kebahagian dunia dan akhirat.
I’jaz maksudnya menthabitkan kelemahan manusia dari mencipta  sesuatu, seperti Quran. Maka nyatalah bahawa Quran itu adalah kitab yang benar dan Rasul yang membawanya itu benar, semuanya datang  daripada Allah. Tidak ada siapa yang boleh mencipta ayat Quran walaupun satu ayat.

Musalmah Al Kazzat nama asalnya Harun bin Habib, seorang munafik dan  penipu, yang mendakwa dirinya nabi dari daerah Yamamah, telah mendakwa Jibril telah menurunkan ayat kepadanya


Di antara kandungan al Quraan ialah:
A   Bahagian Keimanan
B   Bahagian tauhid
C   Bahagian Allah
D   Bahagian Kerasulan
E   BahagianQuran
F   Bahagian Malaikat
G   Bahagian Kiamat
H   Bahagian Akhlak
I     Bahagian Kiblat
J    Bahagian Ibadat
K   Bahagian Hukum hakam
L    Bahagian dakwah
M   Bahagian ilmu
N   Bahagian Ahli Kitab
O   Bahagian Kejadian alam
P   Bahagian kehidupan
Q   Bahagian Pentadbiran Negara
R   Bahagian Peperangan
S   Bahagian Syaitan
T   Bahagian Kisah Umum













No comments:

Post a Comment