Hal Quran
yang terdapat di dalam Quran
1
Al Quran itu dari Allah bukannya ciptaan
manusia; Yunus 37-39,94
(37)Dan bukanlah Al-Qur'an
ini sesuatu yang boleh diada-adakan oleh yang lain dari Allah; tetapi Al-Qur'an
itu diturunkan oleh Allah untuk membenarkan Kitab-kitab yang diturunkan
sebelumnya, dan untuk menjelaskan satu persatu hukum-hukum Syarak yang
diwajibkan (atas kamu); tidak ada sebarang syak dan ragu-ragu pada Al-Qur'an
itu tentang datangnya dari Allah, Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan sekalian
alam.(38) (Orang kafir tidak mengakui hakikat yang demikian itu) bahkan mereka
mengatakan: "Dialah (Muhammad) yang mengada-adakan Al-Qur'an menurut
rekaannya". Katakanlah (wahai
Muhammad): "Kalau demikian,
datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Qur'an itu, dan panggillah
siapa sahaja yang kamu dapat memanggilnya, yang lain dari Allah (untuk membantu
kamu), jika betul kamu orang yang benar!"* (39) Bahkan mereka pula
terburu-buru mendustakan Al-Qur'an yang fahaman mereka tidak dapat meliputi
segala isi pengetahuannya, dan belum datang kepada mereka kenyataan yang
menjelaskan kebenarannya. Demikianlah
juga orang sebelum mereka mendustakan (Kitab-kitab Allah yang diturunkan kepada
mereka). Maka lihatlah bagaimana akibat
orang yang zalim itu (berakhir dengan berbagai bencana yang membinasakan
mereka)
Yunus 94
Oleh sebab itu, sekiranya
engkau (wahai Muhammad) merasa ragu-ragu tentang apa yang Kami turunkan
kepadamu, maka bertanyalah kepada orang yang membaca Kitab-kitab yang
diturunkan dahulu daripadamu (kerana mereka mengetahui kebenarannya).
Sesungguhnya telah datang kepada kebenaran dari Tuhanmu, maka jangan
sekali-kali engkau menjadi dari golongan yang ragu-ragu.
2
Al Quran itu wahyu dari Allah, bukan
ciptaan dari seorang penyair atau sami.
Al Haaqah 40-48
(40) Bahawa sesungguhnya Al-Quran itu ialah (wahi dari Kami) yang
disampaikan oleh Rasul yang mulia.(41) Dan bukanlah Al-Quran itu perkataan
seorang penyair (sebagai mana yang kamu dakwakan, tetapi sayang!) amatlah
sedikit kamu beriman. (42) Dan juga
bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang pawang (sebagaimana yang kamu
katakan, Tetapi sayang!) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan. (43)
(Al-Quran itu ) diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam. (44) Dan kalaulah
(Nabi Muhammad yang menyampaikan Al-Quran itu) mengatakan atas nama Kami secara
dusta - sebarang kata-kata rekaan, (45) Sudah tentu Kami akan menyentapnya,
dengan kekuasaan Kami, - (46) Kemudian sudah tentu Kami akan memutuskan tali
jantungnya (supaya ia mati dengan serta- merta); (47) Maka tidak ada seorang
pun di antara kamu yang dapat menghalang (tindakan Kami itu) daripada
menimpanya. (48) Dan sesungguhnya
(Al-Quran) itu tetap menjadi peringatan bagi orang-orang yang bertakwa.*
*
Kerana hanya orang-orang yang bertaqwa sahaja
yang akan beroleh manfa'at dari peringatan Al-Qur'an itu disebabkan iman mereka
dan taqwanya, sedang orang-orang yang kufur ingar adalah sebaliknya.
3
Al Quran itu wahyu dari Allah, bukannya
karangan Nabi Muhamad SAW . Al Haaqah
8-10
Dengan yang demikian,
dapatkah engkau melihat lagi sisa-sisa mereka (yang masih hidup)? (9) Dan
(selain dari mereka) datanglah Firaun, dan orang yang terdahulu daripadanya,
serta penduduk negeri-negeri yang telah ditunggang balikkan *- dengan melakukan perkara-perkara yang
salah. (10) Iaitu masing-masing menderhaka kepada Rasul (yang diutuskan oleh)
Tuhan mereka, lalu Allah menyeksa mereka dengan azab yang sentiasa bertambah.
*
Yakni kaum Nabi Lut (a.s).
4 Al Quran
diturunkan menerusi Malaikat Jibril AS . Al Najm 3-12, Al Takwir 19-25, 27-28
(3) Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan
agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. (4) Segala yang diperkatakannya itu
(sama ada Al-Qur'an atau hadis) tidak lain hanyalah wahi yang diwahikan
kepada-Nya. (5) Wahi itu (disampaikan dan) diajarkan kepada-Nya oleh (malaikat
Jibril) yang amat kuat gagah,- (6) Lagi yang mempunyai kebijaksanaan; kemudian
ia memperlihatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad) dengan rupanya yang asal,- (7)
Sedang ia berada di arah yang tinggi (di langit); (8) Kemudian ia mendekatkan
dirinya (kepada Nabi Muhammad), lalu ia berjuntai sedikit demi sedikit, (9)
Sehingga menjadilah jarak (di antaranya dengan Nabi Muhammad) sekadar dua
hujung busaran panah, atau lebih dekat lagi; (10) Lalu Allah wahikan kepada
hamba-Nya (Muhammad, dengan perantaraan malaikat Jibril) apa yang telah
diwahikan-Nya. (11) Hati (Nabi Muhammad) tidak mendustakan apa yang dilihatnya.
(12) Jika demikian, patutkah kamu hendak membantahnya mengenai apa yang telah
dilihatnya itu?
Al Takwir 19-25
(19) Sebenarnya Al-Qur'an
itu, sungguh-sungguh Kalamullah (yang disampaikan oleh Jibril) utusan yang
mulia, (20) Yang kuat gagah, lagi berkedudukan tinggi, di sisi Allah yang
mempunyai 'Arasy, (21) Yang ditaati di sana (dalam kalangan malaikat), lagi
dipercayai. (22) Dan sebenarnya sahabat kamu (Nabi Muhammad) itu (wahai
golongan yang menentang Islam ), bukanlah ia seorang gila (seperti yang kamu
tuduh); (23) Dan (Nabi Muhammad yakin bahawa yang disampaikan kepadanya ialah
wahi dari Tuhan, kerana) demi sesungguhnya! Nabi Muhammad telah mengenal dan
melihat Jibril dikaki langit yang nyata. (24) Dan bukanlah Nabi Muhammad
seorang yang boleh ditohmah dan disangka buruk, terhadap penyampaiannya
mengenai perkara-perkara yang ghaib. (25) Dan sebenarnya Al-Quran itu bukanlah
perkataan Syaitan yang kena rejam.
Al Takwir 27-28
(27) Al-Qur'an itu tidak
lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam: (28) Iaitu bagi sesiapa
dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan (Islam) yang betul.
5
Al Quran diturunkan pada malam lailatul qadar
. Al Dukhan 2-6 dan al Qadr 2-5
(2)
Demi Al-Qur'an! Kitab yang menerangkan kebenaran. (3)
Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Qur'an itu pada malam yang berkat*; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya
Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa
azab). (4) (Kami menurunkan Al-Qur'an
pada malam yang tersebut, kerana) pada malam yang berkat itu dijelaskan (kepada
malaikat) tiap-tiap perkara yang megandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak
berubah atau bertukar). (5) Iaitu perkara-perkara yang diterbitnya, dari hikmat
kebijaksanaan Kami; sesungguhnya telah menjadi adat Kami mengutus Rasul. (6)
(Untuk menyampaikan) rahmat dari Tuhanmu (kepada umat manusia); sesungguhnya
Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui (akan segala keadaan
hamba-hamba-Nya).
Al Qadr 2-5
(2) Dan apa jalannya
engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? (3) Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada
seribu bulan.* (4) Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan
mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun
yang berikut); (5) Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
*
Yakni amal ibadat yang dikerjakan pada Malam
yang mulia itu lebih besar pahalanya daripada amal ibadat yang dikerjakan pada seribu bulan yang lain.
Oleh sebab itu ada disebutkan di dalam hadis sahih, bahawa Rasulullah (s.a.w)
biasanya mulai dari malam 21 Ramadhan Baginda membanyakkan ibadat sepanjang
malam kerana mengharapkan amalannya bertepatan dengan Malam Lailatul-Qadar yang
berkat itu yang berlakunya pada salah satu malam dari sepuluh atau sembilan
malam yang akhir dari bulan Ramadhan.
6
Sebab mengapa al Quran diturunkn\an
beransur-ansur. Al Furqan 32
(32) Dan orang yang
kafir berkata: "Mengapa tidak diturunkan Al-Qur'an itu kepada Muhammad -
semuanya sekali (dengan sekaligus)?" Al-Qur'an diturunkan dengan cara
(beransur-ansur) itu kerana Kami hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad)
dengannya*, dan Kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu.**
*
Bagi menolak dalihan orang kafir itu, Allah
Ta'ala menerangkan bahawa sebabnya Al-Qur'an
diturunkan secara beransur-beransur ialah
supaya mudah di hafaz dan di fahami oleh Rasulullah (s.a.w.)
kerana Baginda tidak pandai membaca dan
menulis, dan dengan itu akan tetaplah hatinya dan dapat
menyampainya dengan
sebaik-baiknya.
7
Tujuan diturunkan al Quran untuk menegakkan
tauhid . Al Nahl 2 & al An ‘am 19
Ia menurunkan malaikat membawa wahi dengan
perintah-Nya* kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya (yang
layak menjadi Rasul)**; (Lalu Ia berfirman kepada Rasul-rasul): "Hendaklah
kamu menegaskan kepada umat manusia bahawa tiada Tuhan melainkan Aku. Oleh itu, bertakwalah kamu kepada-Ku.
*
Dalam ayat ini "Wahi" disifatkan
sebagai "Roh", kerana ia menghidupkan hati yang telah mati disebabkan
kekufuran atau kejahilan.
**
Allah Ta'ala menerangkan bahawa menurut
peraturanNya, Rasul-rasul yang dipilih dari kalangan umat manusia diberi wahi
dengan perantaraan malaikat. Ini sebagai menolak fahaman kaum kafir musyrik
yang tidak percaya tentang adanya Rasul-rasul itu, dan tentang cara Rasul-rasul
itu menerima perintah Allah yang meneraangkan: mana yang benar dan mana yang
salah.
Al An ‘am 19
(19)
Bertanyalah (wahai Muhammad): "Apakah sesuatu yang lebih besar
persaksiannya?" (Bagi menjawabnya) katakanlah: "Allah menjadi saksi
antaraku dengan kamu, dan diwahikan kepadaku Al-Qur'an ini supaya aku memberi
amaran dengannya kepada kamu dan juga (kepada) sesiapa yang telah sampai
kepadanya seruan Al-Qur'an itu. Adakah kamu sungguh-sungguh mengakui bahawa ada
beberapa tuhan yang lain bersama-sama Allah?" Katakanlah lagi:
"Hanyasanya Dialah sahaja Tuhan Yang Maha Esa, dan sesungguhnya aku adalah
berlepas diri dari apa yang kamu sekutukan (dengan Allah Azza wa Jalla)".
8
Al Quran diturunkan untuk membetulkan
kepercayaan-kepercayaan yang sesat. Al Nahl 64
(64) Dan tiadalah Kami menurunkan Al-Qur'an kepadamu (wahai
Muhammad) melainkan supaya engkau menerangkan kepada mereka akan apa yang
mereka berselisihan padanya*; dan supaya menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang
yang beriman.**
9
Tujuan pokok al Qurannul karim. Yunus 57-58
(57) Wahai umat manusia!
Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Qur'an yang menjadi nasihat
pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit
batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk
keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang yang beriman*. (58) Katakanlah
(wahai Muhammad): "Kedatangan Al-Qur'an itu adalah semata-mata dengan
limpah kurnia Allah dan kasih sayang-Nya, maka dengan isi kandungan Al-Qur'an
itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya), kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka
himpunkan (dari segala benda dan perkara
yang tidak kekal)".
10
Tugas agong al Quran. Al Isra’ 5-6
(5) Maka apabila sampai masa janji (membalas
kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan
kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu
mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan
(sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.* (6) Kemudian
(setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk
mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan
dan anak-pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.
11
Fungsi kitab suci al Quran . Fusilat 2-7
(2) Turunnya Kitab ini dari Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha
Mengasihani. (3) Sebuah Kitab yang
dijelaskan ayat-ayatnya satu persatu; iaitu Al-Qur'an yang diturunkan dalam
bahasa Arab bagi faedah orang yang mengambil tahu dan memahami kandungannya.
(4) Ia membawa berita yang menggembirakan (bagi orang yang beriman) dan membawa
amaran (kepada orang yang ingkar); dalam pada itu kebanyakan mereka berpaling
ingkar (tidak mahu mengetahui dan memahaminya), maka dengan sebab itu mereka
tidak menerima dan tidak mematuhinya. (5) Dan mereka berkata: "Hati kami
dalam tutupan yang berlapis-lapis (menghalang kami) daripada memahami apa yang
engkau serukan kami kepadanya, dan pada telinga kami penyumbat (menjadikan kami
tidak dapat mendengarnya), serta di antara kami denganmu ada sekatan (yang
memisahkan fahaman kita); oleh itu, bekerjalah engkau (untuk agamamu),
sesungguhnya kami juga tetap bekerja (untuk mempertahankan kepercayaan
kami)!" (6) Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah
seorang manusia seperti kamu; diwahikan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah
Tuhan yang Satu; maka hendaklah kamu tetap teguh di atas jalan yang betul lurus
(yang membawa kepada mencapai keredaan-Nya), serta pohonlah kepada-Nya
mengampuni (dosa-dosa kamu yang telah lalu).
Dan (ingatlah), kecelakaan besar bagi orang yang mempersekutukan-Nya
(dengan sesuatu yang lain),- (7) "Iaitu orang yang tidak memberi zakat
(untuk membersihkan jiwa dan harta bendanya) dan mereka pula kufur ingkar akan
adanya hari akhirat".
12
Al Quran mengsahkan kitab suci
sebelumnya dan menjadikan perlembagaan hidup manusia. Al maidah 48-49 & al An’am
92
Al
Maidah 48-49
(48) Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad)
Kitab (Al-Qur'an) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya
Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta
mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara
mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu),
dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng)
dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang telah datang
kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap
umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan
agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing).
Dan kalau Allah mengkehendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang
bersatu dalam agama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam
menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah
kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal salih). Kepada Allah jualah tempat
kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan
padanya (49) Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa
yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa
nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari
sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka
berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah
mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan
sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang yang fasik
Al Anam 92
Dan ini ialah Kitab
(Al-Qur'an) yang Kami turunkan, yang mengandungi berkat (banyak faedah-faedah
dan manfaatnya), lagi mengesahkan kebenaran (Kitab-kitab Suci) yang diturunkan
sebelumnya, dan supaya engkau memberi peringatan kepada penduduk
"Ummul-Qura" (Mekah) serta orang yang tinggal di sekelilingnya; dan
orang yang beriman kepada hari Akhirat, mereka beriman kepada Al-Qur'an, dan
mereka tetap mengerjakan dan memelihara sembahyangnya.
13
Al Quran itu penawar yang ampuh. Al Isra’ 82
Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari
Al-Qur'an Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang
beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Qur'an tidak menambahkan orang yang
zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.*
14
Al Quran itu sumber rahmat dan hidayah kepada
orang mukmin. Luqman 2-5
Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Qur'an) yang
mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh, - (3) Menjadi hidayah
petunjuk dan rahmat bagi orang yang sedia mengerjakan amal-amal yang baik – (4)
Iaitu orang yang mendirikan sembahyang, dan memberi zakat, serta mereka yaKin
tentang adanya hari Kiamat. (5)
Mereka itulah yang tetap mendapat hidayah petunjuk dari Tuhan mereka, dan
merekalah orang yang berjaya.
15
Ayat al Quran dibahagikan kepada ayat
muhakamat dan mutasyabihat. Al Imran 7
Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad)
Kitab Suci Al-Qur'an. Sebahagian besar dari Al-Qur'an itu ialah ayat-ayat
"Muhkamat" (yang tetap, tegas dan nyata ma'nanya serta jelas
maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Qur'an*. Dan
yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar,
tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbullah faham yang berlainan menurut
kandungan hati masing-masing) - adapun orang belitkan maksudnya menurut yang
disukainya). padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang
sebenar) melainkan Allah. Dan orang yang
tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata:
"Kami beriman kepadanya, semuanya itu datang dari sisi Tuhan kami".
Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan yang ada dalam
hatinya kecenderungan ke arah kesesatan,
maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Qur'an untuk mencari
Fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutar-orang yang berfikiran.
16
Al Quran mengandungi peringatan yang berguna
dan memperjuangkan aqidah tauhid. Sad 1-8
Saad*; demi Al-Qur'an yang mempunyai kemuliaan
serta mengandungi peringatan dan pengajaran. (2) (Orang yang mengingkari kerasulanmu - wahai Muhammad -
tidak berdasarkan kebenaran) bahkan mereka yang kafir itu bersifat sombong
angkuh dan suka menentang kebenaran.* (3) (Tidakkah mereka menyedari) berapa
banyak umat-umat (yang ingkar) yang terdahulu dari mereka, Kami binasakan? Lalu
mereka meminta pertolongan, padahal saat itu bukanlah saat meminta pertolongan
melepaskan diri dari azab. (4) Dan mereka (yang mengingkar kerasulan Nabi
Muhammad itu) merasa hairan, bahawa mereka didatangi oleh seorang Rasul pemberi
amaran, dari kalangan mereka sendiri. Dan mereka yang kafir itu berkata:
"Orang ini adalah seorang ahli sihir, lagi pendusta.(5) "Patutkah ia
menafikan tuhan-tuhan yang berbilang itu dengan mengatakan: Tuhan hanya Satu?
Sesungguhnya ini adalah satu perkara yang menakjubkan!" (6) Dan (ketika
itu) keluarlah ketua-ketua dari kalangan mereka (memberi perangsang dengan
berkata): "Jalan terus (menurut cara penyembahan datuk nenek kamu) dan
tetap tekunlah menyembah tuhan-tuhan kamu. Sebenarnya sikap ini adalah satu
perkara yang sangat-sangat dikehendaki. (7) "Kami tidak pernah mendengar
tentang (soal mengesakan Tuhan) itu dalam agama yang terakhir*; perkara ini tidak
lain hanyalah rekaan dan dusta semata-mata". (8) (Mereka berkata lagi):
"Patutkah wahi peringatan itu diturunkan kepada Muhammad (padahal orang
yang lebih layak ada) di antara kita?" (Mereka bukan sahaja ingkarkan
kelayakan wahi) bahkan mereka berada dalam keraguan tentang peringatan yang Aku
wahikan (kepada Nabi Muhammad) itu, bahkan mereka belum lagi merasai azab.*
17
Manusia diseru supaya berpegang teguh kepada
ajaran Quran.
Al An’am 155
Dan ini sebuah Kitab (Al-Qur'an) yang Kami turunkan, yang ada
berkatnya (banyak manfaatnya). Oleh itu, hendaklah kamu menurutnya; dan
bertakwalah (kepada Allah), mudah-mudahan kamu beroleh rahmat.
18
Tujuan Al Quran diturunkan dalam bahasa Arab.
Assura 7-8
(7) Dan sebagaimana Kami tetapkan engkau hanya
penyampai, Kami wahikan kepadamu Al-Qur'an dalam bahasa Arab, supaya engkau
memberi peringatan dan amaran kepada (penduduk) "Ummul-Qura"* dan
sekalian penduduk dunia di kelilinginya, serta memberi peringatan dan amaran
mengenai hari perhimpunan (hari kiamat) - yang tidak ada syak tentang masa
datangnya; (pada hari itu) sepuak masuk Syurga dan sepuak lagi masuk Neraka.
(8) Dan jika Allah menghendaki, tentulah Ia menjadikan mereka satu umat (yang
bersatu dalam agama Allah yang satu); akan tetapi Allah (tidak merancang yang
demikian bahkan Ia akan) memasukkan sesiapa yang dikehendaki-Nya ke dalam
rahmat-Nya (menurut peraturan yang telah ditetapkan); dan orang yang zalim
tidak ada baginya sesiapapun yang dapat memberikan perlindungan dan
pertolongan.
* "Ummul-Qura"
(Ibu segala negeri) ialah Mekah Al-Mukarramah, tempat letaknya kiblat
umat Islam seluruhnya.
19
Nikmat Al Quran . Ar Rahman 1-2
(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah
rahmat-Nya. (2) Dialah yang telah
mengajarkan Al-Qur'an.
20
Kesucian al Quran. Al waqiah 77-80
(77) Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah
Al-Qur'an yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan), (78) Yang
tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara, (79) Yang tidak disentuh
melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci; (80) Al-Qur'an itu
diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.
21
Pengaruh agong al Quran . Al hasy 21
(21) Sekiranya Kami turunkan Al-Qur'an ini ke atas sebuah gunung
itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah *. Dan (ingatlah), misal-misal
perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka
memikirkannya.
22
Al quran itu menjadi peringatan dan pelajaran
kepada mereka yang ingin mencari jalan Allah. Al Insan 29-31,
(29)
Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka
sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang
menyampaikan kepada keredhaan Allah (dengan iman dan taat). (30) Dan tiadalah
kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang
dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha
Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendaki-Nya). (31) Ia
memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditetapkan) ke
dalam rahmat-Nya (dengan ditempatkannya di dalam syurga); dan orang yang zalim,
Ia menyediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
Abasa 11-16
(11) Janganlah melakukan lagi yang sedemikian
itu! Sebenarnya ayat-ayat
Al-Quran adalah pengajaran dan peringatan
(yang mencukupi) (12) Maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya,
dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya. (13) (Ayat-ayat Suci itu
tersimpan ) dalam naskah-naskah yang dimuliakan, (14) Yang tinggi darjatnya,
lagi suci (dari segala gangguan),- (15) (Terpelihara) ditangan malaikat -
malaikat yang menyalinnya dari Lauh Mahfuz; (16) (Malaikat-malaikat) yang mulia
lagi yang berbakti.
23
Intisari pengajaran yang terkandung di dalam
al Quran sama dengan intisari pengajaran
dalam kitab suci yang terdahulu. Al A’la 18-19
Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada
(disebutkan) di dalam Kitab-kitab yang terdahulu,-(19) Iaitu Kitab-kitab Nabi
Ibrahim dan Nabi Musa.
24
Menolak hujah lapuk kaum Musyrikin terhadap
al quran dan kersulan Muhamad SAW al
furqan 3-8,20
(3) Dan mereka (yang kafir) mengambil benda-benda yang lain dari
Allah sebagai tuhan-tuhan, yang tidak dapat mencipta sesuatu pun, bahkan
benda-benda itu diciptakan (oleh penyembah-penyembahnya dari bahan-bahan di
bumi); dan benda-benda itu pula tidak berkuasa mendatangkan sesuatu bahaya atau
sesuatu faedah untuk dirinya sendiri; dan tidak berkuasa mematikan atau
menghidupkan, atau pun membangkitkan hidup semula makhluk-makhluk yang telah
mati.* (4) Dan orang yang kafir itu berkata: "(Al-Qur'an) ini hanyalah
satu perkara dusta yang direka-reka oleh Muhammad, dan ia dibantu membuatnya
oleh kaum yang lain". Maka
(dengan kata-kata itu) sesungguhnya mereka telah mendatangkan satu tuduhan yang
zalim dan dusta. (5) Dan mereka berkata lagi: "Al-Qur'an itu adalah
cerita-cerita dongeng orang dahulu kala, yang diminta oleh Muhammad supaya
dituliskan, kemudian perkara yang ditulis itu dibacakan kepadanya pagi dan
petang (untuk dihafaznya)". (6) Katakanlah (wahai Muhammad):
"Al-Qur'an itu diturunkan oleh Allah yang mengetahui segala rahsia di
langit dan di bumi; sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.* (7) Dan mereka pula berkata: "Mengapa Rasul ini makan minum
dan berjalan di pasar-pasar (seperti manusia yang lain)? Sepatutnya diturunkan
malaikat kepadanya, supaya malaikat itu turut memberi peringatan dan amaran
bersama-sama dengannya (sebagai saksi yang membenarkannya).* (8) "Atau
diberikan perbendaharaan harta benda kepadanya, atau ia mempunyai sebuah kebun
untuk ia makan hasilnya"*. Dan orang yang zalim itu berkata pula (kepada
orang yang beriman): "Sebenarnya kamu hanyalah menurut seorang yang tidak
siuman".
(20) Dan Kami tidak
mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang yang tentu
makan minum dan berjalan di pasar-pasar*, dan Kami jadikan sebahagian dari kamu
sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu
dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa
Melihat (akan keadaan makhluk-makhluk-Nya).**
25
Balasan kepada orang tidak percaya kepada al
Quran. Al Insyiqaf 21-22,24
Dan (apakah pula
alasannya) apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka tidak mahu taat dan
sujud? (22) (Tidak ada satu alasanpun)
bahkan orang-orang yang kafir, semata-mata mendustakannya;
(24) Maka
khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang tidak terperi sakitnya;
26
Al Quran tidak boleh dinkmati oleh
orang-orang yang kafir.
Al Isra’
45-47
(45) Dan
apabila engkau membaca Al-Qur'an (wahai Muhammad), Kami jadikan perasaan ingkar
dan hasad dengki orang yang tidak beriman kepada hari akhirat itu sebagai
dinding yang tidak dapat dilihat, yang menyekat mereka daripada memahami
bacaan. (46) Dan Kami jadikan (perasaan itu sebagai) tutupan yang
berlapis-lapis atas hati mereka, juga sebagai penyumbat telinga mereka, yang
menghalang mereka dari memahami dan mendengar kebenaran Al-Qur'an; dan sebab
itulah apabila engkau menyebut nama Tuhanmu sahaja di dalam Al-Qur'an, mereka
berpaling undur melarikan diri.(47) Kami
lebih mengetahui akan tujuan mereka mendengar Al-Qur'an semasa mereka mendengar
bacaanmu (wahai Muhammad), dan semasa mereka berbisik-bisik, iaitu ketika orang
yang zalim itu berkata (sesama sendiri): "Kamu tidak menurut melainkan
seorang yang kena sihir".
27
Kekeliruan orang-orang kafir terhadap
perubahan dan pertukaran hukum-hukum yanh dilakukan oleh Allah dari satu masa
ke satu masa untuk kebaikan manusia. Al Nahl 101-102
(101) Dan apabila Kami tukarkan satu ayat (Al-Qur'an) untuk
menggantikan ayat yang lain (yang dimansuhkan), dan Allah memang mengetahui
akan apa yang Ia turunkan, - berkatalah mereka (yang kafir): "Sesungguhnya
engkau (wahai Muhammad) hanyalah seorang pendusta"; (padahal Nabi Muhammad
tidak berdusta) bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui hakikat yang
sebenarnya.* (102) Katakanlah (wahai Muhammad): Al-Qur'an itu diturunkan oleh
Ruhul Qudus (Jibril) dari Tuhanmu dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat,
dan untuk meneguhkan iman orang yang beriman, dan untuk menjadi hidayah
petunjuk serta berita yang menggembirakan bagi orang Islam.*
28
Rasulullah SAW dan umat muslimin diseru
supaya mengenagkan nikmat agong surah al Fatihah dan seluruh al Quran. Al Hijr
85-87
(85) Dan (ingatlah) tiadalah Kami menciptakan langit dan bumi
serta segala yang ada di antara keduanya itu, melainkan dengan cara yang
sungguh layak dan berhikmat; dan sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan
datang; oleh itu biarkanlah (golongan kafir yang mendustakanmu itu wahai
Muhammad) serta layanlah mereka dengan cara yang elok.* (86) Sesungguhnya
Tuhanmu, Dialah yang menciptakan sekalian mahkluk, lagi Maha Mengetahui (akan
hal mereka).(87) Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu (wahai Muhammad)
tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya*, dan seluruh Al-Qur'an yang amat besar
kemuliaan dan faedahnya.
29
Kemulian malam lailautul qadar . Al Qadr 2-5
(2) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa
dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?(3) Malam Lailatul-Qadar lebih baik
daripada seribu bulan.* (4) Pada Malam itu, turun
malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara
(yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); (5) Sejahteralah Malam
(yang berkat) itu hingga terbit fajar!